Sunday, March 20, 2011

Air Balang Kenduri Kahwin Air Durian Belanda

Salam pada pembaca Blog kami...Seminggu cuti sekolah ni musim orang buat kenduri kahwin..Alhamdulillah murah rezeki bisnes kami kali ni, kami Syukur dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan... Ini Kali kedua Tuan Rumah panggil kami buat air.. menu kali ni adalah Tea bunga piece, Milo ais, Laici, Katira, Air cikong sejuk, Jagung, Asam boi, tiga menu baru ABC ROCK, Air LIME dan Jus Durian
Belanda...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempahan pekej minuman dan harga .. Jika ade yang berminat Silalah hubungi kami pada Nombor Talifon kami:
Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak... Kebiasaannya kami mendapat tumpuan pengemar kalangan kanak-kanak, memang mendapat sambutan ..
Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau...
Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
Waktu kemuncak adalah pada pukul 2.00petang hinggalah pukul 3.30 petang.. amat sesak premis minuman kami...Para Petugas kami sedang bertungkus lumus melayan kehendak tetamu jemputan..
Tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak.... tak putus kunjung tiba.... amat meriah tak susut pun orang ramai penduduk kampung yang hadir....
Tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak.... tak putus kunjung tiba.... amat meriah tak susut pun orang ramai penduduk kampung yang hadir....
Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang yang penuh pada mulanya susut dan terus susut.... larissss-larissss...
Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...
Otai .... Orang lama tapi suaranya amat mantap sekali....suaranya memang amat merdu sekali

Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua.. Sama cocuk sama padan... Warna pink tema kali ini ...So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Durian Belanda Spacial 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Jus Durian Belanda antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni Jus Durian Belanda habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah ....Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...


Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan isi durian belanda
  • 3 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • secukup air masak
  • 1 biji lemon - ambil jus atau hiris saja
  • 2 sudu madu
  • ketulan ais secukup nya

Cara-cara

  1. Isi durian belanda,gula dan 3 cawan air dimasak mendidih dan sejukkan.
  2. Ketika menghidang,bubuh seberapa banyak campuran durian belanda ke dalam jug dan campurkan secukup air masak,ketulan ais dan secukup jus lemon dan 2 sudu madu.Kacau sebati.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Friday, March 18, 2011

Honda CBR

Pertanyaan yang diajukan..

kyril bro, bleh x post psal CBR

Jawapan kami..

Thanks bertanya.... maaf lambat jawab.... kalau nak diceritakan tentang Honda CBR ni tak banyak yang dapat di ceritakan kat sini.... apa pun macam biasalah, kita mulakan dengan mengenali sejarah dan generasi Honda CBR ni...

Sejarah Honda CBR ..

Perkembangan dari generasi ke generasi dengan Kejayaan pengeluaran pelbagai model , daripada sekecil CBR125/150, hinggalah kepada model Blackbird CBR1100XX.

Motosikal sport kecil lazimnya mempunyai saiz enjin dari 400 cc kebawah serta boleh didapati dalam pilihan enjin 2 lejang ataupun 4 lejang , tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan bagi memenuhi tuntutan peraturan emisi alam sekitar. Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.tetapi enjinnya bekerja lebih lasak lagi berbanding motosikal berkuasa besar.

Pada tahun 2006 Motor sport kecil CBR125R berenjin enjin 4 lejang dengan 125cc seterusnya pada tahun 2007 Honda CBR150R telah dinaik taraf enjin 4 lejangnya kepada 150cc tujuannya sebagai pengganti kepada motosikal Honda NSR 150 2 lejang, Honda sebenarnya lambat memasarkan CBR150R ke Malaysia sedangkan ianya telah ‘basi’ di negara-negara jiran seperti Thailand..biasanya cbr150 boleh cecah 158km/j-160km/j

Pada awal 80 an Honda telah mengeluarkan model dalam class sport kecil iaitu CBR400 dan seterusnya ada model CBR450RR dan CBR450SR..

Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sesuaii untuk prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 600 cc hingga 800 cc..Boleh dikatakan CBR 600 model dalam kategori supersport terbaik, menguasai kelas 600cc sejak sekian lama di seluruh pelusuk dunia.dari tahun 1987 beberapa penaik taraf seperti model CBR600F2, CBR600F3 dan seterusnya CBR 600 F4 dan CBR 600F4i..sehingga pada tahun 2003.. kalau CBR600 RR, tulisan RR ni memberi makna Race Replica (replika perlumbaan)..dengan enjin yang masih dikekalkan dengan susunan sebaris dan sama hebat dengan model-model honda siri VT, VTR, VF dan VFR.

Motosikal superbike adalah motosikal sport bersesaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Pada tahun 1987 beberapa model kategori superbike Fireblade telah dipasarkan seperti Honda CBR 1000F /CBR1000RR.CBR 900 RR (SC 28) yang memulai kariernya dari tahun 1992 dan berakhir hingga 1995 berenjinkan 4 silinder berkapasitas tepatnya 893cc
Pada tahun 2004 CBR1000RR dikeluarkan dengan rekabentuk yang agak berlainan dari model-model CBR yang pernah dikeluarkan dimana ekzos diletakkan dibawah ekor, membolehkan reka bentuk ekor diperhalusi dan menjadi lebih kemas dan langsing..pada tahun 2007 penaik taraf CBR1100XX yang merupakan model sport Versi Blackbird mula dihasilkan pada 1997 dan kali terakhir dikeluarkan kira-kira tiga tahun lalu.
Model Honda CBR250R Dilancarkan..
Bulan FEB-Mac yang lalu Semenjak Honda CBR 250 R dilancarkan ..Baru tadi balik kerja ade kesempatan aku terus singgah kedai motor tapi cuma Agak sukar untuk bertemu ‘display’ model sportbike tersebut kerana pengeluaran yang terhad dari Honda..Ingat nak tengok warna merah tapi tak ade..Cuma ade sebijik Cbr 250 warna silver.. Bila tanya taukey kedai ni apa kelebihan CBR250R ni berbanding motor jenama lain? Taukey kedai tu cakap kalau nak dibanding dengan ninja 250, honda lebih baik dari segi handling dan torque, tapi dari segi kelajuan, ninja lebih laju. Cbr lebih vibrate dari ninja :
cbr : 0-100km 8.4 saat. ninja 7.6 saat je. Jadi cbr kalah
Fuel consumption : honda sangat baik, melebihi 70mpg, ninja lebih kurang 63-65mpg je.
Kesimpulan, nak kepada elegance dan ekonomi, pilih honda, nak kepada power, pilih kawasaki, sekarang ninja dah ada versi injection.
Tapi bagi aku faring CBR kali ni macam tak ganazzzzz je.....cuma nampak slim sket…mcm CBR150 je
Apa yang pasti model ini merupakan model gantian CBR150R yang telah lama diberhentikan pengeluarannya. Model yang turut dikenali sebagai Honda MC41 bersasaran 250cc dengan enjin CS250RE, sistem penyejukan cecair 4 lejang DOHC dan 1 silinder dengan empat injap , mampu menghamburkan kuasa maksimum 26 hp pada 8,500 rpm.Walaupun ia dijanakan dengan satu silinder, daya pecutannya dikatakan mampu memecut melebihi 150 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh singkat.mempunyai transmisi enam kelajuan selain menggunakan teknologi sistem suntikan bahan bakar (PGM-FI) model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.

Combined ABS yang berfungsi menjadikan motosikal lebih stabil semasa membrek, Combined Brake System [CBS] adalah sistem brek bersilang antara depan dan belakang manakala Anti-Lock Brake System [ABS] adalah sistem brek yang menghalang roda daripada terkunci sewaktu brek mengejut atau keadaan yang tidak disangka.CBR250R menggunakan suspensi Pro-Link mampu menyerap hentakan dengan sempurna.

Pada mulanya Motosikal itu diperkenalkan di Thailand pada Oktober 2010 kerana kilangnya kat sana, kini dibawa masuk secara kenderaan siap bina (CBU) untuk pasaran global seperti India,Eropah, Amerika Utara, Australia dan negara-negara ASEAN termasuklah Indonesia juga Malaysia dan dijual dalam dua versi iaitu CBR250R standard pada harga RM18,799 seunit dan CBR250R ABS pada harga RM21,799 seunit..kalau beza harganya RM3ooo untuk model ABS mcm mahal sangat la. harga on the road siap dalam 22k tupun model yang tak ada ABS .. mahal sangatkan...di malaysia cukai 200% so sendiri kira hehehe.. Kalau beza harga dalam RM1.5-2.0k, memang 0k lah...Yang pasti di India motosikal ini dijual di bawah RM15 ribu sahaja. lagi murah....

Apapun Nanti boleh konvoi dgn motor polis malaysia CBR 250r.


Kalau PDRM gunakan CBR ni....nak cilok2 pun senang...
lepas ni banyak lar mat-mat rempit yang tertumpas dengan polis..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Tuesday, March 15, 2011

Tip-tip tayar Motorsikal

Pertanyaan yang diajukan..

Ajez : aku pakai moto rim asal pasni aku ingat nak tayar yang besar dan tebal ingat cari FKR keIRC pakai tt9 atau tt100 mana bagus.kerana aku 5 kali seminggu aku ulangalik jauh lebih 34 km sehari.tayar aku dah pancit 3 kali dalam masa kurang sebulan.pernah tayar pancit tiba2 bawak laju xsident jatuh kat jalan habis lutut tangan luka. yang tiga kali bocor tu tayar kat belakang. hari tu yg pancit kali ke 2 pekedai tu ade tukar tayar moto free dia bagi tayar dunlop.oklah tu tak lah licin macam tayar sebelumnya tapi masih pancit lagi atau mungkinkah rim yang menyebabkan tayar pancit. ade jugak yang syorkan kat aku suruh pakai tayar tubeles tapi mahal sangat...kene tukar kepada rim sport lagi. Apa cadangan bro brapa kos. aku ni kurang pandai dalam bab macam ni.

Jawapan kami: Uiiihhh panjangnyer soalan ni... macam mana nak jawab...Macam orang tua selalu cakap,malang mana ada bau langsung. tayar MOTOR PANCIT. pastu menolak motor cari kedai motor......tolak tolak tolak..

Tayar pancit secara tiba-tiba ketika anda sedang menunggang motorsikal?Jika pernah, apa yang anda lakukan ketika itu & apakah nasib anda ketika itu samada terjatuh atau anda dapat mengawal motorsikal anda daripada jatuh?

Berikut adalah tips-tips yang ingin dikongsi jika anda berhadapan dengan situasi tersebut

Terdapat 2 situasi tayar pancit..

1.Petanda2 amaran tayar pancit

Situasi dimana angin dari tayar keluar secara perlahan-lahan dan anda boleh perasaan perubahan tersebut terutama sekali ketika anda sedang membelok. Motor akan terasa berat dan berada dalam keadaan tidak stabil dan terhoyong-hayang. Ini mungkin kerana terdapat bocor yang kecil pada bahagian tayar akibat tercucuk benda-benda tajam seperti paku, pin, batu & sebagainya yang menyebabkan angin keluar daripada tayar sedikit demi sedikit.

2.Tayar pancit tanpa amaran

Situasi Tayar tiba-tiba meletup atau dimana angin dalam tayar keluar secara pantas dan mengejut tanpa memberi anda sebarang tanda atau amaran. Ini mungkin akibat kerana tayar motor tersebut terkena benda tajam dan mengalami bocor yang besar seterusnya menyebabkan tayar kempis secara tiba-tiba. Situasi ini biasanya susah untuk dikawal kerana angin dalam tayar keluar secara total.

Apa yang perlu anda buat?

1) Jika tayar belakang pancit Tayar belakang motorsikal yang selalu pancit kerana beban yang lebih dibahagian belakang, terutama sekali jika membonceng orang dibelakang. Sebab itu saiz tayar belakang direka lebih besar berbanding tayar hadapan.

Cuba untuk perlahankan motorsikal anda. Jangan brek secara tiba-tiba. Kawal motor anda sebaik mungkin agar tidak terbabas ketengah jalan. Jangan panik tumpukan perhatian untuk memberhentikan motorsikal anda dengan selamat supaya tidak terjatuh. Biasanya situasi ini lebih senang dikawal kerana anda masih boleh mengawal keseimbangan handle motorsikal.

2)Jika tayar hadapan pancit

Situasi ini lebih berbahaya kerana ia susah untuk dikawal. Anda akan hilang kawalan terhadap motorsikal kerana handle tidak berfungsi seperti biasa. Jika tayar hadapan motorsikal yang pancit secara tiba-tiba, anda hanya ada masa lebih kurang 5 saat untuk mengawal motorsikal anda. Situasi 50-50 berlaku samada anda dapat mengawalnya dari terjatuh ataupun tidak.

3)Jika tiba2 pancit hilang kawalan motorsikal

first jangan panik..Jika anda tidak dapat mengawal motorsikal anda ketika itu, cuba elakkan dari jatuh ke sebelah kanan jalan bagi mengelakkan anda dilanggar oleh kenderaan lain. Peluang anda untuk dirawat sebagai pesakit luar di hospital berdekatan lebih cerah jika anda jatuh ke sebelah kiri bahu jalan. Tetapi, jika anda terjatuh ke sebelah kanan jalan anda tidak akan dirawat sebagai pesakit luar, malah mungkin lambat keluar dari hospital.

Tip-tip berguna Pilih Tayar Motorsikal

1. Periksa tayar motorsikal anda sebelum memulakan perjalanan. Pastikan cukup angin tidak terlalu keras atau lembik. Tukar tayar yang baru jika bunga tayar sudah botak.Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.

2. Berhati-hati ketika melalui kawasan yang sedang dalam pembinaan jalan atau kawasan yang kerja-kerja penggalian lubang sedang dijalankan kerana terdapat objek-objek yang tajam di kawasan tersebut. Objek-objek tersebut boleh menyebabkan tayar motorsikal anda pancit dan bocor.

3.Mari kita mengenali jenis tayar motorsikal..

Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.. Menurut satu kaji selidik yang telah dibuat antara jenama-jenama tayar pilihan yang diorang rasa bagus digunakan sering di gunakan tak kiralah mat rempit atau pemandu berhemah


Tapi itu pendapat masing masing lerrr... cuma aku hanya nak kongsi beberapa jenis tayar ajer kat sini... dari segi performance... jangkamasa tayar ni....

Ada yang suka FKR harga boleh lahh....... bunga pon tebal..Cuma ada yang cakap pakai FKR RS900 80/90 ni tayar x berapa nak grip time brake emergency dan berat.. Agak licin ketika hujan. Ketika nak amik selekoh, tayar ni terasa seakan-akan membuang..kalau guna farrelli F900...bunga nampak macam tt100 dah try sangat licin on dry road.. Tak berapa sesuai untuk amik selekoh pada high speed Cuma kalau bagusnyerr Pancit boleh naik

Aku tak kisah mana-mana model TT ni.. TT100, TT500 or TT900 suma bule layan....
tapi utk cornering TT900.. utk wet handling TT100.. dunlop TT900 pergh layan lap memang best.. motor pun ringan.. tapi time hujan x grip langsung brek skit senang gelungsur seb baik x sondol kete member aku masa dia kuar simpang x bagi signal. x bleh pakai punya member hak2 kalau dunlop TT100 saiz 80/90, masa ni trend tayar besar layan lap best siut.. tapi motor berat pick up x de kena set balik sprocket leceh.lagi satu kalau pakai TT100 saiz 70/80 la layan lap dan time hujan ada grip.. for both aku rasa TT500 arrr...tapi kalo bawak takat 80kmh... mana pun ok daaaa....

Bagi aku layan korner ngan tayar ni, cukup mencengkam. tayar IRC yg cubprix siam pakai, tapi kat malaysia tayar ni tak popular. sebab ia tayar racing. Bunganya halus lembut serta berselerak ok. Kalau tayar MICHELIN 90/80 tayar Michelin terbukti dengan cengkaman yang baik tetapi bunga tayar sebegini amat berbahaya untuk digunakan sebagai tayar hadapan.. lagi satu tah kenapa lah bunga dia cepat abis. Lagi satu pernah sekali cuba test pakai Michelin Pilot Sporty grip hanya pada jalan yg panas..... tayar hard compound tapi cepat botak.... dalam hujan....masyaallah.....

4. Gunakan tayar tubeless Gunakan tayar tubeless (tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit.

Anda juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.

Tayar Tubeless Memang Berbaloi

Pakai tubeless pun pancit juga. Tapi biasanya, kalau setakat kena paku tu, sempat lagi cari workshop, atau pam kat stesen minyak. bukan susah nak pancit.....dia kalau pancit, pancit jugak tapi...angin dia keluar skit2.......sebab tayar tubeless tidak menggunakan tiub.....kosong di dalamnya....so apabila terkena paku atau benda tajam.....paku tersebut akan melekat dah bertindak sebagai penahan angin dari keluar (tapi kalau biar lama2 kempis jugak tayar tu).....berbeza tayar bertiub...kerana....tiub lagi nipis dari tayar luar....so...koyakan pada tiub besar dan sememangnya angin keluar menderu2 la.......

Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.

Bajet Tukar Tubeless

Tayar tubeless (heavy duty) RM130 sepasang + Sport Rim RM110 sepasang (tayar depan dan belakang). Total cuma RM240

Rim biasa tak boleh pakai tayar tubeless. Kalau guna tayar tubeless mesti guna sport rim. Tak kisah la berapa spike korang nak yang penting sport rim.. Pemilihan sport rim bertayar tubeless lebih selamat untuk tunggangan seharian. Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio). Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan menurun .

Kalau pancit,Kos tukar tubeless pun tak mahal. Jauh lebih jimat Tubeless cuma RM5!berbanding tak pakai tubeless kalau tukar tube motor RM 14...(tiub yang bagus) dan lagi satu kalau tak jumpa kedai motor, workshop kereta pun boleh buat! Hm, itulah yang istimewanya tayar tubeless ni. Kalau pomen jalanan, harganya tak kurang RM20 sekali tukar. Kalau tiap-tiap bulan kena? Huh...

Lagi satu, kalau selalu pancit, tayar pun cepat rosak. Kos tukar tayar lebih kurang RM50 - RM65 sekarang ni.

Kesimpulannya, saya nasihatkan semua sahabat yang kerap bermotosikal bertukarlah kepada tayar tubeless. Very cost-effective! InsyaAllah.

Penggunaan Tire Guard Sealant
Tire Guard sealant dimasukkan kedalam tube/tubeless melalui lubang angin. cairan Tire Guard sealant akan meliputi dalam tayar dan membentuk sebuah lapisan yang melindungi tayar dari dalam.

Memang kalau guna Tire Guard sealant ni kita tak sedar pun tayar kiter bocor tercucuk paku ke, skrew ke duri ke, dawai kerr..bila bocor jer terus tampal automatik memang berkesan mencegah kebocoron tayar.. Satu botol sealant untuk satu tayar jela..kalo 2 tayar 2 botol lah. sealant ni untuk kemudahan di kala kita tak jangka..Cuma tayar berat la sikit sebab ade liquid sealant dalam tayar kan.

Duit boleh cari, keselamatan yang paling penting. Tinggalkanlah teknologi lama (yang dicipta sejak tayar dicipta), beralihlah kepada tubeless lebih selamat lagi

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Monday, March 14, 2011

Tip-tip Pilih Tayar kereta..

Pertanyaan yang diajukan...
NICK IRFAN said... eh! buat la entry cara2 nak pililih tayar kereta yg baik plak? hehe

Jawapan kami:
Thahks bertanya.... kali ini agak mencabar nak jawab soalan ni... sebab aku tak berapa mahir bab-bab tayar ni...
Tip-tip pilih tayar kereta yang baik...

Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek...Tayar adalah komponen yang paling penting bagi sesebuah kenderaan. Jika ia rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan sekaligus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.. ikuti tip-tip yang diberikan kat bawah ni

1) Pastikan faham code sidewall tayar. Kenali kemampuan tayar kenderaan anda melalui maklumat dengan cara membaca yang tulisan pada tayar (sidewall)

Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

cetakan 205/65 R16 95 V membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 65 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. V bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. nombor 95 pula kapasiti tanggungan sebiji tayar.

2)Pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..

3)Tayar Brand (jenama) apa yang paling bagus?Tayar yang paling bagus boleh dinilai daripada harganya sebab tayar tu import made in Japan. Kata orang tayar mahal ni dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya)., jika untuk penggunaan biasa(bukan racing he..he.) tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit la.. Orang kata tayar cap briston bagos - smooth driving, tak bising sangat. Cap micelin pon ok, ringan, jimat minyak tapi cepat haus.Tapi faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan

4)Mari kita kenali jenis2 bunga tayar.

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R. Dan jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

Dan jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.

Harga tak dapat dipastikan, kerana saya sudah lama tidak terlibat dengan dunia tayar (jangan marah),kalau boleh cuba survey dulu 2,3 kedai, cuba tawar-tawar sikit harga, jika bernasib baik,tukar 4 tayar dia akan free alignment sekali..

5)Buat alignment dan Rotation Tayar

Selalu jaga aligmentnya setiap 3/6 bulan rotate tu tayar...nilah cara saya... Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. walaupun setiap 3bulan alignment dan balancing = memang mahal macam tak berbaloi,tapi fikirkan keselamatan anda. walaupun alignment lari sedikit saja, boleh jejaskan pengunaan petrol juga, kita membazir dan merosakkan alam sekitar kita dengan banyak tayar yang dibuang dan juga petrol. walaupun sebuah kereta jumlahnya sikit, tapi kalau 1juta kereta? sikit-sikit lama lama jadi bukit~ hehe

6)Tayar botak dan Tayar cepat hausTahap kehausan tayar boleh dilihat dengan mata kasar. Bunga tayar yang semakin licin menunjukkan penggunaan perjalanan yang tinggi. Begitupun, kehausan tayar boleh terjadi atas sebab-sebab lain seperti penyerap hentak yang rosak, penjajaran yang salah, permukaan jalan raya tidak elok dan corak pemanduan yang kasar.Kerap membrek secara kuat dan pemanduan yang agresif boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.

Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.
Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.


Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.

7)Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?

Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,

Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa

8)Tukar tayar yg sama brand, sama model sahaja.

Ramai org suka tukar tayar 2 bijik (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..

9) Fakta penting tayar yg digunakan
1Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
2Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
3Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
4Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
5Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
6Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
7Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.

Gelagat... Gelagat... Gelagat...Hamboiii.... Kenapalah anjing suka kencing kat tayar motor atau kereta..penat bai nak kena samak. Sedap jerrr ...Anjing kencing... pakai angkat sebelah kaki.Pastu pancut.....nak-nak kalau tayar baru beli dengki sangat anjing tu namnpak tayar tu....

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..