Thursday, November 19, 2009

Proton Putra Cat Hitam Mati Dengan Line Hitam......

Projek Putra Hitam Mati Dengan Line Hitam....
Owner kereta putra ni telah datang ke bengkel kami untuk mengecat keretanya... Kali ini ceritanya berlaianan... sebabnya dia bawa gambar kereta.. dia nak kereta dia buat sama macam tu.... ada line tengah dari hadapan ke belakang... dan warna yang di pilih ialah warna hitam mati..... hah.... kami terfikir gak line dah hitam warna pun hitam.... ape pun kami cuba buat projek kereta ni.... ini kali pertama kami buat kereta colour hitam mati dengan tambahan line jalur punwarna hitam.... hitam dengan hitam macam mana nak kasi nampak jelas warna line tu timbul... puas kami fikirkan caranya.....

Rupa asal kereta putra tu......bonet depan dia berkarat....Tingginya spoiler belakang dia ni.... wow...Dari bahagian tepi tak nampak ape -ape yang tak elok tapi bahagian atas bumbung dia karat....Bumbung atas kami simen habis kseluruhan....Zoom jauh skit.....Bahagian tepi body banyak gak yang kemek rupanya... kami simen gak....Ni bahagian bonet depan dia bila di gosok pakai kertas pasir baru nampak banyak lubang pada atas bonet dia ni rupanyaSambungan side skerting pada pintu kereta tersebut.... kami cantumkan aje....Hah yang ni kami buat line tu dulu tujuannya buat line ni dulu supaya permukaan tu akan nampak perbezaan..
Yang ni lah hasilnya... nampak kan line dia.... lepas ni baru cat hitam mati pada keseluruhan body tu...Sama gak yang kat atas bumbung ni.... dah jadi pun.... tapi tengah tunggu betul-betul kering dulu...Bila dah siap cat nampak tak perbezaan antara colour hitam mati tu ngan line hitam tu... nampak jelas line Pada waktu siang warna line hitam tu timbul pada permukaan hitam mati body putra tu...Cuma yang takutnya bila waktu malam... nasib baik warna line hitam tu timbul dengan jelas pada waktu malam... lepas ni kerja-kerja polish nak di lakukan... kami ambil peluang snap dulu gambar...Pandangan dari tepi Putra tu..... colour hitam tu bila waktu siang..Bila malam colour dia lebih gelab sikit...Dari tepi Colour hitam mati tu....Bahagian atas bumbung yang berline tu...Zoomm biar lebih jelas... garisan atas bumbung hingga ke hujung spoiler....Line atas spoiler..... sampai hujung bebDari bahagian belakang line kereta tu nampak jelaskan...Zoom lagi biar nampak jelas...... timbulkan hitam dengan hitam nampak bezanyakan...Sport rem pun dia nak hitamkan.... nah ini rupanya....Kereta ni serba hitam..... susah nak polish kereta ni ... sebab colour dia hitam mati tak kilat pun....Yang ni kami snap gambar seat dan ruang dalam enjin dia.... saja aje snap gambar ni....
Thanks pada owner Putra ni... Dari jauh dia datang buat kereta kat bengkel kami... cuma kami harap anda berpuas hati ye.... Pasal colour hitam mati ni susah nak timbul ... dan line hitam di permukaan hitam juga susah nak timbul perbezaannya... Tapi kami telah cuba... moga hasilnya anda berpuas hati... Thanks ye....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Saga BLM Bodykit

Pertanyaan Saudara Guest...

Kami dan Saudara Guest ada berbual. Begini perbualan kami .

Guest to azli: bodykit saga blm brp ek? siap cat n psg...
Jawapan Kami thanks pada pertanyaan BLM nanti aku akan entrykan pasal harga dan bodykit BLM tunggu ye... untuk harga BLM yang biasa sila klik http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/06/proton-blm-body-kitt-sudah-ada.html dan Sila lihat entry http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/07/blog-post_9096.html
Guest to azli : modulo full skirting rm330 tu pu ke fiber? + ducktail spoiler LLSP 125 rm170..siap psg n cat kan? Harga
Jawapan Kami: full set skerting tak termasuk harga cat.. harga cat kena ikut jenis warna kereta anda.. kami tak boleh tafsirkan harga cat kereta anda...nak kena lihat jenis ape warna kereta anda..
Guest to azli: ok..set tu pu ke fiber?kete aku granite grey..set skirting siap cat brp?spoiler + cat brp?
Jawapan Kami: harga cat 1 set sketing Rm250..set sketing faiberalass..klu PU dlm Rm700 hinga Rm800..harga boleh runding datang ke kedai kami untuk keterangan lanjut..

Sorry saudara guest klu jawapan dari kami tak memuaskan... walau ape pun kami cuba jawab didalam entry ini.. kami rasa kami tak sedap lah dan agak rasa bersalah kerana jawapan kami tak memuaskan....

Antara Fiberglass dan PU

Bercerita berkenaan Fiberglass dan PU Fiberglass harganya murah tapi kalau PU ni mahal sikit....

Fiber ni senang patah atau pecah tak kiralah fiberglass putih ke, fiberglass warna hitam ke atau fiberglass warna kuning... Sebab tu harganya murah sikit....
Tapi Klu PU meterial ni tahan sikit hah cuba tengok kat gambar bawah ni.... boleh bengkok... harganya tentu lah mahal beb...
Mari lihat gambar di bawah... Jenis model BLM bodykit fiberglass ni kami dah siapkan ngan harga barang tak siap upah pasang... Anggaran Harga di bawah kami anggarkan mengikut harga pasaran semasa ....

A)FRONT SKiRTB)LEFT SIDE SKIRT
C)RIGHT SIDE SKIRT
D) REAR SKIRT(PU) Dalam lingkungan RM570.00(Fiberglass) Dalam lingkungan RM300 Hingga RM 380
E)CENTER REAR SPOILER ( Fiber glass) RM 160.00

Aeropista
i) front skirt+side skirt+rear skirt+spoiler R3 =Anggran dalam RM880.00
ii)front skirt+side skirt+rear skirt = Anggran dalam RM700.00AERO+MODULO+MUGEN
front skirt+rear skirt+side skirt+lining rubber+spoiler +bonet spray+line spoiler+plate number=Anggran dalam RM1,080.00
MODULO+TRD Rear+LANCER Ver.2
front skirt+rear skirt+side skirt+lining rubber+spoiler =Anggaran Dalam RM1,050.00 CHARGESPEED
front skirt+side skirt+rear skirt MODULO= Anggaran dalam RM900 front skirt MODULO+rear skirt AERO+side skirt AERO+lining rubber=Anggaran Dalam RM700.00
CHARGESPEED
i) front skirt+side skirt+spoiler LANCER Ver.2=Anggaran Dalam RM860
ii) front skirt+side skirt= Anggaran dalam RM700
i) front skirt +side skirt+rear skirt EVO 9+spoiler SKYLINE+lining rubber = Anggaran dalam RM930
ii) front skirt +side skirt+rear skirt EVO 9+lining rubber = anggaran dalam RM700
MODULO
i)front skirt+side skirt+rear skirt+spoiler LANCER Ver.2+lining rubber+front&rear grill spray =Angaran Dalam RM880
ii) front skirt+side skirt+rear skirt+lining rubber+front=Anggaran Dalam RM680
Lihat Bumper Hadapan Saga BLM dan Spoiler yang boleh dipadankan.... Kami cuba paparkan gambar Saga BLM yang di padankandengan full set body kit....
Pasal Warna tu ..... Berkenaan dengan harga cat seperti yang kami katakan.... harga kami kena lihat jenis colour ape sama ade 2k ke atau metallic sebab lain harga... tapi klu warna asal macam kat atas Granite Grey tu anggaran kami ambil dalam anggaran RM250.00 atau ke atas ikut lah keadaan Bodykit tu ye.. Insya Allah klu buat satu set kami boleh bawa berbincang tentang harganya....kerana harga tersebut hanya anggaran mata kasar sahaja...Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Wednesday, November 18, 2009

Wira colour Mattalic...

Kereta Wira Mattalic.........Langgar Lembu....
Minggu lepas seorang pemilik wira telah datang untuk menghantar keretanya di cat semula... Wira tu melanggar lembu yang dudok sedap lepak tidor atas jalan raya... kemalangan tu berlaku pada waktu malam... warna lembu pun klu malam sama aje ngan jalan raya warna hitam gelap.......Bonet depan dan pintu kiri wira tersebut kemek... walau macam mana pun memang beliau dah lama nak repair bumbung dan body wira tu dan cat semula..Tapi tertangguh seketika..... Benda dah jadi terpaksa buat jugak lah...Papan tanda amaran di mana-mana kawasan tumpuan penternak yang sering membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran berhampiran dan di atas jalan raya. Jika kita ternampak papan tanda ni sila slowkan kenderaan anda...Cerita pasal lembu yang duduk tidor berani mati tu atas jalan raya.... katanya lembu tu mati... Tapi nasib baik lah pemandu wira tu tak ade ape-ape... klu di tanya sape punya lembu tu pada orang kampung pasal nak minta gantirugi.. tak ade sesapa yang mengaku lembu tu milik dia... tapi bila tanya sape punya lembu atas jalan raya klu nak jual sebab ade orang nak beli dengan harga tinggi... semua orang akan mengaku lembu tu milik dia orang.... pelikkan.... Ni bahagian pintu yang kemek tu... terlanggar lembu... itu pun kami dah tarik ketuk body nampak rataBahagian depan bonet tu pun sama... Kami tarik ketuk body....yang ni bahagian bumbung yang bocor .Teruk sangat berlubang ... Panjang sebaris kami tutup tampal ngan fiber glass dulu...Bahagian atas bumbung belakang pun sama gak teruk sangat... Kami tampal gak ngan fiber...
*perhatian :
Kenapa tak tukar bumbung.... kadang kala kita kena tengok gak bajet kewangan seseorang .... dengan menutup tampal ngan fiber glass ni lapisan demi lapisan.. ianya lebih baik kerana kepingan fiber glass lebih baik menghalang pengaliran air masuk... tanpa perlu kita potong bumbung dan welding balik.... ianya akan jadi karat semula pada bahagian welding.... kos tampal fiber adelah kurang dari tukar bumbung welding ni...Bonet belakang ade kemek siket dan karat...... buat lah ape yang patut....
Selepas kerja kerja body repair dan simen tu siap..... macam biasalah masuk undercode... Side Mirror kena tanggalkan lah...... pasal takut cat meleleh.....Tengok bahagian bumbung tu dah tak ade lubang lagikan...... Rata aje kan.....yang ni bahagian pintu yang kena tanduk dengan lembu tu......Bahagian bonet belakang tu....... ape pun kereta wira ni nak buat letih lah beb...Taukey Azlie sedang menyembur cat........ Skill beb ..... yang pasti setiap orang pasti dengan gayanya... Yang ni rupanya bila dah siap... opppssss jangan usik tak kering lagi.... Warna mattalic ..... biasalah kereta orang tuakan... Bahagian pintu dah balik asal...Bahagian bumbung bersinarkan....Bahagian belakang tu sebelum kering bersinar-sinar lah wow....

Thanks.....Pada owner wira tu Pakcik Joe..... Sorry lambat sikit dari jangkaan siap pasal sesejak ni hujan lah... cuaca tak menentu.... ape pun dah siap gak ....

Ape Komen dan tindakan anda mengenai kejadian Kemalangan melibatkan lembu di jalan raya?

Para penternak hendaklah bertanggungjawab terhadap kemalangan jalan raya akibat daripada kecuaian mereka mengawasi dan menjaga haiwan ternakan masing-masing..........Kebiasaannya pemilik haiwan ternakan ini akan lepas tangan dan tidak akan mengakui haiwan ternakan tersebut adalah milik mereka. Ade orang memberitahu saya, dia sentiasa membawa sebilah parang yang tajam di dalam keretanya. Sekiranya terbabit dalam kemalangan dengan haiwan ternakan ini, dia akan menyembelih dan menjualnya sebagai kos untuk membaiki kenderaannya. Ini kerana sudah banyakkali kemalangan berlaku melibatkan haiwan ternakan tapi tiada siapapun akan mengakui siapa pemiliknya.
Terdapat kes-kes di mana pihak penguatkuasa menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya tetapi tidak dapat membuktikan siapa pemilik sebenar haiwan-haiwan ini.
Saya ingin menyarankan agar pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab dengan ternakan haiwan ini membuat peraturan semua haiwan ternakan mereka mesti mempunyai identiti pemiliknya. identiti pengenalan tuan punya lembu tu boleh dirujuk melalui tag bernombor yang di-pin-kan di telinga haiwan ternakan tersebut.....