Thursday, December 23, 2010

DIY teknik Spray Airbrush motorsikal/ kereta

Seni Air Brush...
Salam buat semua...Kali ini kami cuba memberikan sedikit gambaran secara ringkas tentang teknik airbrush..
Semburan cat angin berbeza dengan lukisan cara biasa.. Lukisan angin atau seni air brush merupakan seni halus yang biasa digunakan sebagai penghias kenderaan tak kira kereta atau motorsikal.. Untuk mendapatkan lakaran yang cantik dan kemas, kos yang ditawarkan pakar-pakar airbrush memang harganya mahal bergantung kepada tahap kesukaran dan saiz lukisan. Air brush pada badan kenderaan misalnya kereta boleh mencecah sehingga RM4,000 atau RM7,000.Untuk semburan sebuah motosikal dengan corak yang mudah, harga boleh mencecah antara RM500 dan RM1500 ke atas. Untuk topi keledar pula, kadarnya ialah sekitar RM200..Percaya atau tidak, peminat airbrush sanggup mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk mencantikkan aset mereka.
Peralatan Airbrush....
Peralatan yang digunakan airbrush memerlukan bajet lebih tinggi..Bayangkan sahaja, sebatang pen halus untuk membuat semburan warna pun sudah mencecah RM300. Bukan itu sahaja, anda juga memerlukan alat pemampat atau compressor bernilai RM2,400 yang akan disambungkan pada bahagian pen tersebut.Itu tidak termasuk dengan warna-warna yang ingin digunakan.. Kalau hendak digunakan atas kereta atau motosikal, warnanya dijual pada harga RM45 sehingga RM70 seliter.Meskipun peralatannya agak mahal, pelaburan itu pasti berbaloi apabila korang pandai dan mahir buat boleh buat duit menerima tempahan daripada orang ramai.
Teknik airbrush memerlukan peralatan seperti satu alat seperti pen yang berisi dakwat atau warna. Pen itu kemudiannya disambungkan kepada satu sumber udara termampat melalui air compressor.Apabila mesin di on kan semburan halus dakwat akan terhasil. Teknik ini akan memberikan kesan tona dan alunan warna yang sesuai pada sesuatu lukisan.. campuran warnanya yang halus membuatkan setiap gambaran yang ingin ditonjolkan kelihatan lebih menarik. gabungan warna perlu diambil kira agar lukisan yang dibuat nampak 'hidup'..Alat-alat lain seperti kertas lukisan, pisau dan pita pelekat juga diperlukan
Airbrush pen , diatas nya terdapat butang trigger bila ditekan (naik-turun) untuk menentukan besar kecilnya semburan cat dikeluarkan.
Lazimnya, pelukis memulakan hasil kerjanya dengan membuat lakaran kasar sebelum melukisnya dengan airbrush. Teknik tersebut perlu dipraktikkan supaya mendapat gambaran yang jelas apa yang ingin dilukisnya nanti. Apabila gambaran sudah ada, ia akan memudahkan melukis dengan semburan airbrush dan tidak membuat banyak kesalahan apabila teknik airbrush mula digunakan.
Belajar teknik airbrush...
Secara Ringkasnya kami cuba terangkan kat bawah ni....Apa yang perlu untuk mempelajari teknik airbrush ni... First...Korang kenalah mahir mengendalikan gerakan mata pen airbrush untuk mendapatkan beberapa jenis garisan semburan airbrush semasa melukis.. Kuasai beberapa bentuk semburan seperti semburan dots dots, garisan dash, dagger, garisan berekor-ekor dan garisan rat tail.. Teknik airbrush: Membuat garisan bintang kecil
Teknik ini merupakan cara mudah dengan hanya melukiskan garis -garis lurus seperti bintang..
Teknik airbrush : Membuat tona dalam bulatan
Ini merupakan cara memberikan tona warna pada dalam bulatan.. Boleh gunakan pembaris geometri berbentuk bulat.. Semburkan cat dalam bulatan .. Spray dari arah kiri dan kanan tersebut agak gelap

Teknik airbrush: Tona warna dalam kotak segi empat 3 dimensi
Tona warna pada permukaan segi empat untuk menampakkan pandangan effect 3 dimensi
Buat lakaran kotak bersegi.. Buat salinan pada transferred frisket film.. Potong dengan pisau pada salah satu kotak tersebut.. Mulakan semburan agak gelap pada tepi garisan kotak tersebut untuk mendapatkan tona perbezaan antara cerah dan gelap sedikit...
Teknik airbrush: Lakaran api dengan tona 2 warna
campuran warna antara 2 colour yang halus membuatkan setiap gambaran yang ingin ditonjolkan kelihatan effect lebih menarik.
Buat copy pada transferred frisket film.. Lekapkan frisket film diatas lakaran lukisan tersebut .. Ratakan terlebih dulu pastu Potong dengan pisau
Kemudian Spray dengan warna orange di bahagian tepi.. Seterusnya spray satu lapisan warna kuning diatasnya pula.. Buat biar nampak ade tone warna
Teknik airbrush: Lakaran semburan dengan gabungan pelbagai warna
Buat lakaran bintang pada 2 helai kertas.. First lakaran bintang pada kertas pertama perlu dipotong menggunakan pisau.. Letakkan tape ditengah bintang tersebut pastu Lekap bintang tersebut pada permukaan

Kemudian Spray dengan warna kuning di bahagian tepi bintang.. Seterusnya spray satu lapisan warna orange pula…tanggalkan bintang itu.. Tunggu kering sebentar..
Ambil Lakaran bintang kedua.. Buat garisan dengan pensil seperti tersebut diatas….. Potong dengan pisau juga seperti diatas..
Lekap bintang tersebut pada permukaan semula .. Kemudian Spray dengan warna biru di bahagian sisi .... Tunggu kering sebentar..
Untuk memperkemaskan lagi korang perlu membuat garisan di tengah.. Boleh gunakan sekeping kad tindihkan kat atas bintang.. Spray colour putih membentuk garisan…. Lihat hasilnya
Teknik airbrush: semburan garisan lengkok api-api ..
Bagi teknik airbrus api-api cam ni .. Korang boleh gunakan pembaris geometri untuk membuat tone seakan ombak-ombak api airbrush
First buat lakaran permulaan dengan spray cat merah bentuk api menjulang..Korang boleh gunakan pembaris geometri untuk membuat tone airbrush .. Spray buat beberapa garisan bertindih-tindih air brush spray supaya nampak macam bentuk effect api..
Teknik airbrush: Lukisan skull
Potong lakaran gambar skull.Lekap gambar skull tersebut pada permukaan .. Kemudian Spray dengan warna putih di bahagian tepi
Potong kertas tebal berbentuk lengkung seperti diatas.Spray tepi garisan lengkung tu..
Spray buat beberapa garisan air brush pada bahagian gigi plak.. Ok hanya sedikit semburan aje pada celah-celah… biar nampak tona pada bahagian gigi skull tu..
Bila dah siap tanggalkan kertas tersebut… perkemaskan lagi lakaran pada wajah skull tersebut… Spray lah sedikit garisan pada bahagian sedikit effect kelopak mata..
Teknik airbrush: Gabungan pelbagai teknik
First sediakan kertas frisket film airbrush.. Buat satu lakaran kelopak bunga
Lekapkan frisket film diatas lakaran lukisan tersebut .. Ratakan terlebih dulu
potong gunakan pisau Lakaran kelopak bungatersebut.. buat permulaan potong satu kelopak bunga terlebih dahulu.. Kemudian Spray dengan warna putih di bahagian sisi, Buat step by step mcm kat bawah
Bila dah siap spray pada semua kelopak bunga tersebut tunggu kering sebentar dulu..

Selepas tu buat langkah macam tadi juga tapi dengan menggunakan warna kuning untuk mendapatkan tona effect pada setiap kelopak bunga tersebut..sampai siap sepenuhnya macam gambar atas…
Selepas tu untuk bahagian tengah pula… spray warna orange kat tengah tengah tu.. boleh gunakan pembaris geometri spray sedikit secara bertindih dalam kawasan bulat tu Dah siap hasilnya.. Semasa membuat lukisan airbrush, tidak boleh ada kesilapan kerana kesalahan yang kecil boleh mencacatkan seni tersebut.
Semburan airbrush seperti ini bukan sahaja perlu mengawal setiap semburan yang ingin dilepaskan, malah mesti banyak bersabar kerana mata pen airbrush sangat halus.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

28 comments:

::FAIZ:: said...

blh tak ko post entri pasal kereta Nissan Sunny.... sbb aku suka kreta tu. kreta lama. kreta yg 1st aku drive. hahaha. Arwah atuk punya. nostalgia kete tu. Skrg kete arwah atuk tu dah tersadai..... rosak. abang sepupu aku tak jaga....

kalau takpun, ko post entri pasal kancil model lama. lampu 4 segi. aku pakai yang last punya b4 lampu bulat keluar. kancil ex850, elegen green.warna mcm biru, tp sebenarnya hijau. ramai yg keliru...tapi even kancil, aku sayang kete tu... cuma skrg badan dia cam tak best dah bawak. ada bunyik2... dah tua. urat dia pun dah putus2....

lagi satu nak tanya, ok ke kalau campur minyak ron 95 ngan 97? tak rosak ke enjin? sbb kadang2 kalau dah terdesak, n tak jumpa stesen minyak yg ada 97, aku hentam je isi guna 95.... takut kete aku tersadai tepi jalan.

haha, byk gila aku punya request...

Alan said...

smart gila airbrush..wat mahal mahal lepas tu calar atau kemek..gerenti menanggis air mata darah punya.

LiFe KaMi said...

airbrush kalau da tau buat sendiri mmg jimat le,tapi mmg kena ada kreativiti yg tinggi kalau tak jadi tak real le..
smart bro..

Anonymous said...

suka tgk kenderaan yg ada cat2 corak airbrush ni...lawa

mr.syazwan said...

F
U
U
U
Y
O
O
O
O
CANTIK NYE

bro ku fail bab2 ni

nnt tlg ye
=_=

Faisal Admar said...

aduh! kerja yang memerlukan kesabaran dan kepakaran. aku serahkan je kepada yang pakar. DIY ni aku kurang minat :P bukan bidang aku kot.

Mermaid Ungu said...

cun wehh..tapi ade tak airbrush yang glow in the dark? kalo ade makin cun la kereta tu nanti..pasti org lain jeles tak hengat..ahaha

Faarihin said...

wah.. satu kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi ni.. tabik lah siapa yang mahir bab2 ni.. huhuhu..

pawaka19 said...

wow..detail abis..cayalah..sory bro..lama menyepi.thanks sudi singgah walaupon aku menyepi

Unknown said...

aku minat jgk spray mcm ni ape2pun mmt smart la

Unknown said...

pergh...smart tu bro

Usagi said...

nie kalo sy buat sendri konpem xlawa...kena suruh org yg pakar jugak yg buat nie.heeee....

mmg kreatif, blaja kat mana ye?

afendi ariff said...

ni pe hal posing tak pakai baju ni bro?
heh....

Nas said...

perh...sape tue yang xpakai baju tuh??? hehehehe..weyh...berseni kot buat seni berus...memang susah..kene perlukan kesabaran yang tinggi...hu3

Harimau Membaham Garuda 3-0; Ramai Orang Indon Salahkan Laser

Asri Alam said...

rumit sangat la. ni ekceli nak suru orang datang tempat dia la kan

Blog Eazy Izzuddin said...

whoa...
nice2....
bro..
eazy pki kancil biasa...
1st keluaran
kalo nk modified kasi lawa skit
bro suggest camne

AngahSayang2314 said...

salam bro

wow cantik la detail sungguh bagi penerangan yer.. fuhhh best angah tengok macam nak buat jer tapi jauh la... hehehe

p/s: lama angah menyepi di sebabkan sebab2 tertentu

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Hasil airbrush amat halus dan cantik.
Rasanya tak boleh nak buat sendiri, tak padan dengan modal yang harus dikeluarkan. Elok hantar pada yang pakar berserta dengan design yang kita mahu.

Tahniah, anda mempunyai keupayaan dan kreatif.

TQ

s h a said...

wahh...chanteknyew...untung org kreatif ni...jimat n boleh buat duit... (^___^)

dmx said...

salam...
Tahun Baru....:))

MERAN QAMAR said...

untuk design bunting kawin/majlis rasmi xrasmi/ background/edit gambar click link dibawah.....

http://aempat.blogspot.com/b/post-preview?token=pJsDXjIBAAA.yuj4BP2RDhwt1byYFe4jOQ.NmzIhZU8F8o8kaq_7CJM0w&postId=6633058880647824462&type=POST

Unknown said...

nak tanya... guna cat apa ek... atau guna cat khas... skrg tgh bljr melukis guna airbrush...

Unknown said...

(•̃͡-̮•̃͡)∫
Ïš♥ ☺ķªª¥ ;)
☁/ \☁ ‎​

Unknown said...

Kat malay ade tak lowongan pekerjaan airbrush...saye asal indo,saye pakar airbrush....bila ade yang nak kerje kat sru saye nak lah...bisa kontak ke nomber hp : +6282326674984
Hasil karya airbrysh saye ada kat facebook saye ni name profil facebook saye :
E-mail : czg_quw@yahoo.com
Name facebook : luvcuy vanvazar

Tanks...

mie said...

nak tanya admin.kalau saya guna cat kereta biasa utk airbrush boleh tak..sya baru belajar

mie said...

nak tanya admin.kalau saya guna cat kereta biasa utk airbrush boleh tak..sya baru belajar

Qiyana Berkat Auto said...

terbaik bro

Sound Deadening Store said...

This is one-of-a-kind content, so I hope you enjoyed my comment. I truly appreciated and enjoyed this content. Gratitude for sharing this data. soundproof mat