Sunday, August 23, 2009

Honda convert part Honda...

Kami dah dapatkan part honda tersebut...
Dah lama kami tak up date cerita tentang bengkel.. maklumlah kali ini tak sempat nak pose gambar lah.. kami agak sibuk sangat.. maklumlah bulan puasa kami cuba kurang kapasiti takut tak terbuat.. kali ini kami dapat projek agak lain sikit.. kami dapat projek dari seorang pemilik kereta honda convert.. jadi kami dah cuba dapatkan barang-barang nya berupa sebuah bumper depan dan belakang, bonet depan dan belakang, fender kiri kanan.. lama gak nak kumpul barang ni.. sebabnya nak cari yang betul- betul baik tiada kemek atau damage susah sekarang ni.. oh ye kami cuba dapatkan lampu hadapan dan belakang tu yang paling susah nak dapat.. Gambar asal kerata honda tu ... tuan punya kereta tu sebenarnya baru je hantar kereta kat bengkel kami beberapa minggu yang lepas.. Tapi kali ni datang lagi nak tukar set pulak.. kami ikutkan je kehendak dia...Part yang kami bukak sebab nak pasang baru...
Kerja-kerja pemasangan bumper dilakukan... pasang sekali ngan lampu tu.. nak adjust betul-betul rapat payahlah
Pemasangan bahagian fender tepi kiri kanan... berpeluh nak pasang beb
Ape macam mengancam tak... ni belum cat lagi tau...
Set hadapan yang kami baru pasang... set penuh siap lampu baru
Sayangnya kat side skerting tu je kami belum dapat nak tukarkan belum ade stock lah...
Dari tepi sisi.. nampak set baru yang terpasang...Bahagian belakang pun kami tukar gak satu set...


Hah kami tukarkan stering kereta tu sekali.. coz ade duit lebih sikit, dapat kurang dari bajet.. kami tukar ye bosss...baru lah nampak gempak sikit...
Selepas ni baru kami cadang nak cat pulak... kami sedang berbincang dengan tuan punya kereta sama ade nak layang balik atau nak tukar colour.... dapat jugak duit tambah masuk... kira dalam kepala ni untung aje.. kah...kah...kah..tak adelah..... kami bukan along .....kami cuma nak tolong ... thanks for owner kerana lebih kurang kat kami jadi kami berusaha untuk kepuasan anda.. ape macam bosss bila nak tukar cat ni...

2 comments:

khucaie said...

bos, kalau cat kancil berapa harga eh? kancil aku warna dah kusam2 ah.

Unknown said...

stereng mcam stereng keata saya.. hehe