Sunday, September 6, 2009

Projek Honda Biru Ocean Cristal Pearl Effect

Projek Biru ape pulak kereta honda ni...
Projek kali ini tertumpu pada sebuah honda yang nak tukar colour keseluruhan dari warna putih kepada warna putih kepada warna biru muda tak muda bukan warna biru Subaru.. Emmm camner ye.. warna ape tu ye? kami cuba selak helaian catelog yang ade.. cari warna biru seperti yang di perkatakan... kami sendiri belum dapat membayangkan warna tersebut..
Seperti sedia kala setelah kerja-kerja menggosok kereta dijalankan.. Seperti kebanyakkan kereta yang datang ke bengkel kami sedikit sebanyak kami dapat gak sedikit projek pemasangan side skerting.. tapi kami kali ini taak sempat nak ambil posenya lah... kesibukan yang teramat sangat sampai terlupa nak ambil gambar pose tersebut
First kerja Side skerting tersebut kami bilas balik ngan under cod putih
Belakang pun sama juga nak bilas balik ngan warna putih dulu
Kemudian kereta tersebut masuk bilik mengecat selapis under code biru plak
Kemudian baru cat plak warna biru.. Taukey yang cat ye..
Taukey tekun mengecat... tak sedar gambar dia diambil...Yang ni bahagian yang tepi body siap tu....
Pastu tinggal jap... biarkan kering...
Ehhh... berapa lama lah nak tunggu dia kering ni....
Yang bahagian kecil-kecil ni dah kering ....
Sementara nak tunggu kereta tu kering..Tauke cat clear plak kat side mirror dan penutup tank tu.. nak tenggok jadi ke tak... ni lah colour dia tu..
Sampai malam tunggu...Lepas dah kering taukey cat clear... Tak kering-kering lah... lambat betul... tak taulah... kenapa ye.. kali ni susah sangat nak kering... dah malam ni

Dah kering pun baru lah boleh polish... kesian si sorang mamat ni dah malam baru dapat polish kereta tu..
Kesiankan terduduk beb... penat tu... nak siapkan gak malam ni.. esok tuan punya kereta nak ambil...
Hah dah timbul skit colour tu.. bersinar-sinar... skit demi skit baru nampak warna biru tu...
Pada ke esokan pagi nya... hah dah siap dah.. amacam cantik tak.. Honda biru ocean cristal pearl Effect
Pose bahagian hadapan...
Nak kata biru Subaru pun tak...Bahagian tepi... nampak tak Cantik gak... Padanan warna yang di cat kat kereta ni.. warna yang agak lembut..
Post dari bahagian belakang ni...
Warghhh ...ade kucing kat bawaah kereta... syoknya ko dok kat bawah..

Tuesday, September 1, 2009

Panduan & tips penjagaan tayar



Adekah anda tahu ape maksud tulisan kat tayar korang ?
Kenali kemampuan tayar kenderaan anda melalui maklumat dengan cara membaca yang tulisan pada tayar (sidewall)
Maklumat penting pada dinding tayar yang perlu diketahui
1. Logo ECE (European)
2.Logo DOT -DOT Serial Number - Identifies the plant, manufacturer, and date of production
3.Logo MS (Malaysian Standard),
4.Tanda paras amaran botak/haus
contoh: cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
indeks Kelajuan
Q - 100 mph 160kph R - 106 mph 170kph
S - 112 mph 180kph
T - 118 mph 190kph U - 124 mph 200kph
H - 130 mph 210kph
V - 149 mph 240kph
W - 168 mph 270kph
Z - more than 168 mph 270kph

Adakah anda guna sport rim 14 inci atau 15 inci? Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

Petua keselamatan & penjagaan tayar ?
-Pastikan tayar yang dibeli mempunyai logo ECE atau DOT atau MS
-Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali..periksa tayar setiap kali sebelum memulakan perjalanan
-Lakukan aligment dan balencing tayar setiap 10,000km perjalananjika tidak bermasalah sekali pun..
-lakukan aligment dan balencing segera jika bermasalah iatu jika stereng berasa gegar atau kenderaan lebih cenderung ke satu arah ajer
-Hindari daripada beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda aras amaran botak (TWI)
-Elak beli tayar toreh / korek
-Jangan mengangkut lebih muatan dari kemampuan tayar.. Rujuk pada indeks had muatan..

Tanda-tanda tayar perlu ditukar.... Penyambung permukaan bunga ialah 1.6-2.0mm min. Kurang dari tu ... kena tukar tayar baru. Jangan gunakan tayar sampai botak....perhatikan antara setiap corak bunga.. ada penyambung.. jika bunga & penyambung dah sama rata... juga mesti tukar pada tayar baru..
Tip mudah mengesan kehausan tayar
Ambil duit 20 sen letakkan di antara selah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan sen tak kelihatan bungga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan sen itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis..

Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama)

1)Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian.
2)Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan
3)jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan.
4)Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
5)Tayar haus tidak sekata... selalu tengok tayar botak kat tepi ? Ni sebab tekanan tayar tak cukup.... Kalau tayar botak tengah ? ni simptom selalu isi angin melebihi paras yg di tetapkan.

Ape yang perlu kita perlu ambil tahu semasa nak menukar tayar?
Perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul-betul, terdapat rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilang. Justeru, pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar.

perhatikan 4digit XXXX pada tepi tayar tersebut... itu kod manufacturing week... 1st XX = Minggu ...2nd XX = Tahun.. contoh :- 0808 = Bulan Feb, Tahun 2008 tayar tu dikilangkan..Jgn ambil tayar yg melebihi 52 minggu.....
Lebih keras bunga tayar lebih tahan penggunaannya. Tapi harus ingat kurang pula cengkamannya...
Lebih lembut lebih baik utk pemanduan dalam hujan atau jalan lecak... Cuma pendek jangka hayatnya (lifespan)... dan sedikit bising (berdengung)
Hanya gunakan tayar yg sama brand & model sahaja. Ramai org suka tukar tayar 2 bijik (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..

Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?
Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,

Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.
Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..

wira merah spacial effect bonet hitam

Wira hitam bertukar merah spacial efect oren lah
Kereta Wira ni datang nak tukar colour dari warna asal hitam kelabu asap ni ke warna merah.. pastu nak pasang side skerting keliling model SE.. kami cuba dapatkan bumper tersebut.. tapi agak lambat skit lah nak contack-contek member-member kedai lain kat mana nak dapatkan.. pasal susah nak dapat tengah nak raya ni.. pembekal sorok bumperlah kerana ia laris dipasaran.. hai macam main sorok-sorok gula plak jadinya.. biasalah kerja-kerja dilakukan time posa ni agak lambat penat beb..

bahagian depan yang kami simen tu.. terukkan banyak sangat lekok..
tunggu bumper depan sampai nak tukar model SE.. kami sudah oderkan
bahagian tepi kami dah pasang skerting tau tapi lupa nak tunjukkan
rear spoiler kami pasang tu... ok lah cari yang simple2 je cantik gak kan
pasni keja-kerja under code dilakukan
kerja kerja caat telah dimulakanletih beb time puasa-puasa ni nak mengecat .. tapi kenalah kerja slow-slow skit
Biarkan kering lah lepas ni ... aku nak rehat jap.. pas ni cat clear plak keseluruhan
Hah ini dah siap.. cuma nak pasang barang je... mana plak pekerja pasang barang ni
hah tunggu betul-betul kering pasal takut tak kering.. pasang barang secara berhati-hati tau
sementaratu aku sedang cat spoiler belakang ni...
spray clear pas tu....
Hah mari tengok ini sini.. merah inipun colour merah spacial effeck
bertukar merah oren skit.. pasal pancaran cahaya matahari dari arah belakang kereta tu Nampak tak effect colour kereta tu... sedikit keorenan kan..
kalu aku cerita je bila aku nak siap pasang barang ni semua...

Pekerja lain plak Polish kenalah buat kasi shining lah
Begini lah rupanya selepas Polish tu... ok tak..
Warna Merah bertukar sedikit masa cuaca redup
Bumper tu yang sudah di tukar... simple tapi agak menarik lah juga


Spoiler belakang yang di pasangPerbezaan antara waktu redup dan waktu panas lihat effect yang berlaku ni
Merah semasa cuaca redup


Ke oren-oren masa cuaca panas..

Thanks pada owner kereta ni ye.. kerana hantar kereta ko ye harap ko berpuas hatilah ye..