Friday, August 6, 2010

Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Ramadan

Kenduri Tahlil Dan Doa Kesyukuran..
Tak ada story nak citer cuma semalam kami cuti tak buka bengkel... Cuma nak berkongsi ceriter sikit perkara malam semalam.. Pasal kami balik kampung kat Pontian .. Nak buat sikit majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan doa kesyukuran secara kecil-kecilan sahaja sebelum masuk bulan puasa.. Ni bukan apa sudah menjadi kelaziman masyarakat kampung tempat kami buat kenduri cam ni ..Tak ade niat apa pun.. cuma ingin mengiratkan silaturahim masyarakat setempat..
Kena kemas sikit rumah nanti selepas Sembayang Isyak Insya Allah ade tetamu nak datang..

Lepas Isyak Bacaan Yaasin dan tahlil dimulakan.. tak terkecuali diakhiri dengan doa kesyukuran menyambut Ramadan..
Selesai sudah tahlil.. jom kita makan..
Meh kita lihat apa yang terhidang tu...
Alhamdulillah selesai sudah kenduri tersebut... Maaf tak jemput korang... cuma kenduri kecil-kecilan aje ..

Sedikit Renungan bersama..
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mere
ka (berdoa) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. (Surah Al Hasyr ayat 10)
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq.

Monday, August 2, 2010

DIY Repair calar kereta

Soalan dari Avie
Avie Hi...tenga2 cari pasal cat kereta sendiri terjumpa blog kamu...nak tanya ni...baru2 ni kereta saya calar sampai nampak hitam.
Avie Macamana nak cat sendiri ya? (Saga BLM Silver Metallic, calar nmpk hitam 7inch 2 garis, calar geser 9inch) Apa jenis warna or macam mana nak cat guna
Avie Nak cat guna berus cina bukan soray?
Avie sorry..cat spray
Avie or apa2 yang plg baik la TX
Jawapan dari kami
Thanks kerana bertanya.. maaf kerana lambat jawab.. terlebih dahulu kena kenal dulu lapisan cat pada kereta ada lapisan clear, colour, primer ( warnanya samaada putih, kelabu, atau hitam) dan last sekali nampak le besi... Kalau calar setakat melibatkan colour aje mungkin boleh diperbaiki.. dan tak kalau ada bekas tu pun hanya nampak garis halus sahaja... Namun kalau calar tu dah sampai nampak lapisan primer tu atau besi tu yang kena cat juga... tak leh nak elak kena repair secepat mungkin bagi mengelakkan karat...
Apa pun di sini ada sedikit sebanyak yang mungkin boleh membantu kamu untuk repair balik kereta kamu tu...
kamu boleh buat sendiri... jika ianya tidak serius sangat calarnya.. kalau dah teruk tu... tak leh buat apa kena hantar bengkel cat lah jawabnya...

Repair Calar pada surface Sahaja
Kalau kereta baru
Boleh lah kita Polish sahaja nak bagi hilang scratches tumpulkan calar kecil sebelum dilapisi dengan wax..Tapi sekarang dah ada polish dan wax ni di satukan sekali..so ianya memudahkan lagi. dan sekarang ni dah ada scratch remover boleh gunakanya kemudian polish+ Wax plak lepas tu..calar-calar tu kalau sampai ke metal memang takleh hilang... polish and wax sebenarnya takleh nak menghilangkan calar.. kalau yang hilang tu calar kat surface yg paling atas cat, sebab bila kita polish kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..then kita wax untuk tambah balik coating tu...

Kalau kereta Baru cat
Kalau baru di cat usahakan pakai wax soft (biasanya cair), jangan terlalu sering menggunakan wax (max 1 bln sekali) karena sifat wax mengikis lapisan anti gores (acrylic) , kalau terlalu sering dan lapisan antigoresnya terkikis maka yg didapat bukan mengilap malah menanggalkan lapisan cat tersebut..
Kalau Kereta Lama
Ni yang agak sukar sedikit ye.. caranya bahagian yang calar tersebut kena gosok dulu dengan kertas pasir paling halus... tapi kertas pasir tu kena kasi basah kertas pasir tu ( celup aje kertas pasir dalam air).. lepas tu baru lah boleh gosok kat permukaan calar tu...
Pastu ambil Scractch remover sapukat per mukaan tu .. Pastu baru guna rubbing compound plak... gosok lah kat calar tu..
Dah clear rubbing compound, baru pakai polish.. satu lapis lagi. yg ni utk hilangkan kesan2 cat teroksida tu. (yg kaler dah naik berkapur tu..). selesai polish, last skali baru laa kita wax kan. Wax yg biasa aku pakai, Turtle Wax, Johnson Kit dan yg paling aku suka - Soft99 serta Meguiar's. Ada yang guna featherlite .Takyah tekan kuat kuat, sekali letak je mesin polish pastu layan aje...
Lap bersih bersih... hah kan dah hilang dah kesan calar tu.... cuma boleh aku cakap jangan buat selalu kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..
Repair calar yang nampak lapisan primer dan besi
Yang ni cara hanya untuk calar bergaris sahaja... bolehlah cari kat kedai bancuh cat ada jual jenama auto spa punya produk... tapi kena tau lah colour kereta korang tu... tengok kat katalog dia pun ada...
Touch-up paint ni dalam botol kecik aje kalau untuk kereta korang Honda, Kia, Toyota, Nissan, Proton dan Perodua boleh cari colour ni tapi yang pastinya hanya ada basic colour sahaja tau...
caranya mudah aje hanya sapu aje pakai berus kecil ... sapu kat garisan calar tu aje tapi kenalah hati hati jangan tebal sangat tau.... tutup pakai cat touch-up tu je.. biarkan kering pastu..
sapu pula clear pada cat toch up tersebut... untuk protect cat touch up tu... pastu biarkan kering...
Pastu gosok pakai kertas pasir paling halus sekali... nak kasi rata cat yang tertimbul tu...
Pastu polish balik ye kat permukaan yang kita gosok pakai kertas pasir tu... supaya tak nampak bekas calar tu .. ok kan... tak nampak dah bekas calar tu...
Calar pada bumper
Kalau calar pada bumper yang agak dalam tu.. Korang boleh cari cat spray tin jenis DPI yang sama color ngan coat kereta anda tu... kalau colour proton dan produa tu memang ada jual.. tapi tak 100% lah nak sama ngan colour tu..
Tengok calar kereta tu... kalau tak berapa dalam korang gosok aje pakai kertas pasir sampai hilang rata calar tu..
Bungkus kat tepi-tepi bumper tu pakai old news paper.. pastu spray primer lepas tu...

Dah tu barulah spray cat DPI tu... dah kering cat ngan clear coat plak... nak bagi tau clear coat guna dan kena cari yang boleh lekat kat bahan plastik punya.. dia ada selalunya tulis jenis plastik kat lebal clear coat tu...

Ni kalau calar tu teruk sangat
Kalau teruk sangat tu tak boleh buat apa kena gak cat... kalau kena kat pintu kena cat sekeping pintu.. Hantar aje kat Bengkel cat berdekatan.... tau lah dorang nak buat camner kat kereta ko tu..
Kena simen balik dan gosok pakai kertas pasir tutup balik calar tersebut balik semula
Sembur primer kat permukaan calar tersebut...
Pastu baru lah cat sekeping pintu baru lah nampak cat tersebut rata... paastu baru lah sembur clearcoat plak lepas tu...
Harap Ianya Berguna
Ok lah n aje sikit sebanyak yang dapat kami terangkan tentang cara nak buat repair sendiri kesan calar kereta tersebut.... ni caranya kalau kita tengah sesak tak cukp duit guna aje cara ni... Insya Allah mudah-mudahan dengan cara ni korang bolehlah jimatkan wang poket korang nak gi bengkel cat okk...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Air Balang Kenduri Kahwin air Asam Boi Spacial


Dengan ini kami mengambil kesempatan yang ada untuk promosi bermacam-macam jenis air dari Fire Starting. Enterpise.. Ini kira kami punya projek family kiranya... satu family bersama mengusahakannya.. salah satu cabang bisnes perniagaan yang kami telah jalankan..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Promosi Air Balang Kahwin
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Promosi Air Balang tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempahan pekej minuman dan harga .. Jika ade yang berminat Silalah hubungi kami pada Nombor Talifon kami:


Sebenarnya kami mendapat tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 9 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... dan juga satu set makanan petang sebagai menu spacial sampingan sepanjang majlis itu berlangsung.. Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta..

Mari lihat pelbagai jenis air balang yang kami buat tu...
Jom Terjah apa yang ada tersedia untuk para tetamu yang hadir... silalah dengar riuh rendah celoteh pembancuh air tersebut... riuh rendahhh... gamat nampaknya...
Majlis Perkahwinan bermula 11.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 9 jenis air minuman telah tersedia.. sila pilih sila rasa silalah menjamu dahaga....
Mari lihat lebih Jelas Air Balang tersebut ...Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak
Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memanglaris dapat sambutan gak
Jagung dan Keladi turut menjadi buruan penggemarnya.. pun dapat sambutan yang amat baik
Hawaii Blue dan Tembikai susu pun sedap gak... kalau nak tahu cuba lah try ye
Teh bunga ni pun ada gak... kira termasuklah senarai air yang top mendapat sambutan...
Menu Makanan petang
Satu lagi tempahan tuan rumah untuk sajian petang semasa majlis perkahwinantersebut... khas untuk makanan petang khusus untuk para tetamu...Menu Pisang Goreng rangup, Keledek Goreng, cempedak pun ada dan paling spacial ialah Cekodok ikan bilis dan udang...
Semuanya makan tersebut cecah ngan kuah sambal... Tersedia dengan kuah sambal kicap ( untuk orang Johor) Sambal cili (untuk orang luar Johor) pilih aje nak mana satu...



Chef untuk buatnya Menu tersebut ialah hasil tangan ibu dan ayah.. sedang sebuk bancuh tepung untuk cekodok ikan bilis udang dan pisang, keledek goreng tesebut... sibuk sikit lah..
Untuk menyediakan menu petang tersebut sebanyak 150 kilo pisang dan 7 kilo keledek untuk digoreng... 18 kilo tepung untuk buat cekodok ikan bilis udang diperlukan...
Start Goreng pada pukul 2.00 petang... bagi tetamu yang hadir untuk makan sebagai menu petang sampingan...
Yang ni Sedang goreng cekodok ikan bilis dan udang... pakai kuali besar tu..
Satu kuali lagi pun buat goreng cekodok ikanbilis udang tu... kena masak guna 2 kuali serentak...
Zooommm lagi dekat.... dah masak dah ni tinggal nak angkat dan toskan aje...
Yang ni pisang goreng dan keledek goreng.... tengah goreng lah ni...
Bila dah masak baunya hampir segenap penjuru bau pisang goreng tersebut... menyelerakan sungguh...


Wahhhh makcik sabar ye... pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...
tengok abang tu... ni kira kami snap gambar abang tu tengah minum air... tengok sampai bangun dari duduk lah sedap sangat kut...
Cuma ramai yang kepeningan nak pilih mana satu semuanya sedap-sedap belaka... wahhh banyak pilihan katakan...
Pasukan kompang Penduduk Kampung Sungai Tongkang mengiringi ketibaan Pasangan Pengantin...
Yang jarang-jarang kelihatan tu Gemelan Jawa di alunkan sepanjang majlis bersanding dan makan beradap pengantin berlangsung....
asyik gak dengar muzik Gemelan Jawa ni... wehhh sangat Tradisional betul lah.. jarang sangat di ketengahkan..
Persembahan silat pengantin dari bebudak silat... belum lagi trip orang dewasa buat persembahan lagi..
Terima kasih Daun Keladi.. Selamat Pengantin Baru Pada pasangan pengantin tersebut.. Kami semua doakan kebahagian anda kekal hingga akhir hayat... Amin
Apa pun Terima Kasih sekali lagi atas jemputan dan tempahan tuan rumah pengantin... Terima Kasih pada keluarga Puan Saadiah Mohd Amin memberikan kepercayaan pada kami untuk menyediakan minuman dan menu petang tersebut... Harapan kami moga Tuan rumah berpuas hati dan respon yang baik dari tetamu yang hadir amatlah mengalakkan.. banyak yang puji... Alhamdulillah ... Kami usahakan yang terbaik untuk anda semua...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Asam Boi Spacial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air asam boi Spacial antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air asam boi spacial habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah .... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...

Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi
Cara-cara
Potong apple hijau dan buang bijinya.
Blend bersama air dan gula
Kemudian masukkan kedalam jug.
Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..