Friday, October 15, 2010

DIY Spray Coverset & Sport rem Motosikal

cara2 spray Motosikal secara ringkas..
kali ni saya rasa nak sentuh dan kongsi sedikit tentang tip-tip macam mana nak spray motorsikal.. buat masa ni saya cuba terangkan macammana nak spray coverset motosikal dan spray cat pada sport rem motorsikal korang...

Spray Coverset Motosikal...
1. bersihkan permukaan objek sampai bersih..
2. gunakan kertas pasir halus seperti 1000 @ 800 (yang korang rasa halus) untuk digosok kat objek perlu diingat guna kertas pasir yg bersesuaian ikut material...biasenye kalau besi 320 dan kalau plastik 600
3. gosok objek dengan kertas tersebut sampai permukaan objek jd sedikit kasar supaya cat melekat dengan baik..lepas digosok, bersihkan permukaan objek daripada habuk tadi
4. kalau disdapati ade permukaan yang mengalami lekuk atau calar yang dalam perlu simen dulu permukaan tersebut guna kan simen kereta punya (polyster putty).. biarkan kering bebetul pastu gosok lah balik pakai kertas pasir sampai nampak rata balik..

Perhatian:
Polyster putty -simen kerete tu kedai hardware ada jual (simen kelabu @ merah).. simen tu kena campur hardener dia (kaler kuning). nisbah simen:hardener ialah 100:10. lagi banyak hardener, lagi cepat keras (susah nak control sebab cepat keras).
5. gunakan primer coat @ putty jika permukaan objek ada calar-calar dalam..
6. semburkan cat under coat
7. kaler undercoat bergantung pada cat yg dikehendaki.. jika mahukan kaler metalik sepeti biru skala rxz, atau maroon ex5, gunakan undercoat silver.. jika mahukan kaler2 basic mcm merah, oren dsb, guna undercoat putih pun x pe.. buat lapisan coating nipis2 je.
8. bila dah kering, bolehlah spray cat yang minati colour kuning ke, merah ke, biru ke atau apa-apa warnalah.. kerja-kerja spray ni memerlukan kesabaran yg tinggi.. kena spray satu layer berhenti sekejap kemudian spray lagi satu layer berhenti, dan seterusnya lapisan cat kena nipis-nipis .. kalau terlalu tebal, lambat kering dan akan jd craking dalam jangka masa panjang nanti.. pastu jemur biarlah cat tersebut benar-benar kering...
9. kalau lorang nak tampal sticker kat coverset.. buat dulu..Tampal sticker bg btol-btol kemas n melekat dengan rapi dan kalau boleh buat lining pakai masking tape kalo nak btol2 center bila pasang sticker tu..
10. lepas tu, spray lapisan cat clear bg melindungi cat td dan akan menyerlahkan lagi warna cat.. biasanya untuk hasil yg perfect, clear ni bagus diguna menggunakan spray gun sebab ia memberi hasil yg licin dan berkilat.. nak guna tin pun bleh tp kene pandai.. spray dekat skit kat objek dengan pantas bagi mengelakkan cat meleleh.. biarkan cat kering sepanuhnya, kalo x puas hati, sembur lagi satu layer..
Perhatian:
kalau nak tanam stiker, tampal dlu dengan air sabun, urut-urut bagi rata dan buang gelembung, pastu biar kering. baru sembur cat clear . time sembur clear, jangan leka juga....aku pernah kene, sebab clear ni jernih. so korang susah nak perasan klu die tak rata. dah sudah baru lah polish
Inilah hasilnya dah siap pasang coverset tu kat motor .. tapi kenlah pastikan cat pada coverset tersebut benar-benar kering sebelum pasangnya... kalau tak nanti akan tinggalkan kesan cap jari kat coverset korang nanti...
Spray Brack disk Sport Rem Motosikal...
1.Cuci bersih-bersih dari kotoran dan minyak yang melekat dan tampal bahagian yg xnak spray gunakan masking tape
2. Kalau nak senang kerja spray dilakukan.. Gantung aje baru spray
3. Spray warne yg sesuai di hati korang…
4. Lepas Spray biarkan kering dan barulah pasang balik ye
Spray Sport Rem Motosikal..
Ade macam-macam cara macam mana nak cat sport rem motosikal korang... biasanya ade orang buat dengan
buang dulu angin tayar sikit..then balut dan tutup pakai surat khabar lama keliling tayar… barulah mulakan langkah-langkah mengecat... cara ni agak leceh sikit...
Bagi saya cara yang agak senang adalah dengan menggunakan daun terup judi tu.. saya selalu guna cara ni sebab mudah sikit lah..

Meh tengok step by step spray sport motosikal korang ni..
Cara pertama: Menggunakan Daun terup..
1.Cuci dan gosok rim smp puas hati (kalo rajin kasi buang la cat lame)
2.Selit card terup antara rim dan taya supaya cat x kene taya...Make sure tutup bahagian yg tak nak cat
3. spray la rim ikut warna kesukaan n kesesuaian... Spray Clear coat kalo nak buat lah...
4. Spray Clear coat biar kering bebetul barulah pasang balik sport rim tersebut...

Cara Kedua: Hanya Gunakan Masking tape..
1.Buang dulu minyak kat spotrim,pastu gosok dengan kertas pasir yang paling halus ..
2.Gunakan masking tape tampal dan tutup keliling tayar dan biarkan bahagian rem sahaja..
3.Pastu korang Spray cat lah ngan warna kegemaran korang.. Dah siap senangkan..
Selamat Mencubanya...Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Monday, October 11, 2010

Air balang Kenduri Kahwin Air Jagung Spacial


Salam pada pembaca Blog kami... agak lama kami tak berblogging... Maaf kerana sejak dua tiga minggu ni kami agak sibuk memenuhi permintaan dan tempahan menyediakan Perkhidmatan Membuat air minuman di beberapa lokasi majlis perkahwinan sekitar Daerah Pontian, Daerah Batu Pahat dan Daerah Kulai... melalui salah satu cabang bisnes selain bengkel cat kereta... Ini salah satu cabang bisnes sampingan hujung minggu untuk menambah pendapatan kami melalui tempahan perkidmatan membuat air balang dan katering dari bisnes keluarga kami...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kenduri kahwin
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rezeki kami Syukur ..... kami banyak mendapat perkhidmatan menyediakan perkhidmatan air minuman dan katering masakan kenduri amat menggalakkan... itu yang kami agak sibuk sejak kebelakangan ini...

Sebenarnya minggu lepas aje kami mendapat dua tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat Pontian Besar dan kampung Sanglang.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 10 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta.. Terima kasih Kami ucapkan pada Tuan Rumah dan Pasangan Pengantin Baru kerana member kesempatan dan kepercayaan atas pekej minuman yang kami tawarkan...
Taukey Azlie dan saya sedang membancuh air minuman yang ditempah oleh tuan rumah...

Persediaan akhir sebelum majlis bermula.... pada pukul 11.00 tengah hari... kena cepat -cepat siapkan juga segera...
Para Petugas kami sedang bertungkus lumus melayan kehendak tetamu jemputan..








Waktu kemuncak adalah pada pukul 2.00petang hinggalah pukul 3.30 petang.. amat sesak premis minuman kami...
Ni waktu kemuncak sangatlah ramai tetamu yang ingin menikmati air minuman yang kami sediakan...

Otai .... Orang lama tapi suaranya amat mantap sekali....
Ohhh... Ni penyanyi Wanita band tersebut suaranya memang amat merdu sekali
Ni lah Pasangan Pengantin baru tersebut... Siap bernyanyi lagi.... So romantiknya
Tarian Zapin Pontian ... Sekarang kat Johor dah jadi tradisi persembahan zapin pada majlis kenduri kahwin
Kedengaran paluan kompang pengantin meraikan pasangan mempelai sedang bersanding..

Iringan paluan kompang yang diketuai oleh seorang pompuan... amat mengagumkanlah...
Tak putus-putus tetamu jemputan hadir memeriahkan majlis...

Tetamu yang datang menjamu selera.... wooo sedap sekali masakan nasi beryani gam tuan rumah tau...
Singgag sana pelamin raja sehari ni bertemakan putih... cantik sekali lah....


Akak-akak tunjuk aje kami akaan ambilkan air kegemaran Akak ye...
still masih banyak tetamu yang masih menunggu untuk mendapatkan minuman yang kami sediakan...
Wooo... Makcik nak air ape ye selagi masih ade ni raasaa ajelah....
At last Pukul 5.30 kami mulalah start nak kemas barang-barang... Coz pukul 6.00 petang majlis akan berakhir.. dan memang kami jangkakan pukul 6.00 petang tu kesemua air balang licin habis... senang sikit nak cuci balang air nanti... Alhamdulillah
Dengan ini kami mengambil kesempatan yang ada untuk promosi bermacam-macam jenis air dari Fire Starting. Enterpise.. Ini kira kami punya projek family kiranya... satu family bersama mengusahakannya.. salah satu cabang bisnes perniagaan yang kami telah jalankan..

Untuk Tempahan Hubungi Kami
(Buat Permulaan Tempahan hanya dapat kami buat sekitar Daerah Pontian, dan KulaiJaya hinggalah Sekitar Johor Bahru )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Jagung Spacial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Jagung antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni Jagung habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
Bahan-bahan
- 3 sb pati air jagung(cap double lion)- 3 sb susu cair
- Jagung tin (cream style)
- Sedikit puding jagung (ada dijual dalam paket)
- Aiscream perisa jagung- 4 sb gula- 1 cwn air masak sejuk- ice cube/ice kisar
cara-cara
satukan semua kacau sebati,masuk dlm gelas yg berisi ice cube atau ice kisar.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Friday, October 8, 2010

DIY Spray Motosikal Sendiri. SAMURAI® paint Aerosol

Spray Cat Motosikal cap SAMURAI®
Salam rasanya agak lama tak berblogging ni.... maaf kerana kami ade banyak urusan nak selesaikan lahhh...

Kali ni nak terangkan sikit tentang cat tin aerosol Samurai brand lah bukan nak promote tapi nak ceritakan perihal spray cat tin motosikal korang sendiri... cuma nak katakan bagus tak bagus tu ... terpulanglah pada korang yang menilainya... Cuma kami hanya cerita sikit tentang cat Motosikal sendiri... kita boleh buat sendiri tak yah antar kat kedai yang memerlukan kos bukan sikit.... sendiri bikin sendiri Spray lahh... Jimat belanja...
Beli aje cat aeresol Samurai brand ni... Kalau korang berani mencuba boleh lah tray ye...

Korang pernah tak jumpa Spray tin aerosol cam kat bawah ni..
Secara Ringkasnya kami terangkan sedikit sebanyak fungsi cat tersebut
plastik primer = Memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik ( selalunya Cover Part plastik getah warna hitam).. penggunaan plastik primer juga dapat elakkan cat cepat tanggal atau terkopek.
undercoart= kaler base = bagi colour base tu sekata sebelum sembur warna yang di ingin kan
putty primer = Samurai primer putty untuk menutup kesan-kesan calar kecil, cat die biasanya warna kelabu . kalau nak hasil colour yang lebih cun kena spray primer putty sebelum undercoat
warna pilihan = warna yg ko nak sembur kat coverset sama ada korang nak gunakan Colour standart aje ke, Khameloen atau matellic .terpulang pada kamu.
lacquer = Sebagai clear atau pelindung lapisan cat dan kasi warna timbul, licin ,menambah kilauan.

Cat Helmet Sendiri....
Kalau korang rajin Helmet burok ni boleh jadi smart kalau pandai dan rajin nak cat balik helmet ye..
Kalau Helmet korang tu dah banyak scrach, calar balar, banyak sopak, cat terkopek-kopek dan permukaan tak rata.. tampal dulu pakai fiberglass filler.. ni kira macam plaster balik permukaan yang calar balar tu..fiberglass filler ni ada jual kat kedai hardware..
1)Gosok pakai kertas pasir paling halus sekali..kasi licin dulu permukaan tu dan pastikan rata-permukaan tu.. 2)pastu kalau korang rajin spray Samurai Putty primer..
3) pastu spray plak ngan Samurai Khameleon Undercoat
4)Spray ngan Samurai Khameleon K5 punya 3D Colour... Ni Colour kira baik punya..
5) Pastu korang gunakan plak Samurai 1K Lacquer ...Tunggu sampai kering
6)Yang Last sekali balas balik spray Samurai 1K Lacquer sampai tiga lapisan (3rd layer senang cakapla..) barulah nampak timbul colour helmet tu...
Spray GIVI Box Cat Sendiri ...
Kalau korang nak spray cat GIVI box korang tu ... ni caranya
1) Gosok Kertas pasir 800 dulu dan bersihkan dari sebarang kotoran dan habuk melekat.. Langkah pertama tu spray samurai plastik primer dulu kat permukaan..
2) Spray plak Samurai Undercoat .. biarkan kering seketika
3) Lepastu spray samurai khameleon K7 plak ye... pun tunggu kering lagi
4)Last sekali spray balik pakai samurai 1K lacquer ... kasi warnanya timbul dan berkilau..
Cat Spray coverset Motosikal sendiri ...
1)Tanggalkan dan cuci coversets bersih-bersih. Ini adalah untuk memastikan bahagian ini bersih daripada minyak dan kotoran.
2)Gosok dengan kertas pasir dengan gred 800 mesh ke atas
3)Pastu korang spray selapis SAMURAI Putty Primer disembur untuk menutup bahagian kesan-kesan calar. (KP1) ..
4)Jemur Biarkan bebenar kering...tujuan primer (kaler kelabu) selain sebagai undercoat, dia jugak boleh tutup lubang atau calar2 halus kat surface. cuma jangan sembur terlalu tebal masa mula2. kena spray ikut layer2 nipis. kalau still ada garis2 calar halus, kena gosok pkai kertas pasir dlu. baru tutup ngan simen sikit

5)Korang Sembur bahagian plastik dengan SAMURAI Plastic Primer untuk memastikan bahagian plastik ini dapat melekat dengan semburan warna dengan sempurna tapi plastic primer lebih cair dari 1k,so..hati2 bile spray..nnti meleleh...OK lah cat samurai ni kene goncang lama sket..kalo tak memang cair..haha...Lepas tu Spray Khameleon undercoat (KU1) kat coverset tersebut.... Jemur biarkan kering lahhh ye...
6) Semburkan warna SAMURAI Khameleon Spray Paint pilihan yang anda minati tak kesah warna apa asal korang suka colour apa yang korang minat.Kat sini spray guna samurai Khameleon K7 punya colour.
7)Pastu sekali lagi spray 2nd layer lagi ngan khameleon K7 satu lapisan lagi...Jemur lagi biarkan kering bebetul...

Perhatian: 1st layer bt layer nipis...tp kene rata..pas 2 layer strussnye..tebalkan sikit..next tebal kan lg..tp kene sembur rata laa...kalau x rata berbelang jd nye

8)Semburkan SAMURAI 1K lacquer untuk perlindungan berganda dan kilauan yang maksima. ...
9) Jemur lgi..yang last dah kering bebetul barulah pasang kat motosikal korang ye...
Perhatian: spray ni yg penting lg satu,tempat tu kurang atau xda habuk...tiupan angin mahupun kipas harus dielakkan...kalau tak,baru ja spray,habuk seketul melekat kat cat yg blum kering tu...memang sakit hati...Kalau boleh spray cat kat kawasan agak lapang dan keadaan cuaca panas tapi cuaca tak panas pun takpe. janji bila spray tetiap layer tu, jangan tebal sangat & tunggu betul2 kering sbelum spray satu layer lagi.
Cat ekzos Motorsikal Sendiri ...
Korang nak cat Ekzos pun boleh Gunakan SAMURAI Hi-Temperature untuk bahagian ekzos. SAMURAI Hi-Temperature boleh menahan suhu sehingga 600 degree Celcius.... Jadi kalau panas lapisan cat tak retak-retak dan pecah lah.... cat ni kira ok ... Cat Sendiri Frame Motosikal Sendiri....
Tanggalkan cat lama rangka motosikal tu tak kiralah gosok pakai kertas pasir ke atau gunakan pain remover .. Tapi Penggunaan paint remover akan meninggalkan kesan masa spray (bnyak side effect jika kalau tak benar-benar dibersihkan sempurna dan kering bebetul )
1) Start kena bersihkan rangka motosikal tu dulu bersih-bersih tak ade minyak atau kekotoran yang tertinggal..
2) Gunakan spray Frame Coats primer selapisan.
3) Pastu baru korang spray pakai Samurai Standart colour aje.
4) kalau korang rajin nak clear korang bolehlah gunakan samurai 1K leaquar nak kasi kilatkan frame tu
Meh Tengok-tengok Hasil dari guna Spray Cap SAMURAI® ni
Hah yang kat bawah ni adalah hasil dari spray cat aerosol Samurai punya brand...

Antara coverset yang di spray menggunakan samurai brand ni... ni diorang gunakan samurai khameleon punya..
Kebanyakkan colour yang diorang pakai ala-ala 3D punya stail.... pada korang ok ke colour motor diorang ni semua..
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks