Tuesday, December 20, 2011

Overhaul Motorsikal


Soalan yang diajukan

syah125 nk ty cket..lps ovrhaul enjin,block sume la.,g lnjan mto smpai 140.so die akn mnjejaskn enjin tue tak..??
Jawapan kami..
Thans pada
syah125 bertanya... maaf lambat balas... Sebenarnya saya bukannya pomen motorsikal pun.. nak jawab pun tak pandai... cuma saya bagi pandangan macam kat bawah ni.. so kalau salah sila betulkan yerr..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Top Overhaul dan Full Overhaul Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Overhaul adalah proses pembaraian enjin secara total..
Ada yang cakap overhaul sama semaksud barai enjin atau turun enjin..



Kenapa perlu Overhaul
1-Bila kuasa enjin dah mula berkurangan tahap perfomancenye dan kuat makan minyak. mungkin salah satunya berpunca dari pemendapan karbon
2-Bila komponen enjin iaitu sampai satu masa, komponen dalam enjin akan menjadi haus...
contohnya.. bearing, oil seal dan lain-lain...maka proses overhaul perlu dilakukan untuk menggantikan kannya.
3-Bila motorsikal kita dilanda masaalah dalaman.. contohnya apabila motor kita keluar bunyi piston ring,conection rod.maka barang-barang yang perlu di tukar contoh nye chain , piston , rod, ring, bearing dan gasket....tapi bergantung pada keadaan.
4-Bila ada kebocoran di bahagian dalam enjin. kebocoran itu menyebabkan enjin akan membakar minyak enjin secara berlebihan. bahasa pasar dipanggil makan minyak enjin / hitam.Biasenye kalau makan minyak hitam ring piston dah longgar tukar saje bahagian piston ring.....
5-Bila motor tersebut enjin jammed.. Banyak melibatkan penukaran barang yang terlibat. Sebab tu dinasihatkan supaya overhaul sebelum enjin jem..sebab selepas enjin jem lagi banyak barang dalaman yang perlu ditukar kemungkinan piston lekat, ring lekat, piston pecah, piston pin patah atau rod bengkok
6-Bila enjin overheating, minyak hitam kering dan ini banyak, piston ring/valve seal dah tak tiptop atau oil pump dah tak mantap

Ada 2 jenis overhaul.
1) Top Overhaul
Top Overhaul ni adalah bukak semua area topset atau head block melibatkan head, piston, cam, valve.. Terutama bagi motorsikal 4 lejang .. top overhaul perlu dibuat untuk menggantikan valve seal, buat setting clearance dan kemudian dibuat grind valve (orang kampung sebut grembal). segala karbon akan dicuci secara manual..




2) Full Overhaul
Full Overhaul melibatkan komponen-kompenan yang kat bahagian bawah seperti block, bearing gearbox, cluth, crank shaft, connecting rod, piston dan ring. Kena turun enjin selain tu kena cuci block.. Selalunya kalau enjin dah jem kena buat full overhaul kerana komponen enjin dirawat satu persatu..



kalau ada duit lebih sikit.. Bagi mat-mat motor hardcore yang nak upgrade kasi lebih power...
( sebetulnya tak digalakkan dan dibenarkan langsung) so diorang buat
macam kat bawah ni..


1) Korek = porting blok ni fungsi dia nak melawaskan enjin dan jugak secara amnye nak naikkan power motor kena besar lubang ekos dan 4 lubang udara (besarkan inlet dan outlet) porting ni kita buat kat bahagian head

2) Potong head = tinggikan compression motor. Muka piston akan lebih rapat pada head, dan jumlah tekanan akan bertambah.

3) Rebore = besar kan lubang diameter silinder dan saiz piston (besarkan bore) secare amnye pickup bertambah tapi tak banyak,depends kat saiz piston, dan juga mengubah nisbah mampatan enjin. Rebore ni hanya digunakan untuk block jer

4) Polish = bersihkan lubang-lubang intake kat blok supaye lebih licin dan smmoth.. polish balik intake dan outlet. supaya kelancaran "pernafasan" enjin dapat dipertingkatkan.

Masalah yang perlu dihadapi
anyway kalau korang nak korek block atau besarkan inlet dengan outlet( kalau besarkan lubang exzos ha tu memang buat problem le)...Yang senang dan nak mudah masuk aje barang racing .. jadi takyah nak susah-susah korek block ke hape ke.. lepas dah tak nak pakai barang racing tukar boleh masuk balik yang original..
_______________________________
PESANAN KAMI..

Back to point syah125
Diingatkan jangan pulak korang melenjan motorsikal baru keluar kedai ke, motorsikal baru lepas top overhaul ke, full overhaul ke, rebore blok ke, motorsikal baru lepas tukar blok racing ke sume kene pantang. ( macam waktu pantang orang beranak bersalin).. Motosikal yang baru dibaik pulih atau overhaul tidak boleh dipecut sewenang-wenangnya ...



Permukaan komponen motorsikal tersebut memerlukan proses kematangan yang betul dan menjadi lebih bermasalah jika dibuat melenjan. Kerana risiko berlakunya kerosakan semula tinggi kerana permukaan yang kasar dan logam yang belum matang yang hanya didapati melalui proses pemanasan enjin perlahan serta sekata. Jika enjin rosak semula selepas dua bulan selepas overhaul itu mungkin sesuatu tidak kena berlaku sama ada alat ganti digunakan tidak tulen dan cepat rosak atau proses itu tidak dilakukan dengan betul mengikut spesifikasi kelegaan betul.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Sunday, December 18, 2011

Tip-tip Pilih Sport Rim kereta


Pertanyaan yang diajukan..
khairul salam bro , leh buat special entry ttg tips nk beli sport rim , kesesuaian dsb nya .
Guest bro boleh terangkan secara detail saiz tire kereta dan jenis brand tire utk 15,16,17,18 inch punye bleh x?
ana nak tnya ckit..nk tukr sport rim 13 kpd 14,wira,pe yg terbaik dr segi tebaik.s/rim myvi bole masok ke wira?
Jawapan kami..
Thanks bertanya kepada khairul , Guest dan ana.. Maaf agak lama saya tak berblog ni sebab cuti panjang sikit yerr... so saya cuba beri pandangan secara ringkas seperti dibawah ni..

Secara basic, langkah pertama dalam pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar Rim tayar standard kepada sport rims. Sebabnya, dengan hanya menukar sport rim sahaja perwatakannya sesebuah kereta terus berubah dari wajah standard kepada nampak lebih garang dan nampak racing .. Atau dari wajah standard kepada nampak lebih klasik atau lebih kearah VIP…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip Pilih Sport Rim kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah
a-memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.
b-Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.


1-Perkara utama, itu, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal
Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim digunakan 15 inci )
Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim digunakan 16 inci )
Pastu kalau kereta 2000cc above pakai la suka hati korang ..tapi max sampai 21 inci.
_______________________________
2-Sila dapatkan nasihat daripada kedai tayar untuk mendapatkan saiz rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Pastikan lebar rim sesuai dengan tayar yg nak digunakan tidak banyak berbeza dengan ukuran asal apabila anda menukar rim asal dengan rim sport.
Back To point Soalan Guest :
Sebagai contoh seperti jadual di bawah( Size dan jenama tayar)

(LEBAR/KETEBALAN TAYAR/RIM SAIZ)






_______________________________



3-Pastikan tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta. Sebagai contoh kalau guna Sport rim besar tentu tayar tukar size besar gak.. sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga tayar.. Pandai-pandai lah korang yerr ketuk fender tu bagi rata..
Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.

Cara mengukurnya ,
-first betulkan kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanah dengan ruang tayar.
-Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat samaada masih ada ruang lagi tak antara tayar dengan absober spring supaya tidak bersentuhan dengan body fender kereta.. ( tayar tidak bergesel dengan body)
-Selepas itu, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu ( supaya tak touching pula pada dinding dalaman ruang tayar)

kalau guna sport rim besar sangat dan tayar tebal sangat maka rapat la tayar dengan fender tu. Kereta jadi tinggi...jadi secara otomatik pusat gravity pun tinggi jugak...tak stabil tuh... tapi kalau guna tayar tipis kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender..Tapi risiko pakai tayar nipis ni Kalau langgar lubang..sekejap aje meletop tayar tu dan sport rim cepat bengkok..


Kalau guna Sport rim ni absober dan spring perlu berpadanan kerana ia sangat penting bagi sesebuah kereta. Jika ia rosak, kenderaan ibarat kereta kuda yang melantun-lantun hingga menyakitkan badan pemandu dan penumpangnya. Meskipun absober sppring dianggap antara komponen panjang hayat, ia tidak semestinya tidak boleh rosak dalam jangka waktu singkat. Ketahanan penyerap hentakan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pemandu mengendalikan kenderaannya. Jika pemandu itu kasar dan lasak, pastilah penyerap hentakan mudah rosak dan tidak tahan lama. Sebagai contoh, pemandu yang kasar tidak akan memperlahankan keretanya jika ternampak lubang atau penghadang jalan. Selain itu, penyerap hentakan menjadi lemah jika sering membawa muatan berlebihan. Penyerap hentakan yang tidak berfungsi dengan sempurna boleh mengakibatkan kenderaan hilang keseimbangan.
_______________________________
4- Sebenarnya saiz sport rim perlu berdasarkan standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft tak cepat rosak kalau sport rim nya sesuai!..Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama... Jika guna sport rim yang terlampau besar plak berkemungkinan drive shaft tak dapat nak handle.. memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak, clearance terkeluar, aligment susah masuk, serta kesan pada stereng. semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar

5-Semua Jenis Sportrim sama ada kereta apa pun standard dia mengikut size dan stud pattern/PCD pattern (jarak antara 1 pemegang skru sama lain)
P.C.D = Pitch Circle Diameter - bolt pattern untuk wheel tersebut Ini dikira daripada center of the bolt hole atau saiz Nut
Contoh 4x100, ini bermaksud 4 lugs dengan 100mm diameter dari tengah bolt ke tengah bolt yang bertentangan

Sebenarnya lain kereta lain PCD & nombor lugs mengikut jenis kereta masing-masing. So kalau boleh jangan gatal ubah lebih-lebih semata-mata nak masuk rim pilihan hati tanpa mengambil kira aspek keselamatan.. contoh dari tukar PCD 100 (Wira, satria, putra, Honda civic) kepada
PCD114 ( Saga/Iswara, perdana, gallant,evo 1,2 & 3)
_______________________________
6- Perlu pastikan ukuran OFFSET bersesuaian... Offset ni maksudnya jarak daripada tengah RIM tersebut ke permukaan…Secara tidak langsung offset ini dapat ditentukan sedalam mana tayar

Contohnya
a) +40 : positif offset, spoke lebih dekat ke permukaan luar, tetapi Tayar lagi ke dalam pada wheel arch kita.
b) +20 : spoke rim tersebut lebih ke dalam, rim tersebut kelihatan berbentuk cengkung ke dalam.
_______________________________
Ukurun lain : Kelebaran & saiz rim. Kelebaran rim ini diambil daripada Inner lip ke inner lip, dan bukannya dari ukuran daripada luar. Secara amnya Rim tersebut besar sedikit daripada ukuran saiznya, mungkin dalam 1”.
Contohnya 18x8.5 - 18 adalah diameter dan 8.5 adalah kelebaran dalam Inci.

Selalunya masalah timbul bila kita upsize rim tu daripada standard, contohnya standard pakai 14" kita nak pakai 16", offset tu kena betul, kalau tak memang ada possibility tayar nanti ada bergesel dengan wheel arch, absorber cover. Tapi kalau tak teruk sangat kita boleh selesaikan degan bubuh spacer, tapi kena jugak tukar bolt pada wheel hub tu kepada yang lebih panjang so boleh pastikan cukup dalam thread pada nut nanti.


_______________________________
7- Jika mempunyai sport rim yang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol.Performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga.. kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.
_______________________________
8- Perlu diberi tumpuan, memastikan lubang skru pada sport rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih daripada empat skru.

9- Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol
_______________________________


10- Mencari corak/patern pada rim juga adalah penting kerana kesilapan memilih patern rim akan mencacatkan keunikan dan kecantikkan kenderaan itu sendiri. actually, sport rim design ni subjective. depends on kesesuaian dengan kereta. try to match dulu baru pilih. ade kereta yang tak sesuai dengan lips, ade yang sesuai banyak jari. Ok ada gak yang akan mencari jenis rim yang mempunyai 2-piece mahupun 3-piece
_______________________________


11- Warna pada sport rim juga perlu sesuai dengan colour kereta selalunya sport rim yang ada berwarna Metal Grey, Genetic Silver, Bronze Garnet, Tranquility Black… Ada pulak yang suka guna warna chrome berkilat-kilat… ada gak yang guna hitam mati ajerr… kalau ada yang lebih berani nak nampak ranggi guna warna terang macam Chiffon Green atau Brilliant Red
_______________________________


12- Kebanyakkan pemilik adalah cenderung untuk mencari sport rim terpakai dan berjenama dan antara jenama yang menjadi rebutan adalah seperti JRD, advan,enkei,oz, spoon ,volk TE37 dan lain-lain.. Tapi korang pasti tak sport rim korang tu original atau tidak.. Ok saya bagi petunjuk sikit.. First tengok harga kalau murah sangat pun kita dah leh agak sangsi.. angkat sebelah tangan je sport rim tu... Ringan atau tidak.. dari segi original kalau rim jepun macam enkei ade cop timbul ada sticker kecik... tapi enkei, yang lokal takde ... kalau japan nye rim kat belah dalam tu ada cop made in japan... lagi satu selalunya memang ada Certificate sport rim tu…
_______________________________


13-Ada masalah sikit pada sesapa yang pakai sport rim yang mahal-mahal ni yerr... Masalah kecurian Sport rim kereta... Pencuri Ambik Sport rim dan tayar ganti dengan batu bata....Jadi Nasihat saya pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu...
_______________________________


14- Satu masalah yang jarang orang nampak bila guna sport rim besar ni… Bila mana tetiba tayar bocor timbul satu problem...tayar spare yang ada kat bonet belakang tu pulak kecik... So kalau boleh tukar lah sekali Spare tayar tu … Kalau tak jalan senget pulak kereta korang

Kadang kala tu tempat letak tayar spare pon kecik...tak muat nak letak tayar yang bocor tadi...ambik banyak space dalam bonet... Walau pun nampak perkara ni remeh tapi bila terjadi menyulitkan gak…

Back To point Soalan ana: Myvi punya Sport rim boleh masuk kat Wira punya... kerana kedudukan lubang nutnya secara kebetulan adalah sama ajer..
_______________________________
PESANAN KAMI..

Cuba korang bayangkan, bangun je pagi-pagi nak pegi kerja tengok-tengok kereta tercinta korang dah senget sebelah.. pasal apa senget.. tengok-tengok rupanya tayar dah takda.. bukan hilang satu atau dua tapi keempat-empat tayar dah takda.. huhu tentunya sangat menyakitkan hati.


Apa pon pesanan saya kepada pemilik kereta yang pakai sport rim cantik-cantik tu.. kalau boleh jangan kedekut keluarkan duit untuk pasang lock nut pada sport rim tu.. sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kereta korang dari jadi macam dekat atas tu.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, December 9, 2011

Tip hilangkan getah pokok tahi burung pada kereta


Pertanyaaan yang diajukan..
syukry saya nak polish kerete sebab baru2 ni terkena getah pokok mempelam..boleh bagitahu mcm mana caranya?
Jawapan kami..
Thanks pada yang bertanya… Maaf lambat balas jawapan tersebut.. kadang kala kita tak perasan bila kita parking kereta bawah pokok … sekejap aje kita tinggalkan kereta...Pastu balik semula ke kereta, bertepek-tepek getah pokok atau tahi burung jatuh kat bumbung atas kereta.



kalau boleh cuba elakkan meletak/ parking kereta bawah pokok yang bergetah terutamanya pokok mangga, pokok manggis atau pokok getah.. Elak juga parking bawah pokok yang selalu di hinggapi gerombolan burung gagak atau burung perling yang suka memberak merata, selalunya pada waktu menjelang petang dan waktu malam..



Sebenarnya getah pokok mahupun tahi burung meninggalkan kesan asid yang dapat menghakis cat kereta . Jika kita biarkan lama-lama ..takut give up side effect pada cat kereta tersebut akan menyebabkan karat
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip hilangkan
getah pokok / tahi burung dekat kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1. Cara paling mudah nak hilangkan getah pokok atau tahi burung dekat kereta ialah dengan mengunakan rubbing alcohol atau lquid paraffin , Adhesive Remover, sorf99 atau WD-40 atau yang paling senang gunakan finger nail remover (tanggalkan Cutex kuku) .Letakkan cecair ini pada kain, kapas atau span.. dan gosok pelahan-lahan pada getah pokok yg melekat dekat kereta. jangan gosok kuat-kuat sangat, takut calar pulak body kereta tu. Kemudian bilas dengan campuran air sabun.



2. Boleh juga kalau nak guna pakai petrol, diesel, thinner atau minyak zippo..... pakai just sikit sapu dengan kain .. gosok slow-slow. jangan tonyoh kaw-kaw cukup sekadar dapat hilangkan kesan getah pokok tu je.. selepas tu kena bilas balik dengan air sabun..



3. Kadangkala masih lagi ada bekas getah pokok atau tahi burung nampak kelihatan sikit-sikit mark hitam, walau pun kita dah puas tonyoh dengan bahan-bahan diatas tu.. Langkah terakhir gunakan Polish di bahagian yang terkena getah pokok. Polish boleh menghilangkan kesan degil mark hitam getah pokok kat surface yang paling atas cat tersebut.. contohnya macam polish kat bawah ni...


_______________________________
PESANAN KAMI..

Bukan setakat masalah parking bawah pokok selalu terkena getah pokok atau terkena najis burung yg hinggap di sana ..

Malah risiko lain yang lebih besar mengundang kemungkinan dahan pokok patah atau pokok itu sendiri tumbang menghempap kereta akibat hujan lebat atau ribut taufan .



Dalam kes pokok tumbang akibat kuasa alam, insurans tidak akan membayar sebarang tuntutan claim. berlainan pulak kalau dahan pokok patah sendiri akibat pereputan, claim cover insurans boleh dilakukan... Tetapi apa perasaan anda bila melihat bumbung kereta remuk di potong kemudian di sambung welding semula yang baru?? nak nangiskan rasanya..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Wednesday, December 7, 2011

Convert Enjin Daihatsu YRV ke Perodua


Pertanyaan yang diajukan
Ifwat bro, leh tak wat post tentang enjin yrv ni? sbb aku tengok kelisa kalu masuk yrv ni mmg TIPTOP!
Jawapan kami..
Thanks bertanya.. Sebenarnya saya bukan pomen enjin pun.. Nak jawab tu tak pandai nak terangkan. Tapi saya cuba berikan sedikit maklumat macam kat bawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Convert Enjin Daihatsu YRV ke Perodua
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
First kena ambil tahu dulu serba sedikit dengan Daihatsu YRV dulu

Daihatsu YRV
Production Daihatsu YRV bermula sekitar 2000-2005 dalam bentuk mini MPV. YRV bermaksud (Young Recreational Vehicle) atau Kenderaan rekreasi untuk muda mudi. Enjin ni lebih kurang dengan enjin perodua myvi tapi YRV ni dilengkapi dengan sistem turbo.Ia juga dikenali sebagai K3-Vet kod enjin K3VET (LA-M201G) 1298cc dengan 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo.


Sebenarnya terdapat 2 versi iaitu Turbo dan NA,
a)YRV Turbo(k3vet) - 4PK 1720
b)YRV Na (k3ve) - 4PK 1755

Versi Turbo dengan transmisi automatik dan option Tiptronik ( tukar gear dengan butang +/- dekat stereng bermaksud enjin ini campuran auto dan manual, menjadikan penukaran gear lebih cepat dari manual. Untuk versi turbo batang gear terletak kat stereng (macam lori) hanya versi turbo RS yang menempatkan gear ditempat biasa..


Kalau pandai cari dapat lah halfcut untuk YRV ni budget dalam lingkunga RM5500- 6500..Semenjak jepun dilanda tsunami tempoh hari harga halfcut agak melambung tinggi... Dulu YRV rasanye halfcut boleh dapat dalam RM4500 jer..

Tentang endorse JPJ hanya yang 1.0 jer lepas nak masuk puspakom. kalau viva,myvi,kelisa 1.0 memang terbaik tak ada masalah kalau asal enjin kereta kita 1000 cc diupgrade kepada 1300 cc .. Tetapi kalau enjin asal kereta kita 660 atau 850 naik terus ker 1300 memang confirm tak lepas..

Upgrade sistem brek adalah keutamaan.. kita kene pastikan sistem brek,suspension dan chasis tu berpadanan dgn kemampuan enjin... Tak guna kerete laju tapi brek kantoi..satu lagi sistem brek menjadi peranan penting dlm keselamatan dan element utama utk pegawai puspakom nk luluskan time inspection/endorse.
_______________________________

Ok kat bawah ni contoh-contoh Modifikasi enjin YRV ni
Sebenarnya sekarang ni halfcut YRV ramai yang cari untuk di modifide masuk paling senang kat Kelisa dan Kenari.kerana tak banyak modifikasi yang harus dilakukan.Ia juga boleh dimasukkan ke body Myvi dan Viva.Ada juga yang memasukkan YRV ni ke dalam kancil dan Kembara.


YRV masuk kancil.. Memang confirm tidak lepas endorse JPJ..
Rasanya gear box kena tukar dan kena modified mounting jadi mounting biasa..
_______________________________


YRV ni paling senang nak masuk kat Kelisa. kalau Kelisa 1.0 kemudian nak upgrade 1.3 lepas boleh endorse JPJ.
YRV mounting besar sikit. Tapi ada jugak yang guna original engine mounting kelisa je. kaki screw mounting semua sama ...
_______________________________


Sama juga YRV ni pun senang nak masuk kat Kenari..
Enjin YRV boleh masuk terus ke kelisa/kenari, mounting tak payah ubah..
_______________________________


Kalau Viva 850 tak lepas endorse JPJ.. kalau viva, 1.0 boleh lepas endorse JPJlahh..
Sepertimana yang korang tau YRV mounting point dia kat subframe, tapi viva kat chasis so kalau nak masuk kena buat custom la bracket mounting.
_______________________________


kalau MYVIi mounting memang tidak ngam.. kerana mounting MYVI adalah berlainan.. mounting MYVI rasanya macam kat atas.. MYVI convert YRV tidak memakai subframe, sebab MYVI memang tak ada subframe,
Cuma saya tak tau nak buat camner, jangan tanya tau..
_______________________________


kalau tengok gambar atas ni Alza tersebut pakai enjin K3 VET 1.3 turbo tiptronic engine. cuma input berkenaan pemasangan enjin tersebut saya tak pasti..

Lagi satu benda yang saya tertarik nak cakap iaitu bodypart YRV budak-budak yang pakai kenari suka kacuk menjadi kenari Move YRV..
Contohnya Dashboard YRV tu diorang masukkan kat kenari..
_______________________________
Dashboard YRV pada kenari


Kebanyakan diorang potong dashboard YRV.. ditrim pada sebelah tepi
Ubahsuai kaki pada konsol tengah dan Kaki pada stering diubah, kemudian cuba try masukkan dashboard rapat ngam-ngam..
_______________________________
PESANAN KAMI..
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita….
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks