Kereta Iswara Aku Dah Siap Ke Belum???????.... Salam dari kami .... Dah lama jugak kami tak membuat entry baru ni ye..... harap maaflah kerana kami agak sibuk sedikit kat bengkel.... banyak kerja-kerja yang tertangguh yang terpaksa kami push segera.... Projek kali ini adalah sebuah Proton Iswara lama... yang mana bumbungnya amat teruk bocor.... Kalau nak di kirakan malas kami nak buat... memandangkan owner ni merupakan seorang kenalan ...Rasanya malu jugak nak tolak....
Ape pun kami cuba bantu sedaya upaya kami.... Kepada Owner kereta ni, kami hanya buat mana yang termampu kami buat sahaja... Diharap owner memahami situasi keadaan kereta ni... Ini pun kami tolong kawan sahaja...
Sebabnya Owner dah berkali-kali datang bertanyakan kereta dah siap ke belum?? Kereta dah siap ke belum??
Sabar ye.... kami cuba sedaya upaya ni.... kami akan usahakan jugak...
Kereta Iswara ni kereta lama jadi agak memakan masa sedikit untuk kerja-kerja membaik pulih body kereta tersebut... walaupun dari segi mata kasar memang tak nampak banyak karat dan lubang merata bahagian pada body tersebut.... kalau nak di ikutkan lagi senang tukar aje bonet kereta ni...
Jadi langkah pertama ialah kami terpaksa kikis buang cat hingga nampak besi kulit body kereta ni....
Pada bahagian fr bumper tersebut.... memang dah uzur sangat tapi nak buat cam mana mana yang boleh pakai kami cuba lah perbaikinya.... Fr bumper ni juga kami gosok pakai kertas pasir sampai tanggal cat tersebut sebersih bersihnya...
Pada bahagian atas bumbung kereta ni kami dah tampal dengan fiber dan tutup pula dengan simen.... kemudian gosok lagi... simen lagi .... dan gosok lagi.... nak buat macam mana kalau tukar bumbung baru senang sikit.....
Kerja menyimen yang dilakukan .... kira kami simen habis dulu satu bonet penuh.... lepas tu gosoklah bonet belakang tu...
Gosok bonet kereta tu sampai jadi lah macam tu....
Bumbung tersebut kami cat untuk menutup bekas simen yang ada.... kemudian kerja kerja simen halus kali kedua pula dilakukan...
Ni simen halus kali kedua yang kami lakukan untuk body tepi kereta tersebut...
Bahagian bonet hadapan yang kami simen halus kali kedua.... le pas tu gosok lagi....
Bahagian belakang tu dah ok dah tak ade masalah lagi....
Masa ni lah pemilihan cat owner dikehendaki datang untuk pilih colour dan memastikan colour yang di pilih itu seperti yang dipersetujui..... Jadi owner lihat dan pilih sendiri sebabnya kami dah nak oder cat ni... lepas tu kalau rasa tak berkenan itu bukan masalah kami... owner dah pilih dan owner tu lah yang dah tentukan... jadi itu cara kami... sebabnya kami tak mau kami dipersalahkan kerana cat....
ok cat yang dipilih dari jenis Nipon paint... seperti yang tertera dalam katalog yang dipilih tu....
Pada peringkat ini pula kereta tersebut akan di sembur kan dengan selapisan Primer dan selapisan undercode....
Ok yang kat bawah ni adalah lapisan under code warna kelabu.... tujuannya tutup cat lama (cat asal)
kemudian kami sembur sekali lagi dengan selapisan primer biru... tujuannya untuk warna latar menutup undercode tu plak....
Selepas tu barulah kerja-kerja cat warna biru yang dipilih tu dilakukan.....
Selepas cat benar -benar kering barulah sekali lagi cat dengan spray clear plak kasi nampak berkilat....
Kepada owner ni kereta anda setelah kami selesai proses spray clear tu.... hah kilatkan.... Tunggu biar dia benar-benar kering....
baru kerja kerja polish body dilakukan.....
Sekali lagi kami terang kat sini.....Sekali lagi kami ulang... Setiap kerja-kerja tukar colour dilakukan terdapat 4 lapisan cat yang dilakukan
1) Lapisan Under code
2) Lapisan Primer
3) Lapisan Cat yang dipilih
4) lapisan Clear
Jadi kepada Owner kami jelaskan kat sini.... Proses nak repair kereta ni agak rumit dan sebab itulah agak memakan masa yang agak panjang sedikit.... bukan senang kami nak repair kereta ni ... lainlah kalau bahagian bumbung, bonet depan belakang, bumper depan belakang tu semua di tukar baru..... Jadi cepatlah dan senang lah sikit kerja -kerja mengecat dilakukan tu ... Kerja-kerja dapatlah cepat siap....
Jadi harap sesangat owner kereta ni memahami keadaan dan situasi yang sebenar.... sebab kenapa agak berlaku kelewatan sedikit.... Kami hanya dapat buat ape yang termampu sahaja mengikut bajet dan kemampuan owner itu sendiri... Kalau ikut kami tukar aje semua part-part body baru.... tapi kalau itu adelah kehendak owner tak payah tukar kami nak buat macam mana...
Oh ye sebelum kami terlupa .... Ini adalah barang yang anda ( owner ) pesan tukar kan aje dengan yang baru... kami dah siap pasangkan...
Apepun harap owner iswara ni berpuas hati dan kami harap sangat kemaafan atas kelewatan kereta anda sedikit... Ape pun hanya ini sahaja yang kami termampu bantu..... Kami hanya tolong dan kami bukan Ah Long...
Ape pun kami dah selesaikan.... Owner hantar Jumaat petang dan Jumaat kemudiannya Owner datang ambil (dalam masa 7 hari).... kami faham owner nak pakai kereta... tapi kami tak sampai hati nak buat kereta orang cincai-cincai aje.... walau ape pun kalau ade yang tak berpuas hati jangan lah malu dan simpan pendamkan kami sedia bantu....
Kang kadang kami jumpa gak kerenah pelanggan macam ni...... Nak buat macam mana kehendak pelanggan ... Pelanggan kami keutamaan kami....
Situasi yang selalunya kami hadapi
Apebila ade pelanggan datang marah-marah... Kami tak tahan mendengarnya... Tolonglah cakap baik-baik..
Pening kami dibuatnya.... Nak selesaikan masalah ini....
Kerana Kami tak mahu melihat pelanggan kami pulang dengan rasa kecewa..... Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks