Saturday, July 11, 2009

Projek Iswara nak cat baru

Iswara ni tuan punya hantar nak cat baru banyak kerja nak di buat.. kereta dah lama agak dimakan usia kut banyak lubang-lubang lah.. Dah tu kenalah tutup-tutup lubang tu dulu.. Biasanya kereta iswara ni tak banyak kerenahnya sebab bodynya agak tahan.. tak banyak kesan jerawat karat pada body.. cuma agak teruk pada bahagian dalam ada lah sikit karat.. Tapi dah alang-alang nak cat tuan punya kereta ni nak pasang pulak side skerting MMC.. Bumper depan dan belakang kami cuba pasang dengan Bumper MMC Fiber glass..

Tengok tu Bumper depan MMC..

Bahagian Tepi plak dan bumper belakang pun MMC..


Yang ini plak kami proses seterusnya...Bungkus body dan nak cat lahhh..
Tapi ada plak problem sikit lah... kerja terhenti sekejap...
Hah Boot bonet belakang ade masalah sikit.. nak kena buat sikit... sapelah yang buat kereta ni tak buat habis..
Mari sini.. Cuba tengok ape bendanya tu...
Cuba lihat kat bahagian dalam nya...
Dah Karat.. Kena buat Treatment dulu... Buang karatnya tu.. Main-main keja ye..
Apa bila terjumpa keadaan begini ada kemungkinan air bertakung di dalamnya... Kena cari punca air tu masuk dari mana. Mungkin dari bahagian lampu, Getah bonet belakang dah keras atau penutup lubang lantai dah karat. Ada kemungkinan Silikon asal juga sudah tak elok... Mana dia orang yang buat kerja ni... Hah buat dulu.. nanti baru boleh sambung kerja mengecat...


Baru boleh kerja mengecat dapat dilakukan...

Wednesday, July 8, 2009

Stock dah nak habis... cari barang lah..

Sejak-sejak ni kereta banyak masuk. Kerja makin banyak.Untung pun ade masuk sikit bolehlah buat pusing modal dan beli peralatan bengkel yang baru...Bukan apa buat jangka masa panjang memang nak pakai pun... Rasanya tak rugi pun kalau ade peralatan lebih untuk mempermudahkan lagi kerjakan.. Pastu nak cari Spray Gun yang baru lagi satu.. Coz kerja makin bertambah jadi kalu ade lebih senang sikit nak buat spray kan...
Jadi pilih je lah yang mana satu... Taukey kasi wa tengok spray gun yang tuuu..
Spray gun set ni RM 450.oo je... yang ni boleh gak ambik dua buah..
Tapi yang ni RM 50.00 je.... jenis murah... Cap ayam kut..

Spray gun ni harganya RM 2,480.00... Boleh tahan gak..
Taukey yang ni tak mau ambik mahal sangat le...
Mask ni RM 150.00 pun nak beli gak
Disk Sender ni untuk senangkan gosok kereta...
Memang nak beli lagi satu.. senang kerja... Taukey wa angkat yang ini ye...
Masuk plak bahagian Stor...Nak cari plak barang-barang stock bengkel... Dah nak habis... Sebab kalau stock putus-putus susah gak nak barjet belanje bulanan dan tak syok kerja barang tak de.. nak kene pergi oder plak... kene tunggu lagi buang masa kan..
Taukey mana ini barang ahh ....Wa mau oder ini barang...
Polly Putty, N/C Putty, Feber Glass, Primer 2K, Primer 1K, Solven 606, Solven 2K, Tapin, Filter Cloth, F Black, Under seal, Rubbing Compound, Wax, Base Code, Clear 2K Colour, Special Effect & Diamond



Sand paper P 80, P320, P100, P 600, P1200, P1500
Masking Tape 1 mm, 5 mm & Double tape
Sand block mau angkat sekali ... Wa lupa tulis laa..

Ni Mesin scan warna.... Letak lah warna apa pun automatik mesin tu bancuhkan.. tau-tau siap je
Hah yang ni tempat bancuh cat... Kalau nak kira kat sini ibu cat kalau di campur-campurkan jadilah warna yang kita oder tu... Tapi bancuhan tu kena ada kira-kira ada fomuler dia...
Bukan main sebarang je campur-campur...
macam- macam ibu colour ada kat sni...

Monday, July 6, 2009

Camne nak Claim Insurans Kemalangan Kereta



INSURANS AKU MANA???
Insurans di istilahkan sebagai satu kumpulan dana wang untuk melindungi pesertanya apabila terjadi kerugian.
* Di negara kita, isyarikat insurans perlu memiliki lesen untuk beroperasi.
* Insurans terbahagi ke 2 sektor iaitu Life dan General.
* Life seperti yang kita tahu memberi perlindungan untuk kehidupan.General memberi perlindungan untuk harta benda.
* Di sektor general (am), antaranya ialah insurans motor.
* Insurans Motor terbahagi kepada beberapa bahagian lain seperti
1. Komprehensif
2. Pihak Ketiga
3. Pihak Ketiga, Kecurian dan Kebakaran

undang2 jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.cthnya
A - kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.
B - kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yg menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.
C - kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A

1st party and 3rd party insurance..?
setiap kenderaan bermotor di Malaysia, diwajibkan menggunakan perlindungan insurans 3rd party. ini bermakna, setiap pengguna jalanraya akan dilindungi oleh insurans sekiranya berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pihak lain.dalam erti lain sekiranya kita gunakan 3rd party insurans, maka setiap pihak ketiga akan dilindungi termasuk pemilik bangunan, pemandu lain dan kenderaannya serta pejalan kaki.sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan kita sendiri, maka kita tidak boleh buat tuntutan dari insurans.insurance 1st party juga dikenali sebagai comprehensive atau lengkap. ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan kita sendiri turut dilindungi pihak insurans. perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. oleh kerana risikonya lebih tinggi, maka premium yang kita bayar juga adalah lebih tinggi.

Antara commerce ngan kurnia mana yg elok?
ada 2 jenis commerce insurance..
1. Commerce Assurance
2. Commerce takafultetapi nama2 insurance yg diatas telah ditukar..
disebabkan arahan oleh bank negara yg semua syarikat insurance mesti mempunyai productLIFE dan GENERAL sekali, maka bnyk syarikat insurance telah bergabung (merged)..
1. Commerce Assurace + Allianz = Commerce Allianz
2. Commerce Takaful + Aviva = CIMB Aviva
3. Tokio Marine + Asia Insurance
4. Mitsui Sumitomo Insurance + Aviva = MSIG
5. Berjaya Insurance + Sompo = Berjaya Sompo
6. Mayban General + Mayban Takaful + MNI + MNI Oneline + Takaful Nasional = Etiqa

Elakkan lah dari mengambil Kurnia ?..
Mmg payment senang cepat dapat.. tapi jumlah amount yg diminta tidak mencukupi..misalnya, anda menghantar kereta ke workshop..workshop akan estimate kos baiki adalah sekitar 0k..selepas disubmit ke insurance, insurance akan pass ke adjuster..function utama adjuster adalah cut cost yg diminta oleh workshop..so nilai tadi mungkin berubah ke 7-8k..selepas report diberi ke insurance, tiba giliran insurance untuk cut lg amount tadi..jadi nilai tadi yg berjumlah 7k mungkin akan menjadi 5k..jika amount yg diberi kepada workshop tidak mencukupi, bolehkah workshop nak buat kerja?silap2 mereka suruh kita tukar ke wshop lain atau tambah duit atau baiki sendiri..kalo mereka buat pun, mesti cincai.. barang yg sepatutnya ditukar, tidak ditukar... hanya repair sahaja..so kereta tidak akan berada pada keadaan yg baik dan semestinya sudah hilang safety...dah bnyk sy dengar aduan seperti ini.. bnyk workshop pun tidak berani menjadi panel kepada kurnia..pernah satu ketika dahulu (tahun lepas x silap sy), workshop di serata negara boikot kurnia...itulah kelemahan kurnia.. bnyk cut cost... lebih besar company
, lg bnyk cut...

Sebenarnya, andaian sebegitu kurang tepat。。。
Begini. sykt insurans hanya menjual polisi insurans dan memproses tuntutan serta menanggung liabiliti kerugian pihak yang dilindungi. tetapi, mereka tidak punya kepakaran menilai dan menaksir kerugian dengan tepat dan cekap. di sini lah timbulnya pihak penaksir kerugian yang dikenali sebagai Loss Adjuster Surveyor.sykt adjuster memiliki kepakaran bukan saja di bahagian tuntutan motor, tetapi juga membabitkan jurutera bertauliah untuk menaksir kerugian berkaitan
1. kerosakan harta benda persendirian dan perniagaan akibat
a. kebakaran
b. banjir
c. kecurian/rompakan/pecah masukd. lightning (kerosakan peralatan elektrikal)
e. lain-lain kerugian seperti ternakan (live stock) ayam, kambing yang mati sebelum dijual.
2. bahagian motor
a. own damage dan KFK
b. 3rd party claim
c. 3rd party property damage
d. 3rd party bodily injury
3. marine (berkaitan kapal)
Fungsi utama adjuster
ialah menilai kerosakan pada kadar yang berpatutan mengikut nilai semasa (contoh nilai kenderaan, harga alat ganti, nilai ternakan seperti anak ayam atau dewasa yang berbeza) tanpa mengabaikan kepentingan insurans.sebagai contoh, sebuah bumper hadapan waja berharga RM500(cth). harga itu dibenarkan bagi bengkel EON atau Proton Edar tapi bagi bengkel bukan franchise, maka adjuster akan memberi harga original bukan franchise iaitu RM250. dan bagi Proton Waja 5 tahun dan ke atas (tertakluk pada faktor betterment), maka adjuster (sbg mewakili insurans) akan membayar harga bumper bukan genuine atau terpakai iaitu RM120 (cth).ini dilakukan dalam usaha untuk mengurangkan jumlah tuntutan serendah yang mungkin.namun, sykt insurans selalu percaya bahawa jumlah yang diberi adjuster masih tinggi. maka itu sebabnya insurans akan memotong lagi jumlah yang diluluskan. yg jadi mangsa ialah
1. bengkel - kerana kos membaiki seringkali tak mencukupi
2. adjuster - selalu kena marah dengan bengkel, konon adjuster tak pandai adjust. (selalu timbul isu rasuah)
3. pemilik kereta - kena tipu. bengkel cakap tukar barang baru, tapi diberi barang 2nd hand atau non-genuine. sebenarnya, insurans yang bayar tak cukup.hampir semua sykt insurans mengamalkan dasar sebegini, memandangkan orang yang bekerja dalam bidang insurans akan berkisar dalam circle yang sama. kalau tukar company pun, masih insurans juga. cuma, Kurnia diketahui menekan dengan lebih kuat. kerana itu, byk bengkel makan hati dan makan tulang aje.
kita boleh tukar mana2 atau apa insurans yg kita mahu. malah, kita boleh lindungi keta kita dgn 2 atau 3 sykt insurans. tetapi bila berlaku tuntutan, maka setiap insurans akan membayar sebahagian sahaja dan tidak sepenuhnya.berkaitan kurnia ni, pihak kurnia yg pandai dalam strategi. mereka tahu cara senang utk dapatkan pelanggan ialah melalui used car delaer. jadi, mereka melantik seberapa banyak wakil melalui used car dealer dan langkah ini diconothi oleh Am Assurance.kedua2nya mengalami msalah serupa iaitu menjual terlalu byk polisi motor. bila ada banyak polisi motor, maka ada banyak tuntutan. bila ada banyak tuntutan, maka mereka tak cukup kaki tangan dan pihak atasan akan mengarahkan agak kawalan dibuat utk mengelakkan kerugian.ini yg terjadi pada kurnia iaitu sbg cth bengkel claim 10 ribu tetapi cuma dibayar 6 ribu. ini langkah proaktif menangani tuntutan berlebihan.

Berapa lama tempoh masa nak buat tuntutan tu?.. Beb..
sebaiknya setiap kemalangan jalanraya mestilah dilaporkan. kegagalan membuat laporan polis boleh menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. malah, bagi tuntutan sendiri (Own Damage Claim) mahupun OD KFK, Bank Negara telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sykt insurans dan pemilik dalam usaha mempercepatkan proses tuntutan iaitu
1. pemilik mestilah laporkan kepada polis dalam masa 24 jam. lebih dari itu kena sama RM300. melainkan pemandu pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sbgnya.
2. kemudian pemilik mestilah memaklumkan kepada pihak insurans berkaitan. pihak insurans akan keluarkan borang tuntuan dengan nombor bersiri. hari ini, kebanyakan borang tuntutan boleh di cetak secara online oleh pihak bengkel.
3. sebaik saja insurans dimaklumkan, mereka mesti menugaskan adjuster utk menilai kerosakan kereta iaitu dalam tempoh 24 jam.

4. pihak adjuster pula perlu melakukan survey juga dalam tempoh 24 jam. laporan taksiran pula mestilah diserahkan pada pihak insurans tidak lebih 7 hari.so, lepas insurans dapat report adjuster, baru mereka boleh proses claim dan buat bayaran pada bengkel. bermakna, kalau ikut atas kertas, paling awal bengkel boleh repair keta kau ialah pada hari ke 8 atau 9. tapi apa yang berlaku ialah pihak bengkel berlumba2 untuk membaiki kereta tanpa menunggu approval utk menjaga imej dan nama baik mereka. so, selalunya, mereka akan mula kerja selepas adjuster membuat taksiran kerugian.

tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain?.
ada 2 cara utk buat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, maka konpem dia bersalah. dan barulah kita leh wat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB kita.

1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. kita baiki kereta kita, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah kita boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta kita tersadai selama 20 hari di bengkel dan kita dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000. kira macam duit teksi lah
2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. kaedah ini diwujudkan oleh Bank Negara pada zaman 90an. proses tuntutan sama iaitu kita claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans kita.dalam erti kata lain, kita claim melalui sykt insurans kita (krn lebih cepat) dan kemudian sykt insurans kita akan claim semula dari sykt insurans pihak ketiga. NCB kita tidak akan terjejas.

NCB ialah No Claim Bonusjuga diketahui sbg NCD atau No Claim Discount.bila kita tak buat sbrg claim dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan menganugerahkan kita Bonus kerana tidak claim.kiraanya adalah begini

1st year = 25% 2nd year = 33.3% 3rd year = 38.33% 4th year = 45% 5th year = 55% (maksimum) NCB boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yg lain.

mcm mane nk claim insurans? claim dr syrkt insurans sendiri atau claim insurans dr pihak ketiga?
kita hanya boleh buat tuntutan insurans dari pihak ketiga seandainya pihak ketiga didapati bersalah oleh polis. selalunya keputusan keluar dalam tempoh 14 hari. anda boleh claim insurans sendiri, dan insurans kita akan claim dari insurans pihak ketiga. ini dipanggil KFK claim (knock-for-knock)

Masa buat tuntutan, perkara berikut mestilah di patuhi

1. salinan asal laporan polis
2. sketch map polis kena gak ada lukisan pelan mcm mana kemalangan boleh terjadi / kena pi balai polis balik utk beli pelan kemalangan(dokument report tu pelan dan keputusan polis..)
3. keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim)
4. selain dari itu, pastikan kita menghantar ke bengkel yang tauliahkan oleh insurans. kebanyakan insurans tidak mahu membayar jumlah yang dibaiki pada bengkel yang tidak authorised.
5. borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.
6. pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.
jika kereta tak rosak teruk, anda boleh mintak utk guna kereta dulu sehinggalah pihak insurans hantar adjuster dan kemudian meluluskan jumlah tuntutan.


Bleh jelaskan skit tak pihak ketiga?
pihak ketiga ialah semua pihak di keliling kita semasa memandu. ia boleh jadi

a. pejalan kaki
b. pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
c. pemandu dan penumpang kenderaan awam.
d. pemilik harta benda termasuk kerajaan serta sykt konsesi lebuhraya

Apa dia pihak ketiga tu? Pihak yg melanggar anda. di sebelah dia pula, anda ialah pihak ketiga.OD KFK bermaksud Own Damage Knock-For-Knock. bermaksud, anda claim insurans anda, dan insurans anda akan claim semula dari insurans lawan. cara ini lebih mudah dan cepat. dan oleh kerana insurans anda tidak keluarkan duit 1 sen pun, maka sebab itu NCB anda selamat.

Report dari pihak yg melanggar tu perlu tak?.
Tak perlu report pihak yg melanggar.. report sendiri sudah cukup..yg no 3 tu jika membabitkan 3rd party atau orang ketiga.. selalunya berlaku dalam accident jenis KFK (Knock for knock)..keputusan akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh kurang dari 2 minggu setelah siasatan dibuat..jika tiada sebarang aral melintang, masing2 mengaku salah, sekejap je result bole keluar..tambah sikit..

semasa pergi ke workshop untuk membuat tuntutan insurance,anda perlu ada :
1.Salinan geran kenderaan
2. Salinan policy insurance
3. Salinan report police
4. Salinan lesen memandu
5. Salinan I/C
6. Salinan cover note (optional)
Borang tuntutan akan diberi sebelum kerja membaiki dijalankan..document yg perlu ditanda tangan ialah Claim Form..selepas kereta siap, pastikan wshop memberi anda Letter of Offer dan Discharge Voucher untuk ditandatangani..excess perlu dibayar sendiri oleh owner sekiranya :-unamed driver-underage driver-driver experience is less than 2 years (dalam kata lain, still lesen P)nilai excess yg perlu dibayar ialah RM200 (minima) dan RM400 (maksima).
excess ialah 1% dari jumlah nilai keta yang diinsuranskan dan ianya tidak wajib. selalunya di letakkan pada pemandu yang pernah buat tuntutan atau pemandu yang berisiko (terlalu muda sbg cth).bagi
-pemandu yang tidak dinamakan
-pemandu bawah 21 tahun
- pemandu berpengalaman kurang 2 tahun
-atau pemandu lesen P (ada orang ambil lesen semasa berumur 30)maka dikenakan compulsory excess. ini terletak di bawah jadual 2F dalam setiap polisi insurans kereta Malaysia.jumlahnya tetap iaitu RM400.bagi excess yang diletakkan pada polisi terhadap pemilik pula, sekiranya nilai kereta ialah RM75,000 maka excessnya ialah 1% iaitu RM750.


Kalo org blakang langgor..dia tak wat report..pastu aku takleh nak claim insuran dia. So aku claim insuran aku...macam mana ngn ncb aku ek?.
semua jenis OD claim akan effect NCD...hanya windscreen sahaja yg tidak effect NCD

Bagaimana saya nak claim insuran kete yang melanggar tue sedangkan kete tue x ada roadtax (sah insuran pon x ada gak, lesen pon x ada)? Bole ker saya claim?
akta undang2 jalanraya mewajibkan semua kemalangan jalanraya perlu dilaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan seorang pemandu disaman RM300.

1. jika pihak lagi satu turut disaman polis, maka anda boleh anda boleh buat tuntutan dari insuransnya. tanyakan pada pegawai penyiasat berkaitan tentang surat keputusan polis. bila ada surat rasmi dari polis menyatakn kereta tersebut bersalah, maka tuntutan kita akan diterima pihak insurans lawan.

2. kita masih lagi boleh buat tuntutan pihak ketiga terhadap kereta tanpa road tax. tetapi sekiranya, kereta tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans minimum (3rd party cover), maka kita tidak boleh claim apa2. pihak polis akan keluarkan saman, itu aje. dalam kes sebegini, maka kita terpaksa buat claim sendiri (dipanggil OD atau Own Damage)

3. sekiranya claim insurans sendiri, maka pemandu lesen P perlu keluarkan bayaran excess wajib sebanyak RM400.tertakluk pada peraturan Bank Negara endorsement 2F. syarat serupa dikenakan pada mana2 pemandu yanga. kurang dari usia 21 tahun.atau. kurang 2 tahun pengalaman memandu.

keperluan cover windscreen claim insurans?
ramai tak fikir keperluan cover windscreen.ada beberapa contoh endorsement yang kita boleh tambah pada polisi insurans komprehensif iaitu

1. windscreen (ada sykt insurance cover depan saja. ada sykt cover semua tingkap termasuk sunroof. tanya pada agen anda)

2. passenger liabiliti - dalam kemalnagn membabitkan kecederaan, ilat kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insurans.

3. damage other than accidents - polisi standard akan melindungi kereta kita dari kemalangan, kebakaran dan kecurian tetapi tak cover heli berikuta. banjirb. tanah runtuhc. dahan pokok jatuh disebabkan ributso, jika kita tinggal di kawasan beririsko seperti banjir atau banyak pokok2, maka bagus kita cover keta kita. tambahan tak seberapa..

Insurans mmg cover untuk semua bahagian kereta tetapi sykt insurans berhak menolak sebarang tuntutan yang dirasakan munasabah.ini termasuk tuntutan bagi komponen yg dirasakan murah, dalam kes ini windscreen. Dalam kes kemalangan biasa yg sederhana teruk, windscreen akan dibayar oleh sykt insurans tanpa banyak soal. Cuma bila kita buat tuntutan utk windscreen sahaja, maka itu insurans agak keberatan utk luluskan. kerana nilai yg diminta sedikit tetapi kos pengurusan utk mengendalikan tuntutan itu pulak yg lebih mahal.maka diwujudkan extension utk cover windscreen sahaja. Kebanyakan sykt insurans cover windscreen hadapan sahaja, tetapi beberapa sykt lain cover semua tingkap sisi juga.Nilai yg perlu dibayar (jika tak silap) ialah tak sampai 0.1% dari nilai windscreen. Bila kita claim sekali, ia tidak akan jejaskan NCB. Selepas kita claim sekali, kita boleh renew semula dan ditambah dalam polisi insurans sedia ada.


Polisi insurans standard tidak akan melindungi tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan yg teruk). begitu juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees melainkan pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebangjika kita extend utk cover disaster seperti banjir, dan bila kita buat tuntutan ianya tidak akan affect NCB...

Tapi pada pendapat saya... Kalau sekiranya kita kemalangan kenderaan dan kita rasa kita benar. Orang yang melanggar tidak mahu bertanggungjawab dan banyak plak kerenahnya. Lebih elok ambil jalan selamat dengan mengambil khidmat peguam.. Insya Allah sampai ke lubang cacing pun tak leh larilah... Renung-renungkan... Nasihat kami cuba bertanyakan pada yang lebih arif lagi..... Sekian saje..

Wednesday, July 1, 2009

Panduan Mengalami Kemalangan Kenderaan



First Time kena... Camner nak buat?
Sekiranya kemalangan berlaku
- Jangan panik dan cuba tenangkan diri dan mereka yang berada di dalam kenderaan anda.
- Matikan enjin kenderaan dan pastikan kenderaan selamat. Sekiranya ada kebocoran minyak dengan segera tinggalkan kenderaan. Litar pintas pada pendawaian kenderaan tidak kira ketika kemalangan atau tidak, boleh menyebabkan kebakaran. Apabila menyedari berlaku kebakaran pada kenderaan, offkan enjin dan semua suis. Padamkan kebakaran guna pemadam api jenis (CO2). Jika selamat, tanggalkan kabel dari terminal bateri.
-Pastikan anda dan penumpang menunggu di belakang penghadang jalan, bawa dokumen atau barang berharga sekali, sekiranya boleh. Pastikan penumpang semua cukup tiada yang tertinggal di dalam kenderaan. Bagitahu orang ramai sekiranya ada yang tertinggal untuk membolehkan orang ramai memberikan bantuan.
- Sekiranya ada kecederaan dengan segera telepon 999 untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda berada di atas lebuh raya bertol, dapatkan nombor telepon perkhidmatan ronda dan turut telepon mereka untuk bantuan.
-Telepon juga keluarga atau orang lain untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Dalam keadaan panik, kita mudah terkeliru dan rasa tidak boleh berbuat apa-apa.
-Periksa diri dan penumpang untuk sebarang kecederaan terutama kecederaan dalaman. Pastikan tiada bengkak-bengkak pada badan, berdarah hidung atau telinga. Mungkin anda cedera kecil namun tidak salah ambil langkah berjaga-jaga. Baring atau duduk dan rehat.
-Sekali lagi Pastikan kenderaan dan keadaan sekeliling selamat. Jangan alihkan mereka yang mengalami kecederaan berat dan serius. Sila tunggu mereka yang berkelayakan dalam perubatan untuk berbuat sesuatu. Pastikan mereka yang cedera dalam keadaan selesa dan selamat.

* Alihkan dengan berhati-hati sekiranya keadaan kenderaan tidak selamat. Ambil perhatian sebarang patah, terutama patah leher dan tulang belakang kerana cara alihan yang salah boleh burukkan keadaan. Perhatikan sebarang kebocoran minyak dan pastikan tiada yang merokok di tempat kemalangan.
* Berlaku pendarahan yang serius. Ambil langkah untuk menghentikan pendarahan dan segera bawa ke hospital.
* Keadaan atau tempat yang tidak membolehkan ambulan untuk sampai dengan cepat. Setiap saat adalah nyawa bagi yang tercedera. 10 minit adalah lambat.
* Sekiranya rasa ragu keadaan mereka yang cedera atau dalam membuat keputusan, bawa mereka yang cedera, segera ke hospital.

- Alihkan kenderaan sekiranya tiada berlaku kecederaan. Alihkan kenderaan ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu lalu lintas, sekiranya boleh.
- Ambil perhatian keadaan kenderaan dan kedudukan kenderaan sebelum ia dialihkan. Cuba lakarkan kawasan kemalangan, kedudukan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, ambil gambar persekitaran, keadaan kenderaan dan sebarang kesan kemalangan di atas jalan raya atau sekitarnya.
Notakan masa dan tarikh kemalangan, nama jalan dan kilometer yang ke berapa kemalangan berlaku. Catatkan nama tempat, bandar atau kampung yang berdekatan.
- Dapatkan maklumat pemandu kenderaan lain yang terlibat seperti nama, no kad pengenalan dan alamat. Jangan lupa nombor telepon hubungan.
- Catatkan jenis kenderaan, model, warna kenderaan dan nombor plat kenderaan.
- Dapatkan maklumat saksi, seperti penumpang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
- Bertukar-tukar maklumat mengenai insuran atau takaful. Jangan bincangkan salah siapa, biarkan polis dan syarikat insuran dan takaful menjalankan siasatan.
- Pastikan kenderaan dihantar kepada bengkel yang diiktirafkan oleh syarikat takaful atau insuran anda. Telepon mereka untuk mendapatkan maklumat tentangnya.
- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
- Laporkan kemalangan kepada syarikat Insuran dan Takaful anda walaupun anda tidak mahu membuat tuntutan. Pihak lain yang terlibat dalam kemalangan mungkin membuat tuntutan terhadap insuran atau takaful anda. Anda perlu pastikan apa yang dituntut atau anda boeh kehilangan NCD.

Jom kita capai sifar kemalangan.