Friday, November 11, 2011

DIY Hydro Fuel System kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Ackmal Maaf encik saya bertanya, saya pakai kereta honda civic 1986 twin cab. bleh x tuan bg saya maklumat ttg hydrofuel. ramai kata jimat & bole wat sdiri. le bagi tip x nk watnye dan kesan buruk baik klu psg? tq

logorithm Afzainizam reti buat HHO generator tak? Betul ker HHO generator berupaya menjimatkan penggunaan minyak dan sejauh mana keselamatan penggunaannya?
Jawapan kami..
Thanks pada yang bertanya... So hope, Maaf entry jawapan ni begitu lama tertangguh pasal ... Saya harus mencari maklumat demi maklumat kerana pada mulanya saya sendiri tak berapa jelas maklumat tentang hydro fuel sytem ni pada masa tu...

Mengikut sejarah, Pada tahun 1800 – 1820 Anthony Carlisle dan William Nicholson
merupakan apperintis penemuan experiment electrolysis hydrogen dalam air.. Dan pada zaman sekarang... Teori mereka ini lah menjadi asas yang diguna pakai pada sistem hydro fuel yang menggunakan gas hydrogen..


Apa bila minyak petrol / diesel naik mendadak.. Ramai yang lari guna NGV tetapi upah pemasangn NGV pun dah naik melampau...memang siot jer diorang...amik kesempatan... but ada kekurangan sikit dengan NGV iaitu kereta akan slow sikit(pick up tak ade).. Maka sekarang ramai yang beralih arah menggunakan Hydro fuel pula… dan pada hari ini saya cuba bincangkan secara ringkas ..



Saya telah pergi ke sebuah bengkel kereta.. saya ternampak ada pelanggan yang memasang Hydro fuel brand GT Power hydrogen system pada kereta mereka.. Jadi saya cuba tanya dan minta penjelasan pada mekanik tu ... so penerangan yang di berikan tu dan apa yang saya faham dan di campur ngan sedikit maklumat lain-lain..macam kat bawah ni

HYDROFUEL
Merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen di mana kegunaannya sebagai pemangkin pembakaran dalam enjin. Proses Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O dari sumber tenaga bateri 12 volt. Ok maksudnya proses elektrolisis ni separate kan molekul air jadi atom hidrogen dengan oksigen ( gas Hydrogen ) dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.

Oksigen = membantu pembakaran
Hidrogen = memBAKAR..

Kebaikan Hydrofuel
Banyak yang mengatakan ianya dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar(petrol) sebab pembakaran lebih sempurna..
Tapi bagi saya kalau penjimatan ni kena juga tengok jenis kereta, keadaan semasa kereta dan CC enjin jugak sebenarnya ( di fahamkan hanya 2000cc kebawah ajerr yg bleh buat)

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Basic HydroFuel System

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
First, Cuba tengok dan fahamkan diagram Hydrofuel System ni bagi kereta yang menggunakan carburator dahulu (klik utk besar gambar)

OK Kalau nak lebih faham saya terangkan lebih lanjut lagi

1. Sistem tu melibatkan 2 unit tank sebenarnya... satu tank untuk generator hidrogen dan satu tank lagi sebagai botol penapis hidrogen
2. Dari sumber tenaga bateri 12 volt. Melalui terminal elektrod positif dan negatif. Maka terjadilah Elektrolisis akan meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O
menghasilkan gas Hydrogen ( di tank generator hidrogen )
3. Gas hidrogen yang dihasilkan akan disalurkan ke dalam air sebuah bekas bubbler ( botol penapis hidrogen)
4. Gas Hydrogen dari bekas bubbler seterusnya disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa.

Ok nak lagi faham cuba tengok video kat bawah ni, macam mana Hyrofuel sistem ni berfungsi dan menghasilkan gas hidrogen menjadikan ianya sebagai pemangkin pembakaran dalam enjin..




Sebenarnya kita boleh buat sendiri sistem ni kita boleh buat dan design sendiri.. Barang-barang dia pun ingat kat belakang rumah boleh dapat ..
a) Bateri - Apabila kita tekan pedal atau pulas handle minyak, koil akan mengeluarkan tenaga letrik yang akan mengecas bateri motor, secara tak langsung ianya sebagai sumber tenaga untuk proses elektrolisis menghasilkan gas Hidrogen..
b) Satu kabel kena lekat kat body, satu lagi masuk fuse 20-30 amp dan kalau boleh voltage regulator atau relay yang 3 kaki tu untuk cut voltan berlebihan dan cuba letakkan sekali suis kawalan tambahan letak kat sama ada sebelum bateri atau letak kat dashboard senang control. Enjin hidup baru system boleh hidup. Ni untuk safety je.
b) Tank Generator Hidrogen - Di dalam Tank Generator Hidrogen terdapat plate katod dan anod dipasang secara bersilang yang dilapik dengan getah dan disinilah berlakunya proses Elektrolisis untuk menjadi gas hidrogen
c) Botol Penapis Hidrogen- Tujuan memasang bekas bubbler ni adalah untuk kurangkan risiko dan menapis wap air dari masuk enjin.

*** Apa pun kena calculate size tank, heater/bubbler, supaya gas hydrogen dihasilkan mencukupi untuk supply ke manifold.. Tank juga kena cari yang cukup tahan kepanasan
*** Satu lagi safety device ni ada pressure release valve tujuan nya sebagai pelepasan gas berlebihan
e) Getah Hose - gunakan hos pneumatic (hos ni keras dan tak mudah kemek atau patah) terus ke intake angin. dan soket penyambung Pipe joint (bentuk T, L & I ) Benda ni boleh cari kat kedai aquarium dan kedai motor
f) Hydrogen Cell Plate - kena cari besi tahan karat. Seeloknya jenis stainless steel electrode plate. kerana kalau kita guna besi biasa ianya jangka masa ketahanan cepat teroksida (karat)...

Di bawah ni pelbagai cara dan contoh nak buat Hydrogen Cell Plate
Perlu juga tahu kira-kira buat anggaran nisbah HHO/ Amp
Contoh Kalau plate besi 1"x1" = 0.25A atau 1 cell = 2 plat = 2.14volt
kalau lebih pemasangan plate hanya akan menyebab kan lampau panas di dalam Tank Generator Hidrogen... ( air didalamnya mengelegak macam air masak dalam ceret air)

a) Guna Plate steel berlubang-lubang
CONTOH. Plate 3" x 5" (berlubang)
Kalau buat lubang akan kurangkan resisten Amp tak besar tapi Output HHO kurang..





a) Guna Plate tanpa lubang
CONTOH. Plate 3" X 5"
Kalau guna plat out put lebih tetapi Amp tinggi





c) Guna Dawai buat gelung-gelung ( spiral)
Selalunya cara ni guna wire Mesh stainless steel (SS wire size 1.6mm) mengunakan teknik Spiral Wire dan senang nak buat tetapi ada efect sikit, tabung akan cepat panas dan sedut ampere yang banyak.. Sebabnya 2 wire tu hanya perlukan 2.2Volt sahaja untuk hasilkan HHO gas... dan jika pakai 12-14Volt lebihan volt tu akan ditukar kepada Panas... kalau tabung panas sangat... bukannya HHO gas yg tapi wap air yang masuk dalam enjin... so design ni rasanya tak praktikal..





d) Guna pipe rod


e) Guna kepingan loyang




f) Gunakan kepingan pembaris besi


g) Guna dawai kawat steel


Cara Sambung Hydrofuel ke Enjin
1. Satu hos ke Intake manifold pergi ke kaborator ( bukan hos yang pergi ke airfilter)
2. Satu hos lagi ke kaborator neck vakum intake





Kereta Fuel Unjektion Pasang Hydro Fuel?
Saya nak bagi tau... hydrofuel sesuai pada kereta yang gunakan carburetor ajerr... Kalau kita guna kereta fuel injection ada masalah sikit pada ECU..Semua kereta yang mempunyai fuel injection (EFI) di lengkapi dengan ECU (Electronic Control Unit) atau kumputer kecil yang mengawal campuran petrol dan udara untuk timming kemasukan minyak dan pengapian.
Sebenarnya terdapat signal dalam Oxygen Sensor yang di letakkan dekat hujung exhaust untuk mengesan percampuran udaran dan fuel selepas pembakaran. Bila kereta fuel injection dipasang hydrofuel, sensor itu akan mengesan adanya pertambahan intake bukan petrol ( angin terlebih) dan akan memberi arahan untuk menambah minyak petrol dalam pembakaran enjin.Ok maksudnya kalau sensor detetct angin lebih,maka minyak pun lebih lah untuk balancekan. maka tidak ada penjimatan yang sepatutnya walaupun pun menggunakan gas hydrogen

So kena modifide sikit tambahan Map/ EFIE bagi overwrite chip di ECU bagi mengelak kadar penggunaan minyak petrol lebih tinggi lagi. Alat MAP/EFIE dipasang ‘bypass’ kepada cable signal dari oxygen sensor ke ECU tadi. Tujuan alat MAP/EFIE ini sebenarnya adalah mengawal voltage arus signal dan membuatkan ECU tertipu ( walaupun gas hydrogen dah masuk ) dengan memberitahu bahawa jangan curah / tambah petrol masuk kerana tak ada apa-apa pertambahan intake udara ( angin terlebih) .

Diagram pemasangan
MAP/EFIE ( klik Utk besarkan gambar)


Penggunaan air pada sistem hydrofuel
1.-Jangan guna air paip, air tapis, RO atau diamond kerana akan merosakkan elektrod
2.- Di kehendaki ‘top-up’ hydrogen generator dengan air suling, air beteri atau distilled water (DI)
3.Pakai air bateri...tak banyak buih yang kuar...kalau pakai air mineral lak...banyak buih keluar...
4.-Periksa paras air , jangan sampai paras minimum seminggu sekali
5.-Jangan sampai air kering pun ( tak sedar) ibarat cerek letrik hidup tanpa air camtulah hasilnye.



Hydrofuel ini adalah teknologi yg masih belum matang dan masih ada perlu ditambah baik kerana setiap benda yang dikatakan save minyak mungkin ada risiko nyer
-Mungkin kena adjust ECU kereta
-Mungkin Kena tuning balik (tuning lari )
-Enjin mungkin jahanam bila enjin tetiba HHO unit tak keluar gas kena plak tetiba air kering
-Perlu dipastikan tahap
safety device pada setiap pemasangan tersebut.. Walaupun ada yang mengatakan selamat digunakan dan tiada efect pada enjin.. Sebabnya kalau diletakkan di belakang ( bonet ), pressure release valve akan mengeluarkan gas berlebihan memenuhi ruangan dalaman kereta.. Kalau di letakkan di ruangan enjin tahap kepanasan mungkin lebih lagi..
-Tak usah buat sendiri.. tapi cari Makanik yang boleh pasang dan brand yang dipasang itu ada jaminan..
-Sebarang pengubahsuaian berkenaan enjin perlu di periksa pihak keselamatan JPJ terlebih dahulu..
-
Sebenarnya saya tak pasti ianya betul-betul menjimatkan atau tidak..

So siapa yang pernah mengunakan hydro fuel harap dapat kongsi bersama kat sini yerr...Saya pun ingin tahu juga... sebab bab-bab ni saya zero lah... Kalau ada kesalahan info harap diperbetulkan dan beri teguran pada saya yerr.. Tak berani saya nak kata ya kat sini...
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Wednesday, November 9, 2011

DIY Tinted Film headlamp & RR TailLamp


Pertanyaan Yang Diajukan..
Gen2 Bro ada tak tip nak pasang tinted lampu depan dgn taillamp belakang ?
Jawapan kami..
Thanks pada Gen2 bertanya… Cuma agak lambat balas sebab saya bercuti lerr… Apa pun saya cuba bagi pandangan secara ringkas seperti dibawah ni…

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Tinted Film headLamp & RR TailLamp

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya ada juga baiknya kita pasang/ tampal tinted film pada permukaan headlamp ni...
1-Selalunya kalau kita guna headlamp jenis plastik punya, permukaan luar lampu ini akan menjadi kusam, kekuningan dan pudar disebabkan oleh habuk atau terdedah pada sinar matahari.. nak-nak bagi kereta yang selalu parking kat luar rumah...

-Kadang kala semasa memandu kenderaan, kalau kita ikut belakang lori pasir ke atau lori tanah kerr.... mesti ada batu-batu yang jatuh .... Permukaan luar lampu menjadi kasar dan calar-calar akibat batu atau
pasir yang terpelanting terkena pada cover headlamp ...


--Ada juga yang suka buat headlamp stylish, rearlamp stylish, everything stylish. Kebanyakkan orang akan smoked lampu depan.. ada jugak yang buat kat Rearlamp… Selalunya diorang pasang tinted gelap sikit ajerr…
--Kalau buat tinted lampu belakang gelap sangat susah juga pemandu kat belakang nak tengok lampu signal nak belok kiri ke kanan..terutama waktu siang...boleh excident tuuu...
--Cuma saya syorkan nak pasang tu biarlah warna tinted yang jernih biarlah cahaya lampu tu terang lagi bersuluh... atau kalau nak tinted gelap jangan lah sampai gelap legam .. demi keselamatan jugak kan..


- Kadang-kala ada gak nak buat fancy tinted warna biru , purple, kuning kat headlamp depan tu... bila pasang lampu menyuluh jalan .. cahaya yang dipancarkan pun ikut colour tinted film tu... tapi kat sini saya tak syorkan.. lebih baik jangan buat...

Cara pemasangan tinted pada bahagian Fr Head Lamp



1) First bersihkan permukaan headlamp dari habuk dan kotoran... pastu ambil Tinted Film lekapkan di permukaan headlamp.. buat lakaran saiz permukaan headlamp tersebut .. kemudian potong dengan mengunakan pisau/ gunting mengikut saiz dan bentuk lakaran tersebut..



2)Bancuh air dengan sedikit Baby Johnson's Shampoo dan masukkan kedalam bottle spray..goncang-goncangkan botol spray tu... Sebabnya kalau guna Baby Johnson's Shampoo ni tak banyak buih-buih sabun... Pastu ceraikan film dengan lapisan kertas dibelakangnya.. Sambil tu spray sekali atas tinted film tersebut.. Spray pula permukaan headlamp.. Pastu lekap tinted pada headlamp..



3)Tarik film adjust kedudukan tinted film biar sama dan Ratakan tinted dengan Felt edge squeegee.. pastikan tiada gelembung air buble terperangkap didalam ...
Dan Ini lah hasilnya setelah selesai pemasangan tinted film tersebut
_______________________________
Cara pemasangan tinted pada bahagian Rear Lamp / Tail Lamp



1) Cara nya lebih kurang macam kat atas tu... first Spray air sabun atas tinted film.. Pastu lekap tinted pada RR tail lamp



2) Cuma kalau boleh lapikkan Felt edge squeegee dengan sehelai kain microfiber ... supaya mengurangkan geseran dan melindungi calar/ koyak pada tinted tersebut..Tarik film adjust kedudukan tinted film biar sama



3) Ratakan tinted dengan Felt edge squeegee.. pastikan tiada gelembung air buble terperangkap didalam . Bagi memudahkan pemasangan tinted tersebut, boleh gunakan Heat gun bagi memudahkan tinted film dapat di lentur dan di bentuk mengikut permukaan RR tail lamp yang berlekuk atau tidak rata..



4) Pastikan tiada air buble dan tiada kedutan .... dah tu barulah lebihan sekeliling tinted film dipotong dengan pisau....Ok dah siap bahagian RR tail lamp tu di pasang tinted film tersebut...
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Friday, November 4, 2011

DIY Polish Headlamp kereta


Pertanyaan yang diajukan..
LiFe KaMi said...: sentuh pasal polish, nak tanya pendapat bro,macam mana nak bagi headlight kereta berkilat semula,dah kabur teruk ,lampu pun nampak malap,nak buat kat kedai 4 5 ratus juga kena tu..headlight kami plastik kot tak pasti pula,kereta vios lama bro..:)
Jawapan kami:
Thanks bertanya life kami… Maaf agak tertangguh seketika jawapan balas tersebut…Apa pun kami cuba berikan sedikit pandangan kami secara ringkas

Kereta sekarang lampu hadapan (head lamp) dan lampu belakang (tail lamp) biasanya
diperbuat daripada plastik polycarbonate (kalau tak silap) untuk lampu besar. Kerana lebih tahan daya impak, tak mudah pecah dan ringan. Dahulu diperbuat daripada kaca, mudah pecah dan berat.

Selepas beberapa tahun kemudian.. lampu hadapan (head lamp) akan menjadi kasar dan pudar disebabkan oleh habuk , sinar matahari dan sebagainya.Ini akan menyebabkan cahaya lampu pada malam hari tidak terang. Permukaan luar lampu akan cepat berubah warna kekuningan dan pudar
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polish Headlamp kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cara bagaimana mengilatkan kembali headlight kereta yang pudar,kusam kekuningan macam kat bawah ni....

A) Kalau Rajin... Nak Cabut Keluar Lampu




1) First cuba tanggalkan soket lampu dan cabut keluar headlamp tersebut.bersihkan dari kekotoran dulu..



2) Gosok dengan kertas pasir 1000 atau 1500 grit sandpaper (dibasahkan dulu kertas pasir tersebut) kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulakuntuk memperhaluskan lagi permukaan..



3) Selesai gosok kertas pasir, bersihkan guna kain basah.. Pastu keringkan terlebih.. Pastu bubuh sikit “clear plastic polishing compound” pada permukaan lampu.biarkan seketika ..




2)Perhatian*** Jangan gunakan polishing compound tah apa-apa jenis.. Kerana ia tak sesuai dengan meterial yang diperbuat dari plastik.. untuk permukaan besi boleh lerr

Ok.. ini cadangan saya
1) Boleh guna Meguire's fine cut cleaner untuk meratakan kembali calar-calar kasar dipermukaan permukaan luar lampu akibat batu atau pasir yang terpelanting
2) Pastu Meguire's clear plastic polish untuk menjernihkan plastik headlamp cover dari kusam kekuningan kembali cerah.. yang pastinya ia sesuai digunakan pada apa-apa permukaan yang diperbuat dari plastik..



4) Pastu gosok / tonyoh dengan span sampai permukaan plastik jadi jernih kembali.. Dapat lah dilihat hasilnya daripada warnanya kusam menjadi cerah kembali plastik cover tersebut..
_______________________________
A) Kalau Tak Mahu Cabut Keluar Lampu



1) Kalau tak nak cabut keluar headlamp. Pun boleh gak.. Tapi kena tampal masking tape untuk buat border line kat tepi lampu tu dulu lah.. Supaya tak mencalarkan body kereta semasa kerja gosok kertas pasir atau kerja-kerja polishing dilakukan..
- Kat sini saya guna mesin gosok ..tapi Kalau tak ada .. Gosok tangan guna kertas pasir 1500 atau 2000 di permukaan headlamp cover



2) Selesai gosok kertas pasir … bersihkan permukaan headlamp cover dengan kain basah…Pastu bubuh sikit “clear plastic polishing compound” pada permukaan headlam.. Biarkan seketika dulu



3) Kat sini saya guna mesin Polish...Gosok / tonyoh dengan span sampai permukaan plastik jadi jernih kembali.. Kalau tak ada mesin polis boleh guna manual tangan ajerr... Polish guna span lembut...Pastikan ianya rata dan sekata, sebaiknya gosok dalam bentuk bulatan.
- Pastu bersihkan permukaan cover headlamp dengan kain
bersih dari sisa polish yang masih tertinggal..


Inilah hasilnya selepas dipolish warna yang kusam kekuningan kembali cerah ..
_______________________________

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Tuesday, November 1, 2011

DIY Polishing Chrome Motorsikal


Pertanyaan yang diajukan..
Guest tertarik psl polish chrom tu. Kat ner lagi klu buat kt motorsika ye?
mbikers
bro klu moto part bhg mana boleh wat chrome camtu?
Jawapan kami..
Thanks pada guest dan mbikers bertanya… Eeeemmm susah nak jawab ni.. Ok saya cuba bagi sikit secara ringkas berkenaan part yang boleh buat polish chrome pada motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polishing Chrome Part Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untuk pengetahuan Polishing Chrome Motorsikal boleh dibuat pada permukaan part-part yang diperbuat dari metal besi, loyang, tembaga dan aluminium, alloys, stainless steels dan zink.. Kalau metal campur carbon tak boleh buat.. Memang tak kilat.. Bukan apa buat Polish Chrome supaya nampak lebih original lebih tahan lama berbanding cara celup atau Sadur Nikel Chrome guna teknik electro plating Aluminum yang cepat terkelupas..
_______________________________
Peralatan yang digunakan
Seperti entry post sebelumnya DIY Polishing Chrome Sportrim kali ni ada sikit kelainan dari segi DIY pada part- part motorsikal ni... Yang ni peralatan basic yang korang kena sediakan macam kat bawah ni
1) Mesin Drill tangan / Mesin Grinder
2) Kertas pasir 600 dan 800
3) Sisal Polishing Mop
4) Brown Compound
5) Blue Compound

Tak kira lah apa pun peralatan yang boleh digunakan samada mesin grinder atau drill tangan asalkan boleh sambung kan dengan Sisal Polishing Mop


_______________________________
Polishing Chrome Part-part Motorsikal Sendiri



1) Terlebih dulu part-part motor dicuci bersih terlebih dahulu.. Pastu bolehlah buat kerja-kerja
mengosok part motorsikal dengan sand paper 600 grit pastu bilas pula ngan sand paper 800 grit.. Sebelum kerja mengosok macam biasa .. kena basahkan sand paper dengan air Pastu gosok pada permukaan part motorsikal tu sampai selesai...


Perhatian - First step kena lumurkan dulu Brown Compound dipermukaan Sisal Polishing Mop dahulu semasa mesin grinder di 'on'kan dan berputar.. tujuan kita melumurkan Brown Compound sebenarnya sebagai bahan pengilap lah ..


1) Pakai Glove tangan dulu ... kemudian ambil part motor tadi dan boleh mulakan polish permukaan part motor tersebut... Sentuh kan permukaan part pada Sisal Polishing Mop yang tengah berputar tu.. Tonyoh-tonyohkan .... korang akan nampak tak perbezaan sebelum dan selepas part moto dipolish... Sebelah kilat dan sebelah lagi tak kilat... Teruskan sehingga rata semua kawasan dipolish..



Ohhh... Sebelum terlupa aku nak terangkan fungsi Compound yang digunakan mengikut warna.
1)Brown compound fungsinya 1st stage polishing Memulakan menggilap peringkat pertama untuk Fast cutting pada permukaan loyang, tembaga dan aluminium dan zink
2)Green compound fungsinya Multipurpose serbaguna untuk mengilap pada permukaan aluminium alloys dan steels stainless steels.
3)White compound fungsinya untuk memperkemaskan kerja-kerja final polishing
4)Blue compound fungsinya untuk kerja-kerja finishing dan paling halus sedikit lebih baik daripada white compound

Sebenarnya kalau nak senang buat
a) Langkah pertama- Sapukan
Brown compound dipermukaan Sisal Polishing Mop.. Nanti korang akan tengok hasilnya berkilat lah gak
b) Langkah kedua- Tanggalkan
Sisal Polishing Mop first tadi ganti pulak sekeping yang baru pada Grinder pastu sapukan Blue compound pulak... untuk kerja kemasan terakhir... yang ni memang berkilau dan lebih halus permukaan part motor tersebut...



2) Dari mula baru nak Polish hingga finishing ... kena banyak sabar dan memerlukan ketekunan



3) Kalau rajin kat mana-mana part yang diperbuat dari Metal atau alloy boleh dikilatkan tak kiralah cover enjin ker, Stand kaki ke, Cover rantai ke kalau korang rajin nak buat..



4) Korang pun boleh polish balik kat Sportrim motor biar dia nampak merelip-relip sampai jadi warna chrome... tak payah hantar celup chrome pun... polish ajerr... nampak lah original colour chrome dia..



5) Kalau ada kesungguhan bahagian enjin motorsikal lelama yang dah naik kusam warnanya pun boleh dikilatkan balik..



6) Hah ni hasilnya bila dah dipolish balik ... bersinar macam enjin baru keluar kilang... ni pun bukan hantar celup chrome pun.. just hanya ada usaha sikit untuk polish balik ..



7) Pastu leh lah pasang balik enjin tu pada chassis motorsikal tu....Pergghhh cun balik semula...



8) Sesekali kalau dah agak 2-3 bulan tu boleh lah gilap sikit-sikit dengan Autosol atau brasso ajerr... Untuk penjagaan sentiasa kekal berkilau...
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks