Harizan Salam bro terima kasih pd tip yg dberikn.. Cuma tk berapa jelas skt install karpet nk buat belah pintu cmner? karpet tak ada warna lain ke slain hitam?
Harizan bro mntak tlg lg diy soundproof pl kt pintu, roof dgn bomet kete. Bole tk?selain insuflexni ade material lain lg ke?
Harizan bro mntak tlg lg diy soundproof pl kt pintu, roof dgn bomet kete. Bole tk?selain insuflexni ade material lain lg ke?
Logorithm kalau kereta baru dah siap dipasang lapisan insulflex tuh kan? Ker tak der
Jawapan kami..
Thanks pada harizan bertanya sekali lagi.. Tempoh hari saya dah terangkan sedikit sebanyak tentang pemasangan carpet kereta ni.. Tapi mungkin ada beberapa part bahagian Diy yang mungkin korang tak berapa jelas .. Ok saya cuba terangkan sekali lagi..
*** back to point soalan Logorithm, Kalau kita beli kereta baru memang sesetengah kereta-kereta import baru zaman macam BMW, Merc, Mazda dan lain-lain sekarang ni ada yang tersedia dengan sound proof
*** Back to point soalan harizan. Sekarang ni dalam pasaran pun dah ada macam-macam soundproof punya produk selain insulflex seperti : Automat, Vibra System, Checkmat, Dynamat dan banyak lagi.
*** back to point soalan Logorithm, Kalau kita beli kereta baru memang sesetengah kereta-kereta import baru zaman macam BMW, Merc, Mazda dan lain-lain sekarang ni ada yang tersedia dengan sound proof
*** Back to point soalan harizan. Sekarang ni dalam pasaran pun dah ada macam-macam soundproof punya produk selain insulflex seperti : Automat, Vibra System, Checkmat, Dynamat dan banyak lagi.
Dynamat Dynaliner foam
Fungsinya lebih kurang sama ajer dengan insulflex foam sebagai soundproof bagi mengatasi masalah bunyi atau sebagai penyerap bunyi dari luar dan dalam kenderaan termasuklah bunyi enjin, gear, ekzos, tayar, hujan, bunyi audio sistem dan sebagainya
Alumunium Dynamat Extream
Fungsinya lapisan menghalang bunyi masuk dan keluar.. bagi yang main audiosistem kebanyakan akan tambah dan tampal satu lapisan alumunium Dynamat Extream ni, supaya bunyi audio lebih mantap didengari dari dalam kereta..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Pemasangan Carpet Dan Soundproof Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok kali ni Diy pemasangan agak berlainan sikit dengan cara tempoh hari Klik Sini. Secara ringkasnya saya terangkan seperti dibawah..
Cara Pemasangan Soundproof Kereta
1. First.. Kena buka kesemua Screw pada tapak kaki seat kemudian keluarkan seat.. Cabut kesemua Clip-clip carpet yang ada..
2. Pastu Carpet lama tu dikeluarkan.. Kemudian bersihkan lantai kereta tersebut
3.Dapatkan Dynamat Extream ni bentuk dia macam aluminium foil, potong ikut ukuran lantai kereta tersebut
4.Pastu Tampal Dynamat Extream meliputi keseluruhan lantai kereta korang
5. Ukur mana nak pasang Dynamat Dynaliner foam pastu potong ikut bentuk petak lantai
6. Tampal Dynamat Dynaliner foam pada permukaan lantai kemas-kemas
_______________________________
Cara Pemasangan Carpet Kereta
Tentang warna carpet kereta tu tak semestinya warna hitam atau kelabu asap ajerr .. kalau korang kreatif korang boleh pakai apa-apa warna pun tak kesahlah warna merahker, biru ker, cream colour ke asalkan korang suka dan berkenan dengan warna tersebut .. tu jerr...
1.Mula-mula ukur karpet baru dan biarkan sikit lebih untuk ikut timbul2 bentuk lantai kereta..sebab dalaman kereta tu kan ade turun naik dia.....kalo tak nanti buruk plak kalau singkat carpet tu..
2. Kali ni agak berlainan sikit, mengunakan gun spray yang dimasukkan glue ( gam pelekat) ..pastu spraykan gam di atas permukaan Dynamat Foam tapi tak perlu lah spray gam tebal-tebal seluruh lantai tu..just untuk tak nak bagi carpet teralih je.
6.Cantum rapat balik sambungan permukaan carpet tersebut
7. Potong bucu hujung lebihan carpet untuk memperkemaskan lagi .. Buat lubang carpet untuk memasang clip-clip frame pintu
8. Kalau boleh bubuh sikit gam kat belakang carpet supaya terkatup kemas
9.Kalau boleh bubuh sikit gam kat belakang carpet supaya terkatup kemas dan Last sekali Buat lubang carpet untuk masukkan screw seat pula
10. Besarkan sikit lubang carpet supaya senang sikit screw seat dipasang semula nanti…
11.Akhir sekali kerja-kerja pemasangan kesemua seat hingga selesai
*** Back to point soalan harizan. Soundproof juga boleh di pasang pada bahagian-bahagian tertentu, seperti lantai, bumbung, pintu, fender dan bonet kereta.. secara ringkas saya terangkan macam kat bawah.
_______________________________
Cara Pemasangan Soundproof pintu Kereta
Pemasangan Soundproof pada pintu kereta ni ada 4 cara.. Tapi terpulang pada korang mana yang mudah korang nak pasang...
Cara Pertama
1.Aluminium Dynamat Extream dipasang pada permukaan luar panel pintu
2.Kemudian Dynamat Dynaliner soundproof dipasang pada door trim pula
Cara Kedua
1.Aluminium Dynamat Extream dipasang pada kat belah dalam panel pintu
2.Pelapik Cover Plastik dipasang diluar permukaan luar pintu kereta pula
3.Kemudian Dynamat Dynaliner soundproof dipasang pada door trim
Cara ni ada baiknya sebabnya kita pasang pelapik Cover Plastik untuk menghalang air..
Cara ketiga
1.Aluminium Dynamat Extream dipasang pada kat belah dalam panel pintu
2.Dynamat Dynaliner soundproof pula dipasang pada permukaan panel pintu
Cara Keempat
1.Pasang dulu Aluminium Dynamat Extream pada permukaan panel pintu,
2.Pastu Dynamat soundproof dipasang bertindih atas Aluminium Dynamat pula
Cara ni ada masalah sikit kemudian hari... pasalnya bila korang nak repair motor cermin ke, repair speaker, repair lock kereta ke jenuh lerrr nak bukak balik Aluminium Dynamat dan lapisan soundproof tu...
_______________________________
Cara Pemasangan Soundproof bumbung (Roof) Kereta
1.Pasang dulu Aluminium Dynamat Extream pada bumbung kereta
2.Dynamat Dynaliner soundproof dipasang bertindih Aluminium Dynamat pula
_______________________________
Cara Pemasangan Soundproof bonet belakang Kereta
1.Tampal dulu Aluminium Dynamat Extream pada bonet kereta
2.Tampal pula dengan Dynamat Dynaliner soundproof berlapik diatasnya
_______________________________
Cara Pemasangan Soundproof Hood Depan Kereta
Pemasangan Soundproof pada hood depan kereta ni ada 2 cara..
Cara Pertama
1.Lapik belah dalam Aluminium Dynamat Extream kat hood kereta
2.Kemudian Dynamat Dynaliner soundproof berlapik diatasnya
Cara Kedua
Kalau kita cari kat kedai acsesori kereta memang ada jual soundproof yang siap potong-potong.. Tinggal tampal ajerr kat petak-petak kerangka belah dalam hood kereta
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau
saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode
akan datang di ruang Comment
rasa nak buat tapi macam mahal je benda ni
ReplyDeletekalo dpt tukar karpet merah..mak nazz mesti sukanyer..
ReplyDeletelawa pulak carpet color merah tu..
ReplyDeletelawa pulak carpet color merah tu..
ReplyDeleteHuiyohhh...kalau ada yg rajin buat sendiri mmg aku tabik laaa....giler gak woo, nak bukak semua seat,floor console pas tu nak pasang karpet...kalau aku betoi2 nak buat...anto kodai yo laaa...sediokan rm yo...he3x!!!
ReplyDeleteklau skuter boleh gak pasang carpet ni
ReplyDeletebukan mudah nak pasang tu bro..sy nak buat tapi tak berani..hehe
ReplyDelete#bro nak tanya,kalau kereta dah kurang mantap..macam mana nak bagi pretasi dia mantap balik?ada cara ke?ke nak tukar enjin gak..
#kalau nak tukar enjin dari 660 ke 1.0..apa prosedur nak kena buat??bajet dalam berapa bro??
macam mahal je nak buat..huhu
ReplyDeleteBro... mana shoutbox? :-p
ReplyDeletepelapik bumbung dalam...selalu kotor ngan kesan tapak tangan huhuhuk boring btol!!
ReplyDeletebukan rumah jer kan tukar karpet...kereta pun kene gak...hehe
ReplyDeleteem, bole tunjuk cara camne nak DIY tukar minyak gear keta manual? cam senang tapi tak yakin. minyak itam dah penah uat. tq
ReplyDeleteketa blm aku bising la ..mmg nak plan pasang soundproff. pada budget rm500 kat bahagian mana saya patut mula ..hood atau pintu untuk mengatasi masalah bunyi enjin dengan ketara..TQ bro
ReplyDeletebro..kt shah alam mana nk dapt dynamat extream nagn dynamat dynaliner foam nie...
ReplyDeletebro mana nak dapat dynamat tu.. nak beli sangat le
ReplyDeleteBrapa rm kos Utk satu keta brang sahaja. ..Niat nk bt sndri utk puas hati..nk buka seat carpet tu door trim sejam dh cukup..yg leceh headlining tu...kat leh dpt material tu dgn kntiti yg byk n berpatutan...ada supplier x. ..Bleh direct order n buy..
ReplyDeleteAda tak sesiapa yang dah buat tolong respon skit hasilnya
ReplyDeletesalam sy dah pasang sendiri soundproof tu. pnat ngan sakit badan bro. mmg padan le klu wat kat kedai upah mahal-rm1600.
ReplyDeleteklu wat sendiri lg puas ati sebab byk lebih bahan. kos bahan je dalam 400. nasib baik ade member tlong skali klu tak nangis sorang2 wat benda ni.
lpe pla kpd abg afzainizam thanks for the tips. sgt2 membantu
ReplyDeletesalam bro. kt mane nk beli dynamat extreme ni? online ad ke?
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteNak tau kat mana nak dapatkan Dynamat..? Tolong bantu..
Salam..
ReplyDeleteNak tau kat mana nak dapatkan Dynamat..? Tolong bantu..
Terbaik bro..
ReplyDeleteSalam..Carpet merah tu nk cari mne bro?
ReplyDeleteBli dkt shoppe ja murah sound proof ni
ReplyDeleteOur thermal insulation for van and car are used to reduce the heat flow in vans, cars and Buildings. Our thermal sheet is ideal for protecting Equipment from heat.
ReplyDeleteNice and excellent content...
ReplyDeletesound deadening roll
Amazing, these information are truly unknown for me yet
ReplyDeleteMino Electric Motorcycle
Your genuine enthusiasm for life is contagious, reminding others to embrace every moment. Your impeccable sense of style reflects your unique personality, making you stand out with grace. sound deadening van
ReplyDelete