Thursday, September 10, 2009

Kedai Potong & JPJ


Disebalik Hulfcut kereta
Kedai potong kereta menjadi tumpuan?....

Memandangkan sambutan terhadap barangan terpakai kini mendapat sambutan terhadap barangan terpakai. Macam masuk kedai ikea...macam-macam ade...kini terdapat dua jenis perniagaan yang di jalankan oleh kedai potong tersebut
1) kedai potong itu sendiri mendapatkan bekalan part-part kenderaan dengan mengimport banyak kenderaan terpakai luar negara masuk dan menceraikan part tersebut. kira beli borong lah sebiji kereta pastu potong kecil-kecil kete tu , ceraikan jelah part tu untuk dijual..
2)Kedai potong itu sendiri mendapatkan bekalan part gred pertama dengan mengoder part terpilih sahaja dari negara luar dan mengumpul nya kemudian membawanya kembali secara kontena ke dalam negara.. kira hanya oder part yang ditempah dikumpulkan kat sana dan bawa balik untuk di jual..
Kalau nak kira taukey pemborong kedai potong ni akan pergi ke tempat perlupusan kereta di negara luar misalnya Jepun dan duduk kat sana di antara 3 minggu hingga 3 bulan cari dan kumpulkan kereta yang nak lupus atau pun pilih dan kumpulkan part-part kereta reject tu..

Kini telah ramai pengusaha kedai potong tu melantik agent mereka untuk mengumpul dahulu barangan yang mereka mahukan sebelum taukey tu sendiri terbang ke sana membuat bayaran. Langkah ini dirasakan lebih menjimatkan kerana mereka tidak perlu untuk menunggu sehingga kontena mereka penuh diisi dengan apa yang mereka kehendaki.. Setelah kontena mereka sarat dipenuhi oleh barangan tersebut , mereka akan menguruskan hal penghantaran dari jepun ke malaysia. Proses ini memakan masa antara 10 hari ke 2 minggu..Setelah sampai ke pelabuhan di sini pula terdapat satu risiko yang dikuatiri oleh pihak pengusaha tersebut iaitu masalah karat pada barangan tersebut akibat terkena tiupan angin laut yang dikatakan sedikit lebih tajam dan mudah menjadikan barang besi keluli menjadi berkarat.. Setelah barangan tersebut selamat di hantar kepelabuhan, maka tibalah masanya untuk pengusaha tersebut berkemas dan brsedia untuk pulang semula ke negara asal.

Anda boleh mendapatkan jadual ketibaan kontena barangan dari kedai pengusaha tersebut sekiranya mahukan barangan yang masih fresh dan jika bernasib baik anda boleh dapatkan barangan yang sukar di perolehi dengan harga yang ditawarkan agak murah sedikit...
Tidak salah jika melakukan pengubahsuaian pada kenderaan anda tetapi biarlah berpada-pada dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan orang lain. Jika masih berminat juga pastikan ianya mematuhi peraturan dan mendapatkan kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dan membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1)Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2)Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3)Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4)Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5)Pengubahan ke atas sistem brek.
6)Pengubahan ke atas sistem steering.
7)Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8)Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9)Penukaran enjin.
10)Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Anggota JPJ memeriksa enjin (kiri) Pekerja PUSPAKOM memeriksa nombor Casis kereta...Ade-ade je yang tak kena
Silap sendiri.. jangan salahkan penguat kuasa jika ditahan dalam operasi kerana menukar enjin tanpa kebenaran... adoh pedih dan sayu....Kenderaan yang ditahan dalam operasi bersepadu Polis Trafic dan JPJ...kereta sudah sangkut mau cerita kat balai
Saman yang dikeluarkan oleh Polis Trafic dalam operasi yang dijalankan.. kacau beb.. line tak clear

4 comments:

apan lee said...

best2.sgt informative.ni aku suka dtg lepak sini ni.

selamat beribadat di dlm 10 malam terakhir ramadhan ini.

Faarihin said...

wah.. ape2 pun kena rujuk pihak penguasa dulu la ye kan.. slamat menjalani ibadah pose tinggak beberapa saje ari lagi dan slamat nak menyambut raya... (^__^)

rAy jR...@...Aliff said...

pehh bR0...bz2 buat kje pon ko smpat gak blogging ek..mntap d0wh..t aku pn nk antar kete aku soh ko touch-up r...haha

Unknown said...

As salam semua, mohon pertanyaan macam mana dptkan lesen perjualan half cut kereta
Tq2 semua