Saturday, December 26, 2009

Touch up Kereta Kancil Accident

Kereta Kancil Accident Touch Up balik....
Salam dari kami.... kali ini seorang kawan baik kami telah datang ke bengkel kami untuk repair body kereta kancilnya yang teraccident.... menurutnya kereta kancilnya tersodok kereta hadapannya menyebabkan bonet depan terlipat... tapi mujurlah tak teruk sangat....Dan mujur juga bumper hadapan tidak pecah...kereta tersebut kami ketuk balik dan terpaksa ganti tulang tengah kat bahagian bumper yang bengkok habis...Kami hanya tolong kawan sahaja... kami bukan AhLongSepert biasa setelah kerja ketuk selesai kami akan simen dan gosok balikGosok bahagian tepi fender kiri kanan dan bonet tersebut....Pastu gosok dengan kertas simen halus plak untuk mati colourKerja-kerja bungkus plak bahagian hadapan kereta tersebut....Dari bahagian fender tepi kiri, bonet depan, bumper depan dan fender kanan... dah bersedia untuk di spray touch up kembali..Kemudian Taukey pun mengambil alih tugas tersebut....Spray bahagian tersebut.... Selepas tu baru boleh spray clear plak....Dah siap cat biarkan kering plak....Dah kering barulah Polish bahagian yang telah di spray tu... kasi lebih kilau sama dia...Bahagian tepi Kanan fender.... kami dah repair dan spray...Bahagian kereta kiri pun dah siap di kerjakan....Pastu basuh kereta....Biarkan benar -benar kering Zoom ....Dah siap pun.... dah boleh panggil owner datang ambil kereta kancil tersebutTerima kasih ada kawan baik kami... kerana sudi datang menerima perkhidmatan bengkel kami.. Diharap kamu berpuas hati dengan hasilnya... Ape pun kami buat seadanya untuk kamu...
Cerita Seloroh si Along bersama gelagatnya.....
Mari berkenalan dengan Along .... Alhamdulillah Along merupakan pekerja yang sangat rajin ... cuma satu aje meh lihat seluar yang dia pakai.... seluar Boxer lagi.... ( tanpa mereka sedar Snap lenser paparazi terjah korang lagi)
Ape tuuu?? seluar Boxer atau kain pelikat.... Time cuti panjang cam ni... Musim banyak mak bapak membuat majlis khatan untuk anak -anak mereka.. meh kita tengok lebih dekat lagi... ZoooommmmSekarang cuti sekolah... musim bebudak berkhatan..... Bayangkan kalau si along ni yang dah besor cam ni baru nak berkhatan... waaaargghhhh.... Selamat menginjak ke alam dewasa..... Tengoklah perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut.....Alahai Along..Kerja tetap kerja beb.... korang tengok seluar boxer yang dia pakai dah macam kain pelikat ( macam gambar kanan tu)... kotak- kotak..... cuba korang bayangkan macam mana kalau dia bekerja dengan pakai kain pelikat aje.... hah serupa macam orang berkhatan aje.... Jangan marah ye Along....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Tuesday, December 22, 2009

Projek Cat Proton Saga Dari Limited Club Group....

Kereta Proton Saga Lama Berwajah Baru...
Sila Klik kat laman blog http://limitedclub.blogspot.com/

Projek kali ini sebuah kereta Proton saga..Tuan punya Kereta jenis Proton Saga hantar nak cat baru banyak kerja nak di buat.. kereta dah lama agak dimakan usia kut banyak lubang-lubang lah.. Dah tu kenalah tutup-tutup lubang tu dulu.. Biasanya kereta Proton Saga ni tak banyak kerenahnya sebab bodynya agak tahan.. tak banyak kesan jerawat karat pada body.. cuma agak teruk pada bahagian bumbung, body tepi dan bonet depan belakang ada lah sikit karat.. Owner merupakan salah seorang anggota dari kelab berkereta Limited Club...Keadaan bahagian bumbung tersebut..... agak teruk sekali...Kerja-kerja menyimen bahagian atas bumbung dilakukanBahagian tepi pintu tarik simen String rata....Agak teruk keadaan body tersebut maklumlah... kereta lama...banyak tempat yang berkarat,kemik dan juga tidak rata... Tengah gosok bahagian bumbung...Bonet Belakang pun teruk juga.... Taukey Azli cat pula..... bahagian body kereta tersebut....
Pastu dari atas tarik ke bahagian tepi pulak....Semburan bahagian tepi..... kena spray....Bahagian dalam pula... pun nak di spray....Dah siap biarkan kering sebentar .... sebelum Spray ClearKeadaan dalam bahagian dalam enjin setelah dicat....Dah siap pun..... pasang barang -barang pulaBahagian depan bonet tu owner mintak Cat Colour hitam.....Si Apis cuci kereta.... sementara owner sampai ambil keretanya....Meh kita tengok bila dah siap sepenuhnya.... cantikkan.....Kereta Proton Saga lama tersebut menyerlah warnanya dengan padanan warna Biru Subaru...Semoga owner kereta tersebut berpuas hati dengan hasil kerja tangan warga kerja kami..... Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami..... owner kereta tersebut sebenarnya telah membawa keretanya dari negeri Pahang semata-mata nak kami tolong catkan kereta... apepun kami amat terharu atas kepercayaan terhadap kami.... Thanks againt

Cerita tentang Budak Apis yang kuat berangan.....
Kami nak kenalkan ngan seorang pekerja kami..... kami snap gambar paparazi tersebut....

Budak Apis yang suka tersengeh tersenyum.... Sambil berangan dan tangannya berhenti membuat kerja.... Dia dah gabra bila dia sedar gambarnya di ambil oleh paparazi kami..... Dia terpinga-pinga setelah flash lenser kemera menuju kewajahnya.... Terkejut nampaknya....Setelah budak apis ni tersedar terus pura-pura buat kerja balik..... setelah lama berangan mengenangkan aweknya kat kampung.... Nasib baik kami ade pasang Mandor..... mau si budak Apis ni terkejut beruk bila kena jerit dengan Mandor yang kuat kipas ni...
Yang paling kesiannya dengan berlenggeng tak berbaju.... buat-buat muka kesian selalu aje kena marah..... kesiannya dia... selalunya dia buat muka cemas macam ni... Ape pun Boss puji kamu,Apis ni pekerja yang sangat rajin ....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Thursday, December 17, 2009

Waja accident plak....

Gara- Gara Tayar Toreh @ Tayar Celup...
Buat pembaca semua... kali ini seorang owner kereta waja telah datang ke bengkel kami.. menurut beliau keretanya telah mengalami accident kerana tayarnya pecah.... katanya baru sahaja menukar tayar tapi tayar 2nd lah....Mungkin tayar celup atau tayar toreh agaknya....tayar dia terkelupas keluar dari rem tayar... mungkin hilang kawalan agaknya berlanggar plak menyebabkan bumper radioter spay tank pecah...Besi casis tengah bahagia bumper bengkok....agak mengejutkan katanya serpihan tayar kereta nya itu terpelanting kebelakang ..Tayar tersebut jatuh kembali dan melibas bumper belakang sehingga bumper belakang turut pecah.... Pelikkan kerana tayar sahaja menyebabkan kerosakkan yang amat teruk pada kereta tersebut.... Keadaan kereta waja tersebut .... Bumper depan pecah, Radioter pecah dan Spay tank pecah ... Tulang casis tengah dan bawah turut bengkok...Casis lama tu tak boleh tarik string... kena tukar baru... kami buang tiang casis tersebut... Besi penyokong tengah dan bawah terpaksa kami tukar baru..... terukkan...Ganti baru tiang casis lama yang bengkok kena welding tiang untuk menyambungkan tiang tersebut...

Si Bro phadil sedang gosok bumper dengan tekun sekali....Tanpa dia sedar kami snap gambar dia.... Esok pagi masih sambung lagi gosok....Kerja- kerja Simen dan menggosok .... biasalah kan Pastu bungkus kereta tersebut.....Gosok sedikit lagi kerana ada bahagian yang tak kena.....Kemudian spray balik..... kali ni bro Phadil ambil spray bumper depan.....Spray sampai tepi lah nampaknya....Hah dah siap bahagian depan.... biar sampai kering....Bahagian belakang plak setelah diganti baru undercode dulu....Selapis demi selapis pada bumper tu....Pastu past plak pada taukey azli cat bahagian belakang....Pun cat satu bumper sampai tepi.... Berhati-hati beli tayar terpakai....
Mungkin tayar celup atau tayar toreh....
Tayar Gores adalah tayar kereta yang sudah botak (licin) yang kemudiannya digoreskan atau ditoreh kembali alurnya agar ia mempunyai 'parit'. Kaedah ini sangat merbahaya. Bayangkan tayar itu sudah botak kemudian digores pula, pastinya bertambah nipis.Tayar celup berharga 30 hingga 50 peratus lebih murah dari tayar baru dan setanding di segi prestasi dan kualiti.
Perkara ini terjadi kerana satu faktor iaitu KOS pembelian. Tidak kira taukeh kaya atau orang perseorangan pasti pening ketika memikirkan soal kos alat ganti.Dari segi keselamatan tayar gores tidak selamat manakala tayar masak adalah selamat. Ini adalah jaminan JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya)Bagi mereka yang menggunakan tayar potong lebih baik hentikan penggunaan tayaar ini kerana pihak JPJ tidak akan meluluskan ujian kenderaan anda.Pihak JKJR juga dengan kerjasama Persatuan Automobil Malaysia (MAA), akan mengadakan jelajah untuk memerangi kegiatan ini.

Pastikan Bunga tayar dalam keadaan baik.....Tayar atas sudah botak lahhh....

Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

Tayar Pancit, Pecah boleh mengancam nyawa
Sekiranya tayar tersebut tiba-tiba pecah , meletup atau pancit ketika meluncur laju di permukaan basah dengan keempat-empat tayar yang sudah botak. Risiko kenderaan terbabas dan terbalik sangat tinggi da mengancam nyawa pemandu atau pengguna jalan yang lain...

Elakkan menukar tayar dikawasan yang tidak selamat dan boleh menggangu pengguna jalan raya lain..

Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan kon atau sebagainya sewaktu memberhentikan kenderaan dipinggir jalan agar pemandu kenderaan lain mengetahui terdapat kecemasan dihadapan mereka terutama di waktu malam....
Penyukat Tekanan Tayar ( Smart tyre Pressure Indicator )...
Alat periksa angintayar sekali imbas dengan Smart Tyre Pressure Indicator.... Produk ini menunjukkan keadaan tekan angin dalam tayar antara 26 hingga 80 psi... sesuai dengan semua jenis kenderaan biasa kereta , motorsikal atau basikal....
Cuma sekali imbas anda mampu mengukur melihat tahap tekanan tayar anda sebelum memandu....

Pengguna perlu periksa tayar samaada tayar itu selamat digunakan atau tidak...Dengan hanya melihat melalui tiga warna yang berlainan... membolehkan kita mengetahui samaada tekanan angin dalam tayar berkurangan atau tidak....
Warna hijau menunjukkan angin tayar dalam keadaan baik
Warna kuning pula menunjukkan 20% angin dalam tayar telah hilang dan perlu di pam semula
Warna merah bererti amaran 25-30% angin tayar berkurangan dan amat berbahaya untuk terus memandu...

Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?
Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,
Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.
Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..
pun