Monday, May 7, 2012

Diy Repair Fabrik Seat Kereta Berlubang

Pertanyaan yang diajukan..
Azrol said bro nk tanya kusyen kete aku berlobang kena api putong rokok camne nk buat nk kasi hilang lobang 2 nk kn tuka sarung kusyen ke? 
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada Azrol.. Maaf agak lama terstop berblog ni.. sebabnya kebelakangan ni teramat sibuk dengan kerja-kerja yang bertimbun ... hari ni ada kesempatan sikit... Saya cuba berikan sedikit info berkenaan dengan masalah tersebut secara ringkas macam kat bawah ni..   
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Repair Fabrik Seat Kereta Berlubang
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Lubang pada fabrik seat walaupun nampak seat kereta tu cantik tapi kalau dah berlubang memang sakit sikit mata…Kadang kala  lubang seat tu mungkin berpunca dari api bara puntung rokok yang jatuh atas seat tu.. Tu yang berlubang tu...
Nampak cacat pulak rupa seat tu..  mungkin dari lubang kecil boleh melarat menjadi lebih besar lagi lubangnya kalau tak di jaga dan diambil tindakan segera.. Ada cara nak hilangkan bekas lubang tersebut...Kalau rajin ikuti caranya seperti dibawah.. 

1)Cuba guna “Permatex Fibric Repair Kit” kat dalam tu disertakan sekali mixing bottle, Clear Air Dry Adhesive, Colour mix dan juga super glue (gam pelekat)
Boleh cari kat kedai hardware mungkin ada jual... hari tu ada nampak kat laman web ebay pun ada jual “Permatex Fibric Repair Kit” tapi tak ingat pulak harganya..
2)Ambil sedikit kapas ( kat sini ambil dari hujung cotton bud )…
3)Kemudian sumbat ke dalam lubang fabric seat.. Tutup bekas lubang tu ngan kapas tadi rata-rata… bubuh sikit super glue nak bagi lekat kapas tu..
 
4)Dekat sebelah belakang peket “Permatex Fibric Repair Kit” tu ada carta warna.. cuba matching colour dengan warna seat
5)Kemudian ambil fabrik yang disertakan sekali dalam kelengkapan “Permatex Fibric Repair Kit” dan potong / gunting kain fabrik ikut bentuk agak-agak besar sedikit daripada lubang
Pastu fabrik yang kita gunting tadi kita sumbat dalam lubang seat.. Tutup dan rata kan dengan kemas… bubuh sikit super glue nak bagi lekat fabrik tu..

6)Pastu sapukan sedikit “ Clear Air Rry Adhesive” kat atas permukaan lubang seat tersebut..
7)Manakala “Mixing Bottle” ni pula tempat nak bancuh Colour mix
8)Bancuh Colour mix ikut warna yang nak di matching colour ngan warna seat kereta
9)Ambil sedikit bancuh Colour mix tadi letak atas jaring, kemudian lekap atas lubang seat tersebut
10)Dengan mengunakan spatula yang di bekalkan tenyeh-tenyeh ( di lenyek-lenyek) Colour mix atas jaring tadi pada lubang seat tersebut… buang saki baki lebihan colour mix..  Kemudian biarkan seketika sehingga benar benar kering.. 
11)Ni contoh bila dah kering… dah tak berapa nampak sangat bekas seat tu yang berlubang… kira ok lahhh dari nampak sangat kesan lubang tu .. Mudahan cara ini berguna pada yang berkenaan untuk jimat kos tak payah tukar sarung seat kereta...
 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

Friday, April 27, 2012

Diy Service Blower Aircond Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Dino said bawa kete myvi aku on aircond full pun masih tak sejuk angin slow pd hal baru jer tambah gas kedai kate gas byk lg, paip x bocor pn. aircond kdang2 ade bau busok tak tau mn dtg
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada dino...  Sebenarnya saya kurang arif dalam hal ini ... tak dapat nak agak apa kerosakkannya... kalau dah tambah gas aircond angin keluar slow dan dah di pastikan tak ada kebocoran pipe... Rasanya ada kemungkinan masalah blower agaknyer... sedikit secara ringkas mungkin berguna untuk kamu...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Service Blower Aircond Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kadang-kadang kalau angin aircond slow berkemungkinan blower aircond dah kotor atau terdapat banyak debu-debu habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas blower berkenaan... Jika angin aircond berbau busuk, Ada kemungkinan aircond anda telah terlalu lama  tidak di service (dah bertahun-tahun) hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk...

Jadi apa salahnya sekali sekala buka blower aircond untuk dicuci, di tukar filter dan dibersihkan fan (kipas) blower.... mudah-mudahan  bila on switch angin blower yang keluar pun jadi kuat sikit.. Sebabnye kita boleh buat sendiri.. senang ajerr kalau nak buat lahhh...
Cara Tukar Filter Blower Aircond
1).Tanggalkan skrew pengikat  dan cabut keluar laci simpanan barang pada dashboard kereta..  Setelah dikeluarkan laci .. cuba lihat kat bahagian dalam (bawah dasboard belakang laci simpanan barang) cari kat mana kedudukan blower aircond kereta tersebut..
2)Kemudian cari kat mana kedudukan filter blower aircornd… Pastu buka klip pada cover filter … tarik keluar filter blower aircornd…
3)Kalau filter blower aircornd tu dah berhabuk teruk sangat… kena tukar dengan yang baru…. Kemudian pasang balik di tempat asal…
4)Ada sesetengah filter blower aircornd kena keluarkan dari celah tepi blower ajer..Macam kereta Hyundai Getz  ni agak senang sikit nak buat..
  
5)Ada sesetengah kereta yang mempunyai filter simple ajer bentuk dia… Contohnya macam kereta Myvi sekeping kertas ajerr bentuk dia …

6)Senang ajer filter blower aircornd tu kalau kotor sangat kena lah tukar baru… Just hanya letak ajer kat dalam blower aircond tersebut…
7)Sesetengah kereta tak nampak kat mana kedudukan blower aircond disebabkan terlindung dibelakang frame console.. Maka kena jugak tanggalkan skrew pengikat  pada frame console..  Baru dapat cari kedudukan blower aircond  kereta tersebut…
8)Bila dah jumpa blower aircond  kereta tersebut cabut keluar… ganti baru.. Cuba tengok kat dalam kotak filter tersebut kadang kala ada sampah berupa daun-daun kering yang masuk kedalam.. Itu yang membuatkan aircond tersumbat dan menyimpan bau busuk dan hapak ( dalam keadaan lembab)… Bersihkan dan buang daun-daun tersebut... 
 Macam mana boleh ada daun dalam blower aircond???
Bila parking bawah pokok daun-daun landing jatuh dan terselit celah- celah lubang blower … bila aircond dihidupkan maka daun daun kering tersebut akan disedut masuk kedalam kotak blower…
****Di nasihatkan nampak daun atas bonet kereta....Rajinkan tangan  buang daun yang jatuh dan terselit kat celah bonet..
9)Dalam atau bersebelahan dengan blower aircond  kereta ada kotak fan blower aircond ( kipas blower)..  Cuba buka cover fan blower.. Dan cabut keluar fan blower aircond tersebut..
10)Kalau fan blower aircond ( kipas blower) tu penuh habuk.. Cuba bersihkan kerana kalau habuk tebal sangat pon angin kipas tak boleh keluar kuat nanti.. Dah siap bersihkan pasang balik di tempat asalnya…
Cara  bersihkan fan blower aircond
11)Cara nak bersihkan fan blower aircond ni sama ada guna cotton buds untuk bersihkan habuh pada celah-celah kipas.. Atau kalau dah teruk sangat habuk berselaput kena gak cuci dengan berus lukisan yang di basahkan dengan air sabun..
Cara bersihkan saluran hose dan lubang aircond 
12)Cara nak bersihkan saluran hose dan lubang aircond … dapatkan Car Air Conditioner Cleaner siap dengan hose panjang masuk kan hose ke dalam lubang keluar aircond… Pastu spraykan…  yang ni contoh gunakan Toyota punya Air Conditioner Cleaner  boleh cari ada jual.. Bagus spray ni….
13)Sekarang ni ada macam-macam jenama Car Air Conditioner Cleaner...Bukan takat membersihkan ajer malah menyah bau busuk dan hapak, mewangikan dan  menyegarkan bila aircond kereta  terpasang..
Aircond sistem ni semua kena servis..
14)Lagi bagus kalau keseluruhan sistem termasuk piping, condensor dan cooling di servis semula supaya ianya dapat berfungsi dalam keadaan baik… Benda ni semua kena servis kat bengkel yang boleh buat servis aircond
_______________________________
Aneh Tapi Benar ?  
Pernah terjadi jugak entah macam mana tikus dan anak burung boleh termasuk dalam blower.. Itu yang hairan sangat....akibatnya haiwan tersebut mati kat dalam blower aircond.. heran-heran...
 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Tuesday, April 24, 2012

Sport Rim RS Watanabe

 Pertanyaan yang diajukan..
faizul fadzullah said... Boleh saudara terangkan sejarah mengenai rim Watanabe yang digunakan seperti dalam cerita Initial D dan Wangan Midnight? Sy amat meminati rim tersebut dan bercadang untuk memakaikan rim tersebut di saga FLX saya. Harap saudara tidak keberatan menjawab soalan saya.
 Jawapan kami..
Terima kasih pada faizul fadzullah bertanya... Maaf agak lambat jawab pasal saya dalam bercuti agak panjang sikit .. Sebenarnya  saya tak tau nak jawab camner ni...tapi ada sedikit secara ringkas info yang dapat saya berikan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sport Rim RS Watanabe
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sejarah dan Kaitan Sport Rim Watanabe
Syarikat WATANABE  Co, Ltd manufactures  diasaskan pada tahun 1967 oleh Toshiyuki Watanabe bagi teknologi pembuatan sport rim Alumunium dan magnesium yang paling ringan dan kuat berbanding rim jenama keluaran lain selain dari jenama sport rim enkei kiranya lah… kilang pembuatan sport rim ni terletak kat Kanagawa, Jepun..Mungkin tak ramai yang kenal RS Watanabe, Logo dia tu gambar burung 3 ekor macam kat bawah ni

Sport rim RS Watanabe Dalam perlumbaan F3
Ianya telah mula popular pada tahun 1972 apabila sport rim RS Watanabe digunakan secara meluas pada kereta perlumbaan untuk Fomula 3 FJ-1300 dan FP-2000 kebanyakkannya Rally Jepun.. Semasa mula-mula Sport rim Watanabe di perkenalkan Toshiyuki Watanabe sendiri telah menubuhkan pasukan Racing (Watanabe Hayashi Speed team) memasuki arena litar di banyak perlumbaan F3   ​​..Mari lihat kegemilangan dan kecemerlangan Sport rim ni digunakan dalam perlumbaan..
  Sport rim RS Watanabe Initial-D & Wangan Midnight
Kalau pernah tengok buku komik Initial-D tulisan Shuichi Shigeno pada tahun 1995, kemudian menjadi kartun anime Initial-D di TV pada tahun 1998 dan jadi film Initial-D,di Hong Kong pada tahun 2005 dimana  Trueno AE86 milik Takumi Fujiwara seorang pelajar yang setiap hari menghantar tofu dengan kereta Toyota AE86 yang terlibat perlumbaan drift di kawasan pergunungan Gunma.. mesti korang ingat kan.. Kalau korang perati bebetul kereta Toyota AE86 tersebut menggunakan sport rim RS Watanabe tersebut..
 
Ada satu lagi kalau korang pernah jumpa komik Wangan Midnight dikeluarkan pada tahun 1990 hasil tulisan Michiharu Kusunoki kemudian diadaptasi kepada anime kartun pada sekitas 2007 dan jadi movie Jepun pada tahun 2009.. kisah Akio Asakura sebagai perlumbaan jalanan menaiki Fairlady Z (Z31) melawan Shima Tatsuya guna kereta Porsche 911yang berlaku di Laluan Bayshore Shuto Tokyo Lebuhraya. 'Wangan' citer ni pon best gak...  bukan apa kat citer ni pon kereta diorang ni guna sport rim RS Watanabe..
 Sport rim RS Watanabe & kereta Old School
Kebanyakan pada masa tu kereta old school ( zaman mak ayah kita lah) macam Toyota corona, Toyota KE25,30,70, Toyota AE86, Starlet kambing KP61,Datsun Driving school,Datsun buah kana,Datsun 140Y dan lain-lain...... banyak guna rim RS Watanabe ni..
Dari dulu lagi Rim RS Watanabe ni orang lebih kenal dengan treadmark sport rim dia tu  8 Spoke ( 8 batang) sampai sekarang pun masih kekal dengan 8 batang gak..

RS Watanabe 4 Spoke dan 5 Spoke
Sebenarnya pada tahun 1976 RS Watanabe pernah ada keluar sport rim 4 Spoke dan 5 Spoke juga .. tapi tak banyak lah .. ni memang pattern Sport rim zaman dulu punya ni kita banyak kereta bertaraf old school ...susah nak dapat ni..

RS Watanabe STELLAR
Tahun 1979 RS Watanabe mengeluarkan Sport rim bentuk STELLAR.. pattern Sport rim bintang ni popular masa nak masuk era 80 an..sport rim ni banyak ada kat Toyota KE 25dan pada kereta Datsun

RS WatanabeTurbo Falcon dan Falcon Mesh
Tahun 1980 RS Watanabe mengeluarkan dua bentuk Sport rim iaitu Turbo Falcon dan juga Falcon Mesh.. Sama gak tahun 80 an punya pattern sportrim tapi sekarang kita tengok banyak kereta Proton saga, Iswara dan Produa Kancil ada pakai...

RS Watanabe GR-8 dan M8
Tahun 1995 dan tahun 1996  RS Watanabe mengeluarkan GR-8 spoke agak kurus biasanya ramai masuk Proton wira dan M-8 spoke dia agak pendek masuk kereta mini, kancil dan kelisa..

RS Watanabe Desert 6
Tahun 1999 RS Watanabe mengeluarkan dua bentuk Sport rim iaitu Desert 6.. Rasanya Sport rim ni paling payah nak jumpa sekarang ni...  dikatakan kilang buat cuma 2 tahun pengeluaran sahaja.. maka tak banyak lah jumlahnya... yang istimewa nya bentuknya bagi saya adalah bentuk segi enam (hexagon) pada tempat pengikat nut tu...

RS Watanabe cyclone
Tahun 2001 RS Watanabe mengeluarkan Sport rim bentuk cyclone.. Rasanya nak masuk tahun 2000 tu memang musim orang pasang Sport rim akar cam ni...tak silap ada dua jenis iaitu 4 spoke ade dan 5 spoke ada..

 RS Watanabe Forged Eight
 Tahun 2002  mengeluarkan Sport rim bentuk Forged Eight jenis Spoke (batang) tegak lurus.. tak silap untuk kereta Suzuki Swiff rasanya..
Watanabe Banana
Mulai tahun 2009 RS Watanabe seakan-akan mengembalikan semula versi lama mungkin pattern dulu masih evergreen dipandang ( masih lagi 8 Spoke)dengan mengeluarkan 4 versi Sport rim  NewRS8 tetapi mengikut  kesesuaian kereta zaman sekarang yang mengikut PCD pembuatan kereta ( jarak diantara kedudukan bolt nut pada knuckle) dan kelebaran tayar... Menurut sesetengah sumber mengatakan sport rim NewRS8 sangat ringan kalau 15-17 inci tu beratnya antara 5.8kg-6.7kg jer ...
-A/B Type untuk model kereta yang kecil atau saiz mini
-F8 Type untuk kereta RWD dan 4WD
-F8F Type untuk kenderaan FWD, RWD dan 4WD yang memerlukan offset positif yang besar sedalam mana tayar dan guna tayar lebar
-R Type untuk kenderaan yang mempunyai offset rendah untuk kereta sedan biasa-biasa jer
Kalau tak silap RS Watanabe rim selain jenis yang bias-biasa tu ada gak yang mempunyai 2-piece dan juga 3-piece..Tapi terpulang lah pada owner dan citarasa dan rupabentuk kenderaan.. Cuma bagi saya kalau kereta kecil Sport rim 2 piece untuk tayar bersaiz  14" & 13" kalau kereta Myvi Viva ada gak yang pakai .. Kalau nak guna sport rim 3 piece rasanya sesuai untuk body kereta besar , enjin cc besar dan bertayar saiz 15" 16" 17" & 18", lagi pon kena ikut kesesuaian kereta lah.. Kalau nak masuk kereta BLM FLX, Vios atau kereta Myvi kira cun dan masih sesuai..
_______________________________

Perbezaan antara  Black Racing dan Rs Watanabe
Ok Sekali pandang memang nampak macam tak ada persamaan pon.. Saya pon sekali imbas memang tak perasan mana satu Sport rim Black Racing dan Rs Watanabe..Kedua-dua sport rim ni berlainan brand (jenama lain) sebenarnya...
Kalau dari segi luaran kita mungkin sedikit gambaran boleh kenal perbezaan antara keduanya

Dari segi logo antara Sport rim Black Racing dan Rs Watanabe pun dah nampak beza.. Bila pusing belakang pun nampak banyak perbezaanya..
 
Spoke watanabe lebih nampak panjang berbanding Black Racing...sebab tu kekadang rim 15' black racing nampak lebih kecik berbanding watanabe 15'... Spoke Black Racing nampak sedikit terkangkang berbanding spoke watanabe rasanya...
 ***Setakat ini ajer yang termampu nak maklumkan.. Selebihnya saya kurang arif dalam hal ni harap maaf..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment