Thursday, October 8, 2009

Projek Wira Hijau Spacial Effect

Projek Wira Hijau Lepas Naik Cuti Raya
Selepas lama bengkel bercuti Hari Raya Aidilfitri dua minggulah.. Kini bengkel kami dibuka semula.. Rasanya agak berat nak memulakan kerja... Projek pertama lepas berehat panjang..Tempoh hari sebelum raya seorang pemilik kereta wira ade datang ke bengkel kami untuk mengecat kereta tetapi kami tak dapat nak buat keretanya kerana kesuntukan masa. Lepas raya bolehlah.Seperti yang dijanjikan owner kenderaan proton wira itu datang kembali untuk cat keretanya..
Keadaan Bonet kereta yang disimen dan perlu digosok ... Agak teruk bonet kereta ini.. penat gosoklah..

Keadaan Bumbung kereta.. mujurlah tak berapa teruk
Bahagian tepi pintudan body kereta tersebut.. Di simen dan digosok

Pun sama sebelah kiri body kereta tersebut keadaan semasa kerja-kerja mengosok kereta
Keadaan kereta selepas undercode ... jemur dulu biar benar-benar kering

Warna yang dipilih oleh pemilik kereta ini adalah warna hijau spacial effect..

Bahagian bumper hadapan yang dicat tu ...
Cat bumper belakang plak ...
Jarang Taukey bagi ambil gambar masa dia tengah cat.. Mood dia tengah baik tu
Ade skill tak.. cam ni lah taukey spray kereta..
Bila taukey sendiri yang buat nampak macam senang je..
Taukey yang meringankan diri nak buat kerja.. rasa pelik plak taukey lepas raya niKereta yang sudah siap di cat di biarkan kering... sebelum clear di semburkan
Selepas itu Taukey sedang spray clear plak.. Sampai malam gak nak spray ni
Sementara tunggu kering kereta tu .. taukey cat plak benda ni LH RH side miror Tekunnya taukey sedang mengecat part-part yang lain..tak senyum langsung
hah ni dia.. Bila dah kering baru nampak hasilnya.. Lain gak bila hasil tangan taukey sendiri yang buat

Bersinar-sinarlah bila dah mula kering tu.. Bonet hadapan warna hitam permintaan owner kereta
Sejak akhir-akhir ini memang dah banyak owner kereta mintak cat warna hitam pada bonet hadapan .. pelik lahLepas dah benar-benar kering .. barulah kerja-kerja polish dilakukan oleh anak buah

Keadaan selepas dipolish...
Dah siap sebiji kereta ni... lain gak bila taukey turun padang buat kerja.. memang senang kerja jadi amat mudah.. tak banyak kerenah lah.. tapi itu pun klu mood taukey baik..
Ape pun terima kasih kepada pemilik kereta wira hijau ini.. kerana memberikan kepercayaan pada kami.. Diharapkan pemilik berpuas hati hendaknya jua..maaf kerana terpaksa menunggu giliran walau pun terpaksa buat kereta ini selepas raya..

Wednesday, October 7, 2009

Contoh Bodykit Produa Viva & Bodykit Proton Exora

Contoh Bodykit Produa Viva

Contoh Bodykit Proton Exora

Sunday, October 4, 2009

Edisi Khas Bukan Mat REMPITTTT.....

Part 1 : Erra Motosikal 2 lejang...
Zaman muda mudi ku dulu-dulu...Pertama kali aku mengenal dunia permotoran...Tapi pada zaman tu brand YAMAHA ni dikira YANG MAHAL.. nak sara motor ni perit.. Menderita lah.. Semua memerlukan banyak duit yang dikeluarkan.. Banyak makan duit lah..Dari nak isi minyak, servis dan penjagaan.. belum lagi klu meragam rosak... P-valve dia klu rosak nasiblah korang nak betulkan.. Tukar tayar baru sebiji tayar mau ratus-ratus lah.. Dulu-dulu musim motorsikal jenis Suzuki RG Sport pastu plak RGV.. So ini adalah motor kedua ku yang aku beli... Standart je pada masa zaman tu, tak ade modifikasi sangat kerana part original Suzuki amat mahal pada masa tu... cuma klu nak di kira trend menjadi kegilaan kaki motor pada masa tu ialah ekzos pipe mendongak kelangit (ekzos buluh) dengan selensor yang di modifikasi dengan mencari besi pipe di tebuk lubang kemudian ambil fiber dimasukkan mampat-mampat.. manakala tabung ekzos di belah kerat-kerat kemudian dicantumkan dengan welding..Prep...Prep... Prep.... aduh sakit telinga... bunyinya amatlah bising yang herannya lagi bising lagi orang suka... untuk memantapkan lagi kelajuan ade orang sanggup antar blok untuk dikorek ...tukar sporket kecil... masalah yang dihadapi motorsikal ni ialah kuat makan minyak 2T...
Tapi sekarang motor aku tu... dah aku tutup ngan kain putih je.. tandanya tamat era kegemilangannya.. motor tu dah pencen lah... part susah nak cari ... jadi tersadai cam tu jelah...
Part 2 : Erra motosikal 4 lejang......
Motosikal Kapcai digerakkan enjin kecil diantara 50cc hingga 125cc merupakan motosikal yang dianggap jimat penggunaan minyak petrol .. senag kendalian kerana menggunakan transmisi manual automatik memudahkan penunggang menukarkan klac tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan Klac manual
Manakala Scuter mempunyai enjin kecil berkuasa diantara 50cc hingga 150cc..tetapi sekarang skuter pun boleh pecut diantara 250cc hingga 900cc.. enjin skuter terletak dibahagian bawah tengah tempat duduk dengan enjin satu selinder dan kebanyakkannya menggunakan transmisi automatik CVT... senang nak bawak tinggal pulas minyak je.. terus jalan
Part 3 : Merpati Dua Sejoli... Biru sepasang....
Beralih plak pada motosikal Kapcai dan Scuter... aku beli Honda EX-5 dan Yamaha Ego... Pun aku tukar Colour Biru... EX-5 aku buat pergi kerja manakala Yamaha Ego buat pergi pasar beli barang dapur dan buat bersiar-siar aje...
Mari zoom lebih dekat... ibarat pasangan dua sejoli.. sama cantik sama padan.. di gandingkan bersama.. bagi aku bagai pinang dibelah dua... Kapcai EX-5 ni hanya aku buat gi kerja sahaja... tak ade ape ape yang aku buat pada motosikal ni.. tak ade modifikasi yang terlampau...standart bodoh je.. basuh motor pun tak... aku malas basuh motorsikal lah..tak tau kenapa begitu malas sekali.. ape pun mari berkenalan ngan motorsikal kesayangan untuk cari rezeki aku ni...
Motor ni dah lama aku beli pada akhir tahun 1999... Tugas EX-5 ni cuma bawak aku gi tempat kerja sahaja...
Tengok motor aku yang kotor ni... jangan ko tengok enjin motor aku... wa kah..kah... motor cari makan beb...
Aku terasa macam nak basuh motor plak.. nampak kotor sangatlah... ko tengok lidi rem belakang pun dah tak berkilat... bersalut debu...
Colour yang aku pilih adalah warna biru diamond silver effect... meh lihat lebih lagi... klu siang hari dibawah sinar matahari memancar bling-bling .... cat dengan manik manik bling-blig berwarna perak susun rapat-rapat ... eeem cuma tak basuh je tu yang nampak cam kelabu asap je
Hah ni lah yamaha ego... tugas dia cuma bawak aku gi pasar beli barang dapur dan bawak aku pusing-pusing santai... pada mulanya aku berikan pada ayah aku tapi ayah tak pandai bawa dia serah balik kat aku.. selamat kembali ke pangkuan ku lagi...
Standart je moto scuter ni... tak ade usik ape-ape ... pasal skuter amat sensetif klu melakukan modifikasi enjin terhadap nya... jangan ambil risiko....
Yamaha ego ni pun aku cat warna biru agak tua skit ... cat yang aku pilih adalah Biru Diamond 5 colour effect...
cuba lihat ye bebetul ye... memanik bling-bling tu ade lima jenis colour.. klu di lihat dibawah sinaran matahari nampak lah perbezaan warnanya...bersinar-sinar.. mengelip-ngelip lah.....
Part 4: Aktiviti konvoi bersama EX-5
Baru-baru ni berlangsung aktiviti Konvoi bermotosikal Kapcai EX-5 berlangsung di Pantai Desaru...aktiviti sebegini adalah lebih baik dan ade manfaatnya... Tahniah atas kejayaan Konvoi beramai-ramai tersebut.. tahun depan diharap berjumpa lagi...
Pose gambar beramai-ramai ... kaki motor tahniah pada korang ye.... EX-5 boleh
Sibuk mengambil peluang ambil gambar perhimpunan motorsikal EX-5 ...
"hai bro ambik motor sendiri nampak "
"Mejoriti EX-5 warna Merah , EX hitam dan EX-5 putih kat hujung tu dan biru paling sikit sekali"
hah ni lah peluang ko buat aktiviti yang sihat.... perhimpunan EX-5 yang sangat meriah...
Part 5 : Topi Keledar..... Pakailah dan sayangilah nyawa anda?
Stylish and safety..Make it your choice... Topi keledar berfungsi melindungi kepala anda serta mengurangkan kecederaan kepada si pemakainya jika terlibat dengan kemalangan..
Memandangkan ia perkara ni serius ..
Akta Pengangkutan Jalan 1987, Motosikal ( topi keledar keselamatan ) Peraturan 1973... Akta tersebut menyatakan " adalah menjadi kesalahan kesalahan jika anda membekal, menjual dan memakai topi keledar yang tidak menepayi Standart Malaysia".
Logo MS pada topi keledar adalah tanda persijilan Produk oleh SIRIM ialah MS1:1996 dan standart antarabangsa iaitu ANSI Z90-1971,As 1698-1980,ECE R-22 dan BS 6489-1984
Topi Keledar haruslah melepasi ujian pre-conditioning dalam keadaan ambien, suhu panas,ujian basah dan tahan hayat dan melepasi tahap ujian Performance test iaitu ujian impak,tusukan dan ketahanan tali keledar
Selamatkan Kepala Anda selamatkan nyawa anda.. Gunakanlah topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan tunggang Motosikal dengan berhemah....
Part 6 : Kapcai Versi Rempit
Ape pulak ni....mamat tu tengah dok mengadap Honda Lampu petaknya... malam ni gak nak turun gelanggang.. setting baikkk punya... cari makan lah.... cari lauk.... sape yang akan jadi mangsa buat lauk aku ?...
Tengah setting motor kapcai ni....Kapcai enjin power beb... Harap maaf ade adengan yang tak di luluskan lembaga penapisan filem....

Malam hujung minggu ... Malam muda mudi.... .... sape-sape klu berani bolehlah bertaruh... boleh turun, aku boleh potong sayur kat motor korang dengan motor kapcai ni... makan asap je lah korang nanti...ade berani ?????
Jika anda berani menyahut cabaran..... Tindakan tegas mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kini menanti semua Mat Rempit.
Hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM15,000 menanti golongan terlibat sekiranya mereka ditahan polis yang sedang memperluaskan usaha memerangi kegiatan itu.Tindakan juga boleh dikenakan kepada ibu bapa atau pemilik motosikal yang membenarkan penunggang bawah umur dan tidak memiliki lesen menunggang motosikal berkenaan.Kerajaan diminta supaya meminda segera Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit atau samseng jalanan dengan hukuman penjara mandatori.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks