Friday, April 13, 2012

Pasang Roof Rack Carrier atas kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Zakaria Said aku punyai masalah loading barang so aku terfikir, kalau pasang top carrier atas kereta aku.. ade pernah nampak kereta taruk carrier ni, Btul ker kalau nak bawak barang nie atas carrier kereta tak dibenarkan?
Jawapan kami..
Thanks En.Zakaria bertanya.. Sebenarnya saya tak tahu camner nak jawab ni...sebabnya tak disebut barang apa yang nak di loding atas bumbung kereta tu... tapi saya berikan sedikit info berkenaan dengannya..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pasang Top roof rack Carrier 
Atas Bumbung Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Mengenai pemasangan Top Carrier untuk loading barang sebenarnya dikategorikan pengubahsuaian tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)... Sepertimana perenggan dibawah ni
 
”Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan terhadap"
-Pemasangan para bumbung.
-Bagi pemasangan para para bumbung, ia tidak boleh melebihi panjang bumbung atau lebar kenderaan dan tidak melebihi ketinggian 400 milimeter diukur dari bahagian teratas para bumbung itu.
-Roof rack dan top carrier box tiada masalah nak pasang....Tetapi jika nak loading barang ( letak barang) diatas bumbung kereta.. Kena buat rujukan dan mintak kebenaran JPJ terlebih dahulu sebenarnya.. Contohnya letak bot fiber, basikal, tangga atau barang-barang sebagainya ( ini termasuklah papan tanda iklan sekali pon)..
Antara contoh-contohnya mana dibenarkan dan tidak dibenarkan seperti dibawah:



Membawa basikal
-Boleh guna jenis bike carrier atas bumbung kereta
-Sebenarnya penggunaan rak basikal jenis sangkut kat belakang tu salah, kalau kantoi dengan JPJ lah..kerana mengikut syarat, kedudukan basikal hendaklah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang & tepi bumbung kenderaan. 
-Lagi pon letak basikal kat belakang tu bahaya sebabnya lampu signal , lampu brake kereta pun tak nampak pun bila menyala.. pandangan dari cermin belakang terhalang dan Nombor plat kereta tak nampak...

Membawa Bot Kecil , Sampan & Kayak
-Jenis-jenis kereta yang boleh bawak bot atas bumbung seperti kereta sedan, kereta 4wd dan kereta wagon asalkan boleh tampung bebanan bot tersebut..
-Panjang bot mesti tak melebihi panjang kereta…
-Lebar bot mesti tidak melebihi lebar bumbung kereta…

Membawa Tangga Kecil dan Barang
-Kalau setakat nak bawa tangga pendek tu boleh.. tapi kena ikut kesesuaian panjang lebar tangga tersebut dengan kereta tersebut..
-Kalau nak bawak buloh, batang nibong ker, pipe pvc atau kayu panjang tu.. kalau dah terjulur terlebih
dari panjang kereta tu dah sah-sah tak boleh..

-Kalau setakat nak bawa barang-barang ringan memang boleh tetapi di letakkan di dalam Car Top Carriers Box atau jenis cargo Bag (contohnya ada jenis Top Carrier yang boleh muat 40 liter muatan dan tengok saiz box lahh..) tetapi jangan melebihi had muatan lahh..
-Top Rack Carrier ni boleh dibeli kat mana-mana kedai aksesori kereta… jenisnya bergantung pada jenis kenderaan…. Contohnya besi palang , Top Carriers Box atau jenis cargo Bag boleh cari brand THULE atau Matchmake.. Sebabnya dia punya main chasis roof rack jenis clip on pada kereta … tali pengikat cargo lashing dan clip tu elok gunakan cari jenis clip (cargo lashing) yang boleh grip atas bumbung tu... yang macam selalu ikat lori barang tu…barulah kukuh sikit..


-Yang ni tak di benarkan langsung kerana melebihi muatan , tiada safety, bahaya lagi muatan tak balance dan overweight... Kalau ambik selekoh jalan atau ada rintangan angin mau terbalik kereta..Nampak JPJ atau trafic memang kena saman punya lah...
_______________________________

Cara nak minta Surat Kebenaran bawa barang atas bumbung kereta
-Untuk carry basikal, bot, sampan, kayak atau tangga atas kereta.. Pihak berkuasa JPJ telah keluarkan satu arahan untuk membawa bot , sampan, kayak atau tangga mesti di pohon ( boleh kata macam surat kebenaran JPJ lah) melalui borang KA/PA/007.. tajuk borang tu… Borang Permohonan Pemasangan Aksesori (Menambah Penumpang / Memasang Kanvas / Tambah Pagar Sisi / Iklan / Bawa Bot / Surf Board / Bawa Tangga / Ekzos)
-Contoh kepala borang macam kat bawah ni..


Langkah-Langkah:
1)Pergi ke Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ berhampiran anda, minta borang seperti dalam gambar. Isikan di ruangan yg berkenaan. … Borang ini adalah diberikan secara percuma.
semuanya percuma… tak payah renew…




2)Isi borang tersebut dan sertakan dokumen-dokumen yang perlu
-Sertakan dengan satu salinan kad pengenalan pemunya berdaftar
-Sertakan satu salinan depan - belakang kad Perakuan Pendaftaran Kenderaan (geran kereta).
-Sertakan tiga keping gambar pemasangan rak di bumbung kenderaan anda iaitu pandangan hadapan, belakang & sisi. Pandangan hadapan & belakang hendaklah memaparkan no. pendaftaran kenderaan anda dengan jelas.
- Kemudian tiga keping gambar lagi bagi pemasangan rak dengan muatan di bumbung kenderaan anda iaitu pandangan hadapan, belakang & sisi. Pandangan hadapan & belakang.. Contohnya gambar tu rak dengan basikal atau rak dengan bot atau rak dengan tangga
- Kesemua gambar yang berkenaan. Perlu dilekatkan pada kertas A4
-Pada bahagian bawah kanan borang… sila tulis saiz basikal,bot atau tangga (panjang x lebar)…


3)Hantarkan kesemua borang dan gambar yang diminta. Pastikan anda kepilkan semua sekali dimulai dengan borang permohonan, diikuti salinan kad Perakuan Pendaftaran Kenderaan, serta gambar pemasangan rak. Pegawai JPJ kemudiannya akan meminta anda menandatangani buku akaun penyerahan borang dan menyerahkan Kad Akuan Terima yang dicop tarikh penerimaan.

4)Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa selama 1 minggu. Anda dinasihatkan supaya menghubungi no. telefon yg tertulis pada kad Akuan Terima untuk memeriksa adakah surat ini telah disiapkan sebelum datang mengambilnya di pejabat JPJ.

5) Apabila telah mendapat surat ini, sila pastikan surat ini sentiasa dibawa dalam kenderaan. Jika ditahan dalam sekatan jalanraya, tunjukkan surat kebenaran ini apabila diminta. kiranya surat ni kene letak kat keta laa sepanjang masa.. Bahagian Kejuruteraan Automotif akan memberi sebanyak tiga salinan surat ini untuk simpanan.
***Setakat ini ajer yang termampu nak maklumkan... Selebihnya tanya kat pihak JPJ  yang lebih arif kalau nak kepastian sebenar-benar nya...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

28 comments:

Unknown said...

kadang bdk2 saje jea letak..padahal x bawak barang apa2 pun.

Mohamadazhan.com said...

salam..

perlu ada surat ruapanya..ingat boleh ubah suai macam tu ja.hehe.

Anonymous said...

letak basikal..macm LTDR tu cool..

Unknown said...

Wahhh...kalau kena mintak surat dr JPJ, letih jugak nih...he3x!!!

Unknown said...

oh perlukan kebenaran rupo nyer yer...baru tau...

Unknown said...

ooooooooooo baru tau..sangkut beskalkot belakang x bole rupanya

Anonymous said...

macam tu ek prosedurnya. xtau pun sebelum ni

tehr said...

baru aku tahu
kena buat permohonan jpj rupanya
hehe

thanks bro

aShaBuLz said...

ooo..mcm tu ke caranya....baru tahu. ingat boleh main pasang je..hehe...

nabilah_2908 said...

tak boleh suka2 letak yer...huhu... :)

ayie said...

leceh la nak jumpa jpj bagai

Abu Bagi said...

tak nak la aku buat macam ni.. macam lain je dowh..haha

Alan said...

x minat nak letak brg ni..nampak serabut jer

ku-cit said...

yg sangkut basikal kat belakang tu selalu nampak keter singapore yg wat mcm tu...gaknya kat sana dibolehkan kot...

Woofer Storm said...

perghhh kena minta surat pengesahan juga ea?baru tahu ni..

dhiera zainudin said...

nice inf. thanx~ baru tahu.

Ariff said...

Hi,

sy amat meminati blog saudara, penuh dgn informasi berguna, cara penyampaian saudara cukup mudah difahami dan ikhlas. saya tidak tahu bagaimana untuk mengajukan soalan di blog saudara, jadinya sy mengajukan soalan disini.

Boleh saudara terangkan sejarah mengenai rim Watanabe yang digunakan seperti dalam cerita Initial D dan Wangan Midnight? Sy amat meminati rim tersebut dan bercadang untuk memakaikan rim tersebut di saga FLX saya. Harap saudara tidak keberatan menjawab soalan saya.

Kerjasama saudara amat saya hargai.

Terima Kasih.
Ariff
thegoldensentinel.blogspot.com

Ariff said...

Hi,

sy amat meminati blog saudara, penuh dgn informasi berguna, cara penyampaian saudara cukup mudah difahami dan ikhlas. saya tidak tahu bagaimana untuk mengajukan soalan di blog saudara, jadinya sy mengajukan soalan disini.

Boleh saudara terangkan sejarah mengenai rim Watanabe yang digunakan seperti dalam cerita Initial D dan Wangan Midnight? Sy amat meminati rim tersebut dan bercadang untuk memakaikan rim tersebut di saga FLX saya. Harap saudara tidak keberatan menjawab soalan saya.

Kerjasama saudara amat saya hargai.

Terima Kasih.
Ariff
thegoldensentinel.blogspot.com

Zack Hazze said...

uisyyy...kena isi borang kee??? info baru ni...igt boleh main letak jee...huhuhu...

Fakhruddin said...

laa..kene isi borang..
ingatkan pakai letak je..

Anaktarzan said...

Aku pun nak pasang roof rack untuk papan surfing. So aku call JPJ untuk pengesahan. Gembiranya..JPJ kata mereka baru saja memansuhkan permit ni dalam 1 minggu lepas. Harap2 Encik JPJ tu betul lah. Pemansuhan ini meliputi roof rack untuk basikal dan semua yang berkaitan dalam blog ni. Bagaimana pun terima kasih kepada tuan punya blog ni. Memang banyak yg dapat di kongsi...yeha...tak payah permit...

Unknown said...

Kena bayar fee untuk memohon jpj?roof rack tu berapa harga satu pasang kat market?

kabaam homestay said...

as salam bro...terima kasih diatas informasi yg sangat2 berguna..
kipidap..he..he..

kabaam homestay said...

as salam...nak tanya..saya ada perodua axia..roof rack apa yg sesuai...blh tolong advise tak...tengok kat kedai assesori mcm tk kuat je...mahal la pulak tu..

terima kaseh

Along said...

http://www.jpj.gov.my/Pengubahsuaian-Kenderaan-Persendirian, baca tajuk perenggan pengubahsuaian-kenderaan-persendirian (dinyatakan boleh dilakukan tanpa kebenaran sekiranya memenuhi piawaian jpj)

Unknown said...

Betul ka tak perlu.

Unknown said...

Betulkah tak perlu,ingat nak pergi mohon

Sound Deadening Store said...

Nice buddy...
thermal insulation materials