Monday, July 18, 2011

Tip Hilangkan Bauan Durian Dalam Kereta


Pertanyaan yang diajukan...

ct_norul : nak tanyalah bro ni, mcmn nak hilangkan bau durian dalam kereta ek??? Ada petua tak?? Dah naik pening dah ni.. Masuk kereta kena bukak tingkap.. Kalo on aircond bau dia menusuk betul..

Jawapan Kami..

Seperti yang semua sedia maklum, musim durian telah pun kembali menusuk hidung kita semua sehingga sendawa di dalam kereta pun bau durian. eeuuuuwwww! jangan amalkan ye, tak baik untuk pernafasan orang sekeliling.

Ok balik pada Soalan ct_norul.... Bila dah dimasukkan durian dalam kereta tuh bau dia pastinya meninggalkan kesan yang mencengkam hidung..kembang kempis hidung menahan baunya...yang tak tahan tuh biler bau durian tuh melekat-lekat kat dalam kereta.. Pasti korang pening kalo naik kereta nanti....Wal hal durian dah kiter keluarkan semua tapi masih tak hilang bauannya..

_______________________________

Tip Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

_______________________________

Cara murah dan mudah untuk kita menghilangkan bau durian di dalam kereta adalah dengan mengikut petua orang tua-tua macam kat bawah ni...Korang boleh cuba dulu,tapi bau tu memang tak akan hilang dengan serta merta..

1) Cara ni mudah...Korang hanya perlu balutkan buah durian tu dengan daun seperti daun ubi kayu atau betik atau ape ape daun la yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian tu..pasti bekesan hilang bau durian tu..

2) Kalau tak nak durian tu berbau letak lah separuh buah nenas yang telah di potong.. bau durian tu akan diserap oleh nenas tu.. cuba lah yerr...

3) Cuba letak daun pandan..terus hilang baunya..tapi bau pandan la plak kat dalam kereta nanti...

4) Letakkan beberapa keping roti dalam kereta tu, (tak kisahlah Gardenia ke, High5 atau roti seangkatan dengannya) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam... insyallah.. bau durian akan hilang.

5) Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian . Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.

6) Serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) juga boleh menyerap bauan tak sedap.. bungkus serbuk kopi dalam kain atau masukkan dalam bekas kemudian letak dalam kereta..

7) Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak ..Bau durian tu juga akan hilang diserap..

8) Letakkan bekas cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bauan durian yang kurang enak tersebut.

9) Atau masa bawa durian tu, Masukkan semua buah durian dalam bungkusan plastik bag dua tiga lapis kemudian ikat ketat-ketat sebelum letak dalam bonet kereta…Pastu buka semua tingkap kereta masa drive tu…jangan pasang air cond.. so, tak ada la kereta berbau sangat ...Biarkan udara memasuki kereta baru anda itu.


10) Kalau rasanya tak sanggup kereta bau durian. Lagi senang jangan letak durian dalam kereta... Kalau nak makan durian pun makan kat luar ajerrr.. jangan bawak balik...
Adengan musim durian ...


Kegilaan durian Semakin Menjadi-jadi..kau ingat engkau yang paling gila kan durian... Rambut pun tajam terpacak macam duri durian.... fanatik betul?
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Friday, July 15, 2011

Tip Pasang Audio Sound Sistem Kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Shaifulrizzam:Salam Brro..boleh ceritakan tentang sistem audio kereta dan fungsi2 alat yg dipasang tu macam amplifier, Speker wofer dan apa-apa lagi sbb aku cadang nak pasang kasi bikin power bingit telinge punya? Terima kasih

Jawapan kami...
Hemm.. Cakap pasai sound ni payah sikit. Subjektif sangat benda ni. Maaf yer... Sebenarnya aku tak pandai bab-bab Audio sistem ni.. Tapi saya cuba terangkan sedikit apa yang saya tahu ajer...
_______________________________
Tip Pasang Audio Sound Sistem Kereta
_______________________________
Setiap pemilik kereta sekarang mesti ader radio, yang kaya tu pakai yang CD player lagik. Tapi ramai gak tak tau aper-aper pasal radio tu, cuma tau 'on' radio, pastu dengar. Ok kat sini kita bincang camner nak bikin sistem audio sound kasi bunyi lebih Ummmmppp....

1) Head unit.
Head unit [cd player, cassette player, DVD player, USB Player, MP3 / MP4] nak sedap, kene mahal skit lah. kualiti terjamin. bukan nak kata jenama brand cap ayam tak elok, tapi tengok nasib la. nasib tak baik, asyik rosak. Kalau pandai pilih masa beli Head unit kadang kala siap ade sub output tak perlu beli pre amp/electronic memang dah power bunyi dia.. Lagi satu masalah head unit cap ayam ni channel radio tak berapa clear nak dapat... puas adjust FM/ AM tak dapat siaran dengan jelas...



2) Pre amp [equalizer] / Electronic crossover
A) Pre-Amp nie adalah untuk control Bass, Volume, Mid, Subwoofer, Tweeter, Mid Bass, Frecuency dan sebagainya ler berkaitan audio...Ia di sambungkan antara amplifier dan cd/radio......Tujuan nyer nak kawal bunyi serta setting bunyi yang di keluarkan.....
B) Electronic crossover pulak dia asing kan bunyi sebelum masuk ke amp.Biasanyer jika anda dah pasang pre-amp, jadi tidak perlu ler untuk anda pasang Electronic crossover

EQUALISERS
Equalizer dengan pre amp nih tak sama yer.. Sebenarnyerr equalizer ni untuk fine tuning bunyi yang dihasilkan oleh oleh head unit. Biasa nyer ader build-in amp yang buleh mengeluar kuasa dalam 20watt hingga 50 watt ajer. Bagi mereka yang tak suka pasang radio kuat, kuat, biasanyer hanya pasang equaliser jer dalam kereta. Equaliser nie biasa nyer tidak boleh dipasang bersama power amp.

3) Crossover [splitter].
Sebenarnya Crossover ( splitter) ni tak sama ngan electronic corssover tu.Crossover ( splitter) berguna kalau ada banyak pasang speaker berlainan saiz kat kereta (selalunya Benda ni selalu disertakan sekali kalau kita beli component tweeter [high frequency], speaker tepi pintu speaker 3 way atau 2 way, woofer [bass], mid [voice], bila pasang Crossover ( splitter) kualiti bunyi beza la sikit ( untuk suport bunyi lebih sedap dan power sikit)...Tujuannya nak asing bunyi high & low...tapi makan ruang la kat bila pasang dalam kereta.

4) Power amplifire atau amp.
Power amplifire tujuan untuk menguatkan bunyi biar bunyi umphh lagi power dari head unit.. Power amplifire berkualiti rendah atau tak cukup kuasa akan memberi bunyi yang tak berapa jelas...
Power amplifire pasang letak bawak seat je. amplifier ada banyak wooo, 1 way, 2 way, 4 way, 8 way [nih je habis kuat aku pernah tengok].

OK maksud 'way' nih,adalah berapa banyak speaker boleh sambung. 1 'way' untuk 1 speaker. jangan 1 'way' untuk 2 speaker, alamatnya cepat rosak la amplifier tu.. Kalau 1 way nih biasanya khusus utk WOOFER satu ketul je , kalau 2 way nih common use... boleh digunakan pada speaker 3 way ataupun digabungkan dengan cross-over khusus untuk TONG SPEAKER WOOFER dalam bonet belakang kereta.Kengkadang tu amp tu ade build in punya crossovers yang akan membahagikan jenis frekunsi bunyi mengikut speaker yang betul.

Sebenarnye nak tentukan keenakan dan kelunakan muzik yang dikeluarkan dari Power amplifire tu... depend pada support pada head unit, speaker dan assesori yang korang gunakan... misalnye.... kalau Power amplifire tu boleh support 500w, tapi power yg dikeluarkan dari head unit hanya 100w... mane lah tahan beb.... cam bunyi katak dlm tempurung jee lee.... satu lagi.. kalau Power amplifire support 500w, head unit pun support 500w jugak.. tapi yg slac kat speaker cuma support 250w... tak pasal.. pecah hancur speeker tu..so, kuasa amp dan speaker mestilah sama beb.. hope yang tu terpentingg ok...

Cuma nak pasang Power amplifire ni kene tarik power direct dari bateri, dan perlu signal power dari head unit tarik power dari bateri, masalahnya bila sentiasa 'ON' Power amplifire, esok pagi tak boleh nak start kereta pulak karang.

Kebiasaan yang aku tengok, wayar yang dia orang guna sekurang-kurangnya saiz wayar Direct Cable 10mm. Saiz wire bergantung kepada berapa banyak amplifier yang korang nak guna.

Dalam pemasangan audio sistem kereta (Radio,power amp,dll) sangat la penting memakai fuse,kalau tidak ape apa short berlaku jahannam semua.. fuse pun bergantung pada berapa banyak amplifier yang nak kongsi pada satu wayar. tapi lagi bagus kalau fius diasingkan khusus utk satu amplifier saje.


5)RCA cable
RCA Cable tu pon penting gaks. Kalau nak bunyi sedap kena pakai jenis elok nye. Tengok metarial cable tu. Selalu cari jenis yang mengalirkan arus lancar. Paling baik jenis ade gold plate.sekurang-kurang kena pakai cable....2 x 1.2 m & 2 x 2.5 m.....

6)Speaker mid & tweeter
Komponen yang paling penting sebab speaker mengeluarkan bunyi. Tanpa speaker, takde ler bunyi. Kalau korang pakai single speaker standard yang siap dipasang pada kereta, tu sebenar nyer masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bunyi yang best. Speaker yang besar tidak dapat menghasilkan bunyi frekuensi rendah manakala speaker kecik plak tak buleh nak keluarkan bunyi bass. Oleh sebab tu, untuk mendapatkan bunyi yang best, gabungan speaker besar dan kecik digunakan iaitu tweeter, mid range, mid bass dan sub-woofer.

Selalu ade 2 jenis speaker. Satu speaker biasa (mid,tweeter,1 way, 2 way, 3 way). Satu lagi component speaker (ade crossover selalu 1 mid & 1 tweeter). Component speaker ni selalu lebih mahal dari speaker biasa tu. Speaker ni kena pastikan watt dia jangan banyak sangat beza dari watt per channel amp tu. Contohnya speaker tu 150W amp per channel 300W.Boleh menyebabkan speaker tu rosak.component set speaker 5 or 6 inch dan 3 x9 inch 3ways speaker. Ni pon dah cukup best dah.

7) Woofer, sub woofer..
Woofer speaker besar 1 way, Selalunya guna 8 inci speaker, magnet yang besar.khusus untuk bunyi bass [boom power] boleh buat pintu bonet bergegar.tapi 8 inci dah tak kuat sekarang nih. nak sedap, try 12" punya speaker.( lagi besar speaker tu, lagi besar magnetnya, lagi besar gelombang bass yang boleh ditampung. lagi banyak la body kereta yang bergegar.Kalau nak bunyi woofer yang sedap, kene ada amplifier 1 way, khusus untuk bass sahaja, baru la speaker nih jadik ACTIVE WOOFER.... dari jauh pun boleh dengar bunyi BASS.. kalau nak beli Woofer kena pasti kan power amp tu boleh tendang (watt dia
lebih dari sub tu). Contohnya kalau beli sub 350W 12inch. Tapi amp dah bridge pon baru 160W. Kat sini dah rugi sebab tak dapat pakai sub tu ke maximum level. Baik pakai je sub 150W rege dia beza banyak dari 350W tu.Sub Woofer ni kena tengok setting macam mana kita nak. Bunyi soft atau hard bunyi bass. Tu semua kena setting kat pre amp / electronic crossover or kat Radio Head unit(yang ade RCA sub output aje) ade setting software.

8) Speaker Wire
Speaker wire pon penting gaks cari yang elok nye punye...Kalau nak bunyi speaker clear elok tukar wire yang agak besar sikit.. agar lancar bunyi yang dihantar pada speaker keluar..Jangan pasang terbalik punca +/ - kepada -/+ nanti bunyi yang keluar pun tak sedap..


9) Box untuk Sub.
kalau nak pasang sub-woofer dalam keto, pastikan dulu keto tu muat untuk letak sub-woofer punyer box dalam bonet, sebab kat situ ajer ler tempat yang sesuai, Kalau pakai kancil plak, sila pakai akal sikit, jangan ler beli sub-woofer 15" punyer. 12" punyer pun dah cukup besar.

Box ni pon ade 2 jenis satu tuib (Bazooka) dan yang satu jenis lagi box (1 or 2 sub). Box sub ni banyak di jual kat kedai accessori. Bazooka berbentuk silinder bulat sesuai untuk kereta yang ruang tempat simpan nye terhad (contohnya Proton satria)... Kalau jenis Box Double voice tak same ngan single voice nye box... nih bergantung pada tuan empunya. ada orang suka letak 2 biji WOOFER..pastu pasang amplifier 2 way... perghs...sedap nih...keluar habis taik telinga.. heheh...

10) Capasitor
Kalau pasang lebih dari satu Power amplifire atau pakai sub banyak boleh pasang capasitor.. Capasitor ini berfungsi untuk menyimpan cas karan dari bateri ko supaya aliran karan yg sampai ke kompenan audio system stabil dan sekata sepanjang kau mainkan sound kereta ko.. terutama yg kaki blast sound tu... sebab kalau sound system blast lama aliran karan akan berkurangan.. jadi sound kualiti akan menurun , tidak steady.. so bila pasang benda ini dia akan cuba simpan cas karan untuk membantu menstabilkan aliran arus karan sepanjang blast sound tu... tapi kalau mahu betul berfungsi benda ni , kau kena cari brand yg betul bagus dan mahal.. sebab sekarang ni terlalu banyak clone , jual pun murah. jadi kalau beli brand macam ni fungsi benda ni tidak terserlah untuk membantu.. cuma aku tengok hanya sekadar perhiasan..

11) voltage stabilizer [VS]
elok la pakai Voltage Stabilizer ni kalau dah pasang amplifier sampai 4 ketul.nih tujuannya nak stabilkan voltage dalam kereta. Voltage Stabilizerni dia simpan cas elektrik,dan amplifier akan tarik cas-cas melalui Voltage Stabilizer ni. jadi tak ada la korang dengar bunyi putus-putus.
Pesanan kami...
Entah di mana silapnya, sebuah kereta tiba-tiba terbakar yang bermula dari bahagian belakang (bonet).Kebakaran dipercayai berlaku akibat sistem pendawaian pada sistem audio kereta yang dipasang di bahagian bonet...

Apa pun perlu diingatkan wiring audio sound sistem kena buat bebetul.. pelbagai kemungkinan boleh berlaku, jika terdapat banyak gadget melibatkan wiring didalam kereta, kemungkinan besar boleh berlaku litar pintas..kadang-kadang wayar tu terdedah dan banyak sambungan haram wiring tak ikut specs ke.. boleh menyebabkan short circuit... kereta boleh terbakar wehhh... Cari orang yang bebetul mahir jer buat wiring kereta korang tu yerr

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Tuesday, July 12, 2011

Tip-tip Cuci Enjin Kereta


Pertanyaan yang diajukan..

kindofsoul: salam bro...aku admin blog kindofsoul .. nak tanya bro lah kan. skrg nak tanya macam mana step cuci enjin kereta...ada tuto. thanks for all information..

Jawapan Kami..
Sorry pada semua pembaca agak lama saya menyepi ni tak berblog .... adahal sikit seminggu ni... Ok berbalik pada pertanyaan kindofsoul... aku cuba try jawab lah yerr..kita berkongsi tip2 penjagaan kebersihan enjin kereta

Ramai yg tak menghiraukan kebersihan enjin bay (pasal tak nampak dalaman kot)tapi lebih menitikberatkan kepada kebersihan dan pandangan luar kereta sahaja. Kalau tengok dari luar kereta bukan main berkilat, tapi kalu buka enjin bay, mak datuk teruk.. Enjin kereta berkarat berselaput tebal minyak dan menyebabkan enjin kelihatan kotor tambahan pula apabila debu dan pasir sudah melekat disekitar kawasan lelehan minyak ataupun selalunya kereta langgar lopak air dan terpercik masuk dalam bay enjin..
_______________________________
Carwash?.. dont ever trust them
Selalunya Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM20. Mat bangla ajerr yang basuhhh kereta korang....Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
kalau hantar kat car wash, Dorang confiden je cuci selambe jek tembak ngan air..siap cuci je,wiring radiator fan short,Tak pasal-pasal overheat atau lebih teruk lagi start enjin terus tak hidup..kalau kat carwash tu,diorg ade sejenis liquid macam asid la,khas untuk tanggalkan kotoran kat besi je,kalau kene plastik part,boleh lusuh warna kereta...
_______________________________
Detergent untuk cuci Enjin kereta
Untuk kebaikan korang...Lagi puas hati basuh sendiri bukan setakat jimat duit, kira exercise jugak... Cuma basuh sendiri ni menguji tahap kesabaran koranglah yerr...

Sekarang ada macam-macam jenama detergent untuk cucian dalam enjin kereta.. menanggalkan kotoran, minyak, gris dan pasir yang melekat pada celah- celah enjin.. Lebih selamat dan yang pasti ianya bukan dari liquid yang menghakis


Lebih baik kalau korang dapat cari jenis silicon spray atau engine cleaner spray, boleh membantu menanggalkan kotoran dan minyak yang melekat dan lebih selamat digunakan kerana semburannya cepat kering..dan tidak meninggalkan kesan menghakis...sambil mengilatkan permukaan enjin
_______________________________
Tip Cuci Enjin Kereta
_______________________________
1) First…. Kalau cuci enjin kita akan tutup/ cover part-part sensetif enjin dulu dengan plastik.. Bungkus elok-elok seperti :- fius box,bateri, sensor2, distributor,carberator, Altenator, plug coil, injector dan open air flow dengan plastik, cover enjin tempat plag tuh lapik dengan surat khabar lama atau tutup ngan alumunium foil pun boleh. tutup rapat-rapat supaya air tak masuk dalam lubang spark plug.


Jaga parts yang ada fungsi elektrik dan elektronik...Kalau keta baru selalunya tahan percikan air.. kalau nak tembak air jangan lah pasang tekanan air kuat-kuat.. agak-agak la mane tempat bleh tembak,mane tak leh...

2) Sediakan peralatan basuh seperti Sabun, berus, Baldi, Span, kain buruk dan botol spray..
Kalau ada semua senang lah nak basuh celah celah enjin yang sempit

Petua nak basuh minyak yang melekit kat enjin:
Ambik minyak diesel, minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke +(campur) sikit serbuk cuci pakaian dan gaulkan... pastu tenyeh dan sental kat tempat minyak melekat tu sampai bersih dengan berus....Tapi lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih...

3) Boleh guna botol spray isi air sabun + (campur) sikit minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke... pastu spraykan kat celah enjin bay.. kalau guna takat guna sabun ajerr susah jugak nak tanggalkan kesan minyak yang melekat... cuma lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih macam aku cakap lahh.
Gosok-gosok pakai kain buruk kat celah-celah dinding enjin bay.. atau kalau stail jenis malas amik kain celup ngan air sabun, lap-lap mana-mana yang patut ajer....

4) Atau boleh ambik berus cat celup air sabun tu kemudian tonyoh la pada bahagian celah enjin bay... kemudian siram dengan air...


5) Boleh gak amik berus gigi , celup ngan air sabun, gosok pada celah dinding atau part-part yang sukar untuk dicuci dalam enjin bay…


6) Kalau susah nak tanggal kotoran tu..boleh sental dengan guna berus pada kawasan degil , lagi satu guna berus periuk tapi jangan sental kuat-kuat sangat nanti calar pulak

7) Kalau boleh basuhan pertama, lalukan dengan air sahaja (nak bagi basah)
basuhan kedua,gunakan span la dengan sabun (sentallah mana-mana bahagian yang kotor) basuhan ketiga,Bilas dengan lalukan dengan air untuk hilangkan sabun...

Perlu di ingat... jangan pancut/ tembak air dari tepi atau berhadapan...
Kalau nak siram hanya sekadar lalukan air dari arah atas ke bawah dengan kadar tekanan air yang agak perlahan...

8) Gunakan air Air Blow Gun Duster ( sembur kat celah celah enjin) untuk mengeringkan air.. Atau kalau tak ada kalau ada kipas berdiri, pasang maksimum, halakan ke enjin…
kaedah ni juga dapat keringkan air dengan cepat, sambil nak tunggu enjin tu kering tu, bolehlah lap bahagian badan kereta, vakum kereta, basuh tayar ke...air pun kering dengan cepat..Kalau tak ada jugak kipas angin… buka luas-luas bonet enjin jemur tengah panas terik…

9)Bila bahagian enjin dah betul-betul kering.
bolehlah spray dengan silikon spray kat bahagian-bahagian tertentu untuk naikkan seri enjin tu...
_______________________________
Kasi bersih..kompom kilat punyee...
Korang tengok agak-agak siapa agaknya yang basuh muka dengan muka bertutup tu? rajin kan dia tu....

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Tuesday, July 5, 2011

Diy servis brake kereta


Pertanyaan yang diajukan
manhaza :bro..nk tnye ape nk wat kalo handrake dah turun tp jammed kt tayar blkg kancil..

Jawapan Kami..
Thanks bertanya... tentang pertanyaan ni seperti sedia maklum saya mmg kurang arif hal-hal kerosakkan kereta ni beb... Apa pun saya cuba bantu manhaza seperti dibawah ni yerr...
Kemungkinan yang berlaku??
1) Masalah tersebut ada kemungkinan caliper yang tolak brake pad untuk handbrake tu dah tak main (rosak) atau ada masalah dekat kabel handbrake dekat sistem brake tu.

Kalau ikutkan handbrake ia ada satu caliper yang menolak brake pad untuk lekat mencengkam terus masa handbrake ditarik.


2)Mungkin juga brake piston dah jemmed kat dalam..kebiasaannya pada mulanya kalau semasa kita drive kereta akan terasa berat daripada biasa kemungkinan piston brake mana-mana caliper telah jem, tidak dapat keluar masuk dengan sempurna. Kalau dibiar lama.. mungkin piston tu terus lekat jemmed atau tak leh main dengan sempurna..


3)Mungkin juga ada kebocoran dalam sistem hidrolik atau terdapat ’udara’ dalam sistem. Apa pun cuba servis balik semula sistem brake kereta anda..
Maka langkah mudah rasanya, sudah sampai masanya untuk diservis caliper khususnya pada bahagian piston yang bermasalah disebabkan oleh dust cover yang rosak atau sebagainya....Cuba servis dulu yerrr kereta kamu tu...
_______________________________
DIY Servis Brake Kereta
_______________________________
A) Bahagian Brake Caliper Hadapan..

1) Sediakan peralatan nak buka part yang diperlukan.. Spanar, player , minyak gris dan lain-lain.. First buka nut-nut yg perlu di buka.. Tanggalkan caliper brake tu..


2) Pastu keluarkan piston dengan cara memusing lawan jam sehingga keluar sepenuhnya...


3) Boleh gunakan Spray brake parts cleaner yang digunakan untuk mencuci sistem brek dengan lebih berkesan


4) kalau ketat bermakna kekotoran bahagian tepi piston telah berlaku. Terpaksalah congkil dengan screw driver..Kalau nak mudah semburkan dulu dgn brake parts cleaner ..


5)Cabut sekali piston kecil yg menggerakkan caliper semasa membrek.. Periksa
getah caliper.. Pastikan getah caliper masih elok, kalau dah koyak ganti baru..


6) Bersihkan piston tersebut sebersihnya..sapu dengan gris masukkan ke tempat asal


7) sapukan juga gris di sekitar permukaan getah dust cover..Pastu masukkan piston dan pusing dengan menggunakan playar tirus mengikut arah jam
_______________________________

Tukar Pasang Pad Baru

8)Tanggalkan brake pad lama… Pastu bersihkan bhg dalaman dgn brake parts cleaner ..


9) Kalau nak senang masuk brake pad sebelah dlm gunakan pengapit mcm kat gambar tu.. Pastu masukkan piston dan pusing mengikut arah jam


10) Kemudian lekap pula brake pad sebelah luar… Pasang semula set caliper ditempat asal
_______________________________

B) Bahagian Brake Drum Belakang

1)Untuk brake drum belakang pula.First buka nut yg ada tanggalkan cover drum tersebut


2) Kalau Brake pad tu masih tebal lagi.. Cuba gosok dgn kertas pasir halus pd permukaan


3)Cuba lihat perbezaan sebelum brake pad nampak licin, dan selepas gosok kertas
pasir permukaan tersebut menjadi kasar sedikit supaya brake lebih mencengkam kuat lagi..


4)Bersihkan kotoran habuk yang melekat dengan semburkan dulu dgn brake parts cleaner. jangan sampai terkena permukaan Brake pad Bersihkan drum brake cover pula


5)Pada bahagian cover brake drum juga cuba bersihkannya dgn brake parts cleaner .. Kemudian pasang balik
_______________________________

Tukar Pasang Pad Baru

6)Tanggalkan spring dengan menggunakan playar grip macam dlm gambar tersebut



7)Bersih kan dari debu kotoran … lebih mudah tanggalkan nut pengikat di bhg belakang


8)Kalau boleh bersihkan dengan berus kotoran yg melekat.. Bersihkan piston d sapu g
ris


9)Pasang balik perumah piston tu di tempat asal … Ambil brake pad baru untuk dipasang


10)Dah siap pasang brake pad tersebut semula, siap je pasang balik cover drum tersebut..


Akhir sekali...Proses bleeding hendaklah dibuat untuk memenuhi dalaman piston dengan minyak brek

Kalau nak senang hantar ajerrr kat bengkel baiki kereta lagi senang.....
Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks..