Sunday, May 15, 2011

Diy repair dan spray helmet lama


Pertanyaan Yang diajukan..

fiz: tahniah tuan blog..byk yg sy nk tau psl motor ada kt sini..kalo bole nk tau jgk cane nk baiki helmet, spray balik biar nampak kreatip sikit. ad 3 helmet kt umh yg stil ok tp span dh koyak.tq

Jawapan Kami..
Kalau korang ada helmet tak pakai atau helmet-helmet lama ke .. korang boleh spray cat untuk mencantikkan kembali helmet usang korang... tapi korang kenalah kreatif sikit... kalau tak kreatif macam mana nak nampak cantik.. betul tak... apa pun belum cuba belum tau kan.. mungkin korang ada bakat seni terpendam.. Cubalah hasilkan sendiri dari kreativiti seni tangan korang ye..
_______________________________
Diy Spray Helmet Lama
_______________________________
Kita boleh buat sendiri tak yah antar kat kedai yang memerlukan kos bukan sikit.... sendiri bikin sendiri Spray lahh... Jimat belanja...
Beli aje cat aeresol Samurai brand ni... Kalau korang berani mencuba boleh lah tray ye...

plastik primer = Memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik ( selalunya Cover Part plastik getah warna hitam).. penggunaan plastik primer juga dapat elakkan cat cepat tanggal atau terkopek.
undercoart= kaler base = bagi colour base tu sekata sebelum sembur warna yang di ingin kan
putty primer = Samurai primer putty untuk menutup kesan-kesan calar kecil, cat die biasanya warna kelabu . kalau nak hasil colour yang lebih cun kena spray primer putty sebelum undercoat
warna pilihan = warna yg ko nak sembur kat coverset sama ada korang nak gunakan Colour standart aje ke, Khameloen atau matellic .terpulang pada kamu.
lacquer = Sebagai clear atau pelindung lapisan cat dan kasi warna timbul, licin ,menambah kilauan.
_______________________________
Kalau korang rajin Helmet burok ni boleh jadi smart kalau pandai dan rajin nak cat balik helmet ye.. Kalau Helmet korang tu dah banyak scrach, calar balar, banyak sopak, cat terkopek-kopek dan permukaan tak rata.. tampal dulu pakai fiberglass filler.. ni kira macam plaster balik permukaan yang calar balar tu..fiberglass filler ni ada jual kat kedai hardware..

1)Gosok pakai kertas pasir paling halus sekali..kasi licin dulu permukaan tu dan pastikan rata-permukaan tu..
2) Bersihkan dari sebarang kotoran dan habuk melekat.. Pastu spray samurai plastik primer dulu kat permukaan..

3) Pastu Spray pula warna silver... kali ni tak gunakan undercode tapi tersus ajer spray warna silver... Nak jimat blanjer sikit ni...

4) Hahh... kalau korang nak kreatif... korang boleh cari sedikit kain langsir yang dah tak pakai... tapi kena cari yang bercorak jaring-jaring lahh... kalau tak ada guna ajer alas meja benang kait yang tak pakai.... Jangan pulak korang rembat alas meja rumah .. nanti emak korang marah pulak...
5) Sebelum tu masking tape buat boder lakaran kawasan kat mana nak spray nanti...pastu ambik potongan kain langsir atau kain alas meja benang kait tadi tampal kat tempat tu...

6) Ok mulakan spray warna dikehendaki...Semburkan warna SAMURAI Khameleon Spray Paint pilihan yang anda minati tak kesah warna apa asal korang suka, colour apa yang korang minat.... kat sini aku spray samurai khameleon warna orange dan satu lagi purple.. tunggu kering lagi... buka masking tape.. pastu tutup dengan tape bahagian bercorak tadi.. Spray pula dengan warna Merah untuk latar belakang helmet tersebut...

7) Jemur sampai kering semula sepenuhnya.. kemudian buka kesemua masking tape dengan cermat dan hati-hati..
8)Semburkan SAMURAI 1K lacquer untuk perlindungan berganda dan kilauan yang maksima. Tunggu kering lagi...
9) Dah siap dahhhh....
_______________________________
Membaiki Padding Pad dan span helmet
_______________________________
Tentang span atau padding pad helmet tu tak leh buat apa..Kalau rosak kena lah hantar repair kat kedai yang boleh baikinya kat tempat korang... mesti ada punya kat tempat korang kedai yang memberikan perkhidmatan membaik pulih helmet kat tempat korang...




Selalu yang aku nampak diorang hantar helmet untuk membaiki Cheek Pad (padding bahagian tepi) rosak, selalunya diorang tukar kulit pada Cheek Pad yang telah rosak dengan menggantikan kulit baru. kadang tu diorang jahit kain Cheek Pad pada bahagian pipi yang kebiasaannya koyak. kalau nak tambah span dalam Cheek Pad supaya lebih ketat semasa dipakai pun boleh jugak..kalau span dah hancur diorang boleh gantikan semula span pada kain Center Pad yang telah hancur dengan span baru.
_______________________________
Tip Jaga Helmet
_______________________________
Kadang macam mana sekali pun jaga helmet ni tetap permukaan cat dia akan calar.... Kalau korang parking motor simpanlah helmet dalam box belakang motor kalau skuter memang senang lah ada tempat nak simpan. Atau masuk kan dalam Bag galas Shoie... Sure tak calar. Kalau main sangkut tepi motor, tak lama mesti calar sebab kena motor orang masa parking.

kalau helmet pakai selalu memang cepat rosak terutama pada span dalam helmet.. kalau boleh, helmet yang dipakai hari hari , jemurlah bawah matahari seminggu sekali.. elakkan pakai brylcreem atau tenco kalau pakai helmet, nanti helmet berbau..helmet kite biar satu kepala aje yg pakai.. jangan kongsi kongsi dengan orang lain.. memang susah nak jaga helmet tahan lama kecuali jarang-jarang pakai. seeloknya sediakan lebih dari satu helmet. untuk pakai jalan-jalan biasa guna helmet lain. nak jalan jauh guna helmet yg lain. cara tu je boleh jaga helmet. yang pasti jangan letak helmet bersepah-sepah..

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Wednesday, May 11, 2011

DIY Bumbung kereta karat


Pertanyaan yang diajukan...
Yastro said...
Pas ni wat entri pasal bumbung karat lak bro....
Jawapan Kami..
Maaf agak lambat balas balik jawapan tersebut..agak kesibukan kebelakangan ini... Insya Allah kami cuba jawab seperti di bawah ini
_______________________________
Masalah Bumbung kereta karat Dan Bocor....
Mari kenal pasti masalah tersebut.... Karat yang menyebabkan bumbung bocor secara basic kami kelaskan seperti dibawah...
1) Tukar Kulit Bumbung Kereta

Bahagian bumbung kereta yang lama akan berkarat dan menyebabkan kecacatan kepada kenderaan anda.Karat yang teruk akan menyebabkan bumbung kereta berlubang kebocoran. Jika kerosakan karat yang serius penggantian bumbung baru boleh dilakukan ... buang bumbung lama masukkan bumbung baru... biasanya karat tersebut telah merebak hingga ke bahagian tulang bumbung...kosnya agak mahal... bumbung boleh bertahan lama dalam 7-8 tahun lagi ..

first kena buka cermin kereta tersebut... baru dapat tanggalkan bumbung tersebut... kemudian kerja-kerja pasang kulit bumbung baru boleh dilakukan..Cermin hadapan dan belakang dikeluarkan bagi memudahkan kerja pemasangan dan memastikan pemasangan lebih sempurna.

Bumbung kereta yang lama dibuka dengan cara yang betul dan berhati-hati.Pastikan bahagian tulang (chasis) kereta tidak dipotong dalam kerja membaik-pulih bumbung.


Pemotongan tulang (chasis) kenderaan boleh menyebabkan kereta anda disita Jabatan Pengangkutan Jalanraya.Kerosakan yang terdapat di kerangka bumbung kereta perlu dibaik-pulih dahulu.

Kulit baru yang akan di tukarkan tersebut... Tulang bumbung juga jika berkarat akan ditukar sekali...

Bumbung yang baru dipasang dengan cermat dan disambungkan semula
pada sambungan asalnya.Pemasangan kulit baru perlulah dilakukan secara betul dan teliti.... Bahagian sambungan tersebut seperti dibawah... Sebarang kesilapan menyebabkan banyak masalah yang berbangkit kelak...

Bahagian luar bumbung dicatkan untuk menghilangkan atau menutup kesan-kesan Weld.Bahagian dalam bumbung juga dicatkan untuk menghilangkan atau menutup kesan-kesan Weld

Cermin depan dan belakang kereta dipasangkan kembali dengan sempurna.Pastikan tiada kebocoran pada gam cermin. Gunakan Gam (sealant) yang berkualiti tinggi..Selepas itu baru lah kerja-kerja mengecat semula bumbung tersebut dilakukan...

_______________________________
2) Simen Balik tempat lubang...
Kalau lubang pada bumbung tak terlalu kritikal.. boleh lah simen ajer menutup permukaan berlubang tersebut..Mula mula gosok bumbung kereta tersebut sampai tanggal catnya untuk buang karat dan tengok kat mana tempat berlubang kat atas bumbung tersebut... Pastu korang bolehlah simen tutup lubang lubangbumbung tersebut.. Gunakan Simen poly putty, iaitu simen yang biasa orang tampal kat body keta tu. ada dua jenis, kaler merah, dan kaler kelabu. simen ni kena campur ngan hardener/catalyst (kaler kuning). kalau simen ni je tanpa hardener, takkan keras. yang kaler merah lagi keras dari kaler kelabu.

Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat, Sapukan hard putty atau simen filler pada ruang-ruang yang terbuka atau celah-celah lubang menggunakan scrapper plastik atau besi.. Ratakan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 jam.

Selepas kering, gunakan kertas pasir grade 600 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Gosok pakai air supaya terus dapat buang habuk dan tidak bersepah-sepah.



Kemudian gunakan kertas pasir grade 1000 untuk keseluruhan bumbung tersebut. Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul2 licin dan sesuai. Permukaan yang paling rata dan licin adalah yang terbaik dan hasilnya amat dipengaruhi oleh faktor ini.

Dah siap gosok licin, barulah anda spray lapisan pertama primer atau undercoat. Tapi ingat! Anda perlu gunakan surat khabar untuk melindungi bahagian yang x perlu di cat . Gunakan masking tape untuk melekatkan surat khabar. pastu baru lah boleh spray cat yang dikehendaki kemudian dah siap baru spray clear plak...
_______________________________
3) Tampalan Fiberglass
Jika bocor bumbung tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan safe kos adalah dengan cara tampal fiber glass ... ianya lebih baik dari kita potong dan tampal plate kemudian welding bagi menutup kebocoran tersebut... cara ini juga masih boleh memanjangkan usia bumbung anda...

Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan bumbung tersebut...

Penggunaan Fiber glass untuk menutup kebocoran bagi menghalang air terus meresap .. Teknik ini sama seperti menutup kebocoran pada sampan, bot dan sebagainya...Caranya adalah seperti di bawah ini...

Tampalan gunakan serabut-serabut benang fiber glass... kemudian susun atas lubang pastu sapu campuran resin kat atas fiber glass tu... biar kering dan ianya akan mengeras .. kalau boleh buat lapisan demi lapisan... kalau lubang tersebut amat teruk....
_______________________________
Fikir-fikirkan lah..ye..

Apapun jangan ambil mudah tentang bumbung kereta yang karat berlubang ...bila hujan air masuk dalam kereta... takut akan lebih melarat teruk lagi karang.... Kang banyak lagi duit modal nak kluar repair balik kereta tu....
Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Friday, May 6, 2011

Naza Blade 250



Pertanyaan yang diajukan..

emang per pendapat tuan tentang jentera naza blade 250n..peformance? sparepart? tahan lasak? tq..

Jawapan kami..

Maaf agak lambat balas jawapan Naza Blade ni..Sebenarnya aku tak berapa tahu tentang motor Brand Naza Blade ni.. Tapi ade sedikit info yang aku dapat kongsi sedikit... setelah bertanya dengan member-member yang menggunakan jentera ni...

Naza Blade telah berada di pasaran sejak 2005 mempunyai pengikutnya tersendiri..Naza Blade terdapat beberapa model iaitu

a)Naza Blade 250 naked full fairing


b) Naza Blade 250 tak ada pasang fairing

c) Naza Blade 650 naked dan full fairing.

Sejarah Model Naza Blade..

Sejarah Model Blade 250/250R adalah keluaran Hyosung Motor Co yang berpusat di Korea Selatan yang lebih dikenali sebagai Comet 250/250R. (aku dengar di tiru atas motor Suzuki SV naked)enjin patented suzuki.. under license.. tapi buatan korea...Kemudian Naza bikes telah ambil model ni melalui perpindahan teknologi untuk kedua-dua model adalah melalui kerja sama antara NAZA Bikes dan Hyosung Korea.

Model ini telah mengalami beberapa perubahan spesifikasi untuk memenuhi permintaan tempatan dengan perubahan terkini dilakukan adalah spesifikasi mesin EFI (Elektronik Fuel Injection).Blade adalah motosikal yang menjimatkan minyak dengan kapasiti tangki yang boleh menampung 17 liter

Peformance?
Hilangkan sifat negetif ...model 250 tu bukan tak ok..kuasa maksimum sehingga 160 kilometer sejam..walaupun pun engin 2 cylinder dan berbeza compression ratio dan torque dengan 4 cylinder inline,di kira cukup kuat dan boleh dikatakan memuaskan.sebagai perbandingan Kawasaki Ninja ZXR250 menggunakan enjin 4 silinder 16 valve memang lah kawasaki ninja ZXR250 memang lah lebih baik....Lagi satu Jangan bandingkan moto besar versi neked dengan motor kecik ( kupcai macam Y135LC dan 125Z). Kalau Kupcai memang lincah di jalan raya ketika banyak kereta, sebab body kecik (Senang cilok), motor besar versi neked ni nak bawak kena lebih berhati-hati sebab body besar. jadi untuk jalan yang banyak kereta tak sesuai di bawa laju-laju. tapi cuba la kat hi-way…pecut 150km pun dah lain rasa… tok sah la nak cite 180km.. ke atas…

Naza Blade 250 VS Motorsikal lain
Baru-baru ni aku tanya member yang pakai Motor Naza Blade ni. dia kata "jangan gerun bila geng LC kata motor dia boleh pergi lajak 180km ke. kalau Kupcai nak try speed dengan naza blade 250R Efi cubalah kat high way, Kalau 135LC dapat 160km maka meter Blade baru 127km.FZ 147km meter Blade baru 121km.Kawasaki 250 meter gak sama.ER6 payah sikit nak kejar pick up dia kuat jauh tinggal.Tapi kalau geng Honda RR 150 kalau berani Blade boleh kena cicir..".. bagi aku Blade ni sesuai untuk ride konvoi beramai-ramai, ride untuk enjoy dan perjalanan jauh..


Sparepart? Tahan lasak?
Tentang ni aku tak pasti sebab aku tak pakai motor ni... tapi rasanya kalau dekat ngan servis center tu mungkin senang lah sparepart dia.. tapi ade gak yang kata bila ianya buatan dari korea sudah pasti ianya tidak berkualiti tinggi. pakai lama sket dah.. itu rosak ini rosak. Tapi bagi aku lah moto mane yang tak ada masalah..Mungkin kalau yang model lama tu ada lah masalah tapi kalau motor yang baru tu dah banyak Naza buat improved mengatasi masalah demi masalah.Tak ada engineer yang nak buat enjin bermasalah.Sikit-sikit tu adatla…

Tak ada motor yang perfect..yang penting perlu patuhi jadual penyelenggaraan Tukar minyak hitam setiap 3000km.Guna semi syntitic atau fully.Fahamje la RPM motor ni selalu pegi kat 10000rpm.Kalau Kereta paling tinggi pun 4000rpm. Minyak cepat terbakar.Tukarkan penapis angin pada tahap 10000km.Sila tukar sparkplug sekali. kalau baru beli motor blade ni ,bila dah dapat motor tu jangan terus lenjan .Bagi habis edah dulu.Lepas dah 1000km dan tukar minyak hitam ke 2 baru boleh start naik 140-150km ke. Dah agak kita rasa motor dah boleh pergi, barulah boleh terus pulas max trottle.bagi piston tu masak dulu. Spray rantai guna Motul atau Total.Rantai Blade 250 ni ianya ada o ring pada setiap cantuman rantai.Jangan guna minyak hitam biasa kerana ia boleh mengeraskan o ring dan menyebabkan rantai cepat berbunyi..

Dari segi ketahanan dan kelasakkan... Insya Allah... ramai yang bawak blade ni dan joint dalam konvoi permotoran .. kira ok lah motor tu.. Bab rosak tu..mana-mana motor pun kalu tak pandai bela jahanam gak. beli baru pun kadang-kadang ada slack gak. tu semua tengok LUCK jugak lah.

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Thursday, May 5, 2011

DiY Cat spray dashboard kereta



Pertanyaan yang diajukan..
1) HelloKitty Salam brother, nak tanya. Macamana nak dapatkan dashboard kereta macam kereta hello kitty tu? ada macam-macam kaler. ade jual kat mana? atau cat je?
2) Kimie " Bro tanya bleh. dasboard kete iswara aku warna dah buruk boleh cat balik tak. camne pandangan bro? time kasih.
_______________________________
Jawapan kami..
Maaf pada Hellokitty dan Kimie pertanyaan kamu saya agak lambat saya balas jawapannya..Ok hari ni ada kesempatan sikit saya cuba terangkan.. berkenaan dashboard kereta tu rasanya memang tak ade jual,cuma yang ada dashboard warna standart ajer tapi boleh buat sendiri dengan spray cat warna yang kita kehendaki... tak payah susah-susah...


Selalu kalau kat bengkel cat kereta diorang boleh cat dashboard kereta korang supaya yang buruk jadi nampak baru semula tapi kena guna spray gun lah... Tapi sebenarnya kita boleh buat sendiri dengan menggunakan spray tin... cuma leceh sikit nak kerjakan... Ok kat bawah ni saya kongsi sedikit tip spray dashborad tu..
_______________________________
DIY Spray dashboard kereta
_______________________________
Korang boleh beli barang-barang dia dulu..kat kedai hardware atau boleh terus pergi kedai bancuh cat kereta ... semuanya ada jual kat situ..

Dapatkan thinner satu botol dah cukup dah .. Paper tape .. kertas pasir 1000 (yang halus) , spray tin Plastik primer ( kasi lekat cat) , Spray tin clear code, dan spray tin warna yang dikehendaki...Ok kat sini saya gunakan spray tin jenis Aikka (Spray cat Spacial untuk dashboard cari kat kedai bancuh cat keretaada jual) kalau payah sangat pakai Samurai brand atau DPI atau Angkor pun boleh...
tapi cari yang ada tulis kat bawah tu hi-Temp dengan 3 bintang lebih tahan kalau kena panas melampau dan tak cepat terkopek balik cat tu...
_______________________________
Cara-caranya Membuatnya..

1) Buka dan tanggalkan cover plastik dalam kereta yang mana korang nak cat tu.. basuh dengan sabun bersih bersih kalau ada bekas wax atau getah sticker atau kekotoran degil boleh bersihkan dengan thinner.. pastu jemur hingga kering
2) Pastu gosok kertas pasir halus kat sini aku pakai 1000 punya.. alahai gosok ala kadar ajer.. jangan tonyok kuat-kuat sangat.. pastu spray selapis nipis Plastik Primer.. tunggu kering.. pastu spray pula undercode warna gray atau putih.. jemur kering ...

3) bila dah kering spray pula warna yang di inginkan kalau kat sini aku bagi contoh warna hitam (senang sikit kalau hitam ni) spray dengan berhati-hati tak terlalu tebal agar tak meleleh..tunggu kering sebentar.. balas balik cat tu selapis lagi hingga rata.. pastu jemur balik sampai kering..

4) Biarkan kering sebentar kemudian barulah spray selapis clearcode plak untuk kasi kilat sikit..
5) Jemur lagi sampai benar-benar kering barulah pasang part tersebut pada tempat asalnya..
_______________________________
Untuk bahagian Dashboard ada agak susah sikit...
ada dua cara nak buatnya
a) sama ada korang nak tanggalkan dashboard tu... atau
b) tak payah tanggal dashboard pun boleh tapi kena tutup surat khabar lama kat bahagian cermin dan tape ngan papertape kat celah celah cermin dan bahagian yang tak nak kena spray..


Sebagai contoh Dashboard yang dispray macam kat bawah ni... yang ni colour sugarcane kuning cream lembut lah...

kalau dashboard dah buruk nak cat spray balik pun boleh... nampak lah lawa cun macam baru sikit ... warna dia pun ada kelainan dari warna -warna standard biasa..

kalau rajin boleh buat sendiri.. kat mana mana tempat cover yang korang nak cat semula..warna ni nampak luas sikit dalaman kereta tu.. dan nampak klasik vantage..

Tak kisah lah warna apa yang korang nak boleh buat lah sendiri yer... merah menyala pun boleh.. Up to you...
_______________________________
Ada lagi satu cara iaitu teknik airbrush.. kalau korang rasa nak lebih menyerlah korang hantar ajer kat kedai airbrush...

Kalau sentuhan pakar airbrush lebih menarik kut.. tapi kena tangan seni lah kalau tak hancusssss.... lain nak dilukis lain pulak jadinya karang...

Seni airbrush bukan sahaja kat luaran kereta sahaja malahan kat bahagian dalamn kereta pun dah boleh buat... kira seni tak kenal tempat luar atau dalaman lah

Ok ni lah hasilnya dashboard yang di spray dan di cantikkan lagi dengan teknik airbrush...lebih menarik... tapi kalau korang minat lah.. selalu orang suka warna biasa ajer.. biar nampak kosong ajer kan... Apa-apa pun terpulang pada anda...

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"