Cat Layang Satu BodySatu lagi projek yang kami dapat.. tapi keci-kecilan aje.. cat layang satu body... kami sapu lah... Janji jadi duit... Semangat nak raya ni dah semakin dekat.. Tuan punya kereta ni hantar keretanya untuk dicat layang.. kemudian pasang skerting dan spoiler belakang...
Kali ini kami ceritakan pasal cat layang... sama juga macam kerja-kerja mengecat biasa cuma kami cat balik dengan colour asal tu je.. bezanya dari segi kos, harga yang kami tawarkan agak murah sikit dan kerja-kerja yang dilakukan agak senang sikit berbanding tukar colour tetapi bergantung pada keadaan body kenderaan tu.. Bagusnya owner tak payah pening- pening pikir colour ape nak tukar pakai je colour asal dan nampak lah macam baru baru... time raya cam ni kena berfikir berbelanjakan.. ini adalah salah satu caranya...
Kerja -kerja pemasangan side skerting depan belakang dan tepi... keliling lah senag cerita
Kena simen pasal pintu ade kemek sikit...
Ehhh banyak lah pulak... yang kemek kecil-kecil tu
Owner tetiber je nak pasang Spoiler belakang... kami layan je lah
Hah buat ape tu bro... ini pose tidor ke tengah kerja tepi kereta... biasalah time puasa-puasa nikan letih beb...
Oh ye lah kami lupa nak ambik gambar cat body kereta tu... jadi tak adelah gambo cat body kereta tu.. cuma yang ada gambo orang tengah cat spoiler je..
Tanggalkan balik spoiler tu baru gantung... kan senang nak cat...
Hasilnya spoiler yang siap dicat tadi dipadankan kat belakang bonet tu cantik jugak ye....
Hasilnya seperti dibawah ni...... hah gambar kat bawah ni...
Hah yang ni dah siap dah .... nampak macam baru belikan....
Colour hitam baru cat bersinar-sinar .... time raya cam nilah nak tunjuk kereta baru ( baru cat ) tu gambar owner ambik kereta... terima kasih ye..
Perbezaan antara Cat Biasa dan Cat Spacial Effect
Dengan kesempatan ini kami nak terangkan serba sedikit pasal cat ni ye... perbezaan cat warna hitam asal kereta ngan tukar cat hitam colour spacial effect lah ye.... kereta Proton Iswara hitam asal macam kat atas dan kereta Proton Iswara hitam two tone colour spacial effect macam kat bawah ni ...
Kereta kat bawah ni Proton Iswara yang di cat semula dengan Colour Two Tone Spacial Effect Colour... kalu cuaca panas colour kereta tu bertukar ala-ala coklat hitam.. tapi kalau redup warnanya memang warna hitam..
Masa tengah panas terik...bahagian depan ade effect coklat
Bahagian tepi ade colour coklat... kalau waktu tengah hari lah
hah dah zoom gambar ni skit....
Ape pun terpulang pada anda,Anda pilih anda tentukan .. Gunakan hak anda sebagai pengguna yg bijak... Cuma kami hanya dapat bantu hanya pandangan tentang apa yang kami tahu kalau nak cat kereta semula. Yg lain Up to U all lah... terpulang
1. Tak semua colour sesuai dengan jenis kereta.
2. Mesti lihat bentuk kereta sama ada bulat atau bersegi
3. Ikut syor Catelog Colour kalu warna untuk Kancil jgn ambik warna kereta brand lain
4. Tanya pandangan orang tentang warna pilihan. atau warna kegemaran
5. Keadaan body kereta teruk kemek bergelombang atau tidak
6. Pilih warna yang senang jaga tidak cepat kotor, terutama hitam atau putih
7. Repair dan rawat dulu body atau bumbung kereta yang ada jerawat karat
8. Warna mejoriti kat jalan raya.
9. Perubahan effect warna mengikut cuaca, nampak pucat bila mendung atau berbelang semasa terik,menyerlah atau kusam sentiasa
10. Jangan ambil risiko pilih colour pelik-pelik hanya warna dibenarkan oleh JPJ
11. Status warna solid, 1k, 2k, Metelic, Diamond atau spacial effect tak sama sifatnya
12. Servey dulu kat mana-mana kedai harga yang ditawarkan.
13. Keadaan body yang teruk mempengaruhi harga.
14. Harga yang ditawar mungkin jadi lebih tinggi atau mungkin jauh lebih rendah. dah siap baru tau cuma anggaran yang dapat diberi.
15. Masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah kereta. ingat seorang tukang cat ibarat seorang berseni yang memerlukan mood dan tumpuan bukan menghadapi tekanan dan gesaan. Juga keadaan hari tersebut sama ada kerap hujan atau tidak.
16. Apakah Jaminan yang diberikan.
17. Pilih Colour yang mudah untuk melakukan touch up sekiranya berlaku kemalangan kecil atau tercalar.
18. Ikut Kemampuan diri seadanya.
19. Warna Metalic, Spacial Effect, Pearl, Diamond,3D atau 4D memerlukan kemahiran tukang cat berpengalaman.