Sunday, December 18, 2011

Tip-tip Pilih Sport Rim kereta


Pertanyaan yang diajukan..
khairul salam bro , leh buat special entry ttg tips nk beli sport rim , kesesuaian dsb nya .
Guest bro boleh terangkan secara detail saiz tire kereta dan jenis brand tire utk 15,16,17,18 inch punye bleh x?
ana nak tnya ckit..nk tukr sport rim 13 kpd 14,wira,pe yg terbaik dr segi tebaik.s/rim myvi bole masok ke wira?
Jawapan kami..
Thanks bertanya kepada khairul , Guest dan ana.. Maaf agak lama saya tak berblog ni sebab cuti panjang sikit yerr... so saya cuba beri pandangan secara ringkas seperti dibawah ni..

Secara basic, langkah pertama dalam pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar Rim tayar standard kepada sport rims. Sebabnya, dengan hanya menukar sport rim sahaja perwatakannya sesebuah kereta terus berubah dari wajah standard kepada nampak lebih garang dan nampak racing .. Atau dari wajah standard kepada nampak lebih klasik atau lebih kearah VIP…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip Pilih Sport Rim kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah
a-memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.
b-Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.


1-Perkara utama, itu, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal
Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim digunakan 15 inci )
Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim digunakan 16 inci )
Pastu kalau kereta 2000cc above pakai la suka hati korang ..tapi max sampai 21 inci.
_______________________________
2-Sila dapatkan nasihat daripada kedai tayar untuk mendapatkan saiz rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Pastikan lebar rim sesuai dengan tayar yg nak digunakan tidak banyak berbeza dengan ukuran asal apabila anda menukar rim asal dengan rim sport.
Back To point Soalan Guest :
Sebagai contoh seperti jadual di bawah( Size dan jenama tayar)

(LEBAR/KETEBALAN TAYAR/RIM SAIZ)






_______________________________



3-Pastikan tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta. Sebagai contoh kalau guna Sport rim besar tentu tayar tukar size besar gak.. sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga tayar.. Pandai-pandai lah korang yerr ketuk fender tu bagi rata..
Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.

Cara mengukurnya ,
-first betulkan kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanah dengan ruang tayar.
-Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat samaada masih ada ruang lagi tak antara tayar dengan absober spring supaya tidak bersentuhan dengan body fender kereta.. ( tayar tidak bergesel dengan body)
-Selepas itu, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu ( supaya tak touching pula pada dinding dalaman ruang tayar)

kalau guna sport rim besar sangat dan tayar tebal sangat maka rapat la tayar dengan fender tu. Kereta jadi tinggi...jadi secara otomatik pusat gravity pun tinggi jugak...tak stabil tuh... tapi kalau guna tayar tipis kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender..Tapi risiko pakai tayar nipis ni Kalau langgar lubang..sekejap aje meletop tayar tu dan sport rim cepat bengkok..


Kalau guna Sport rim ni absober dan spring perlu berpadanan kerana ia sangat penting bagi sesebuah kereta. Jika ia rosak, kenderaan ibarat kereta kuda yang melantun-lantun hingga menyakitkan badan pemandu dan penumpangnya. Meskipun absober sppring dianggap antara komponen panjang hayat, ia tidak semestinya tidak boleh rosak dalam jangka waktu singkat. Ketahanan penyerap hentakan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pemandu mengendalikan kenderaannya. Jika pemandu itu kasar dan lasak, pastilah penyerap hentakan mudah rosak dan tidak tahan lama. Sebagai contoh, pemandu yang kasar tidak akan memperlahankan keretanya jika ternampak lubang atau penghadang jalan. Selain itu, penyerap hentakan menjadi lemah jika sering membawa muatan berlebihan. Penyerap hentakan yang tidak berfungsi dengan sempurna boleh mengakibatkan kenderaan hilang keseimbangan.
_______________________________
4- Sebenarnya saiz sport rim perlu berdasarkan standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft tak cepat rosak kalau sport rim nya sesuai!..Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama... Jika guna sport rim yang terlampau besar plak berkemungkinan drive shaft tak dapat nak handle.. memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak, clearance terkeluar, aligment susah masuk, serta kesan pada stereng. semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar

5-Semua Jenis Sportrim sama ada kereta apa pun standard dia mengikut size dan stud pattern/PCD pattern (jarak antara 1 pemegang skru sama lain)
P.C.D = Pitch Circle Diameter - bolt pattern untuk wheel tersebut Ini dikira daripada center of the bolt hole atau saiz Nut
Contoh 4x100, ini bermaksud 4 lugs dengan 100mm diameter dari tengah bolt ke tengah bolt yang bertentangan

Sebenarnya lain kereta lain PCD & nombor lugs mengikut jenis kereta masing-masing. So kalau boleh jangan gatal ubah lebih-lebih semata-mata nak masuk rim pilihan hati tanpa mengambil kira aspek keselamatan.. contoh dari tukar PCD 100 (Wira, satria, putra, Honda civic) kepada
PCD114 ( Saga/Iswara, perdana, gallant,evo 1,2 & 3)
_______________________________
6- Perlu pastikan ukuran OFFSET bersesuaian... Offset ni maksudnya jarak daripada tengah RIM tersebut ke permukaan…Secara tidak langsung offset ini dapat ditentukan sedalam mana tayar

Contohnya
a) +40 : positif offset, spoke lebih dekat ke permukaan luar, tetapi Tayar lagi ke dalam pada wheel arch kita.
b) +20 : spoke rim tersebut lebih ke dalam, rim tersebut kelihatan berbentuk cengkung ke dalam.
_______________________________
Ukurun lain : Kelebaran & saiz rim. Kelebaran rim ini diambil daripada Inner lip ke inner lip, dan bukannya dari ukuran daripada luar. Secara amnya Rim tersebut besar sedikit daripada ukuran saiznya, mungkin dalam 1”.
Contohnya 18x8.5 - 18 adalah diameter dan 8.5 adalah kelebaran dalam Inci.

Selalunya masalah timbul bila kita upsize rim tu daripada standard, contohnya standard pakai 14" kita nak pakai 16", offset tu kena betul, kalau tak memang ada possibility tayar nanti ada bergesel dengan wheel arch, absorber cover. Tapi kalau tak teruk sangat kita boleh selesaikan degan bubuh spacer, tapi kena jugak tukar bolt pada wheel hub tu kepada yang lebih panjang so boleh pastikan cukup dalam thread pada nut nanti.


_______________________________
7- Jika mempunyai sport rim yang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol.Performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga.. kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.
_______________________________
8- Perlu diberi tumpuan, memastikan lubang skru pada sport rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih daripada empat skru.

9- Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol
_______________________________


10- Mencari corak/patern pada rim juga adalah penting kerana kesilapan memilih patern rim akan mencacatkan keunikan dan kecantikkan kenderaan itu sendiri. actually, sport rim design ni subjective. depends on kesesuaian dengan kereta. try to match dulu baru pilih. ade kereta yang tak sesuai dengan lips, ade yang sesuai banyak jari. Ok ada gak yang akan mencari jenis rim yang mempunyai 2-piece mahupun 3-piece
_______________________________


11- Warna pada sport rim juga perlu sesuai dengan colour kereta selalunya sport rim yang ada berwarna Metal Grey, Genetic Silver, Bronze Garnet, Tranquility Black… Ada pulak yang suka guna warna chrome berkilat-kilat… ada gak yang guna hitam mati ajerr… kalau ada yang lebih berani nak nampak ranggi guna warna terang macam Chiffon Green atau Brilliant Red
_______________________________


12- Kebanyakkan pemilik adalah cenderung untuk mencari sport rim terpakai dan berjenama dan antara jenama yang menjadi rebutan adalah seperti JRD, advan,enkei,oz, spoon ,volk TE37 dan lain-lain.. Tapi korang pasti tak sport rim korang tu original atau tidak.. Ok saya bagi petunjuk sikit.. First tengok harga kalau murah sangat pun kita dah leh agak sangsi.. angkat sebelah tangan je sport rim tu... Ringan atau tidak.. dari segi original kalau rim jepun macam enkei ade cop timbul ada sticker kecik... tapi enkei, yang lokal takde ... kalau japan nye rim kat belah dalam tu ada cop made in japan... lagi satu selalunya memang ada Certificate sport rim tu…
_______________________________


13-Ada masalah sikit pada sesapa yang pakai sport rim yang mahal-mahal ni yerr... Masalah kecurian Sport rim kereta... Pencuri Ambik Sport rim dan tayar ganti dengan batu bata....Jadi Nasihat saya pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu...
_______________________________


14- Satu masalah yang jarang orang nampak bila guna sport rim besar ni… Bila mana tetiba tayar bocor timbul satu problem...tayar spare yang ada kat bonet belakang tu pulak kecik... So kalau boleh tukar lah sekali Spare tayar tu … Kalau tak jalan senget pulak kereta korang

Kadang kala tu tempat letak tayar spare pon kecik...tak muat nak letak tayar yang bocor tadi...ambik banyak space dalam bonet... Walau pun nampak perkara ni remeh tapi bila terjadi menyulitkan gak…

Back To point Soalan ana: Myvi punya Sport rim boleh masuk kat Wira punya... kerana kedudukan lubang nutnya secara kebetulan adalah sama ajer..
_______________________________
PESANAN KAMI..

Cuba korang bayangkan, bangun je pagi-pagi nak pegi kerja tengok-tengok kereta tercinta korang dah senget sebelah.. pasal apa senget.. tengok-tengok rupanya tayar dah takda.. bukan hilang satu atau dua tapi keempat-empat tayar dah takda.. huhu tentunya sangat menyakitkan hati.


Apa pon pesanan saya kepada pemilik kereta yang pakai sport rim cantik-cantik tu.. kalau boleh jangan kedekut keluarkan duit untuk pasang lock nut pada sport rim tu.. sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kereta korang dari jadi macam dekat atas tu.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

127 comments:

AYuNG said...

thanx sharing nih bro :)

Unknown said...

TQ bro...Ayung dh dpt jawapan tu kan ?

Unknown said...

Pehh...gila la bro, ko punya penerangan mmg lengkap gila sampaikan pcd pun ko masukkan sekali...mmg info terbaik utk mereka yg memerlukannya. Tahniah bro.

nabilah_2908 said...

oh...mcm tu yer...boleh digunakan..

sbb sy pun ada ura2 nak beli sport rim ni...itu pun kalau ada rezeki lebih sikit la hujung tahun ni.. :)

erm...kalau alarm kereta berbunyi dgn sendirinya...apa masalahnya eh...battery lemah ke..?

logorithm said...

I kena pakai rim 15 inci la nih?

Tapi risau lak kalau tukar rim sebab boleh jadi tumpuan pencuri...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Video khas ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers

[10PG] Kenapa b*bi yang menjadi mangsa?

[U] Promosi Hebat! Jimat RM0.00!

ayisy said...

Terbaik info ni. Tapi nak study betul2 sehari tak cukup. Saiz tayar sahaja terlalu banyak. Berlainan dengan motor, dari kapcai-superbike tak banyak sangat saiz tayar dan rim. huhu

Woofer Storm said...

sy pasang rim14 kat viva,jadi lain mcm je jadinya bro..dia kata kena beli tayar yang nipis pula..grrr masak duit nak kena keluar lagi..

Abu Bagi said...

thanks.. ni baru dia detail.. aku pun nak tukar jugak bro, tapi tak reti sngt pasal keta ni.. bak bagi ipar aku je yg buat hahahhaha

nice sharing.. thanks..

wakgelas said...

wak x penah pakai sport rim canggih
manggih jugakk..., eeeeEe wak dh dateng niii nk komen komennnn.....,,,

mrs kayrul said...

tergugat iman tengok sport rim nie..nie yg berangan2 nak pakai sport rim..

ku-cit said...

nice entry...byk btul dapat info dari entry ni...

tehr said...

tak mampu nak beli sport rim baru sekarang ni
huhu
jadi aku pakai yang mana ada je

Unknown said...

kalo bangun pagi tgk rim dah hilang...wah sure luluh hati gua..huhu

Bob F said...

kalau toyota ke30 best pkai rim biasa ke sport rim?

dhiera zainudin said...

terbaekk... tah bila agak ye saya dapat tukar sport rim sendiri~

Unknown said...

mana skg bro? Banyak bizi kaaa...:)

Unknown said...

Aku pakai rim 17 n tayar 205/40/17..dh ketuk sebelah tepi tapi msh gak kena...bleh bg cadangan saiz tayar untuk rim 17 yg lebarnya kurang....plzzzz

Unknown said...

Aku pakai rim 17 n tayar 205/40/17..dh ketuk sebelah tepi tapi msh gak kena...bleh bg cadangan saiz tayar untuk rim 17 yg lebarnya kurang....plzzzz

FaizalRSD said...

aku pakai rim 17 kat myvi 1.3 aku dengan tayar saiz 205/40/r17.tak ada masalah berat langsung.sebabnya outer diameter tayar 205/40/r17 besar 2% je dari tayar asal myvi(185/60/r14).nak pakai rim 17 tak ada masalah asalkan tebal tayarnya maksimum 40.kalau kereta 1.8/2.0 belasah saiz 225/50/r17 pun boleh.rim 15 ke,16 ke tak jadi masalah berat sebenarnya.jenis rim pun kena tgk juga,kalau letak rim pegasus memang naya enjin nak pusing.
*calculate diameter tayar standard then cari konfigurasi rim+tayar baru yang tak jauh beza dengan rim asal.simple.

Unknown said...

Saya mahu tanye....rim warna ape sesuai utk kereta putih?

raszan73 said...

Salam semue....
saya dah pakai s.rim 17 (215/45-R17) pada citra saya +- 3 thn. sekarang ni tgh servey saiz asal R15. bukan ape x comfortlah bila MPV balun pakai R17, cantik memang cantik, tapi memang banyak kesannya pada krete kita, jadi saya dah buat keputusan ... balik asall... he.he.he... nasihat pada yg nak upgrade tu... hati2 lah kawan2...

Zulkiflie Bin Ali Punya la... said...

salam bro...cantik info... boleh copy skali nga link saya attach...hehehe...
blog saya www.carsgeekz.com

Bolindon said...

Cantik info & sangat berinfomasi... thanks for sharing.

harith said...

info yg menarik..sngt bermanfaat..tq

Unknown said...

aq nak tanya sapa2 bole kongsi..aq pakai satria 1.3 rim asal 65/R14 aq tukar guna saiz 60/R15 kereta jadi berat la..aq guna rim mcm tulang ikan jerung tu..aduh xtau nak bt mcm mana..nak tukar pon dah pokai dah adehh..sapa yg nak upgrade kereta tu hati2 la ye..

FaizalRSD said...

Zakwan:masalah berat tu bukan pasal rim ko tu berat.cuma tayar kau pakai kat rim 15 tu tebal sgt.Kalau pakai rim 15,aku rasa saiz tayar 195/50/R15 paling sesuai.Takde la hazab sangat enjin satria tu nak henjut.

shizuka9892 said...

Salam..aq ni bukn taw sgt pasak krete,tp klo tgah deive tu tgok kete2 org len bukn men lawa lgi ea.. so nk minta pendapaf korg klo saga FL,pkai sportrim 15 so tayar better yg mcm mne?,means nk yg sedg2 jer xnk nipis or tebal.. bpe saiz nyer ea?

shizuka9892 said...

Lgi stu,pasal kelebaran rim yg sesuai tok saga FL..??

pirate malaya said...
This comment has been removed by the author.
pirate malaya said...

bro.. kalau aku pakai rim 17x7jj Pcd 5x114.3mm Offset 45 dan tayar 215/50 R17 kat inspira aku ok tak... tolong komen sikit...

faris said...

Salam.
Nk tnya..bgi sesiapa yg tahu
Perdua kembara sesuai tak nk tuka spotrim besar skit?

Unknown said...

terbaik bro..terima kasih atas maklumat yg brguna

Norazian Abdullah said...

blum cukup lagi bajet nak tukar rim kete..hohoho..tp kalo nak tukar nanti,nak beli rim yg sama dgn saiz rim original kete..cuma tukar design jerlah..selamat ckit..huhuhu

MWRE said...

terima kasih atas maklumat yang cukup berguna

Hantu Nakal said...

saya baru tukar spotrim viva elite,size 14x7jj..cantik jugak

GrafikeItuSeni said...

kereta saya jenis kancil kena langgar pada bahagian tayar depan sebelah kiri.tayar bahagian atas senget kedalam.jadi apa kerosakan yang terjadi pada kebiasaannya??

sentul said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam bro, bagus info ni, boleh jadikan tauladan...

sye ade mslh sikit ni, baru2 ni sye tukar sport rim 15 dri 14, kereta iswara 1.3....rim 15 7jj et30, elok pkai tayar saiz berape ye tknk sangkut fender?
dh sakit kepale pikir ni...skrg sye pkai tayar saiz 195/55/15...mntk bantuan ye...

Unknown said...

Salam mcmanA kita nak tahu berat sebiji sport rim..sbgi contoh Rim 15inch 7jj pcd 8*100/114.3 ET 38 CB 73.1 jenis mister work..boleh tlg2 kwn.kat umah xde alat timbang

. said...

Salam sy nk tukar rim 16 utk jazz hybrid sy...soalan sy, sesuai ke size 16 tu?jika sesuai size tayar pula mcm mn?
Tq ye

ekspresiazzer said...

salam,, saya nak tukar rim 16 pakai iriz yg skrg pakai 15
bg r suggestion nak pakai rim ape r,, tayar jenis dan saiz.. iriz kaler hitam

Unknown said...

salam....kereta almera 2015 pcd dia 100 ke 114mm..

Unknown said...

salam....kereta almera 2015 pcd dia 100 ke 114mm..

Unknown said...

Kenpa nut rim satu pcs dalam setiap 4pcs x sama dgn yg lain eh..?

Unknown said...

nk taw..myvi old klo pki rim16 7jj et bpe yg sesuai?cbb klo rim15 6.5jj et38 cun2 xsgkut blkg walaupn bwk ramai.nk mcuba 7jj lak

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam bro nak tanya, pakai berapa jj eh tu and offset

Unknown said...

Salam
Maaf bertanya
Rim standard alza saiz 15 inch..
Klau masukkan di kereta saga model kebal..
Bleh masuk ke?

Xprezzo said...

salam.. nak tanye.. sy nak custom rim besi 14" nak masukkan kat kancil..tayar 165/55.. tp masih keliru, brape jj kah maximum untuk body kancil ni supaya tak sagat body??

syuhadaridzni said...

ilmu yg brguna pd org spt sy yg br nk blajo bab nih....siap de lock nut yer br ku thu..

syuhadaridzni said...

ilmu yg brguna pd org spt sy yg br nk blajo bab nih....siap de lock nut yer br ku thu..

Unknown said...

Rim alza x msuk dgn saga keta kebal sbb alza PCD 100. yg sesuai utk saga LMST atau kebal tu adalah rim dr perdana, waja, gen2 dan persona. yg ni confirm msuk

khai1938 said...

Salam admin. Saya nk minta pendapat utk penggunaan saiz tayar gm6. Tayar asal 175/64/15, saya telah cuba menggunakan saiz 195/55/15 seperti yg di rekemen oleh kedai,tetapi masalah lain timbul bila terlanggar lubang, terasa stereng lari dan tayar tersasar dr sepatutya. Jd saya bercadang utk beralih kembali ke spec tayar asal. Saiz yang rasanya sesuai

185/65/15
195/65/15

Boleh saya dapatkan pendapat admin utk kesan penukaran saiz yg saya senaraikan?.

khai1938 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam, saya beli kereta saga 2016 standard rim besi saiz 13,boleh tak saya nk tukar rim sport saiz 16?

Unknown said...

salam bro.. info sgt bermanfaat, sy ni br nk brjinak dlm bidang kete.. sy just kete kancil shj.. sy nk tnya rim n exzober kancil 850cc apa yg sesuai n hrga tdk mahal, sesuai dgn ekonomi skrg ni? area selangor n putrajaya diutamakan.. apa2 share info just pm 0172329431 (fikri) perlukan nasihat awl, sy br nk belajar ttg kete..

Unknown said...

Klau nak tukar sport rim yg sama size iaitu 16" bagi kereta toyota rush tapi nak bagi nampak jarak dengan fender mengecil...apakah rim dan tayar yang sesuai dr segi offset dan size tayar dan sebagainya? Newbies

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Rim 18 brapa pcd ye?sy guna vossen saiz 18×9jj/et 36..sbb kat spotrin x de tulis saiz pcd

cikgusuyanti dewi said...

As salam.
T.kasih atas info2 yg sangat berguna buat newbies spt saya. Soalan saya
1. Jazz 1.5 rim biasa 15. Sy nak tukar kepada sport rim saiz 15 juga. Boleh kan.

Unknown said...

nak tanya kalau myvi pakai 16 7jj et 38-40 mcmtu apa tayar sesuai saiz nak pakai ya

Unknown said...

utk masuk di saga lmst saiz brp yg ngam...ingt nk pkai saiz 15..

Unknown said...

Salam.saya nak tanya.saya guna perdana...boleh tak saya nak tukar sporttim 17.tayar 225/45/17 spring saya standart.barang lain kat kawasan tayar standart.

Unknown said...

Harap sangat bantuan segera.wasap saya 0177055074

Unknown said...

Harap sangat bantuan segera.wasap saya 0177055074

Unknown said...

jadi cmne tu bro? Sebelum pasang kedai tu ckp apa? Sbb aku pun nk tukar rim ni. tp rissau apa bakal jd nanti .

Unknown said...

salam.. bro nk tanya produa alza pakai tayar 205 60 15 boleh tak

army said...

Salam..Rim 18...CC kete 2000..tayar michellin saiz 225/45 ZR 18..ok ke bro

Unknown said...

Salam.. tumpang tanya.. Jika kereta cc1800.. Saiz Rim apa yang sesuai untuk digunakan 15.. 16.. .atau 17inci.. Mana paling sesuai..

Unknown said...

Salam nak Tanya rim saga lama sama take dgn wira se

Unknown said...

Saya pakai serena 2018 rim asal 16... Nk Nupade ke rim 17...saiz tayar yg plg sesuai apa ye

Saik0naDia said...

Kereta exira saya pakai rim 5 lubang skru..bolehkah kalo saya tukar pakai rim yg 4 lubang skru?

Unknown said...

rim kereta neo blh masuk kereta inspira 2.0 x?

Unknown said...

Sy nk tnya axia saiz tayar yg sesuai dgn axia 1.0

Khairol Amly said...

Salam..ade rim yg cun ukuran nye x untuk saga lmst..? . Rim pe ek yg sesuai?

toyolta said...

Sakit kepala yee...hahaha...
Ak rasa ko pny offset tak ngam.. Et30 tu..cari et35 - et38

Nordin said...

wasalam...boleh xde masalah..yg penting kena tau et,jj dan saiz tayar yg sesuai

Nordin said...

saiz 195/55....

Nordin said...

wasalam...kalu saiz 15 elok pakai rim 7jj et 38~40..kalu dah buat arch fender belakang boleh la masuk saiz 8jj..

Apis Mika 33 said...

Salam bang. Lancer gt standard rim saiz 18". Kalau sy nak tukar sport rim 17" ade effect yang buruk ke? Ap effect positive dan ape effect negative die. Suggestion.

Unknown said...

Salam nak tanya kereta Iswara 1.3S pcd 100 atau 114, sebab dah beli yg 100 ada masalah ke? belum test

Mesofighter said...

Assalam. Kereta saya Saga VVT Premium 2018. Rim standard 15" 5.5J, tayar standard 185/55 R15. Soalan saya, boleh ke kalau saya nak masuk tayar 195/55 R15 pada rim standard tu tanpa tukar rim lain? Sebabnya, tayar 185 susah nak cari kat kedai dan kalau ada pun harganya lebih mahal dpd tayar 195 yang bersepah jual kat kedai. Terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum,klu kereta bezza 1.3 tukar rim 16" boleh ke?

Jairon said...

Salam sportrim ape yg sesuai untuk kenari, nak tukar 15inci tp ketebalan tayar mcmna?

Riefwilson said...

Bro , saya mau tukar sportrim dr std axia 14 ke 15 8jj . Apa pandangan bro . Tolong reply ya

PakSyeh said...

Nk tnya,rim waja sama ngan wira tak..

Unknown said...

Boleh kah alza guna rim 13

Unknown said...

Salam nak tanya. Saya guna persona baharu 2018. Standard rim 15. Kalau saya guna rim 17 7.5jj. Sesuai atau tidak?

Unknown said...

Salam nak tanya. Saya guna persona baharu 2018. Standard rim 15. Kalau saya guna rim 17 7.5jj. Sesuai atau tidak?

Anonymous said...

Sport rim kelisa 13inci pakai ke wira 1.3 boleh tak

Unknown said...

Assalamualaikum...
kalau nak upgrade size sport rim myvi 1.3 sesuai pakai rim saiz apa,berapa jj,et berapa...kalau tayar pulak saiz ap yang sesuai ikot saiz rim...tpi saya berminat nak pkai rim 16..abg² tolong cadangkan yang mne sesuai n tak sagat fender...saya baru nak berjinak² dengan kereta sebab tu la tak pandai nak pilih

Faizal said...

Assalamualaikum / selamat petang bro..maaf nak tnya sikit..rim saiz berapa dan tayar saiz berapa sesuai untuk myvi 1.5 2016..sebab ada yag pakai 17 okay..ada yang paki 16 tapi sagat..jadi boleh bagi pencerahan yang lebih lanjut pada saya..terima kasih

Andy said...

NAK Tanya.. Kalau rim 17 8jj masukkan dalam keta NEW Persona OK ka bosku... Minta pandangan sebelum beli

jack said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nak tnya klu stndrd rim alza 15 tu, kita ada rim saiz 15,7.5 jj bule ka pasang tyr alza stndrd dekt rim 7.5 jj?

Afatsado said...

Salam boss saya okai myvi se 1.5..klau saya sport rim.. Saya kne tukar skli ngn spring n absober ke?

Hamizan said...

Jj tu apa.?

Unknown said...

Ada x rim pcd110 saix 15inci

Agent orfa Eng's said...

Assalamualaikum bro tq tip nya...ok saya ada saga vvt dan sport rim 17/7jj et40.Klau saya nnak pasang perlu pakai spacer ke??dan perlu potong spring untuk kurang kan ruang d antara fander dan tayar

Unknown said...

Nak tanya sikit... kalau Wira 1.5 masuk rim 15 jj 8 tayar terkeluar daripada fender tak... terima kasih

Unknown said...

Nak tanya..untuk kereta alza..apa part@komponen yg perlu d tukar jika mahu upgrade sport rim asal dri 15 ke 17..

Izzamalek said...

Tumpang tanya..kereta kancil 850 sesuai ke pakai rim 15, ada keburukan tak

hanafi28 said...

Ye la, saya rasa pon offset x ngam tu..saya pon pakai 195/55/15, tapi rim et 38

hanafi28 said...

Ye la, saya rasa pon offset x ngam tu..saya pon pakai 195/55/15, tapi rim et 38

Man Edison said...

assalamualaikom bos. Nk mtk suggestion utk kesesuaian sport rims dan tayar klau bos pilih spec ape.yer utk.dipakai oleh kereta bezza 1.0? Mohon pencerahan bos n ape perlu buat dan absorber kne tukar skali x? Sy nk tukar 16' tp confused nk plih jenis ape dan spec rims n tyr. Mohon bantuan sgt boss, 😭😭😭😭😭😭

Unknown said...

Assalamualaikum...saya bercadang nak tukar rim kereta saya Toyota unser ..
...mohon cadangan rim size apa yg sesuai.. apa maksud JJ n et Pada rim atau tayar...tq

Unknown said...

sy pakai myvi 1.3 2014..klu pkai tayar 195 50 15 ok x

Fariz said...

Bro nk tanya apa spec tayar&rim yg terbaik untuk nk pakai rim 16 untuk myvi icon 1.3.... Nak tukar 16 tapi risau salah pilih spec jer... Rim 16 nk berapa jj atau berapa offset yg sesuai?

Unknown said...

myvi 1.5 2012 rim 17 7.5jj et35 masuk tayar mana satu cun,205/40 atau 205/45??

Unknown said...

tayar 195/55 rim 15 et35 cun2 ikut body tuan/puan

Unknown said...

195/55 rim 15 7jj et35

Unknown said...

tayar 205/45 rim17 7.5jj et35 cun2 ikut body.. set gap tayar/fender depan 2 jari belakang 3 jari.. kompom tak kecundang suatu hari nanti

Unknown said...

8jj terkeluar dari fender bossku.. jpj suh kirim salam nanti.. pakai 7jj cun2 ikut body

Unknown said...

tukar tuan.. nk costing modi sedikit.. myvi/alza saya suggest pakai spring honda ej,potong sedikit.. gap tayar/fender depan 2 jari n belakang 3 jari.. cun2 mcm potret monalisa

Unknown said...

et40 handling lebih smooth..tayar lebih kedalam fender sikit berbanding et35 ngam2 ikut body..pakai 17 pun masih ada ruang lagi.. keta pun lebih tinggi dari asal.. sportrim besarkn..

Unknown said...

sebenarnya myvi ni sebetulnya pakai 205/45 n rim 16 betul2 cun.. pakai 17 pun okay, cuma nmpk rim tuw besar sedikit n lebih menyerlah dari kereta.. dari segi fizikal nmpk kurang memuaskan disitu.. terlalu besar n penuh menutupi fender.. myvi 2020 pakai 17 lebih cantik

Unknown said...

rim 16 7jj et35,tayar pakai 205/45..padu..

Unknown said...

bole.. pcd sama..

Unknown said...

rim 17 sesuai dgn kereta persona lama.. persona baru tidak

Unknown said...

pcd tak sama

Unknown said...

rim 15 pcd 114x4 ni ngam ho..

Unknown said...

rim pakai 17 jj berapa n et berapa? kurangkn jj n lebihkn et baru tak kena

Unknown said...

boleh.. tak do masalahnyo.. 16/7jj/ET35-38 cun

Raz said...

Untuk jazz gk pakai spring dan absober standard , nak masuk rim 16 7jj et38 te37 auto option . Tayar saiz apa sesuai yang comfort dan tak sagat ? 195/50/16 atau 205/50/16 atau 205/45/16 ?

Wan MohaRozal said...

Encik jika warna kete silver sport rim colour apa ye yg sesuai....???

Ruzaini Yusop said...

Salam Bro ..nak tanya .. Klu kereta Alza ,tukar rim dri 15 ke 14 ok ka bro??

Sound Deadening Store said...

Good work...
thermal insulation sheet