
Terima kasih terhadap rakan saya Saudara hilbert yang telah menghantar pandangannya menerusi ruangan komen ... Maaf agak lambat sikit saya balas ..
BERAPA ramai orang mengetahui saluran untuk membuat aduan dan tindakan yang harus diambil jika menghadapi masalah hak diri sendiri dan kepenggunaan?Kekurangan pengetahuan mengenai hak terbabit menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenainya. Bagaimanapun, kecenderungan beberapa pihak mengambil tindakan mahkamah mencerminkan masyarakat kita semakin peka dengan hak masing-masing, terutama membabitkan ketidakadilan terhadap mereka. Semua pengguna di Malaysia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Salurkan Aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Apapun, sebagai pengguna kita harus sedar hak dan tanggungjawab kita. Bunyinya mudah, tetapi ramai yang terus tertipu kerana cetek ilmu pengguna dan tidak tahu di mana untuk salurkan aduan. Insya-Allah ruangan ini akan membincangkan isu kepenggunaan bagi kebaikan masyarakat pengguna berkaitan dengan kereta...Contoh-contoh seperti dibawah ini.

1) Contoh : kegagalan kerja-kerja Pembaikan Kereta
_______________________________


Seorang pembeli kereta telah membatalkan tempahan kereta baru setelah ia gagal mendapatkan pinjaman bank, atau tidak memberikan kereta warna yang ditetapkan dalam tempahannya, atau gagal untuk menetapkan tarikh penghantaran, dan tidak memberikan kembali wang deposit walaupun telah berjanji untuk melakukannya atau ada “terma tidak adil” dalam kontrak pembelian kereta . Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan penjual kereta mengembalikan deposit tempahan kepada pembeli yang membatalkan tempahan mereka.
_______________________________

_______________________________

4) Contoh :Tertipu Dengan Wakil Jualan Kereta
b) Seorang pembeli kereta baru rasa tertipu semasa beli kereta.. contohnya beliau membeli kereta dengan wakil penjualan pada bulan ni..tapi diberi kereta buatan tahun 2002 tanpa dimaklumkan dahulu dan juga dengan harga jualan biasa...hanya selepas pendaftaran ngan JPJ baru beliau tahu.. Kemudian beliau telah merujuk Wakil jualan dia yang sah.. Jawapan yang didapati “kereta yang dah siap banyak ....Jadi tak heran ler tahun buat tuh dah lama ....Tapi kereta tuh still kereta baru lagi.......Bukan kereta second...” Di sini pembeli kereta terpedaya tentang pembelian tersebut kerana kereta tersebut mengalami peratus susutnilai kereta setahun untuk tempoh harga kereta tahun lepas tapi dijual tahun ni bagi kereta baru... rugi sikit la...kalau nak jual balik .. Kes sebegini boleh kalau nak buat tuntutan kat tribunal tuntuntan pengguna.. boleh buat tuntutan..cuma jumlahnya saya tak tahu berapa?
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________

Cara Membuat Tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna
b)Pihak TTPM akan menghantar anda Borang 1. Secepat mungkin, anda hubungi pihak yang menuntut itu untuk berbincang mengenai sebarang pertikaian atau menyelesaikannya ( kira macam settle luar la heheheheh)
c)Sekiranya penyelesaian menemui jalan buntu, secepat mungkin anda memfailkan Borang 2 di mana-mana cawangan tribunal. Borang 2 ini adalah pernyataan pembelaan dari pihak anda dan sesalinan harus diberi kepada yang menuntut.
d)Semasa pengguna mengemukakan pemfailan di TTPM, dalam masa 14 hari pengguna akan mengetahui tarikh bila pendengaran untuk kesnya akan didengar. Pada masa itulah, urusan settle luar akan dilakukan dan jika berjaya, Notis Henti akan dilakukan dan kedua-dua pihak tidak perlu hadiri pendengaran.
e)Jika tidak berjaya, kedua-dua pihak perlu mengemukakan bahan bukti semasa pendengaran seperti resit dan sebagainya. Sessi pendengaran tidak berlangsung lama. Sekitar 10 - 15 minit sahaja. Pihak Presiden TTPM akan membuat keputusan dalam tempoh itu.

Kemukakan Bukti Kukuh kepada TTPM
Para pengguna yang ingin mengemukakan tuntutan di TTPM supaya menyediakan semua dokumen yang lengkap dan bukti yang mencukupi untuk mengukuhkan tuntutan mereka.
1) Jangan sesekali sign borang kosong.
2) kalau nak buat perjanjian, pastikan isi kandungan dan butir-butir semuanya lengkap (harga, tempoh bayar,masa/ tarikh perjanjian, orang yang terlibat, patuhi syarat kontrak dan sebagainya). boleh cari saksi 2 orang (yg dipercayai sebagai saksi)
3) Simpan segala bukti bertulis, simpan resit serta statement pembelian atau deposit, Jika buat pembayaran transaksi bank simpan butiran tersebut, Simpan kad warranty, jika ada buat report polis sertakan sekali dan sebagainya

Tuntutan yang ditolak dan Luar bidang kuasa TTPM
_______________________________
Bagi yang ingkar perintah TTPM
Tribunal akan mengeluarkan award (arahan) kepada penentang supaya menjelaskan tuntutan pengguna dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award itu diterima.
Kegagalan penentang mematuhi award tersebut dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna APP 1999 seperti berikut:
a) Seksyen 117 (1) APP 1999 - Kesalah pertama - denda tidak melebihi RM5000 atau PENJARA selama tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua-duanya
b) Seksyen 117 (2) APP 1999 - Kesalahan yang berterusan - penalti seperti seksyen 117(1) dan tambahan denda tidak melebihi RM 1000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Diharapkan ianya dapat memberi kesedaran agar lebih berhati-hati apabila hendak mengeluarkan wang supaya tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis peniaga.
“Apa yang penting jadilah pengguna yang bijak dan tahu apa yang harus kita lakukan apabila tertipu. ia berkaitan dengan kejujuran.Bilamana kejujuran dan sikap amanah diasingkan daripada kehidupan, maka berleluasalah penipuan diatas muka bumi Allah ini.Astaghfirullah, mohon dijauhkan....."
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
































