Sunday, March 21, 2010

Bengkel cat kereta - Projek Cat Wira Champion White

Champion White Color pada Wira..
Dah lama tak cerite pasal projek kat bengkel ni... kali ni kami dapat kereta Proton Wira untuk cat warna putih... Sekarang ni musim laah kereta warna putih ni... tak taulah ramai yang datang cat warna putih (Champion White) dah jadi trend plak.... Tak kisah lah kami ambil aje projek ni...
Pada mulanya kami cari dulu part Side skerting dan Spoiler belakang dah dapat pasang lah kan....
Proses kereta macam biasa kerja-kerja dilaakukan pun macam selalu...
Under Code seluruh body lepas ni dah boleh naik cat pulak....
Lupa ni nak tunjukkan can tuman pada side skerting....
kami simen jadi bila cat tak nampaklahkan sambungan tu....
Colour putih pada lapisan pertama tu..... warna basic white.... Side miror pun cat sekali jalan ....Cat lah sampai habis.... Ni Kat belakang kami cabut dulu spoiler dia...
Dah siap baru kerja-kerja Polish kasi kilat....
Oppssss dah nak Magrib lah.... Last kami ambik gambar kereta dah siap tu.... Pastu boleh tutup kedai.... Kita balik umah.... sorry gambo tak berapa terang lah.... suasana samar-samar lah

Pastu bawak masuk kereta dalam bengkel susun semua..... Kedai tutup pukul 7.00 malam masa kami nak balik... Mari kita balik......
Jom terjah Umah eden ni jang oiii
Comel ye umah eden ni ye..... Kocik yoo... mano lah muat, den sorang yo boleh masuk...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Monday, March 15, 2010

Car In accident.... Berapa lama tempoh baiki?


Salam Takzim pengunjung semua.... Kali ni kami nak jawab pertanyaan En. Nor Terima kasih kerana bertanya...
Pertanyaan En Nor : "Berapa lama nak baiki kereta kalu kemalangan"

Oklah.... kami cuba entrykan coz beliau tak meninggalkan jejak untuk kami tanyakan secara terperinci keadaan kereta kemalangan tersebut dan tak dapat gambaran sebenar ape yang berlaku...

Kebetulan kami baru sahaja menerima sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan.... Pada mulanya kami ingatkan kemalangan kecil biasa.. Dan apebila sampai kami amat terperanjat.. Kereta tersebut kemek remuk... Entahlah kami pun pening memikirkan cam ne nak repair ni... Teruk sangat sebenarnya...
Bahagian belakang kereta accident tersebut akibat kena sodok lori dari belakang.... Tempat duduk belakang telipat-lipat.... kemek terperesokBahagian dalam kereta tersebut.....Keadaan bumbung tersebut kemek teruk....Bahagian belakang yang jelas kelihatan amat teruk sekali....

Berbalik dengan jawapan tersebut.....

Kalau kerosakkan macam ni lah mau dekat sebulan Tempoh siap habis sepenuhnya atau sampai lebih berbulan-bulan siap dengan cat sekali lah... secara ringkasnya macam kat bawah..
(1)Kemalangan melibatkan cassis/ rangka/ body & kerosakkan yang berat
Tempoh masa untuk String balik cassis / body yang bengkok (Tempoh siapsebulan hingga berbulan-bulan)
Tempoh masa yang diambil untuk kerja kerja tarik body cassis kereta tersebut... perlu dilakukan dengan berhati-hati, teliti, dan ikut spesifikasi asal... susah untuk stringkan balik kerangka/cassis yang bengkok... kalau ikut kudrat tangan kena ketuk... tak terketuk balik asal lah.... rasanya tak jadi lah tegak balik besi yang bengkok tu....

Mestilah pastikan sesebuah bengkel itu Panel bertauliah, Pakar, spacialis, ada buat claim insurans dan melibatkan kelulusan Puspakom...Perlu ada mesin/ alat seperti dibawah ni.... Yang paling penting ukuran string balik mesti tepat & ikut spasifikasi yang ditetapkan....
Bahagian yang remuk tu perlu di tarik string balikTarik menggunakan rantai yang di tambat kat tiang .. Tarik sikit-sikit...
(2)Kemalangan tidak teruk ( Damage & Crash body)
Tempoh masa baik pulih body ketuk, welding & Touch up ( Tempoh 2 minggu hingga sebulan)
Dalam keadaan yang tak berapa teruk iaitu kemek pelanggaran pada kulit body memerlukan bengkel tersebut perlu membuat kerja-kerja penggantian part yang rosak sama ada perlu ketuk baik pulih, potong dan sambung welding atau ganti part baru.... juga perlukan kemahiran baik pulih body...kerana sambungan welding jika tak betul-betul pakar ianya akan menjadi lebih parah lagi .... Sambungan perlu ikut kebenaran dan kelulusan yang dibenarkan Puspakom...


(3)Kemalangan Kecil Kemek Kecil Dan Ganti Part pecah/rosak
Tempoh masa repair body, tukar part, simen body dan touch up balik (Tempoh siap 2 minggu hingga 3 minggu)
Kerosakkan macam ni boleh dianggap toch up... mana-mana bahagian yang kemek akan di ketuk sedikit, simen atau tukar panel-panel part yang mudah ditukar... tapi bergantung pula sama ada tukar part baru atau cari Stock half cut....

Alat tarik kemek.... tak payah ketuk body
Tukar Part lebih senang dan mudah kerja....Simen balik, gosok kertas pasir dan touch up balikCuma episode yang tak sedap di lihat ialah..... apebila kereta anda tak dapat diselamatkan kira habis ikhtiar dan tak berbaloi nak repairnya, jadi jalan terakhir ialah " Total Lost "
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Friday, March 12, 2010

Yamaha TZM Coverset .....

TZM Coverset....
Salam Takzim dari kami.... tak ade ape rasanya nak story... tapi saja nak kongsi sesuatu setelah melayari laman cyber kami terjumpa beberapa modifikasi bahagian coverset motosikal Yamaha TZM.. Tengok kreativiti kaki motor berikut ini kat bawah...

TZM modifide Coverset
TZM telah di kacuk ngan Aprilia agaknya..
TZM Kacuk jadi model Motor Honda Repsol plak
TZM nombor 46 CAULOISES
TZM ala-ala Red bull ....
TZM Merah Kuning cantik gak...
Antara lain lain lagi gambar Motosikal TZM yang sempat kami rakamkan

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...