Monday, December 5, 2011

Bayaran Kompaun PDRM & JPJ


Pertanyaan Yang diajukan
Guest mintak tolong bro. gua kena saman kompaun kat puak2 traffic d JPJ smua 6 keping. brape kadar bayaran kompoun tu. mintak listkan leh x.
Jawapan Kami..
Thanks bertanya.. kesian pulak tengok kamu ni.. Sebenarnya saya bukan lah orang PDRM atau JPJ, So saya tak berapa tau sangat tentang benda ni .. Lagi satu saudara Guest tak sebut pun kompaun apa yang saudara dapat.. tetapi saya cuba berikan sedikit maklumat berkenaannya..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kadar Bayaran Kompaun PDRM & JPJ
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Apa pun first kita kena kenal dulu bentuk dan jenis saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Traffic PDRM dan JPJ ni...

A) Surat Saman/ Kompaun Pihak berkuasa JPJ


JPJ boleh mengeluarkan 2 saman sekaligus pada satu kesalahan.
Sebagai contoh, anda mempunyai kereta dan kawan anda telah meminjam kereta anda.
Kawan anda telah disaman oleh pegawai JPJ atas kesalahan lesen memandu tamat tempoh. Saman 1 adalah ke atas kawan anda tadi. Saman yang kedua pula adalah ke atas anda sendiri atas kesalahan membenarkan kawan anda memandu kereta anda kerana memandu dalam keadaan lesen memandu tamat tempoh. Jadi kena berhati-hati apabila kawan hendak meminjam kenderaan kita. Perlu diingat tabiat pemandu di Malaysia terlupa untuk memperbaharui lesen mereka.

B) Surat Saman/ Kompaun Pihak berkuasa PDRM


Saman POL 257 -Saman on the spot kepada pesalah trafik semasa kesalahan dilakukan dan pesalah dikehendaki menurunkan tandatangan pada surat saman Contohnya bagi kesalahan termasuklah menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan, melanggar lampu isyarat ,tidak memakai topi keledar, borang POL 257 mestilah digunakan, iaitu saman on the spot kerana melanggar kesalahan lalu lintas.


Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah. Notis Pol.170A merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat di butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
_______________________________
Bila dapat Saman/ Kompaun kena bayar pulak..
Kalau tak silap bermula pada 1.3.2011 lalu ada perlaksanaan kadar kompaun traffic yang di selaraskan baru-baru ini. Berikut adalah kadar kompaun yang telah disenarai dan kadar yang dikenakan oleh pihak PDRM dan JPJ


Kategori pertama:
Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam .

Contoh Kesalahan:
Memandu laju melebihi 40km/j dari had yang dibenarkan.
Melanggar lampu isyarat merah
Tidak memakai tali pinggang keledar
Memotong Q
Menggunakan lorong kecemasan
Pemandu teksi tidak menggunakan meter
Kadar kompaun - RM 300 , tak ada kurang sikit pun
_______________________________



Kategori Kedua:
Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Contoh Kesalahan :
Memandu laju – lebihan kelajuan kurang dari 40km/j dari had yang ditetapkan
Membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan
Tiada lesen memandu
Berhenti dipetak kuning
Tidak mematuhi isyarat “No Entry”
Brek tidak efisyen

Kadar kompaun –
A) Bagi Kereta
Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM150,
antara 16-30 hari RM 200
antara 31-60 hari RM 300.

B) Bagi motorsikal bawah 250cc
Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM 100,
antara 16-30 hari RM 150
antara 31-60 hari RM 300.
_______________________________



Kategori Ketiga:
Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Contoh Kesalahan :
Lampu tidak menyala
Lampu brek tidak berfungsi
Tidak memasang lampu
Tidak memasang cermin sisi
Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian

Kadar kompaun –
A) Bagi Kereta
Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM100,
antara 16-30 hari RM 150
antara 31-60 hari RM 250.


B) Bagi motosikal bawah 250cc –
Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM 50 ,
antara 16-30 hari RM 100
antara 31-60 hari RM 150.
_______________________________



Kategori Keempat:
Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Contoh kesalahan :
Plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi
Lesen memandu tamat tempuh
Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan barangan
Tidak membuat tukar milik
Tidak mempamerkan plat ‘P’

Kadar Kompaun –
A) Bagi Kereta
Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM 70 ,
antara 16-30 hari RM 120
antara 31-60 hari RM 150.

B) Bagi motosikal bawah 250cc –
Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM 40,
antara 16-30 hari RM 70
antara 31-60 hari RM 120.
_______________________________
Apa yang perlu diambil berat..
Penyenaraian hitam bagi pihak JPJ adalah serta merta. Maknanya di sini sekiranya anda disaman oleh JPJ dan tidak membayar kompoun maka lesen memandu atau cukai jalan anda tidak boleh diperbaharui. Bagi saman PDRM senarai hitamnya lambaat sedikit.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

9 comments:

Unknown said...

berhati lah semasa memandu

Unknown said...

Hahaha....bab2 saman ni kalau boleh buta rayuan buat je laa....selagi boleh kurang kann..kann....tapi bila dh capai tahap min...bayoooo je laaa....tgu apa laie...he3x!!!

Abu Bagi said...

er.. macam ini nak buat nice info.. nnti ada kes rujuk dalam etry ni la.. thanks

Woofer Storm said...

bro,baru tau kalau bayar awal bayaran saman itu boleh dikurangkan..he

ada pertanya bro,tapi bukan kat blog ni..pasal haiwan..hhehee

Unknown said...

klau saman pol 257...lepas 15 hari..bayaran saman tu akan dinaikkn ke

Unknown said...

Bulan nie sy dah empat saman dalam tangan 1 jpj sbb laluan terhad kenderaan berat nkve.1 polis sbb gagal pamer rodtax .2 mpsj laluan terhad tanpa notis.nie aqu naik nie cubalah kerajaan buat laman web untuk laluan terhad untuk kenderaan berat higtligtkan jalan yg waktu terhad tu kan senang kita tahu .lagi pula mcm sy nie baru bekerja tak kesian ke? Benda tu bukannya di sengajakan benda yg kita tak tahu awk senang2 nak saman 300 pulak tu stiap kes pui.sy tahu awk ada letak sign board waktu terhad tapi tak kan lah sy nak perhati semua tu dan jalan byk yg belum tahu lagi. Kesiahanilah pemandu kenderaan berat mcm sy nie. Semua saman kami yg tanggung bukannya majikan kami lepas tangan je. Gaji pun cukup2 makan saja alahai dunia2.

Unknown said...

klaw saman mtor...x dha cermin sisi...brapa ya...PDRM yang sman

Unknown said...

Salam saya nak tanya...kalau saya ada saman dikompaun tapi saya x bayar dekat tarikh yg ditetapkan....selama bertahun lama nya.. adakah bayaran akan naik atau tetap 300 atau saya kena pergi mahkamah

Sound Deadening Store said...

Enjoy this article...
soundproof mat