Sunday, June 19, 2011

Tip beli kereta terpakai


Pertanyaan yang diajukan..
shaiful: tolong jawap pertanyaan sya psal mau beli kereta.saya nak beli kereta 2nd tapi tak tau mcm ner nak pilih takut kena tipu. mcm ner nak kira bayaran blnan kete.
Jawapan Kami..
Thanks pada shaiful bertanya...JIKA anda ingin membeli kereta terpakai, mungkin beberapa petua di sini berguna bagi mengelakkan diri anda tertipu. Maklum saja dalam dunia sekarang, peniaga melakukan pelbagai tipu helah untuk meraih keuntungan. Oleh itu, berwaspadalah supaya anda tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong.
_______________________________
Tip beli kereta terpakai
_______________________________
1) Harga dan Tahun Keluaran
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan anda membuat kira-kira sebelum membuat keputusan.

pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108

2) Tengok Mileage biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.


3) Owner biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. tak semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.
4) Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...
5) Reason orang jual kereta. korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi tak semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la..

6) Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.

7) Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..

_______________________________

Tip buat pemeriksaan kereta terpakai

_______________________________

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:
1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada.
Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).

Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).
2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Buka getah Pada pillar setiap pintu dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalah, disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut.

Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).

Bahagian hood depan: Pastikan bar besi hadapan tidak bengkok atau ada sambungan kalau ada kereta tu pernah acsident.
Bahagian bonet belakang: Perhatikan sport weld dan silicon pastikan ianya masih original.. Pastikan juga tiada rekahan dan bekas simen

Bahagian lantai Bawah: Periksa bahagian bawah lantai kereta samaada pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat

Pastikan bahgian bonet belakang tak karat dan Pastikan bumbung tak ada karat diatasnya

3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.Kita boleh periksa keadaan enjin. Tarik dip stick keluar tengok keadaan minyak hitam didalammnya dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin. Perhatikan head enjin tidak leaking pada gasket..Perhatikan Master Brake pump.. power stereng dan keadaan radiator dalam keadaan elok tiada tanda-tanda bocor.untuk periksa kebocoran radioter ,buka tudung radioter tank hidupkan dulu beberapa minit Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakkan.Periksa juga kipas enjin, belting enjin dan aircon dalam keadaan elok..

Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
4. Buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena grambal atau piston ring sudah longgar. hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang.


-Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. engine dah makan minyak hitam,dah teruk..banyak carbon
-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo..

-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan.
5. Pemanduan : Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng. Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.Tiada masalah semasa penukaran gear. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi? Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension
6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta.
Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Wednesday, June 15, 2011

Kembara Mahkota Johor 2011~DAULAT TUANKU~


DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU...
Kembara Mahkota Johor edisi 2011 bakal menemui kita semua, khususnya rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang penuh makmur dan damai ini. Menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar Duli turun ke pelusuk Negeri untuk bersama-sama mendekati hal ehwal rakyat jelata di Negeri Johor Darul Ta'zim ini.

PADA 18 – 21 JUN 2011, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah berkenan untuk meneruskan program KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011 ini buat kali ke-14 sejak kali pertama penganjurannya pada Tahun 2001, dengan tujuan untuk berdamping dengan rakyat jelata dengan lebih mesra.

Program Kembara Mahkota Johor pada tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat bertemu rakyat jelata dengan mengguna tiga (3) cara pendekatan iaitu bermotosikal dan kenderaan pacuan empat (4) roda atau ‘4X4′ di laluan jalan darat dan dengan menggunakan bot ketika melalui laluan sungai dan laut.

Kembara Mahkota Johor yang telah diadakan sebelum ini melalui lima (5) cara pendekatan sebagaimana maklumat berikut:-

(I) Kembara Bermotosikal pada Tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 2008 dan 2010;

(II) Jelajah Pulau pada Tahun 2004 dan 2007;

(III) Jelajah Ke Perkampungan Orang Asli pada Tahun 2005;

(IV) Jelajah Pendalaman pada Tahun 2009;

(V) Kembara Berkeretapi pada Tahun 2010.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011 akan bermula pada 18 Jun 2011 (SABTU) dari Padang Sekolah Tinggi Muar, Johor dan berakhir pada 21 Jun 2011 (SELASA) di Hadapan Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. Kembara yang akan merentasi jarak sejauh 797 kilometer meliputi 10 daerah itu akan menggunakan tiga jenis kenderaan, iaitu motosikal berkuasa besar, pacuan empat roda dan bot. Penggembaraan ini akan mengambil masa selama empat (4) hari dan tiga (3) malam
Dalam siri jelajah kali ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan disertai permaisuri, Raja Zarith Sofeah Sultan Idris; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; kerabat diraja serta 40 ketua-ketua jabatan kerajaan diiringi 30 motosikal berkuasa besar. .

Untuk makluman bahawa pengembaraan / penjelajahan DYMM Sultan Johor dalam edisi Kembara Mahkota Johor 2011 kali ini di antara lain akan meliputi aspek-aspek berikut:-

1. ASPEK PERASMIAN/PELANCARAN

DYMM Sultan Johor dijangka akan melakukan Majlis Menandatangani Plak Perasmian Sekolah Menengan Pendidikan Khas Vokasional Indahpura pada 20 Jun 2011 (Isnin). DYMM Sultan Johor juga akan merasmikan Pusat Hemodialisis Batu Pahat. Manakala di Daerah Ledang, DYMM Sultan Johor akan menyempurnakan Majlis Menandatangani Perasmian Mercu Tanda Bandar Tekstil Malaysia.

2. ASPEK BANTUAN & SUMBANGAN

Program ini dilihat sebagai program amal untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, anak-anak yatim, ibu- ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa. meninjau kehidupan rakyat jelata khasnya yang tinggal di luar bandar dari segi kemudahan-kemudahan infrastruktur, keselamatan, ultiliti, pendidikan dan keselesaan.

Majlis penyampaian bantuan akan diadakan antaranya Penyampaian replika kunci rumah kepada IMAM Masjid Felda Chemplak. Sebagaimana pengetahuan semua, sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Imam Masjid Felda Chempelak yang ditimpa musibah dimana rumah beliau musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Selain daripada itu, di Felda Tenggaroh 2 juga, DYMM Sultan Johor berkenan menyempurnakan Majlis Penyerahan Plag Kunci Rumah Kepada Peserta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Penyampaian Bantuan Kepada Orang Tua seramai 10 orang dan Penyampaian Kerusi Roda Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing.

Penyampaian bantuan enjin bot kepada orang miskin Daerah Mersing sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Penyampaian Basikal kepada 5 Orang pelajar Sekolah dan Penyampaian Beras kepada 15 Orang Tua Masyarakat Jemaluang, Mersing.

DYMM Sultan Johor juga akan menyampaikan bantuan daripada MAIJ dan JKM Daerah Kulaijaya kepada anak-anak yatim di Daerah KulaiJaya, Penyampaian Bantuan Fakir Miskin sumbangan daripada MAIJ Daerah Ledang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Ledang.

3. AKTIVITI SUKAN & RIADAH

Hampir semua aktiviti-aktiviti ini akan melibatkan penyertaan semua peringkat masyarakat berbilang bangsa. Walaubagaimana pun, golongan emas dan juga golongan yang kurang bernasib baik tetap tidak akan dilupakan.

Antaranya permainan sukan tradisional, permainan ‘indoor games‘, fustal, bola jaring, masakan dan yang menariknya pertandingan menaikkan buah kelapa sawit ke dalam lori serta berbagai-bagai pertandingan dan acara Sukan Rakyat yang akan di adakan di daerah yang dilawati oleh DYMM Tuanku dan rombongan Kembara Mahkota Johor 2011

4 ASPEK KEBERSIHAN, PENJAGAAN ALAM SEKITAR, KEBUDAYAAN & SOSIAL

DYMM Tuanku akan merasmikan Majlis Perasmian “JOM GANYANG AEDES”, Majlis Penanaman Pokok sempena Kempen Penjagaan Alam Sekitar di Pekan Jemaluang, Mersing. Sultan Ibrahim akan menyertai program gotong-royong bersama rakyat.

Kembara Mahkota Johor 2011 kali ke 14 ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan di antara ISTANA dan rakyat jelata untuk sama-sama menjayakan program mesra rakyat pada kali ini bersempena program Kembara Mahkota Johor 2011

Perkara penting pengisian kepada semua program yang berkisar kepada tema Kembara Mahkota Johor 2011 iaitu “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita” memberi erti kepada semua rakyat di Negeri Johor atau ‘walk of life’, bertanggungjawab untuk mastikan ke tahap kebersihan dijaga, dipelihara dan mempraktikkan supaya alam sekitar menjadi bersih dan indah.

..Galeri Kembara Mahkota Johor terdahulu..






Semoga cetusan ilham "Kembara Mahkota Johor" demi untuk mendekati rakyat berterusan selama nya.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Saturday, June 11, 2011

Sejarah Mitsubishi Lancer dan Enjin MIVEC


Pertanyaan yang diajukan..

1) Guest:" Salam bro. aku nak tahu tentang sejarah model lencer d. apa kaitanya ngn proton"

2) Guest : bro..cite pasal enjin mivec plak..ak tgu entry mivec

Jawapan kami..

Terima kasih pada Guest ( tak tau nama siapa entah) tentang sejarah model lencer dan kaitannya dengan Proton saya cuba ceritakan seperti dibawah..

_______________________________

Sejarah Mitsubishi Lancer

_______________________________

Generasi pertama 1973–1979

Model Lancer yang mula-mula dikeluarkan pada tahun 1973.. Model Lancer pada generasi pertama kepada bentuk berpetak yang lebih ringkas hanya terdapat dalam variasi Sedan 2 pintu, Sedan 4 pintu, Estet 5 pintu dan Hatchback 3 pintu (Celeste) berbekal enjin 1.2 l I4,1.6 l I4,1.4 l I4 dan 2.0 l I4.

_______________________________

Generasi kedua 1978–1988

Pada model Lancer generasi kedua hanya terdapat dalam variasi Sedan 4 pintu menggunakan teknologi Silent Shaft bagi mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan akibat geseran pada aci engkol, menghasilkan pengendalian enjin yang lebih senyap. Berbekal kan enjin 4G62 1.8 L SOHC Turbo I4 165 PS 163 hp/121 kW, 4G33 / 4G12 1.4 L SOHC I4, 4G32 1.6 L l4,4G11 1.2 L l4 dan 4G63 2.0 L OHC Turbo l4 168 hp/121 kW (EX 2000 Turbo) dengan Transmisi kelajuan Manual 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan

_______________________________

Generasi ketiga 1982–1987

Pada tahun 1982, generasi ketiga Lancer yang dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Fiore mula dikeluarkan, berasaskan model Mitsubishi Mirage. Di peringkat antarabangsa pula, hanya nama Mitsubishi Lancer sahaja yang digunakan.Didapati dalam variasi Hatchbac 3 pintu,Sedan 4 pintu, Hatchback 5 pintu dan Estet 5 pintu berbekalkan enjin Enjin 1.6 L I4 dan 1.8 L I4 diesel. Pada tahun berikutnya, kedua-dua model Lancer dan Mirage diperbaharui serentak. Model 4 pintu Mirage dengan model Lancer menjadi satu jenis kereta yang sama. Model generasi ketiga mula menggunakan suntikan bahan api walaupun model karburetor masih boleh didapati.

Mitsubishi Lancer Fiore ini menjadi asas kepada penghasilan model Proton Saga keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. base dia Lancer lama. Proton Cuma tukar depan dan belakang sikit.

_______________________________

Generasi keempat 1988–1992

Mula dikeluarkan pada tahun 1988 bagi menggantikan model Lancer Fiore. Model generasi keempat ini menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik, berasaskan model Mitsubishi Galant.

Ia dikenali sebagai Mitsubishi Mirage Aspire di Jepun. Pada masa ini, model Lancer mula menampakkan perbezaan berbanding model Mitsubishi Mirage, Mitsubishi Chariot/Space dan Dodge/Plymouth Colt. Enjin pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda.Didapati dengan variasi model Hatchback 3 pintu, Sedan 4 pintu dan Hatchback 5 pintu

_______________________________

Generasi Kelima 1991–1995

Pada tahun 1991 barulah perbezaan antara model Lancer dan Mirage menjadi semakin ketara. Sungguhpun kedua-dua model tersebut nampak serupa kerana berasaskan pelantar yang sama, namun jenis kepingan keluli yang digunakan adalah berbeza. Pilihan enjin yang ditawarkan adalah daripada enjin 1.3L kepada enjin 1.8L turbo. Model enjin V6 juga diperkenalkan tetapi dengan pilihan enjin 1.6L sahaja, menjadikan Mitsubishi Lancer V6 1.6 sebagai kereta dengan enjin pengeluaran V6 terkecil. Model GSR 1.8 Turbo membentuk asas kepada model Mitsubishi Lancer Evolution yang menggunakan casis yang sama tetapi dengan enjin 2 liter turbo serta sistem aliran kuasa yang diambil dari model rali Mitsubishi Galant VR-4. Dengan Enjin pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) dan berbekalkan Enjin 1.3 L SOHC I4, 1.5 L SOHC I4, 1.5 L DOHC, 1.8 L SOHC I4, 1.6 L DOHC MIVEC I4 dan 1.8 L DOHC Turbo I4 dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan..Terdapat dalam variasi model Coupe 2 pintu (berasaskan Mirage), Sedan 4 pintu dan Estet 5 pintu

Sekali lagi, Mitsubishi Lancer generasi kelima menjadi asas kepada pengeluaran model Proton Wira pada 21 Mei 1993. Proton dan Mitsubishi kongsi modal Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.Dengan pilihan enjin petrol 1.3L, 1.5L, 1.8L dan enjin diesel 2.0L.Proton Wira dilancarkan dengan pilihan 2 displacement iaitu model 1.6 XLi dan gak 1.5 GL. Model 1.6 XLi ialah model full-spec dengan enjin SOHC 16 injap 1.6L (4G93) yang pakai fuel injection dan hanya terdapat dalam transmisi automatik 4 kelajuan. Model 1.5 GL lak time tu still pakai enjin Magma Megavalve lagi dan still pakai karburetor. Model 1.5 GL auto lak setakat pakai gearbox 3-speed auto, tak macam 1.6 XLi yang pakai 4-speed auto.

_______________________________

Generasi ke enam 1995–2000

Pada tahun 1995, model Mitsubishi Lancer diperbaharui dengan format rekabentuk yang serupa dengan generasi kelima Cuma perubahan rekabentuk lampu belakang berbeza sedikit. Terdapat dalam variasi Coupe 2 pintu, Sedan 4 pintu,Estet 4 pintu ..Layout Enjin pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) dengan berbekalkan Enjin 1.5 L SOHC I41.8 L SOHC I4 dan 1.8 L DOHC Turbo I4. Untuk Transmisi terdapat dalam bentuk Automatik 4 kelajuan,Semi-auto 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan

_______________________________

Generasi ke tujuh 2000–2006

Model generasi ketujuh Mitsubishi Lancer mula dikeluarkan pada tahun 2000. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Cedia di Jepun, di mana perkataan "Cedia" adalah kependekan daripada perkataan century (abad) dan diamond (berlian). Model generasi ketujuh ini menyaksikan kembalinya jenama Mitsubishi ke Malaysia setelah Mitsubishi menjual kesemua sahamnya di dalam Proton, membolehkan Mitsubishi menjual semula keretanya di Malaysia. Sebelum ini, model-model kereta Mitsubishi tidak dijual antara tahun 1985 hingga 2003 berikutan perjanjian dengan Proton.

Model Lancer generasi ketujuh didatangkan dengan enjin 4G13 1.3 L SOHC,4G18 1.6 L SOHC,4G93 1.8 L DOHC I4, 4G94 2.0 L SOHC I4, 4G63 2.0 L DOHC, 4G69 2.4 L SOHC MIVEC I4 dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan,Semi-auto 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan Invecs III CVT . Cuma bagi pasaran Malaysia iaitu model enjin adalah 1.6L. Model 1.6L ini menggunakan enjin 4G18 iaitu enjin yang sama dengan enjin yang digunakan pada model-model terawal Proton Waja.Proton Waja yang asal ( Ogos 2000) menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L dan beralih menggunakan enjin Campro pada tahun 2006

_______________________________

Generasi kelapan 2007-sekarang

Model Lancer memang ketara perbezaannya dengan model terdahulu..dilengkapi ciri-ciri terbaru Lancer dengan menampilkan badan keselamatan.. Model tersebut adalah Galant Fortis (Jepun),Lancer Fortis (Taiwan) dan kalau Mitsubishi Jones (MPV kompak) Di Malaysia, model ini didatangkan dengan pilihan enjin 2 liter sahaja. Dan terdapat dalam variasi Sedan 4 pintu (GS41).. Layout Enjin adalah pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda Model ini dibekalkan dengan Enjin 4B12 2.4 L DOHC MIVEC I4, 4B11 2.0 L DOHC MIVEC I4,4B10 1.8 L DOHC MIVEC I4,dan 4A91 1.5 L DOHC MIVEC I4 ..Transmisi adalah dalam Manual 5 kelajuan (F5MBB) dan Automatik CVT (F1CJA)

Pada 14/10/2010,Proton telah melancarkan model Proton Inspira pada asalnya dibangunkan dari model Mitsubishi Lancer yang dijual di negara ini. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjual dua varian model itu iaitu Lancer EX dan Lancer GT. kodnya P390A, adalah model baru untuk menggantikan Proton Waja yang dikeluarkan oleh Proton berasaskan Mitsubishi Lancer GT . Ia adalah sebahagian daripada perjanjian pemindahan teknologi antara Proton dan Mitsubishi Motors

Proton Inspira menggunakan enjin siri 4B 16 DOHC MIVEC dari Mitsubishi seperti mana yang boleh dilihat pada model Mitsubishi Lancer EX dan GT. Varian 1.8 menggunakan enjin 4B10 dan 4B11 untuk varian 2.0. Kepada penggemar-penggemar kereta sedan berprestasi tinggi, enjin tersebut yang dilengkapi sistem MIVEC sudah tentu antara jenis enjin yang diidam-idamkan, tambahan pula reputasi dan populariti sistem MIVEC hampir sama dengan sistem VTEC dari Honda.Tiga varian dikeluarkan di kilang Proton iaitu 2.0 liter CVT dengan kawalan paddle shift yang mengawal enam kelajuan maya, 1.8 liter CVT dan 1.8 liter manual. bagi model 2.0 liter CVT. Model pertengahan juga adalah model 1.8 CVT.

_______________________________

Enjin MIVEC

_______________________________
Mitsubishi mivec bukan nama model tapi nama enjin.Mivec merupakan acronym bagi Mitsubishi Intelligent and Innovative Variable Valve Timing . Pada tahun 1992 enjin MIVEC mula di perkenalkan dengan Kod untuk adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.

Enjin MIVEC ini lah yang paling popular di Jepun mahupun di Malaysia.antara model yang guna enjin Mivec termasuklah ..macam Galant (& Eterna), Lancer, Sigma, Debonair, Pajero, RVR, Space Runner, Chariot...Colt Mirage Cyborg.. atau Mirage Asti. Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama..

Antara model enjin yg guna Mivec ialah
4G92 1.6

4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC...ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo).....

4G93 1.8

4g93 na nie ada 3 versi..

Enjin 4g93 ade 3 versi.
1. 4g93 sohc (mitsu),
2. 4g93p dohc (putra,gti,r3,waja,wira),
3. 4g93t gsr turbo

Kalau hendak yang jimat guna petrol boleh cuba 4g92 mivec.
Kalau gila kuasa, boleh gunakan 4g93t.
Kalau lagi hendak gila kuasa boleh gunakan 4g92 mivec b.o.t 4g93t

Kalau nak modifide masuk enjin 4g93 - 1.8 sohc@dohc NA @ turbo. Syarat utama kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..

6A12 2.0 V6

Tak silap aku model fto ade 2.0 mivec dan untuk fto ada 3 variasi..
1. 6A12 2L DOHC N/A non-MIVEC
2. 6A12 2L DOHC Turbo
3. 6A12 2L DOHC MIVEC

Kalau Guna Twin Turbo..ada 2 jenis satu 2.0L dan satu lagi 2.5L.

Kalau nak modifide enjin masuk pada kereta Proton rasanya hanya Proton Perdana Proton Waja Chancellor je yang lulus pakai enjin ni.. ramai yang cakap keupayaan enjin sangat bagus... perbezaan ketara terhadab kelembutan enjin dan pickup yang lebih, sebab enjin 6A12 punya torque lebih besar

4G18 1.6

Seperti yang kita tahu Proton Waja yang asal menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L dan beralih menggunakan enjin Campro .. klu kat body waja enjin 4g18 ni dah ringan je pergi dia, klu masuk kat body wira satria saga lagi la ringan..bagi aku enjin waja mitsubishi 4g18, kalau korang tengok mitsubishi lancer yang sebelum ni ( bukan yang latest ni ek)..enjin dia guna 4g18 la...kalau mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam mitsibishi lancer tu...tapi kena ingat la....mitsubishi lancer tu ada tambahan invec111, power la kalau nak banding waja.. lagi satu sebenarnya casis waja pun sebenarnya serupa dengan casis lancer ...

4G15 1.5

semua enjin Proton Wira 1.5 adalah dari mitsubishi. bezanya jika

4G15 - dari mitsubishi
4G15P - dipasang oleh proton (under licensed)

4G15 merupakan sebuah enjin yang manufacturernya adalah Mitsubishi. ianya merupakan sebuah enjin yang sangat popular di Malaysia. secara am nya, 4G15 nie adalah jenis enjin Single Over Head Cam(SOHC) version 4G15 nie dicipta dengan gasoline multi port injection dan mempunyai dalam 92hp pada model Mitsubishi Mirage pada tahun 1993.

Kalau dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin 4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Tuesday, June 7, 2011

Sejarah Honda EJ @ EK



Pertanyaan Yang di ajukan
Mohamadazhan hjDesa said...
salam bro..informasi yang menarik! lepas ni cerita sikit ttg honda EK..sejarah dan model EK di dunia =)
_______________________________
Jawapan kami...
Terima kasih kepada Mohamadazhan hjDesa kerana bertanya... Apa pun kenali sejarah pembuatan Honda Civic ni dahulu
_______________________________
Sejarah Honda Civic
_______________________________

Generasi pertama (1972-1979)
Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1.2L 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat, menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.
Model generasi pertama boleh didapati dalam varian transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.
_______________________________
Generasi kedua (1980-1983)
Generasi kedua Honda Civic menggunakan enjin Super CVCC yang telah ditambah baik, iaitu dalam varian 1.3L dan 1.5L. Model transmisi automatik juga turut ditambah baik melalui penggunaan kotak gear 3 kelajuan. Model generasi kedua juga adalah keluarga terawal yang memperkenalkan pilihan badan berbentuk sedan.

_______________________________
Generasi ketiga (1984-1987)
Enjin bagi keluarga Civic generasi ketiga dinaik taraf kepada enjin 12 injap yang lebih cekap. Selain itu, Honda turut memperkenalkan varian CRX, iaitu varian berprestasi tinggi pertama bagi keluarga Civic. Selain itu, model Civic CRX Si adalah varian pertama yang menggunakan sistem suntikan bahan api berbanding varian lain pada ketika itu yang masih menggunakan karburetor.
Model lain generasi ketiga_______________________________
Generasi keempat (1988-1991)
Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.
Model lain generasi keempat
_______________________________
Generasi kelima (1992-1995)
Bermula daripada generasi kelima, kereta Honda Civic mula popular di kalangan peminat sukan bermotor disebabkan penggunaan teknologi VTEC dalam hampir semua varian, di samping reka bentuknya yang anggun. Sungguhpun demikian, teknologi VTEC-E mula diperkenalkan dalam sesetengah varian dalam generasi kelima ini dengan tujuan utama untuk meningkatkan penjimatan bahan api. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.5L ataupun enjin 1.6L.
Model-model lain generasi kelima_______________________________
Generasi keenam (1996-2000)
Keluarga generasi keenam mula menggunakan teknologi VTEC3 Peringkat, menggabungkan peningkatan kuasa yang diperoleh daripada teknologi VTEC konvensional serta penjimatan bahan api yang didapati daripada teknologi VTEC-E. Di Malaysia, model generasi keenam ini adalah model Honda Civic terlaris sehinggakan pembeli terpaksa menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kereta tersebut setelah ditempah pada minggu kedua pelancarannya. Semua variasi Civic pada masa tersebut menggunakan enjin 1.6L.
Sebuah variasi berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra Type R.
Model-model lain generasi ke enam
_______________________________
Honda EJ @ EK...
_______________________________

Ok, berbalik pada pertanyaan Mohamadazhan hjDesa.. Pengeluaran model Honda Civik bermula pada generasi ke 6 bermula tahun 1996 sehingga tahun 2000. kalau kat jepun pulak panggil EK tapi kalu malaysia local made dipanggil Civic EJ . Sebenarnya Honda EK, model EJ juga dikeluarkan pada tahun yang sama, bezanya model EJ agak lower specnya. Model EK yang paling best sudah tentu yang bernadikan enjin ‘killer turbo’ iaitu Vtec.

Jenis-jenis Enjin Vtec

1. Vtec kecil,

Vtec kecil, tulisan Vtec adalah lebih kecil dari tulisan DOHC. Vtec kecil, dekat intake manifold dia ada tulis PGM-F1 dan gearbox dia kabel type. Kalau Vtec kecil ialah PR3 atau PW0.

2 Vtec besar,

Vtec besar dekat intake manifold dia takde tulis apa2. ECU dia P30.

_______________________________

B16a, B16b dan B18c pula adalah nombor yang merujuk kepada blok enjin

a) B16a, B16b

Bagi B16a, B16b, cara nak kenal ada beberapa cara :-

Kalu yg standard Malaysia = 1.6cc (1590cc) SOHC vtec/non-vtec. Code enjin bermula ngan D16y...130hp.

Kalu JDM = 1.6cc (1595cc) vtec. Code enjin B16A..170hp. Dikenali sebagai vtec besar.
= 1.6cc (1595cc) engine code..B16b.. model EK9....185hp..

Utk VTEC besar no siri engine dia B16A-5XXXXXXXX. Vtec kecil B16A-1XXXXXXXX. tp ada version yg kata, 1st version Vtec besar, no engine dia starting dgn B16A-1XXXXX juga

_______________________________

b) B18C

Bagi B18C /GSR, cara nak kenal ada beberapa cara :-
1. No engine utk B18CR selalunya B18C-2XXXXXXXXX. ECU - B18CR - ECU dia - P73.B18CR punya head kaler merah,
No engine utk GSR selalunya B18C-1XXXXXXXX. ECU - B18CR - ECU dia - P72.GSR kaler hitam.GSR intake terbalik

tapikan...Kedua-duanya tu bleh ditukar untuk nampak/jadikan dia B18CR.Sama ada B16A atau B18C, kedua-duanya memang enjin yang power gila. Pecutan kalu pakai B16a DOHC vtec mmg takleh disangkal lagi ah...kalu standard tuning cun...mmg leh tapau 1.6 mivec (175hp) dalam 400m drag.

_______________________________

Perkataan EF, EG, EJ @ EK, adalah merujuk kepada model chassis.

1) EF9. Model civic Tahun 1988 - 1991. Model civic yang mula-mula pakai enjen DOHC VTEC 1.6cc B16a 160hp. Model ni kat malaysia ada yang panggil civic mayat. Body yg amat ringan dan amat sesuai digunakan kat litar mahupun di drag strip.

_______________________________

2) EG. Model civic Tahun 1992 - 1995. kat malaysia juga dikenali dengan panggilan 'civic bullet' atau 'civic dolphin'. Di jepun ianya pakai enjen B16a 1.6cc DOHC...kat malaysia pakai enjin D15b SOHC (ada juga model sohc vtec). Ada model 4 pintu dan juga 2 pintu.

Kalu model 4 pintu chassis codenya ialah EG9 juga dipanggil CIVIC FERIO.

Kalu 2 doors pulak EG3 dan EG6..

_______________________________

3) EJ @ EK. Model civic Tahun 1996 - 2000.

EJ6 (model tahun 96 - 98) ialah Model 4 pintu.

EJ7 (model tahun 99 - 2000) enjen 1.6cc D16y sohc(malaysia)

EK3 model dari Jepun ada dua jenis enjin 1.5 dan 1.6 sohc

EK4 berenjinkan 1.6cc DOHC VTEC.

EK2 model 2 pintu enjin D16y, 1.6 sohc

EK9 enjin B16b DOHC VTEC type R (model yg hanya dijual di Jepun).

Exterior tak byk beza...spoiler EK4 hat mcm tiang gol tulah....kalu EJ rendah je spoilernya. Lampu signal belakang cuma beza pada kaler..kalu EJ kaler kuning...kalu EK kaler putih. Pastu lining pintu kalu EJ kaler krom kalu EK kaler itam plastik.

Model ferio dalam keluarga civic ni setakat ni ada kat model EG dan EK sahaja..
yang dikatakan model ferio ni ni ialah civic EG/EK yang 4 pintu.Yang model 2 pintu tak di panggil ferio

_______________________________
Generasi ketujuh (2001-2005)
Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan.Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan penjanaan semula (regerative braking).
Model-model lain generasi ketujuh_______________________________
Generasi kelapan (2006-kini)
Model terkini Honda Civic
Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia

_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks