Wednesday, February 24, 2010

Bodykit Proton Iswara

Cari Idea Bodykit Proton Iswara?
Salam dari kami.... Kali ni rasanya tak ade ape-ape yang nak diceritakan.... tak ade idea lah .... Sedang kami tinjau laman lain-lain blog tetiba terpandang beberapa kereta Proton Iswara full set bodykit.... emmm rasanya cantik gak... So elok gak kongsi pada korang yang ade kereta model Iswara dan saga ni.... Bagi kaki solek kereta yang mempunyai kereta iswara dan bercadang nak make-up kereta korang.... boleh lah tengok ape-ape yang patut....Meh kita terjah kereta tersebut....


Bagi kaki solek kereta Iswara/saga ..Thanks suport ruang segment kami..... Semoga paparan memberi sedikit sebanyak informasi pada mereka..Tujuan kami bukan sekadar dapat berkongsi minat tetapi dengan ade entry ini kita diharapkan dapatlah kita bertukar-tukar pandangan, berbincang mengenai teori, modifikasi, aksesori dan spare part yang boleh di gunakan..

Entry kali ini mengingatkan aku tentang kereta Iswara aku.... Ini adalah kereta pertama yang aku beli... Sampai sekarang ade lagi....dan sampai sekarang aku pakai kereta ni.... banyak jasa kereta ni... dan banyak kenangan manis suka duka aku ngan kereta ni....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Thursday, February 11, 2010

Honda cub c50, c65, c90, c100 Retro 1970s

The home of Vintage and Classic Motorcycles.....
Jangan pandang rendah pada motor Honda Cub ini dan disebabkan dari motor inilah industri automotif dijepun mula berkembang pesat. Jadi, dengan kata lain, jikalau tiada motor Honda Cub ini, maka tiadalah kita dapat merasa hasil buatan buah tangan orang jepun terhadap motor-motor yang paling best sekarang iaitu hasil buatan Jepun. Termasuk lah motor-motor kapcai lain sebab Honda Cub ni boleh digolong sebagai otai kepada semua motor kapcai sekarang ni…
Honda Cub mula dilancarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Nama 'Cub' dikatakan kependekan daripada Cheap Urban Bike memandangkan model ini dibangunkan untuk menyediakan pengangkutan yang murah di bandar yang sibuk. Nama tersebut juga mungkin dirujuk daripada model kapal terbang ringan ringan 1930-an yang murah dan popular,Piper cub Honda Cub mula dikuarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas Honda Motor Co. Ltd. ditubuhkan oleh Soichiro Honda. Nama Cub nie dikatakan kependekan daripada Cheap Urban Bike, so matlamat utama asal pembinaan Honda Cub nie ialah untuk menyediakan kenderaan asas yang murah untuk kegunaan kat tengah2 bandar yang sibuk. Sebelum Honda membina model Cub nie, Honda telah membina basikal berenjin dengan enjin kecik 2-stroke. Selepas Honda berjaya menemui cara untuk meningkakatkan kuasa untuk enjin 4 lejang, ianya sekali lagi optimis untuk menggunakan enjin 4 lejang sebagai enjin untuk motor Cub. Sementara itu pengeluar lain yang turun bersaing hanya menumpukan pembinaan jentera motor dengan penggunaan enjin 2 lejang sahaja bagi motosikal yang berkuasa kecil. Pada masa itu ramai jugak yang mempertikaikan kemampuan projek Honda Cub ini. Bagaikan tidak diduga, dan tidak percaya terutama kepada pesaing terdekat Honda, model Honda Cub yang hanya menggunakan enjin berkapasiti 49.0 cc 4 lejang pushrod menjadikan ia model yang paling berjaya dalam sejarah motor dunia. Boleh dikatakan semenjak model Honda Cub diperkenalkan, model ini yang telah menjadi penyumbang terbesar kepada jualan dan perolehan keuntungan Honda ketika itu. Sewaktu model ini dibawa masuk ke negara Amerika Syarikat dengan slogan ‘You meet the nicest people on a Honda’ banyak membantu jualan di negara maju itu. Beberpa tahun kemudian, enjin Honda Cub ini dinaik taraf daripada enjin jenis pushrod kepada enjin jenis SOHC yang mempunyai kecekapan volumetric yang baik. Bukan itu sahaja, model Honda Cub C70 ( 70 cc) dan model C90 (90 cc) turut dikeluarkan juga. Sewaktu tahun 1970-an , kerajaan Amerika Syarikat mewajibkan penggunaan electronic inigtion system bagi menggantikan system jenis contact point dan Jepun pula tidak ketinggalan dengan memperkenalkan system CDI ( capacitor discharge inigtion) pada modelnya Honda Cub nya. Pada sekitar tahun 1980-an, model C100 dengan enjin kapasiti 100 cc telah dikeluarkan, dan model ini sebenarnya telah melalui proses naik taraf secara besaran yang telah dilakuakn oleh Honda. Jikalau sebelum ini Honda hanya menggunakan 3 gear kelajuan dengan penenyerap hentak hadapan jenis leading bottom link dan boleh dianggap teknologi kuno sekarang. Berbanding dengan model C100 pula yang menggunakan enjin tranmisi 4 gear kelajuan dan telah beralih penggunaan penyerap hentak hadapan kepada jenis teleskopik. Untuk pengetahuan, Model C100 ni di Malaysia lebih dikenali sebagai Honda EX5 dan di Thailand pula sebagai Honda Dream.

Faktor utama yang menjadikan siri Honda Cub nie sangat berjaya adalah sebab:-
1.Murah giler berbanding motor lain
2.Senang ditunggang sebab pakai automatic centrifugal clutch, so takder laa terkial2 nak balance minyak dgn klac
3.Fuel consumption yang sangat rendah
4.Berupaya bawak banyak muatan. Kat negara-negara membangun, banyak orang yang guna Honda Cub bawak hasil pertanian.
5.Senang nak cilok time jem giler
6.Maintenance dan spare part murah
7.Penggunaan enjin 4-stroke yang membolehkan Honda Cub boleh lepas piawaian emisi yang ketat
Mari Terjah Pelbagai Gaya Motor Honda Cub tersebut...
Mari terjah plak Honda Cub yang telah dimodifide

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks