Pages

Thursday, August 4, 2011

Diy Buat Servis Kereta


Pertanyaan yang diajukan
Guest: Singgah sahur. nk tanye ak nk tukar minyak itam kete, penapis kaburetor dgn plug skali. bleh tunjuk ajar nak buat rasa nk buat sendri sbb nk balik raya jauh trima kaceh
Jawapan Kami...
Thanks pada
Guest ( tah tak tau sapa nama dia) kerana bertanya.. saya cuba lah jawab benda ni Seberapa ringkasnya dan harap dapat manfaat darinya nanti..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Diy Buat Servis Kereta Sendiri

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Senggaraan yang paling mudah dibuat dan paling kerap dilakukan ke atas kereta ialah penukaran minyak enjin, Oil filter, Air filter dan Spark Plug.. Ini perkara yang basic kita perlu tahu kalau nak buat nya sendiri.Yang penting kos servis sendiri jimat hampir 20%. ..

Penukaran minyak enjin dan Oil filter

Penukaran minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak). Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali. Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut jangkamasa waktu. Untuk kereta baru atau “second hand” anda, yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W).

Minyak hitam yg bukan sintetik tu, setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik, mungkin 7,500km atau 10,000km.
Minyak hitam mineral untuk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik untuk 15-20,000km/ 1 tahun.

Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc tapi dalam mungkin minyak murah made in china. Dalam satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

Peralatan/tools yg diperlukan:

  1. Spanar- untuk buka skru tangki bawah minyak hitam.
  2. universal filter wrench- kasi longgar/ketat filter.
  3. super car jack- barang wajib utk kenderaan
  4. sediakan bekas utk minyak hitam yg telah digunakan
PROSEDUR/ LANGKAH/ TEKNIK
1. Tarik hand-brake dan masukkan gear satu.
2. Gune car jack untuk naikkan kenderaan bahagian hadapan. Berapa tinggi? ikut saiz badan asalkan korang boleh buat kerja dgn selesa


JACK - Pastikan kita jack pada bahagian "tetulang" dan STAND - letakkan jack ini pada bahagian tetulang utk keselamatan diri supaya tak kena hempap kereta

Sepasang GLOVE - sebagai pelindung kepada tangan/jari.. Sediakan peralatan seperti Spanar, pembuka oil filter wrench dan satu bekas takungan minyak hitam


Mula-mula longgarkan nut screw untuk motor oil pan dahulu dan Gunakan pembuka khas ( oil filter wrench ) Untuk longgarkan oil filter sahaja terlebih dahulu..


Sediakan saiz bekas yang sesuai utk menampung minyak hitam yg telah digunakan. Letakkan dibahagian bawah skru penutup tangki minyak hitam.
Seterusnya hanya pusingkan skru penutup oil pan dengan tangan aje. Berhati-hati, minyak akan mencurah keluar melalui lubang penutup, angkat bekas rapat ke lubang! Pastu kena tunggu lah pulak minyak hitam tu habis keluar Masa untuk berehat seketika. Kalau di bengkel, cume 5 atau 10 minit aje. comfirm baki minyak hitam masih ade lagi! Bergantung kepada anda berapa lama nak tunggu.

Buka pula oil filter yang kita longgarkan tadi… hanya pusing dengan tangan.. kalau nak buka arah counterclockwise. . Pastikan ada bekas berada di bawah utk menampung miyak hitam! Tunggu lagi sampai minyak habis keluar.. naik & turunkan car jack supaya baki minyak habis menitik.

Oil filter - sama seperti minyak enjin 5000km untuk minyak mineral biasa dan 7500km - 10000 km untuk minyak synthetic. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

Gantikan filter/penapis yg baru. Sila baca arahan tertera pada kotak@filter. Pusing dan ketatkan dengan tangan sahaje!.. Sebelum tukar oil filter sapukan sedikit minyak pada oli filter seal .. Pastu Pasang balik oil fiter baru ketempatnya.. Kalau nak Ketatkan balik arah Clockwise

Setelah anda berpuashati, Ketatkan semula skru penutup tangki bawah minyak hitam dengan spanar! Tapi jangan kuat-kuat sangat..

Setelah dipastikan oil filter dan oil pan nut diketatkan barulah Tuang minyak enjin.
berapa banyak nak isi? isikan 1/2 atau 2/3 dahulu. Biarkan masa dlm 15minit untuk minyak turun, nanti boleh check kemudian..

Pastikan ianya tidak terlebih paras maksimum dan tidak terkurang paras minimum. Seelok-elok paras ialah 3/4 bar min - max. Kira ok lah tu…Pastikan aras minyak tidak sampai tanda MAX(maximum). Juge jangan terlalu kurang MIN(minimum). Pilih tanda aras yg di tengah!
_______________________________
Penukaran Air filter

Komponen “air filter” (penapis udara kereta) menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang kotor. Kalau dah agak rasa kotor memang patut wajib kena tukar...

Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.


Buka penutup penapis udara (keluarkan penapis sekiranya kotor) bersihkan bahagian dalam cover air filter dari kekotoran & habuk... Senang boleh guna WD-40 spray ajer ..


Sekiranya kotor penapis udara Tukarlah penapis baru…. Pastu kalau dah siap pasang balik penutup cover tersebut seperti sediakala..
_______________________________
Penukaran Spark Plug

Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda. Yang pertama “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja. Biasanya tidak banyak masalah berhubungan komponen ini. Jangka hayat palam pencucuh (spark plug) tukar setiap 30,000km atau setahun sekali..

Ada yang kata spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi korang boleh pakai sampai 30,000-40,000 takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40,000 tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji..Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus. minyak hitam terbakar... ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak.


Kena ada Spark Plug Spanner socket kalau nak buka pasang nanti


Cabut kesemua hujung spark plug cable tu.. Tapi sebelum tu perlu mengingati turutan spark plug cable yang mana wire no1,no 3,no 4 dan no2 .. Supaya tak salah pasang cable tu pada plug yang mana satu..


Perlu ambil serius hal ini… Periksa hujung dan bahagian dalam spark plug cable tu kalau dah rosak ke, pecah ke atau dah reput ke ..


Kalau dah rosak Kena ganti baru cable wire tu…


Buka kesemua Spark Plug dengan Spanner socket.. Cabut keluarkan kesemua plug yang lama tersebut..


Asingkan Spark Plug yang lama tersebut ketepi .. Dan ganti spark plug yang baru…


Dah siap ganti plug tu.. Pasang balik cable plug tu ikut turutan tadi.. Jangan salah pasang kedudukan cable tu pulak yerrr…. Try start kereta hidup tak..
_______________________________

Tak perlu di tanya kenapa ? ....Kalau nak senang hantar ajer gi servis kat tetapi perlu saya ingatkan anda sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyerah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.

** Amaran: sekiranya anda tidak berkeyakinan, jangan lakukan!! Serahkan kepada pakar bengkel kenderaan dan bayar aje. Apa pun saya tak bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara2 tak diingini!!
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

32 comments:

  1. kalau la pandai, mmg nak buat sendiri r. sbb x pandai je tepakse anta kedai.

    nak tanye pasal kilometer kat dashboard tu la. andaikate km dah 28500, pastu limit kene sevis sampai 29000. bile dah sampai 29000, tapi check minyak hitam n coolen semua masih ok. minyak hitam tu pn masih jernih, wajib servis jugak ke? sbb nak raye ni kan. dpt jimat kos sket. tapi nak balik kampung dari jb ke perak. perlu servis jgk ke?

    ReplyDelete
  2. aku pernah juga buat tukar sendiri minyak hitam ni
    hehe
    sebenarnya tak payah mana pun

    ReplyDelete
  3. ampir 3 thun pakai kete..mmg antar tpt servis je,,,hal enjin2 mmg tak reti..
    but nice..ada info, leh jgk jwab klu org tnya..

    ReplyDelete
  4. Hmmm... minyak hitam yang dikeluarkan tuh nak buang kat ner? Takkan buang kat longkang kot? Ada tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat bakar sampah je, sikit2 tuang buat bakar sampah lama habis... Klau hari hujan nak bakar sampah pun boleh hidup

      Delete
  5. Yupp...terbaik buat sendiri...tp klau x reti gak kene anto kedai laaa...hehehe

    Logo: minyak itam tu klau rajin anto kt kedai laa...jgn buang dlm longkang lakk

    ReplyDelete
  6. thanks bro 4 da info..
    boleh la cuba2 nak servis sendiri..
    :)

    ReplyDelete
  7. ada orang pernah maut tak DIY servis kereta?

    ReplyDelete
  8. bukan tak nak servis sendiri tapi tak da alatannya. Kena beli macam-macam hanya nak buka enjin. Lagipun duit memang dah ada peruntuk untuk servis. :)

    Apapun ayah saya minat DIY sendiri keretanya pada hujung minggu.

    Durian Belanda = Dutches' durian!!!?

    ReplyDelete
  9. benda ni tak susah tapi kalau dah malas so jadilah susah hehehehe

    ReplyDelete
  10. aduih kete saya dah maksimum seribu pada meter..abah cakap tunggu dulu..tapi bagus gak lama sikit tunggu nak servis seterusnya..hehe

    ReplyDelete
  11. yup2 .. ayah salu ckp tukar sndiri dapt berjimat :)
    hari tu die ajar cmne nk tukar minyak hitam :)

    ReplyDelete
  12. kaedah terbik yg harus dilakukan lebih2 lagi saat menjelang raya nanti.. segalanya mesti dlm keadaan perfect

    ReplyDelete
  13. minyak gear tukar berapa km pulak?

    ReplyDelete
  14. time kasih,good info..terus follow sini :)

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Bro... Mohon share, untuk rujukan assignment..(^_^)

    ReplyDelete
  17. assalam, saya baru nak belajar, nak buka nut minyak hitam pakai spanar saiz berapa ye? pembuka oil filter saiz berapa ye..sbb tiada info yang diberikan..sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain model kereta..lain saiz spanar...bese klu proton..pakai saiz 14...try dulu....utk pembuka oil filter...tak ada saiz..cuma perlu beli alatan tu je

      Delete
  18. Tukar minyak itam ni ade risiko.nak pasang tiba2 skru loose,tak pon bunga lubang skru rosak..fuhh,berpeluh jantan beb

    ReplyDelete
  19. Skru kt bwh tu biasanye saiz 15..pasal oil filter kena cari kt kedai la sbb khas utk buka oil filter, ada mcm2 jenis klu x silap... seloknya masa nak pasang blik Skru tu kena hati2 la hehe

    ReplyDelete
  20. Skru kt bwh tu biasanye saiz 15..pasal oil filter kena cari kt kedai la sbb khas utk buka oil filter, ada mcm2 jenis klu x silap... seloknya masa nak pasang blik Skru tu kena hati2 la hehe

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. salam FSA

    boleh bagi tunjuk ajar dengan gambar sekali untuk service perodua viva 850
    cara tukar minyak hitam dan tukar minyak gearbox sekali dan yang terakhir penukaran absorber depan belakang kereta viva

    sekian terima kasih

    harap tuan dpt membantu ;)

    ReplyDelete
  23. saiz spanar buka plug tu.. saiz berape??

    ReplyDelete
  24. Bole sy tau turutan nombor dari coil api wira vdo 4g15 ke spark plug mcne?

    ReplyDelete
  25. bang, hidup lagi ke blog ni?
    ke dah pindah ke FB?

    ReplyDelete
  26. If you understand my language so i appreciated this content....
    soundproofing barriers

    ReplyDelete