Tuesday, March 27, 2012

Masalah Alternator Kereta


 
Pertanyaan yang diajukan
encik Cool said...nk tanya!kereta saya kalau tak start 2-3 hari mulalah susah nak start..apa sbbnya ek..hari tu baru cas batery..pun sama juga 2-3 tak start mulalah kena jumper!!
Jawapan kami
Thanks pada encik Cool bertanya.. Sebenarnya rasanya saya bukan orangnya yang sesuai untuk jawab pertanyaan ni… Cuma saya dapat berikan sedikit pandangan berkaitan masalah tersebut..
Kat sini saya rasa ada kemungkinan
1) Masalah Bateri tidak mampu menyimpan voltan lagi
2) Masalah alternator tidak boleh mengecas semula bateri 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Masalah Alternator Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun still sama. mesti altenator rosak tak boleh cas bateri..
Bateri
Tugas Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak
Alternator
Tugas alternator adalah sebagai electrical energy storage untuk mengecas semula bateri untuk enjin terus bergerak.. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas.
Alternator ini berfungsi bersama sama dengan bateri untuk menghasilkan eleterik ketika enjin dihidupkan.
-Hasil yang dihasilkan oleh alternator adalah tegangan AC
-Yang kemudian ditukar/diubah menjadi tegangan DC.
OK... Selalunya alternator kita kurang mengambil perhatian terhadap komponen ini selain periksa tension belt sahaja. Kita tidak pasti sama ada alternator kita memberi charge yang mencukupi atau tidak. 
Tanda-tanda awal alternator problem
1) Enjin kereta anda sukar dihidupkan
2) Lampu hadapan kereta kelihatan malap
3) Bateri kereta selalu kong
4) Radio akan ter'off' dengan sendirinya
5) Tanda lampu Electrical Fault Light dekat dashboard kereta akan menyala.
6) Kereta macam tak cukup power letrik tersengguk-sengguk (sedikit sentap bila pertukaran gear rendah ke tinggi)
Cara nak periksa alternator tu kong atau masih Ok.
-Hidupkan enjin ..
-Biarkan running dalam 1-2 minit.
-Off kan kesemua radio, aircond, lampu
-Buka hood depan, Cabut kepala bateri
-Kalau enjin masih hidup, alternator ok lagi..
-Kalau dalam beberapa minit selepas cabut enjin kereta tu mati, alternator dah nak rosak lah tu 

Multimeter
-Boleh guna multimeter checking pada bateri ..
-Hidupkan enjin kereta
-Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC)
-Sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri).
-Alternator yang baik mesti menunjukkan sekurang-kurangnya Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V. 
-Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah.  

Volt Meter
-Volt meter ni sesetengah kenderaan ( kereta-kereta lama) memang dah ada pasang meter nih sesetengah kenderaan tak ada...
-Kalau boleh.. Seelok-eloknya pasangkanlah Volt meter
-Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar sebabnya kita boleh pantau selalu volt meter ni.. So dapatlah kita tahu lebih awal sama ada alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi.
-Charge yang normal kalau tak di on switch lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt. 
-Kalau jarum voltage meter yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki 
-Kalau jarum Voltage meter terlebih Contohnya kalau overcharge selalunya indicator light bateri takkan menyala.. Kalau sesiapa guna bateri jenis basah, bateri akan terlebih cas dan boleh meletup..
 Indicator Light
Kena sentiasa peka tanda lampu penunjuk dekat dashboard kereta... 
-Kalau lampu charge warning lamp indicator (gambar bateri) merah menyala tu memang ada problem lah tu...Jika lampu indicator menyala  kita masih ada beberapa kilometer sebelum bateri kehabisan charge.
-Ni yang susah adakalanya charge warning lamp tidak menyala bagi menunjukkan alternator tidak berfungsi. Tau-tau jer kereta mati tengah jalan..

Sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untuk diperiksa.... mungkin  dah tiba masanya untuk servis alternator
Biasanya cuma tukarkan karbon brush ajer ataupun adjust bersihkan sikit karbon brush sikit... alternator anda akan bertugas seperti sediakala ... Alternator yang diselenggara dengan baik boleh mencecah bertahun-tahun malah puluhan tahun tanpa ada masalah...Tapi kalau korang nak tukar baru atau recond. ade mahal sikit harganya...Kalau ambil alternator kedai potong pulak ikut nasib.
 ***Ada beberapa jenis kategori alternator kalau nak tukar seketul..
1. Alternator Recon Malaysia
2. Alternator Recon Japan
3. Alternator Original
Seharusnya kalau beli alternator ni kita kena tanya warranty berapa lama.. Jangan ambil kalau tak ada jaminan warranty..

Komponen Alternator yang biasanya rosak..
Buka alternator dan hantar pegi kedai yang boleh buat repair service alternator dan stater motor.. nanti dia buka dan cerai-cerai kan alternator tu.. pastu dia cuci  alternator pastu mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush, rectifier diodes atau ic ragulator..
1. Carbon Brush dah haus.... 
Kalau carbon brush starter tu dah haus...enjin masih boleh hidup, tapi susah sikit... sampai masa...dia takmau hidup terus... Kena jugak tukar carbon brush....Benda ni ada sesetengah kedai je yang sanggup tukar carbon brush kebanyakkannya akan suruh tukar seketul.... kalau kita nak suruh tukar carbon brush pun dia akan cakap harga mahal..sama macam beli recon punya..... 
Sebenarnya kalau kita buat sendiri tukar carbon brush je sepasang.murah je....
Kos carbon brush dalam lingkungan RM15 sahaja...kan jimat duit.. Cari kat kedai alatganti kereta atau hardware yang jual mesin.
2. Rectifier Diod dah kaput
Rectifier Diode= Tugasnya untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan diode lebih dari satu diode yang disambungkan disebut sebagai rectifier.. Diode tu yang convert jadi arus DC.Kadang kala satu diode ni dah kaput dan perlu di tukar ..
 
Nak tau macamner diode tu kaput boleh periksa mengunakan ohmmeter .. hubungankan pada terminal Positif(+) dengan terminal Positif(+) lain kemudian terminal negatif (-) dengan terminal negatif (-) lain...kena buat satu persatu.. jika tidak terdapat hubungan rectifier maka diode harus di ganti....Diode ni nak kena solder kalau nak tukar...
 

Selain itu Check ohmmeter pada stator coil dan juga grounding dan juga Check ohmmeter pada rotor coil dan juga grounding sama ada  terdapat hubungan rectifier
3. IC ragulator (Cut-off) sudah rosak. 
IC ragulator (intergrated Circuit) = Tugas IC nih tak nak 
1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan
dan mengontrol nilai output voltage iaitu 13-14V dia akan maintain voltage yang bersesuaian dengan spesifikasi kereta . 

contohnya
"Jika regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan"
kalau IC nih rosak. terus tukar baru.....
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

180 comments:

Alan said...

dulu kereta lama renault bapak aku ada volt meter..canggih kereta tahun 60an..kereta sekarang semua hampeh..sampai meter rpm pun kedekut nak pasang.

Mermaid Ungu said...

citer psl jumper..incik nizam ni penah tlg sy bg lokasi nk beli jumper..hahahah tengkiu incik nizam.

Unknown said...

thx for the info bro...

tehr said...

kereta lama aku pernah alami hal macam ni
Lepas tukar altenator tu, ok semuanya

dhiera zainudin said...

good info~ baru tahu!

ayie said...

takut plak klu tetiba tak leh start kete..huhu

Unknown said...

tq encik beri info yg detail!!

vendoline said...

aku mmg tak reti la bab susah2 ni...anta kedai je.huuhuu bengong kan aku

Unknown said...

Alternator ni jrg rosak...tp kalau keta tu dh berusia 10 tahun keatas, kena jugak ambik tau laa...aku pernah kena ngan mende alah nih...ingatkan bateri keta rupa2nya alternator daa....

Unknown said...

TQ bos

Zack Hazze said...

thanks bro bg info...byk belajar pasal kereta n motor kt blog ni...teruskan lg berblogging bro...

Woofer Storm said...

kereta sy ari tu masalah dari bteri..bila dah tukar bateri alhamdllah dah okey dah..cuma skg ni dah bnyak tnda2 kereta sy nak semput dah..adehhh

Mohamadazhan.com said...

salam bro, kembali berkunjung ke sini...kalau sudi boleh ceritakan perbandingan kereta Proton Preve, City dan Vios...perbandingan yang terbaik =)

vendoline said...

mlawat lg.ehehhe detail betul menjawab soklan..terbaiikkk

logorithm said...

Uiks? Ini serupa macam simptom-simptom yang kereta I tunjukkan sekarang nih. Adoi... jangan lah rosak alternator tuh... :~(


Terbaru dari Logokoko:

[U] My Backyard Extension Phase 1

[U] Malang menanti si buta di hadapan!

[18SX] Tak dapat merompak, rogol pon jadilah...

Rahsia Adam said...

Bro, tq. aku sdg hadapinya, sbb tu aku jumpa page ko nih. Apapun, tqvm, mmg byk membantu.

Ahn said...

salam.bro, mase aku on kete, aircond automatically on jugak.pdhl sblm tu mmg aku off siap siap.tu pn mslh alternator jgk ke ek?

pelesit budiman said...

kalau enijn kereta hidup pastu aircond on...tetibe enjin camm nak mati dan current seolah2 drop(lampu jam jadi sangat malap)

MOHAMAD ZAILANI JAYA said...

Tk alternator. Ilmu tu utk semua. Jangan kita kena tiau kedai sje. Tk

miey said...
This comment has been removed by the author.
miey said...

kreta saya mengalami masalah kurang caj bateri. masa on kunci hanya 10v, masa enjin hidup hanyan sekitar 11v. sy dah tukar Alternator, tp sama jgk cajnya. apa punca kalau masalah mcm ni?

Unknown said...

Tuan. Kete kenari saya baru tukarkan carbon brush..akan tetapi kadangkala ia mengecas..kadangkala tidak..apakah berkaitan dgn masalah lain?.tk

sofia said...

Tq for the info..tersangat detail n mudah difahami...tq!!!!

Unknown said...

Like...ni Antara blog terbaik yg boleh dijadikan panduan para pemilik kereta utk lebih mengenali kereta mereka..ilmu yg sgt berguna.. Good job tuan tanah..

Unknown said...

Kalau pandu kereta melebihi 130km/j and then jd semput, adakah ianya juga berpunca dari masalah alternator?

Unknown said...

Kalau pandu kereta melebihi 130km/j and then jd semput, adakah ianya juga berpunca dari masalah alternator?

Mohd said...

Boleh share bengkel kereta yg boleh servis altenator tak area KL. X sanggup la nk tkar alternator lagi..tq

Unknown said...

kereta saya selalu rosak alternator. setahun sampai lima kali rosak. kalu mcm ni apa puncanya?

Unknown said...

kereta saya selalu rosak alternator. setahun sampai lima kali rosak. kalu mcm ni apa puncanya?

Unknown said...

Kalau selalu rosak alternator tu,try tukar fius alternator tu. Pernah jugak setahun 3-4 kali tukar alternator,smpai pomen tu pun pelik. Dia tukar fius,alhamdulillah,dh masuk 6 bln dah pakai alternator ni.

facebookdummy said...

Kereta saya sekarang ni dah mati balek. Mula- mula mati tengah jalan kat Bidor, tukar alternator baru rm700. Jalan 30 min kat highway, mati tengah jalan, tukar battery baru pulak rm400 campur service. Jalan 20 min mati pulak kat Ipoh. Sbb dah malam, cari hotel dan tow sampai hotel. Sekarang ni tengah pening kepala nak buat camne. Ingat nak bawak famili cuti, belum apa apa dah beribu habis, jauh dari rumah 2 jam lebih kat hiway kalau nak balik. Dan kereta masih rosak!!! Tolong bagi idea, plis!

facebookdummy said...

Kereta saya sekarang ni dah mati balek. Mula- mula mati tengah jalan kat Bidor, tukar alternator baru rm700. Jalan 30 min kat highway, mati tengah jalan, tukar battery baru pulak rm400 campur service. Jalan 20 min mati pulak kat Ipoh. Sbb dah malam, cari hotel dan tow sampai hotel. Sekarang ni tengah pening kepala nak buat camne. Ingat nak bawak famili cuti, belum apa apa dah beribu habis, jauh dari rumah 2 jam lebih kat hiway kalau nak balik. Dan kereta masih rosak!!! Tolong bagi idea, plis!

Unknown said...

facebookdummy said...

Kereta saya sekarang ni dah mati balek. Mula- mula mati tengah jalan kat Bidor, tukar alternator baru rm700. Jalan 30 min kat highway, mati tengah jalan, tukar battery baru pulak rm400 campur service. Jalan 20 min mati pulak kat Ipoh. Sbb dah malam, cari hotel dan tow sampai hotel. Sekarang ni tengah pening kepala nak buat camne. Ingat nak bawak famili cuti, belum apa apa dah beribu habis, jauh dari rumah 2 jam lebih kat hiway kalau nak balik. Dan kereta masih rosak!!! Tolong bagi idea, plis!

Salam..try tukar kepala bateri pula..sebabnya tuan dah pun tukar alternator n bateri baru..harganya kepala bateri x mahal..RM5 je..bukan apa..kot2 la kan..x masuk cas disebabkan kepala bateri dah x elok..x salah mencuba..kalau berjaya.alhamdulillah

Unknown said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

Unknown said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

Unknown said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

Unknown said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

Unknown said...

As'salam,spe yg brminat nak servis alternator blh whatsapp 0178838802
area sungai buloh n rawang

Unknown said...

sy dah cek mmg alternator problem..bila tukar je alternator tu charging kembali normal.macammana nak padam warning light tu klu alternator dah tukar

Unknown said...

Thanks for info bro...

Unknown said...

Thanks for info bro...

Unknown said...

T.q bro..good info..saya pengguna serena c23..tahun 98.. Bateri mmg cepat kong..lepas tu lampu handbreak sentiasa menyala walaupun dah turunkan handbreak..tak pandai bab enjin serena nie..maklumlah..kete lama..

mrs idea said...

keta sy bru nk masuk 4tahun da rosak alternator.nak tau kt mna dptkn alternator original yg murah utk vios.tq

mrs idea said...

bengkel tepi jln di antara jln kolam air panas n perumahan rejang

Emmjay said...

Saya tgh menghadapi masalah ni skrg. Huhu. Punyala gabra kete tiba2 mati kat tgh jln dpn trafic light.sblm tu radio tiba2 off & enjin tersengguk2. Dlm panik cari akal tinggalkn keta cari workshop. Nasib baik jumpa & mekanik ckp alternator rosak. Waduh 350 katanya cost bikin. Penin2 walhal keta saya wira 1.5 auto jek

Unknown said...

Agaknya berapa harga nak repair alternator utk myvi 1.3ezi....

Abg Zuls said...

Salam...sy mau bertanye.. bila alternator ni hampir2 rosak adakah muncul bunyi2 pelik di skitar belting...1 lg adakah kerosakan alternator ni akan menyebabkan aircond x sejuk...atau kejap ada kejap xde..minta pandangan..

Unknown said...

Saya baru je tukar alternator utk kereta vios 2008 dgn harga RM 1k bagi alternator ori toyota katenya..saya telah pon bawa balik alternator lama sbb nk bedah siasat kat kedai servis alternator.pihak bengkel bagi tahu kalau spare part toyota original toyota mmg x de warranty..saya agak ralat dgn statement tuh..jadi soalan saya
1. Betul ke brg ori toyota x de warranty?
2. Kenapa hayat alternator saya x panjang cuma 6 tahun
3. Mcm mana sya nk tahu yg alternator baru tukar tuh ori ke tidak
4. Mcm mana nk elak supaya tidak ditipu ttg harga spare part?

Klu soalan saya agak kurang masuk akal maaf kan saya dan TERIMA KASIH di atas info yg telah anda kongsikan.sangat bermanfaat dan berguna..TERIMA KASIH

Unknown said...

Salam bro.alternator vios memang ada bearing ka? Da tukar belt still bunyi macam langsuir

Unknown said...

Salam tuan, hyundai matrix 1.6 thn 2007, bile start x mau hidup, check plug ade api, fuel rail pun minyak sampai. Tp bile check fuse r/w diode dgn cable bateri negative jd panas. Ape masalah tu ye.

eltigre said...

Salam.. good info bro..sy bru je kejap tdi hntr kete wira sy ke kedai..batery bru seminggu tukar baru alih2 smlm nk start gi keje xleh psl dh kong! ni tdi hntr kedai tukar alternator baru rm235 siap jln ..tp tulaa lupa nk suh dia cek dulu alternator lama tu kot2 just kena tukar carbon brush je kn jimat sikit xla melayang duit kluar dating aku ngn awek hehehe tp dh lmbt daa psl bru je tau ni psl alternator bila terbaca blog n info dri bro huhuhu..

Unknown said...

Ebooster boleh merosakkan alternator? Tq.

Unknown said...

hrga altenator skrang brapa ya kwn2

Unknown said...

hi...slmt ptg..
sy nk share psl pegalmn sy,1st time kena ni..
tgh drive thg hri slmn,tba2 je ada signal colr merah bateri keluarvkt dashboard,bunyi engin keras,stering ssh nk handle,,tp kereta ttp jln,,
blh minta pandangan?

rizaljts said...

info yg sangat berguna.. terima kasih..

Unknown said...

hi..aslm..kjadian br blaku pagi td sblm nak pegi kje..try stat kete tp x hdup skdr bunyi ms nk stat je..lampu smua ok..sy tak tahu adakah punca dr alternator @ bteri? cz check air bteri still ada lagi..utk makluman kereta altis tu dr tahun 2008.tau ke mana2 bgkel area rawang-selayang yg blh serve murah alterntor ni?dan nak tnya lagi alternator rosak ada kaitan ke ngn bnda lain ??cth nya xtkr myk htam @ apa2 yg bkaitn ?

Unknown said...

hi askuk wbt.. masalah alternator sy sebulan sekali tukar.. bila dah tukar bawa keta sangkut2 mcm api tak ckup kuat.. skrg ni alternator ke 2 baru pun dah rosak.. kete tersadai dkat highway pg..minx tlg bantuan dan cadangan plss.. sy buntu akal..

Kamarulhisham bin Haron said...

Info yang bagus. Saya baru sahaja menghadapinya.

Boneka Tua said...

Hi..saya pakai kereta vios 2009..ada masalah bila long distance..bila lepas gerak jauh dan berhenti off enjin..bila saya nk hidup kn kereta, baru kunci letak di 'on' position enjin dh hidup..bila saya start kereta dlm keadaan enjin hidup time kt 'on' tu, starter akan bunyi walaupon saya dh off kunci..terpaksa cabut bateri utk stop kn starter tu.. tp bila saya biarkan kereta dlm setengah hari..kereta elok mcm biasa..bila long distance akan jd balik..

Unknown said...

kta punya iswara 1997,semasa cabut smbungan wire bateri (-)enjin pun padam. apabila masa nak hantar ke workshop utk repair(ingat alternator rosak) kita cuba lagi dgn cara yg sama,kali ini enjin tak pula mati.Apa masalah blh tolong bg idea!!!

Unknown said...

Saya pakai iswara 1.5.alternator saya bergegar...kadang2 ok...apa masalahnya

GENERASI TOK JED said...

saya mencari recond atau alternator savvy amt kete potong.

Unknown said...

Bro ...bgus bnr rsenya blog ni...dpt ilmu manfaat...tp bro nk tya...rectifier tu klo ad hbungn ngn ground mksudnye Ok @ Xok...

bateriku.com said...

masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

Unknown said...

salam. terima kasih bagi info. sangat berguna. saya selalu mengikuti blog tuan. sekarang saya nak mintak dengan tuan supaya post pasal cara nak maintenance sendiri part yang paling kritikal, kompresor aircond. sebab sekarang semua harga naik. kita nak berjimat. jadi diy ni konsep yang bagus untuk menjimatkan duit. susah boleh belajar. kompresor ni pomen cadang suh tukar baru ajer kejernya. kite poket berlubang. jadi itulah..saya nak belajar servis sendiri kompresor. terima kasih.

Unknown said...

Terima kasi boss....
Sangat membantu saya

Unknown said...

Terima kasi boss....
Sangat membantu saya

Unknown said...

klau altenetor kerap rosak ape masalah nye ye..
saya baru tukar semlm asok nye dah rosak
tuka yg baru pon same rosak jugak?
ade kah wayering ade masalah?

Unknown said...

klau altenetor kerap rosak ape masalah nye ye..
saya baru tukar semlm asok nye dah rosak
tuka yg baru pon same rosak jugak?
ade kah wayering ade masalah?

hafiz_saheb said...

Saya baru tukar alternator n bateri baru tp bila tinggal kereta 3 jam lebih dh kong...
Apa masalahnya tu. Boleh kongsikn

hafiz_saheb said...

Saya baru tukar alternator n bateri baru tp bila tinggal kereta 3 jam lebih dh kong...
Apa masalahnya tu. Boleh kongsikn

Zulkifli Abu Bakar said...

Salam semua. Pengalaman saya dgn kia spectra..dri tahun 2009 hingga 2015 dah 5 kli tukar alternator. Paling lama bertahan cuma 17 bulan. Beli yg recond rm230 waranty 3 bulan. Yg ori..rm1300 waranty 6 bulan.

Jay said...

Very good info brother..I had my vios2b007 cannot start....cuma dengar cranking sound saje...so I try tukar battery baru..semua ok boleh start seperti biasa...tetapi dalam masa 3 hari xblh start lagi. Sy bawa ke kedai utk check. Rupa Rupanya alternator yang problem. So kena tukar alternator. Battery x dpt dicharge semula oleh alternator untuk start enjin kereta.

Jay said...

Very good info brother..I had my vios2b007 cannot start....cuma dengar cranking sound saje...so I try tukar battery baru..semua ok boleh start seperti biasa...tetapi dalam masa 3 hari xblh start lagi. Sy bawa ke kedai utk check. Rupa Rupanya alternator yang problem. So kena tukar alternator. Battery x dpt dicharge semula oleh alternator untuk start enjin kereta.

Unknown said...

Bro.. masa tukar bateri tu kete hidup ke x?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
man5165 said...

Saya ada masalah tentang lampu kat panel meter.. gambar bateri tak nyala bila on kan kunci. Saya dah check mentol... mentol ok jer boleh nyala...
Kes ni berlaku sebab saya tinggal lama lebih kurang 2 minggu kereta tu tanpa dihidupkan. Bila nak dihidupkan bateri pulak kong.. saya hantar bateri gi cas dan pasang balik..
Bila on kunci ...lampu gmbr bateri tak nyala.. saya terus start enjin.. hidup..
Tapi perasan was2 timbul.. saya cabut wayar kat terminal negatif.. enjin mampus...
Adakah masalah alternator .. mentol kat panel meter tak nyala

Unknown said...

Saya ada mslh bateri kembung dan air bteri kluar.bateri bru pkai 4 bln,dan da tkr altenator bru pkai 5bln.da cek wiring xde msalh da cek bteri pn xde mslh.adakh altenator overcas bteri jd kmbung dan kluar air.

Tukang Rumah said...

Saya pernah kena macam tuan. Puncanya kereta kancil Saya pakai battery ns60. Sepatutnya pakai battery ns40. Saiz battery yang besar menyebabkan alternator mudah rosak.

Unknown said...

Saya punya kereta problem kadang2 tak boleh start dan alarm terus menyala bila jumper hidup kemudian boleh start seperti biasa dua 2-3 minggu kemudian masalah yg sama berulang ada sesiapa boleh membantu terima kasih

anoymous said...

Saya baru beli van buatan china,masaalahnya setelah diguna lebihkurang tiga bulan,tiba-tiba enjin tak boleh dihidupkan,saya bawa ke pusat servis setelah enjin dihidupkan dengan menggunakan "jumper".Selepas diperiksa mekanik mengatakan alternator dan beteri juga masih dalam keadaan baik,beteri yang digunakan sebenarnya sudah dirukarkan oleh syarikat kereta tempat saya membeli van itu.Enjin tidak boleh dihidupkan berlaku lagi...saya jadi bingung...sàya bawa van ke kedai lain pula untuk diperiksa....menggunakan voltmeter,setelah enjin dihidupkan dan semua peralatan dibuka seperti penghawadingin dan lampu,voltan menunjukkan bacaan 12.8v sahaja,menurut mekanik keadaan alternàtor dah tak berfungsi dengan baik walaupun belum rosak terus....jadi mungkin saudara ada jawapan lain atau sama dengan mekanik yang kedua yang memeriksa van saya ini...

azeo laxerz said...

Ak bli preve CFE. 2012. Sekarang April 2016..Alternator da problem...
Mulenye oil host pecah lepas mileage xsmpai 35 000. Sbulan lpas tu alternator pulak problem. Kereta baru usia 4 taon lebih. Pendekkan cerita. Preve antara kereta terburuk proton dan langsung xde kualiti

Unknown said...

Salam. Sy nk tya knp alternator sy jd panas bla enjen hidup dn bla tekan miyak lampu warning akn menyala bla.dn akn padam blik bla enjen pelahan balik. Mtk tlg jelas kn

Unknown said...

Salam. Sy nk tya knp alternator sy jd panas bla enjen hidup dn bla tekan miyak lampu warning akn menyala bla.dn akn padam blik bla enjen pelahan balik. Mtk tlg jelas kn

Unknown said...

Tuan..kalau dah tau jawapannya tolong respon..sedang terjadi pada saya

Unknown said...

Tuan..kalau dah tau jawapannya tolong respon..sedang terjadi pada saya

Unknown said...

Bro kereta wira sy ada masalah tuk start, aritu bateri kong, cube tuk jump start, boleh start tpi bile cabut jumper cable terus enjin mati. Adik sy ckp seblom tu dia tersilap pasang cable positf n negatif? Apa bole buat? Ada tk fius yg berkenaan? I dah tukar alternator baru tpi tetap sama. Tolong bg pendapat.

Unknown said...

salam , sy nak tny kalau bateri kereta bru tuka ke bateri kering dlm 6bln , tetibe kareta xbley start lgsung@sume sistem shut off . tp ble try jump kte trus bley start blek.. mslah ape ye?

Unknown said...

Salam..sy naik myv..krte sy tbe2 mati tgh jln..pastu sy tkar btri baru..bpe lame btry tu boleh tahan..klu altenator dah rosak..sbb krta sy rosak mse sy nk balik pd..sy dr tganu..sy tkar sblm masuk jyway tu..smpat x nk smapi pd klu altntor tu rosak..

Unknown said...

Salam sy nak tnye..hari tu kereta saya x boleh start.lps tukar beteri radio langsung x boleh on.before rosak hari tu radio asyk tutup bkak tutup bukak.lampu meter pon asyk kedip2 je.lps tukar beteri langsung radio x boleh on.minyak yg sy bru isi jd kedip2 dkt meter.sape tahu ape mslh nye.syg rasa mcm ade short memana.tp sy pnye ayh ckp beteri je problem..sape2 boleh tlg x??

Unknown said...

Salam sy nak tnye..hari tu kereta saya x boleh start.lps tukar beteri radio langsung x boleh on.before rosak hari tu radio asyk tutup bkak tutup bukak.lampu meter pon asyk kedip2 je.lps tukar beteri langsung radio x boleh on.minyak yg sy bru isi jd kedip2 dkt meter.sape tahu ape mslh nye.syg rasa mcm ade short memana.tp sy pnye ayh ckp beteri je problem..sape2 boleh tlg x??

Unknown said...

Sama mslh cam sy hadapi skrg ni. Indicator simbol bateri menyala semlm. Sib baik terbaca info kt sini.arini check KT workshop ni konpem alternator x function(bateri x cas semula..b4 12v..lps start enjin volt x naik²). Tanya rege alternator dlm rm350 yg baru..slps lebih kurang 16thn pakai wira kesayangan..kira oklah..

poxjak said...

Its now 2016 and people still reading at this. Terbaik bro sangat berguna. Tq for sharing

Unknown said...

Salam sape ada nk jual alternator viva 660

Unknown said...

Salaam, nak tnya sya bru je tukar bateri kereta n starter baru alternator dah cek smue tp kereta still bermasalah bila parking lepas tu tak leh nak start lampu semua tak menyala. Lepas tgu lama baru blh on smue. Tu elektrik kejap ada sekejap takde. Ada sesiapa yg leh tolong beri pendapat ke? Terima kasih...

Unknown said...

Salaam, nak tnya sya bru je tukar bateri kereta n starter baru alternator dah cek smue tp kereta still bermasalah bila parking lepas tu tak leh nak start lampu semua tak menyala. Lepas tgu lama baru blh on smue. Tu elektrik kejap ada sekejap takde. Ada sesiapa yg leh tolong beri pendapat ke? Terima kasih...

Unknown said...

Salam. Nk tanya jg. Sy bru tukar batteri. Tp lampu headlamp bila sy on dia jadi mcm kelip². Dan bila kereta berjalan pun ada semput² mcm tak cukup power. Ada sesiapa ke yg boleh confirmkan masalah nie berkaitan dgn alternator? Pendapat pls. Maklumlah zaman gst nie kene lah survey dlu. Tak boleh terus labur je. TY :)

Unknown said...

Salam. Nk tanya jg. Sy bru tukar batteri. Tp lampu headlamp bila sy on dia jadi mcm kelip². Dan bila kereta berjalan pun ada semput² mcm tak cukup power. Ada sesiapa ke yg boleh confirmkan masalah nie berkaitan dgn alternator? Pendapat pls. Maklumlah zaman gst nie kene lah survey dlu. Tak boleh terus labur je. TY :)

BLM2008 said...

Salam
Baru tukar alternator blm 2008.
Alternator thailand warranty 6bulan... harga rm580. OK ke pendapat korang ??
Rasa mahal amat tapi terpaksa tukar sebab nak guna kereta.
Ade yg tau bengkel area puchong yg ok dan harga tak melampau.
Tkasih

BLM2008 said...

Salam
Baru tukar alternator blm 2008.
Alternator thailand warranty 6bulan... harga rm580. OK ke pendapat korang ??
Rasa mahal amat tapi terpaksa tukar sebab nak guna kereta.
Ade yg tau bengkel area puchong yg ok dan harga tak melampau.
Tkasih

Fatmawati said...

Assalamualaikum..
Masalah Gen2 CPS (2008).
Minggu ni masuk kali ke-4, setiap setahun setengah (lebih kurang timingnya) mesti alternator bermasalah. 1x charge, 3x tukar.
Pomen cek katanya x tau pasaipa alternator mudah kong dlm Gen2 ni.
Pernah dh tgah2 bawa kereta, tiba2 total lost power. Bergerak kosong. Mujur stereng nk lg ikut arahan, boleh gagah lg pi bengkel terdekat.
OK ja sbb repairnya x mahal, tp takut dh pernah jadi keta x bernyawa. Kang otw balik kampung turun bukit jadi lg, naya...

Fatmawati said...

X pernah repair sampai RM200 lg.. Plg2 mahal rasanya RM240, tukar alternator sekali servis

Fatmawati said...

Kalau ikut pengalaman sy,
Mati bateri ok lg sbb ada simtom. Keta awal2 lg susah start, atau radio nnt jd suara slow, lampu malap. Bateri nk kong, awal2 susah sgt hidup, dh hidup OK je.

Alternator mati, xde amaran. Suami tgah drive masa tiba2 enjin xde bunyi, radio terus senyap, lampu signal x fungsi, power window pn tekan2 x jadi. Kereta tiba2 gerak 20km/j, tekan minyak x jadi apa. Mujur stereng nk lg ikut arahan. Bergerak tanpa feel, sampai juga la bengkel 500meter..

Fatmawati said...

Kalau ikut pengalaman sy,
Mati bateri ok lg sbb ada simtom. Keta awal2 lg susah start, atau radio nnt jd suara slow, lampu malap. Bateri nk kong, awal2 susah sgt hidup, dh hidup OK je.

Alternator mati, xde amaran. Suami tgah drive masa tiba2 enjin xde bunyi, radio terus senyap, lampu signal x fungsi, power window pn tekan2 x jadi. Kereta tiba2 gerak 20km/j, tekan minyak x jadi apa. Mujur stereng nk lg ikut arahan. Bergerak tanpa feel, sampai juga la bengkel 500meter..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam..kereta ogy rosak lg hummm..bila kwn3 check, kate masalah bateri..ok pastu ary jumaat last week try jumper kereta, alhamdulilah kereta idop balek..after 3 days, bila hari ni ogy nk guna kereta pegi kelas, kereta ogy xboleh nk start balek..plezzzz apa masalah kereta ni sbnar ye..sumpah ogy xtahan la macam ni..susah la ogy nk pegi mana mana huhuhuhuhu #protonsagalama

Unknown said...

Batt dah tuka ke ogy..

Unknown said...

Batt dah tuka ke ogy..

exitway said...

hdup enjin kereta...then cabut kabel negative bateri...klu mati, tnda alternator rosak...penin2...

exitway said...

hdup enjin kereta...then cabut kabel negative bateri...klu mati, tnda alternator rosak...penin2...

Unknown said...

Kelisa saya pun sama..mula2 tkar bateri sbb dh setahun..nk start payah kdg2..selang 3 mggu xleh start lnsung tp lmpu,radio semua ok..tukar starter plak..rekon rm170..pomen start enjin tgok indicator bateri plak myala..check blik dia ckp alternator masalah..so kena tukar..

Zack said...

Sy dah servis altenator sebanyak 2 kali..kali kedua servis alternator ada baik sedikit..tapi bila balik di rumah engine mati..sa chek sendiri..lepas enjin di hidupkan..sa cabut wire bateri..enjin dapat bertahan selama 20 minit lepas tu enjin mati...apa maslah kereta sa ye

Unknown said...

Sy tgah drive tiba2 kreta mati dgn sendri..adakah pnca alternator jgak..tp lampu smua power window bole brfungsi..hnda fd 1.8

Unknown said...

Boss..mw tanya.dah tukar alternator then cek battry kat mekanink tu..then mula2 strat keta ble..then aiecond ble pasang n radio sekali...lepas tu..dlm 1km sy jalan..tiba2 aircond mati then radio pula mati..tapi enjin still running..n sampai rumah strat keta blk tak dpt..kuar pic battry warna merah tu..please.tlg dulu

Unknown said...

Kalo nk beli alternator jgn beli yg recond.. Aku pnh terbeli dulu pkai x smpai staun dh kong.. Baik bli hapkat tp kna pndai tgk.. Jgn main beli je..

Unknown said...

Salam tuan,,

Ada sdikit kemusykilan tentg simbol bateri menyala..dah tukar bteri bru,,pomen check altenator pon ok lg tp still simbol bteri menyala..apakah punca selain drp btri dn alternator.. Skian...

Unknown said...

Salam nak tnya apa mslah tu altneter sdh servis.. tapi stil hidup lambang btry di dsbord, biLa d res mati tapi biLa di kasih Lepas res hidup tu Lambang batry.. tolong tolong dulu bos

Unknown said...

Ok sdh ka bro krta mu.?

Unknown said...

sama ka tu kalo d forklift? bila bula ja betri tus mati...altenator jg la tu kn...??

Unknown said...

Assalam. Saya ada proton saga iswara eroback. Masaalah kereta saya battery baru tukar 3 hari lepas 2 x boleh nak crank. Cabut terminal - enjin x mati tapi battery lemah kenapa apa punca dia ye tlg bantu

az said...

Lampu handbrake menyala bermaksuk kurang minyak brake

Dunia Maskulin said...

Akak aku pakai preve ok je. Beli taon 2012. Siap bole tapau Civic fd.

Hj.Rock111 said...

Kereta apa tu?? Itu bukan masalah alternator...

Unknown said...

kereta kancil sye baru tukar alternator...tp bile cabut wayar negatif bateri enjin terus mati...ape masalh tu ye...pastu pomen ade bwt wayar tambahan dr alternator ke bateri..kenape perlu ade wayar dr alternator direct ke bateri..???..bole tlg jelas kan x

mohamad izuan said...

as salam bos..saya baru tukar altenator baru(taiwan)..tp bawak xsmpai 2 jam dah enjin mati semula..lampu bateri xnaik..sebelum mati tu radio dah kelip2,jam dah malap..padahal baru je ganti altenator baru..ape problem lg ye..pening2

Unknown said...

Kedai kat mn yr.sng cita nak p kdi

Kopi o kaw said...

Salam kereta mati tiba2 ditgh jln
Battt baru tukar jenis ns70 dan alternator recon
apbila swap batt member dh bleh hidup ngin semula
Kereta waja m 1.6 T/ksh.

Unknown said...

Nak tanye, alternato and battery sudah ganti baru, tp battery x cas lgi, apa masalah, tlong bagi tau

Unknown said...

Sy bru tuka altenator bulan lepas then rosak balik mggu lepas. Saya tukar lagi altenator yg baru tapi seminggu je tahan then smlm rosak balik. Adekah sebab wiring? Hurmmm

Unknown said...

Saya baru tukar altenator ngn bateri baru ns70 amaron... Tukar jugak kepale dy yg baru... Tinggal semalaman pagi esok lampu kt dashbord xde langsung n enjin dah xleh start. . Ape masalah ye tolong bantu

Anonymous said...

bro, skrg kereta sya pn sama aalternator sebulan 2 kali dh kena tukar, fuse biasa pada kotak fuse 80amp, jadi fuse berapa perlu sya tukar? Perlu drop amp or naikkan lg amp?

syumul said...

tukar alternator baru. jangan ambik recon

Unknown said...

Main pully boleh jadi atau battery lebih tahun

Unknown said...

Boleh jadi main pully

Unknown said...

Cuba check soket alternater..kadang longgar je..

Unknown said...

Kadang soket alternater longgar je tu bro..cb ketatkan soket..

Unknown said...

Dkt mana blh dpt alat ganti alternator seperti AVR automatik voltage regulator atau pun IC

Meran said...

Salam Tuan..

Saya baru jer tukar bateri baru...3 hari kereta x jalan bateri dah kong...adakah penyebab adalah alternator atau ada arus bocor? Minta ADVICE. TQ

Erron736 said...

Saya rsa blog ni dah lama tak updet la tuan tuan, takde reply dari owner blog, masalah kereta saya sama je dengan masalah sedara2 semua, tapi sya lihat, komen tk d balas pun

azpi said...

Saya ada sikit pertanyaan..bagaimana nk keluarkan alternator kancil..sebab terlalu sempit

azpi said...

Tuan..bagaimana nk keluarkan alternator dari kereta kancil..

azpi said...

boleh beri sedikit tip..sebab semua mengetahui yg ruang bagi kerata kancil ini sgt sempit

Aomi said...

Tuan....mcm mane kalau kereta xblh start n then saye jump start blh hidup.. Tp lps tu mati balik

Unknown said...

Salam kereta saya saga fl pun baru aje setengah jam lepas mati symptom2 nya sama macam di atas alternator rosak boleh tak bagi cadangan mana boleh repair alternator murah kat area kelana jaya.

Unknown said...

Kancil kena Jack boss. Keluarkan dari bawah.

Unknown said...

Jarang dah bengkel nak repair alternator ni. Sebab kerja lebih untung nipis. Sebab tu bengkel suka tukar seketol je. Kerja senang untung tebal.

Kalau repair alternator ni.
Kalau carbon rosak baru rm15
Kalau ac rosak baru rm35
Kalau daiot rosak baru rm30.
Semua rosak tukar seketol jelah.
Biasa carbon sahaja yang habis lain2 tu jarang rosak.

Zulfa said...

Salam tuan
nak tanya .. saya ejas belting alternator.. semasa ejas saya tertolak alternator terkena besi yg berdekatan dengan enjin & keluar percikan api.
Jadi saya da tarik balik belting alternator kembali.
Semasa saya nak hidupkan enjin semua lampu tak menyala..
Kenapa ya tuan n apa yg perlu saya lakukan?

Unknown said...

Salam tuan,knpe kereta saya pasang jer kepala bateri,alternator terus jadi panas?padahal enjin belum start lagi,kereta ford ranger 1st model

Credit Loan Solution said...

Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

Your Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

Wengs said...

Tuan....nak tanya kreta tiba2 mcm nak mati tegah jln semua lampu radio tiba2 tak menyala dgn baik..hanya lampu pada dashboard lambang batery je yg nyala..apabila sya check semua komponen dalam engine saya dapati belting alternator saya dah tak ada...soalan sya, apabila dah pasang belting semula yg baru, ada tak kesan lain yang akan berlaku pada engine sya selepas ni...????

Hazzley said...

Tolong kereta saya dah bebulan kt wshop..masalah alternator..lepas 3 hati tak boleh start..pomen dah siap tukar 3 kali alternator dalam tempoh tu masih terbakar juga..

Unknown said...

Nak tamya...kereta avanza sy dah tukar bateri...tapi selepas seminggu sy bwk sana sini...hari kelspan dah tak boleh start...bila jumper hidup semula....p kedai..mrk kata alternator ok...lepas tuu tak boleh stsrt pula ...adoii

Encik kancil said...

Nice. TQ bro... akhirnya saya dapat punca masaah kereta saya yg kadang2 tersengguk sengguk tu

Unknown said...

Salam boss.. Kereta saya lampu terang aircorn blower pun angin kuat pada hal pakai low.. Ba kereta gerak laju lampu terang.. Saya suspek alternator batery penutup pun kluar macam air lancut.. Alternator rosakkan.. Saya tanggal bkepala batery life engin nak mati dan terus mati.. Sambung balik kepala batery langsung kereta tak boleh hidup.. Masalah alternator ke.. Api cable plug pun tak ada api..

Adoi said...

Lepas tukar alternator settle tak sengguk2 tu tuan?

msyafiq07 said...

salam..sy pengguna saga flx plus tahun 2016...sy pnya indicator bateri berkelip2 smasa on signal (kiri or kanan)....on aircond dan on lampu besar xberkelip plak...dah try cbut penyambung terminal bateri... kereta hidup..alternator okey....apa masalah ya?

Unknown said...

Hi saya jerry pakai kereta proton wira aeroback 1.3 tahun 2003.problem kereta dah tukar alternator dah start dlm 20mnit kereta mati balik. Bateri beli baru. Blh advice x?

aan said...

assalamualaikum en kereta masalah bateri klip2 bila bagi sinel

aan said...

assalamualaikum en kereta masalah bateri klip2 bila bagi sinel

aan said...

ada kah carbon rosak

aan said...

assalamualaikum en kereta sy bila bagi sinel bateri klip2 ..ada kah carbon rosak

Hairun Ariffsyah Bin Yusof @ Hashim said...

Same la mslh skrg. Tuan buat apa skrg masih mshlh ke

Unknown said...

Salam.. alternator kancil ade dua wayar yg kuar. Kemana sambungan yg betul wayar tu. Warna putih dn putih belang merah. Hrp dpt bntu..

Unknown said...

Kereta Persona saya bermasaalah tak boleh simpan electric jika Tidak Starts /jalan dalam 1hari, battery dan Alternator sudah tukar Baru tapi tetap sama Masaalah bila tidak start 1hari bila start tik tak tik tak sebiji macam battery Rosak,jika lebih 2hari tak start lampu meter malap kereta seperti sangat kekurangan electric bila jumper n start OK pula cuma kena hari2 jalan baru ok harap Tuan boleh membantu saya mengenal pasti masaalah kereta saya, saya Dahulukan Ucapkan Ribuan Terimakasi diatas Bantuan Yg Tuan berikan untuk info Jenis kereta saya Persona 2012.

R said...

Assalamualaikum kereta sy pun bermasalah sush nak start, batery sudah tukar lepas 3bulan susah nak hidup lg..try cas semula batery kat bengkel lepas 2minggu batery kong lg..boleh tahu tak ape punca jadi mcm tu..padahal kereta baru bergerak semalam,besok nya nk start masih xboley..lampu pd dashboard ade cuma start jek boleh..sy harap tuan dpt membantu..terima kasih..

Unknown said...

kalau pakai battery bukan saiz asal akan buat alternator rosak x?contoh myvi standard pasal saiz 40, tapi tukar pakai 60..just tanya..TQ

Anonymous said...

Nk tanya boleh tak tukar alternator amp besar contah vios ncp42 asal 70amp upgrade ke alternator 90amp yg ada jual kt shoppy.tak merosakan ecu atau battery ke sebb pakai battery asal ns60...

Anonymous said...

Kalau cabut,enjin tak mati tapi enjin ada gegaran...pastu sambung balik battery tidak ada gegaran adakan altnator dh kurang kuasa dia

khairulsha said...

Bagus penerangan admin .tqvm

Fauzan said...

Salam tuan.. AlterNator sy baru tukar.. Tapi still beteri x masuk cas

Fauzan said...

Salam tuan.. AlterNator sy baru tukar.. Tapi still beteri x masuk cas

hafiZ said...

kereta saya pagi buat hal bateri kosong terus x masuk charge padhal br je tukar batey bulan 10 baru ni.
nak jadi sabit..
pagi td tgk lampu kereta bilo off pun nyala. kena usik2 br mati.

sebelum ni pernah tukar tali altenator sbb putus.. pasang 3 hari mcm tu pastu putus balik .kendur munkin ni ok la sebulan plak buat hal adakah altenaror rosak

hafiZ said...

atau ada penyakit lain.. kereta model suzuki swift

Unknown said...

assalamualaikum.. kereta viva saya manual 850.. sebelum ni ok.. tp kebelakangan ni saya selalu redah air tinggi dijalan lepas tu saya ada pergi cuci enjin.. keesokan hrinya kereta saya tak hidup.. saya dapati fius fuel pump putus.. lalu saya gantikan dengan yang baru tapi still tak hidup.. saya pun buka bonet dan cabut bateri.. lepas beberapa minit saya pasangkan semula dan start kereta hidup.. tpi bila saya park lebih dari 3 ke 4 jam kereta tak hidup.. saya pun lakukan perkara yang sama dan hidup... bergitu lah setiap hari.. dah peegi cek komputer mekanik cakp semuanya normal.. tp masalah tu tetap tak hilang.. mohon pencerahan tuan.. terima kasih

Apiyusop said...

Ad tu bg axia E manual.😂😂😂😂😂😂

Unknown said...

Berapa bacaan meter altenator kalau kita buka aircond, semua lampu dan radio?sbb kereta saya waja auto bacaan adalah 12.2 ketika semua peralatan spt aircond dll sibuka..kalau x buka semua peralatan tu ok sekitar 13.8..huhu..mohon penjelasan..tq

Fal!enSky said...

Cepat rosak sebab off/on keta xda padam aircon n radio

MR JAME said...

TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

Adakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
mrwilliam751@gmail.com
Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

1) Nama Penuh:………
2) Jantina: ………
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
4) Tempoh Pinjaman:………
5) Negara:………
6) Alamat Rumah:………
7) Nombor Telefon Bimbit:………
8)Pendapatan Bulanan: ………………………
9) Pekerjaan:………………………………
)Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

Terima kasih dan salam mesra.
mrwilliam751@gmail.com
+918256953815

Sound Deadening Store said...

Excellent buddy...
soundproofing barriers

Udo@Agro said...

saya baru tukar alternator lain,masalahnya kereta mati tengah jalan juga.