Projek Cat Coverset Motosikal TZM....
Yang ni rasanya dalam hujung minggu ni siaplah.... dah 80 % hampir di siapkan..... Kepada owner Insya Allah kami call kalau dah siap nanti....
Projek Ketuk dan welding kereta.....
Yang ni kereta kancil jugak nak repair body sikit dan lantai dia.... Ni tak tau lah bila nak siap... Rasanya lepas ni kena stopkan ambil kereta yang kena repair ketuk body.... nak siapkan kereta kancil ni dulu.... Eeeeemmmm leceh sikit banyak lagi kerja nak buat ni.... Dalam lingkungan 20 % kerja welding disiapkan....
Kereta kancil ni dah siap cat dah.....Bawa keluar...Biarkan cat dia kering dulu... dan lepas ni baru nak pasang balik part -part yang dibuka tu..... Dalam lingkungan 90 % siap lepas ni dah tak banyak lagi pasang part lepas tu polish plak....
Projek Kancil Overhoul enjin....Kali ni kami ambik projek turun enjin kancil plak..... Baru aje lepas buka part nak overhoul.... Ni kami baru nak mencuba-cuba try buat enjin plak..... kira servis lepas ni kami buatlah.... bertambahlah perkhidmatan yang kami sediakan kat bengkel ni..... tapi rasanya tak buat secara serius.... kalau nak buat semua kerja tak terbuatlah ...... kami pun bukannya pandai sangat pun..... sekadar tolong kawan aje....
Begini lah sehari-hari duduk mengadap bengkel kami..... banyak kerja yang perlu kami siapkan demi kepuasan pelanggan... harap pelanggan dan juga anda sebagai pengunjung blog kami memahami situasi kesibukan kerja dibengkel kami membataskan banyak hal ..... Insya Allah kami cuba berusaha sedaya upaya....
Kami cari makan dengan cara ni..... Nak buat camne...... Rezeki Allah yang bagi.... Tapi kita kena usaha keras gak kan.... Alhamdulilllah syukur kami atas nikmat yang diberikan....
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..