Monday, May 24, 2010

Bengkel Cat Kereta.... Tapi servis enjin...

Servis.. Servis.. Servis kereta lah
Salam.... Maaf agak sibuk kebelakangan ni... Tak ade ape nak citer, Cuma saja nak sembang-sembang aje.. kali ni kami dapat satu projek owner kancil nak buat servis keretanya... Buat overhall dan tukar clach plate dulu .. lepas tu baru nak buat repair body kereta mungkin nak tukar colour cat... Sebenarnya untuk cat dan body tu memanglah kami tiada masalah buat tapi untuk servis overhall dan cluch plate, tu kalau diberikan kepercayaan.. kami cubalah.. ape yang termampu.. Pada malam tu kami dah nak tutup bengkel... seperti yang di janjikan owner kancil datang hantar kereta... wehhh dah malam sangat baru sampai.. owner rupanya ade masalah sikit pasal keretanya tu meragam plak... nak buat camne kan... dah kancil meragam...

Meh tinjau gelagat abang-abang bengkel ni..
Wehhh ade plak yang merenung lama kereta kancil tu.... Dia terus tenung dengan fikirannya mengelamun jauh entah kemana.... ape agaknya yaang dia sedang fikirkan...
Dia mula bersuara.... mungkin ape yang terbuku dalam hati.... terus dia meluahkan ape yang tersirat...
Rupanya dia keletihan seharian suntuk bekerja... Penat sangat lah agaknya.... nampak tak bermaya
Dan aku Zoommm... Zoommmm ... jelas terpancar di wajahnya penat yang tak dapat di tanggung lagi...
Ha..Ha.. kesianlah jadi Taukey ambil keputusan..Suruh simpan dulu kat dalam bengkel.... Namun dia masih lagi terus meluahkan sesuatu yang telah lama dia pendam...
Hahhhh.... Sebab tu yang dia nak balik pun.... Awek dia dah call dan SMS berkali-kali suruh balik cepat..
Jadi keputusannya ... Bukak pintu Kancil tu bawak lah masuk.. Simpan dalam bengkel... Pastu mariii kita balikkk...
Keesokan harinya pula.....
Bermulalah Kerja-kerja untuk overhall enjin dan buka cluch Plate dilakukan...
Dah gugur pun enjin dan tengah ceraikan part-part kancil tu...
Berjam - jam gak nak cabut enjin ni dari kancil ni...
Pastu part-part yang di cabut baraikan disusun baik-baik kang hilang payah plak...
Bateri.. Head... Skru dan nut-nut tah ape benda part yang lain-lain tu disusun rapi..
Bermulalah kerja-kerja yang agak mencabar minda kami.... Ape pun kami akan teruskan kerja-kerja selanjutnya ye... ok jumpa lagiii...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, May 21, 2010

Autoshow & Audio Lighting

'The Best Sound"
Kali ni kami nak bawak sikit satu kelainan dari sebelumnya... lain dari Autosho tapi iannya adalah Audioshow lighting...DUNIA permotoran memang memiliki peminatnya tersendiri tidak kira sudah berusia, pemilik kereta baru, bujang atau berkeluarga.Ada berminat menghias kenderaan mereka seperti sebuah limosin mewah manakala yang lain tertumpu kepada prestasi enjin lebih berkuasa. Tidak kurang juga ada di antara pemilik kenderaan berminat meningkatkan prestasi sistem audio masing-masing. Bagi yang berduit, menghias kenderaan dengan baik, melengkapkannya dengan sistem audio bernilai ribuan ringgit selain menukar enjin kenderaan kepada yang lebih berkuasa menjadi matlamat utama mereka.Mereka berhabis-habisan sehingga 20 hingga 40 ribu ringgit demi untuk mendapatkan aura sound system yang brand dari speaker yang canggih.
Seketika memerhatikan pemandangan malam... Tapak audioshow tempat lepak kami sambil memerhatikan gelagat manusia yang beduyun-duyun membanjiri kawasan lapang... memecah kesunyian dengan dentuman irama muzik...Manakala si sebelah sana, terlihatkan sekumpulan remaja sedang melakukan 'shuffle' mengikut irama dari boot kereta yang malatopz itu. Ramai gak pengunjung yang hadir... Pelbagai ragam dan macam-macam jenis pakaian boleh lihat pada malam itu. Orang kata dress up. Toleh kiri pandang mat rempit, toleh kanan budak-budak kereta. Depan pula ada yang tergedik-dedik menari shuffle. Tengok belakang ada belangkas pula. Disco-Disco... menari- nari...
Ape pun jom terjah disebalik malam
Menyembur api keluar dari pipe ekzos..... dahsyat bebLangkah pertama...kereta dia menyemburkan api.... foohh bahaya kalau dekat dekat..
NICE MODIFIED INTERIOR warna warni... canggih nampaknya..

Kat bonet depan pun ade yang letak lampu .... Gilerr Kereta ni dah macam dalam kapal terbang. Penuh meter-meter pesawat...
Pada masa ni semuanya focus mengenai audioshow saja. Jadi selain bunyi bass yang kuat lampu2 serta screen besar pada kereta turut menjadi perhatian ...
Kat tengah2 tu ada tv tau. Selalu orang taruk tv kat dashboard atau kat penghadang matahari tu, tapi untuk audio show diorang taruk kat bonet tau
Lampu2 pada sound system biru, ceria dan berkelip2. power punya audio..luruh jantung dengar dekat2
Syok gak layan feel sendiri duk jer dengar lagu disco kat tepi kereta tu, even jantung dah gegar2
Mereka mempamerkan kreativiti mereka. daripada sistem audio kereta sehinggalah kepada lighting sampai kedalam. pendek kata mereka puas..
Ade plak tengkorak hijau... ni wanted punya audio lah..
Merah menyala warna membara... but sound sistem tak mengecewakan.. mmg hebat mantap beb..
Booommm..Booomm...Aura sound system yang brand dari speaker yang canggih.
Biru mata hitam ku... melihatnya.... terang benderang lightingnya silau mata..
Colour hijau ni pun menarik... penuh tak nampak ape ... penuh dengan speaker aje... Kalau dah letak sound system camni nampak gayanya tak bolehlah balik kampung. Satu bonet penuh ngan speaker, alahai tak bolehlah sumbat durian banyak2
Mungkin bagi pemilik kenderaan menghias kenderaan dengan baik, melengkapkannya dengan sistem audio bernilai ribuan ringgit bagi menunjukkan prestasi sistem audio masing-masing
LAMPU LED.. menyerikan bonet belakang kereta ni...Heavy audio systems…
Ini adalah hobi bagi mereka yang taksub kepada sound kereta yang mampan! Kebanyakan mereka adalah towkey kereta yang mempunyai lebih satu kereta selain dari untuk kegunaan harian.
Pesanan dari kami.. Tentang Pendawaian Sistem Audio
Nampak sangat berpunca dari short circuit...benda tu mmg bahaya kalau handle tak betul...
Entah di mana silapnya, sebuah kereta tiba-tiba terbakar yang bermula dari bahagian belakang (bonet).Kebakaran dipercayai berlaku akibat sistem pendawaian pada sistem audio kereta yang dipasang di bahagian bonet...
Meh tanya ape pendapat Juri profesional kita ni
Kereta kalau dah mengalahkan kapal UFO.. Alien pun takut nak datang tau Macamana nak naik kereta dengan muzik yang begitu kuat tu..?? tak terbayangkan kalau bawak orang tua yang lemah jantung ke dalam kereta kalau muzik tu sudah cukup untuk menggugurkan apa saja yang terlekat di badan...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Tuesday, May 18, 2010

Bengkel cat kereta... kerja selagi boleh keja

Jauhh merenung...
Kerja kat bengkel sekarang... Harap maaf sejak ni kami memang agak sibuk sikit nak habiskan kerja-kerja tergendala tempoh hari... Jadi kena push cepat sikit dan running secepat yang mungkin...Seperti biasa kena pergi kedai bancuh cat dulu, oder cat kereta owner... pilih colour kereta yang di tempah..
Mari tengok Catalog cat..
Colour untuk kereta Produa

Colour untuk kereta Proton
Colour untuk kereta Nissan
Mari jengah bengket cat kereta kami ni..
Yang ni kereta owner mintak cat semula... Owner pilih colour merah ala-ala Dunhill. tapi agak tertangguh pasal kereta lama kan banyak nak kena tampal simen dan ganti part baru ..kerja agak tertanguh gak pasal karat teruk nampaknya.. tapi kira dah nak siap dah tu...Kat bengkel macam biasalah kena bungkus kereta nak cat... Dah siap jemur kat luar .... entah bila lah nak kering... Cuaca nampaknya cerah... masa sesuai jemur kereta..
Warrrgghhh .... mana lah bonet belakang ni dah tempah tapi tak sampai-sampai....
Tinggal bonet belakang aje tak sampai lagi....
Tak pe lah biarkan kat situ dulu... nanti sambung balik kerja... Owner kereta Nissan ni pun mintak touchup balik kereta ... kereta ni tak banyak masalah tu yang siap cepat..kereta dah siap pun.... Siap hantar car wash, siap basuh dan tinggal tunggu owner sampai ambik aje... Dia bayar tinggal serah kunci balik aje....
Biarkan parking kat belakang bengkel... Tunggu-tunggu owner tak sampai sampai...
Harap harap owner datang check balik ape yang tak kena, ape yang kurang... harap tak ade masalah dan harap owner puas hati...
Ceriter Dalam bengkel lain plak ... Taukey sedang cat kereta... Owner kereta ni mintak cat balik kereta saga dengan colour biru subaru... Mungkin gak siap minggu ni kalau tak ade ape-ape...Taukey Azlie sedang mengadap cat... tak toleh langsung pun...Sedang dalam proses cat clear nampaknya.... Shuuuttt jangan kacau...Uhhh ... dah siap dah.... biar kering sekejap.... Taukey Azley rehat... makan tengah hari seng sorang... Hah yang ni owner mintak cat kereta termasuklah side skerting tu... pada asalnya kat fender depan tu kemek rosak tak taulah ape yang owner langgar tapi dah ketuk dan repair balik... dah siap cat pun... Wehhhh ko asal ambik gambor mesti muka ni ade... Tak payah lerr ko nak berlakon.. Yang ni bombamana plak ni... ok dia ceritakan kat bahagian mana dan macam mana nak repair...
Dah siap tinggal ambik gambar aje.... dan lepas ni nak polish balik kasi kilat...

meh pusing belakang kereta ni... nak tunjuk skerting belakang tu aje...
Harap owner kereta ni nanti datang ambik kereta puas hatilah... kena jaga costumer jangan ade complent cukuplah... biar costumer bawak keluar kete dari bengkel dengan hati senang... itu aje harapan kami...
Ape yang jauh merenung...
Emmm bila difikirkan balik susah nak dapat kerja sekarang ni.. Nak cari makan pun sekarang susah.. sesuap nasi kena kerah keringat peluh berjurailah...Jadi syukur pada nikmat Allah.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak senang.. dan bukan susah nak susah... usaha tangga kejayaan.. Tawakal pada ketentuan..dan jangan lupa bersyukur pada Allah atas limpah kurnia nya...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..