Pages

Saturday, September 3, 2011

Burasak VS Lepat Loi



Permintaan yang diajukan..
asrul rae x
said: saya harap ade lagi satu entri biasa, bukan pasal motor, tapi pasal puasa dan ramadan. dan pasal raya.contoh mcm entri lama, firestartingautomobil di pagi syawal-antara burasak lepat loi

Jawapan Kami..
Thanks pada sahabat kami asrul rae x.. Mengingatkan saya pasal ni... Eeemm sememangnya saya patut buat entry ni.. Tapi sebelum tu tak terlambat saya nak ucapkan Salam Aidilfitri dan saya mohon maaf segala kesilapan yang saya pernah lakukan pada korang semua...


Tradisi Masakan Bugis
Seperti kebiasaan nya seperti tahun-tahun lepas memang saya pulang beraya kat umah Mak Ayah di Pontian, Johor... Tahun ni sederhana sahaja... yang penting sekali dapat Solat sunat Aidilfitri bersama keluarga dan dapat lagi merasa juadah raya dari air tangan seorang ibu lagi.. dalam dunia ni masakan mak yang paling best sekali.. tiada tandingannya...

Sebenarnya saya berdarah campuran bugis Sebelah Abah dan jawa Sebelah Emak.. Jadi setiap tahun Mak, Abah dan kami sekeluarga akan sebuk kat dapur untuk menyediakan juadah pagi raya.. Mehhhh kita buka apa yang ada terisi kat dalamnye tuuu.... jomm kita menjamu selera yeee. Setiap tahun menjelang hari raya ini lah hidangan wajib bagi bagi keluarga kami iaitu Burasak dan Lepat Loi (makanan orang bugis)

Bagi sesiapa yang singgah di Rumah orang suku kaum Bugis tidak sah jika anda tidak makan makanan ini kerana hampir setiap rumah kaum bugis ketika raya ada makanan ini..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi: Burasak Bugis
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
So hari ni saya akan jadi Chef mengajar korang macamner nak buat Burasak Bugis ni..mari kita lihat cara menyediakannya ..
1) First sekali benda penting kena cari daun pisang kewna ambil daun pisang kalau boleh 3 peringkat, ambil pucuk muda ( masih bergulung lagi) , daun pisang agak sederhana tua dan daun agak tua sedikit.. kesemua daun tu di layurkan dan di jemur pada panas terik matahari seketika

2) Burasak ni diperbuat dari nasi beras wangi.. beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dengan santan kena bubuh lebih sikit, sedikit garam, dan air.Angkat nasi bila dah separuh masak.. Nasi keras sedikit pun tak pe.

3) Daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu) . Kemudian ambil sikit dalam sesenduk nasi tadi letak atas daun pisang yang dipotong-potong tadi.
4) Bentukkan nasi tadi jadi empat segi terpulanglah pada korang nak tebal atau tipis. Kemudian lipat daun menutupi nasi tersebut ( macam nak bungkus nasi Lemak)

5) Urut burasak tu di sekeliling bucu untuk meratakan nasi kalau tak nanti hasilnya nasi akan berderai. Susun elok-elok sementara nak tunggu di bungkus luarannya pula.

6) Ada satu cara lagi selain dari cara manual guna tangan, ada juga yang gunakan acuan pencetak burasak nak lagi senang gunakan pencetak, tapi sebelum tu alas dulu pencetak dengan plastik supaya nanti senang nak keluarkan nasi tu dari pencetak.. dah letak nasi, tutup pencetak, dan tekan sikit.. yang bagusnye, bentuk burasak semua same je dan cepat

7) kemudian diambil di susun 5 atau 8 keping di bungkus sekali lagi dengan daun pisang tua plak. Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tengok berapa set nasi dapat buat

8) Gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.. Balut ketat jangan bagi terbukak.
9)
Dah siap semua, masuk dalam periuk besar.
kemudian di rebus Burasak kena masak at least 8 jam...tak boleh terlalu sekejap takut cepat basi dan tak boleh terlalu lama takut nasinya hancur..


Macam ni lah rupanya Burasak ...Ni makanan tradisi kaum bugis (darah bugis mengalir dari keterunan Ayah aku). Tapi bila tiba time raya lah dapat merasanya.. Bagi masyarakat Bugis burasak ni di makan dengan Asam pedas ikan parang.. tapi boleh lah di kenakan ngan rendang ke.. ayam masak merah ke.. serunding kelapa ke..lodeh atau kuah kacang.. tak kesah ape pun janji perut aku kenyang..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi : Lepat Loi Bugis
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Selain Burasak.. makanan masyarakat Bugis lain seperti Lepat Lue diperbuat dari pulut sedap gak yang ni..
1) Lepat loi menggunakan beras pulut.. Pulut hendaklah direndam semalaman.Selepas tu pulut tadi dikukus hingga masak.Setelah dikukus pulut tadi digaul bersama santan yang telah dimasak

2) Gunakan pencetak untuk Lepat loi , tapi sebelum tu alas dulu pencetak dengan plastik supaya nanti senang nak keluarkan pulut dari pencetak.. dah letak pulut tu tekan-tekan sikit.. kemudian alihkan pulut yang di cetak tadi di atas dulang..

3) Proses membungkus dilakukan dengan meletakkan pulut atas daun pisang muda dan dibentuk segi tiga seperti cara lipatan yang dilakukan diatas..

4) Setiap bungkusan dengan daun pisang tua dan diikat tali rafia dijadikan sebuku (setiap sebuku mengandungi 6 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.

5) Bila dah siap semua, masuk dalam periuk besar. Masa rebusan memakan masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik dan ianya tahan lama untuk di simpan.... Hah ini lah rupanya lepat lui yang telah masak … dan sedia untuk dihidangkan.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi : Asam Pedas Ikan Parang Bugis
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Lazimnya Burasak dan Lepat Loi lebih enak dimakan berama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang ini di masak Meti -Masakan cili direbus kering.Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin.


BAHAN-BAHANNYA :-)

4 kerat ikan parang segar, cuci bersih dan toskan
3 kelopak sawi jeruk, kerat dan rendam
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

3/4 cawan cili kisar
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masa tumis ni kan letak 1/2 camca teh garam dan sedikit serbuk perasa (jika guna).
  2. Tuang air secukupnya. Kacau dan tambah sawi jeruk (tos dan perah). Bila mendidih, masukkan ikan dan tuang jus asam jawa, kacau perlahan dan sederhanakan api. Biar mendidih hingga ikan masak.
Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan bila ok boleh matikan api.

Dah siap semua bolehlah di hidangkan untuk di santap bersama...

Kebanyakan orang pertama kali makan nya mungkin makanan ni agak pelik rasanya.. mungkin lain tempat lain makanannya.. lain suku keturunan lain plak yang merasanya.. klu orang nogori sembilan memang lah tokak dio makan lomang.. klu orang terengganu, kelantan dan utara memang lah sedap lagi makan ketupat palas.. nak buat cam mana tekak orang kan.. tepuk dada tanya selera...
_______________________________
Adengan tak perlu dialami..

Chef Gordon Ramsay yang handal dalam bidang masakan pun tak akan pandai masak Burasak dan Lepat Loi tau... diorang tak leh cari makan kat sini....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

22 comments:

  1. Wawawa.....1st time dgr kuih burasak ngan lepat loi nih..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri:)

    ReplyDelete
  2. 1st tiem dengaq ttg Burasak Bugis ni...yer la kan setiap negeri ada resepi msg2 kan

    ReplyDelete
  3. pernah dengar nama kuih burasak nie. tapi tak pernah makan lagi.

    selamat hari raya. maaf zahir dan batin buat afzainizam sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. yup, saya pernah makan burasak kawan bawa dari sabah dia org bugis ..mmg sedap bila makan sekali dgn serunding..

    ReplyDelete
  5. tiap2 tahun sy balik JB...tk pernh jumpa lak Burasak dengan Lepat Loi ni..huhu..

    paling2 pun..jumpa laksa johor...nasi briyani...

    beza dgn org Melaka..wajib ada ketupat rendang... :)

    ReplyDelete
  6. kali 1st juga dengar nama ni. :D

    ReplyDelete
  7. baru tau pasal burasak n lepat loi nih...

    ReplyDelete
  8. biasa baca pasal moto ngan keta je...yg ni mmg lain la...
    aku sendiri pun x penah tau akan makanan bugis.tapi rupa cam penah tengok...takot kat kg aku panggil lain lak.tpi mak aku x penagh buat pun mende ni.mungkin sebab kami bukan org bugis kot...

    ReplyDelete
  9. keturunan bugis yea
    hurm siyes ak penah mkan n tak penah prasan
    hurmm mcm tempei pon ade care balutannye

    ReplyDelete
  10. ooo.. org bugis upenye..
    huhu.. cik rimau baru tau psl burasak nie.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Aku dulu pun xtahu pasal makan ne. Sejak kawin dgn org Bugis (benut, pontian), barulah aku kenal dan terjebak dgn kesedapannya.
    Pagi td baru sarapan burasak dan lepat loi ne, bwk bekal dr rumah, Baru masak smlm.
    Aku dah 'raya' dulu-baru habis puasa 6 smlm, tu yg mak mertua masak tu. ... Aku tlg mkn je... (smlm bantai 5 keping) heheeheee....
    Lauk ikan terubuk asam pedas ala-ala sardin. Selalunya ikan parang, tp smlm tak jumpa ikan parang kat pasar, jd masaklah dgn ikan terubuk.

    ReplyDelete
  12. mak aii 8 jam nak rebus..lama gila..8 jam rebus baik aku drive dari pahang pegi johor makan kat umah ko je bro hehehe.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  13. mmg tak pernah dgr,,lihat pun tak pernah,,,



    pos skit kt sye,,tak pernah mkn burasak n lepat tu...
    asam pedas ikan parang tu pun sdap...my fav klu asam pedas ni,,tp ikan parang tak prnah cb lg..pos la..
    kt kemaman xder kueh eksotik cmtu,,

    ReplyDelete
  14. haha terbaik la..blog enjin bertukar menjadi blog masakan..hehe..selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  15. Salam Aidilfitri bro...pehhh bursak la plak..
    Aku masa kecik2 dulu penah makan gak la burasak ni..(time blk kmpg..sg lurus)La ni dh jarang balik so payah le nak makan...time raya biasanya aku buat ketupat ngan lemang jerr..(jawasss)..
    lepat loi tu aku rasanya tak penah makan kot..nak mintak ko poskan kat aku la...boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  16. kire spisis pulut gak la kan. ehe^^
    selamat hari raye bro!

    ReplyDelete
  17. Tq for sharing info bro. Tekun aku baca dr awal smpai akhir.

    ReplyDelete
  18. Salam. Saya meminta izin menggunakan gmbr di atas sebagau rujukan saya.

    ReplyDelete