Monday, February 27, 2012

Diy pasang Flash Brake Light

Pertanyaan yang diajukan..
Ct Arina said...aku teringin nak tambah LED utk lampu break.ekeke =D
bro, aku nak tanye mcm ne nak pasangnya. 
Jawapan kami..
Thanks pada Ct Arina bertanya.. Maaf agak lambat balas sebabnya saya agak sebuk kebelakangan ni.. Secara ringkasnya saya cuba terangkan seperti di bawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy pasang Flash Brake Light 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Trend baru ramai yang pasang lampu Flash Blinking Brake Light kat bawah bumper belakang kereta...kalau tak salah rasanya lampu brake ni dipasang pada lori treller je yang pakai tapi dulu tapi jenis bulat..sekarang dah trend bubuh kat kereta..Sebenarnya ramai yang cakap pasang lampu Flash Brake Light  ni sebagai lampu brake tambahan ke empat bila tekan brake lampu tu berkelip-kelip..bertujuan nak bagi pemandu kat belakang alert dan berjaga-jaga...Untuk keselamatan juga rasanya...
Tapi ada juga yang kata pihak JPJ tidak membenarkan pemasangan sebarang Flash Blinking  Light pada kereta..terutama penggunaan lampu berwarna dan berkelip-kelip (contohnya lampu warna biru/hijau/merah).. So perkara ni saya tak berani kata salah atau tidak pemasangan lampu brake macam ni dari segi undang-undang jalan raya macam mana.. Sebabnya ramai yang lepas tak kena tahan pun bila jumpa roadblock...
F1 Blinking Brake Light
Ok.. Kalau kita gi kedai acsesori kereta ada jual F1 Blinking Brake Light bentuk tiga segi  dengan warna Merah, Putih atau Biru.. harga tengok jenis tak silap antara RM 30- RM 15 pun ada.. kat pasar malam pun dah ade orang jual lampu ni...

Cara-cara nak pasang..
1-Lampu ni sebenarnya simple dan senang ajer nak pasang ... ada jenis yang dua wayer ajer dan ada juga jenis tiga wayer..
2- Cuma kita kena buka dulu set rear tail light tu dulu..( sebelah sahaja )
3-Wayar kat lampu belakang ni ada banyak, cari mana satu soket wayar brake..so pastikan mana satu wayer brake tersebut.. Selalunya wayar lampu brake ni, cari soket yang ada kembar 3 wayer (hitam, merah,hijau).... bukan lampu signal atau reverse lak ye.
4-Tengok soket lampu belakang mesti ada 3 wayar . Potong wayar warna hitam , hijau. Sambungkan dengan wayar LED. Pastikan dulu wayar LED tu mana yang -ve dan +ve. sambungkan dengan wayar lampu F1 tadi dengan tape wayer kemas-kemas.
5- Sebelum tu wayer lampu F1 tu kita letak dari arah sebelah belakang bumper .. 
6- Lampu F1 tu ada braket sebelah atas.. Selitkan pada bumper .. Pastu skrewkan ketat-ketat supaya tak tercabut …
7-Ok bila dah siap ..  cuba testing lampu tekan brake nyala ke tak.. 

Universal Flash Blinking Brake Light
Ada satu lagi brand lain selaian F1 punya .. Brake light ni jenis 4 segi pun sama letak kat belah bawah bumper belakang kereta..jenis universal Flash Blinking Brake Light
Rasanya lebih cantik sebabnya mentol LED dia lebih banyak berbanding F1 punya brand.. (cahaya LED dia lebih bersinar memancar). Cara pemasangan Diy tu sama ajerr macam kat atas...
Yang menariknya adalah colour LED tu ada 3 jenis Contoh macam dalam gambar Flash Blinking bila dah nyala..Ada nampak ramai gak yang pasang kat bumper belakang kereta ...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

25 comments:

Unknown said...

berminat gak den nak pasang lampu LED nih...hehe

Alan said...

aku pasang yang segi tiga tu je..dia boleh set nak lampu tu menyala terus bila break or blinking..aku buat blinking sebab nampak cantik je.

Unknown said...

ni sbagai backup lamp ek, in case lampu brek rosak?

Mermaid Ungu said...

nak lampu kaler pink!!

Unknown said...

da pasang,, hehe beli brake lamp tu rm12 je, tp upah pasang rm5.. so dpt save rm5.. jadi le :D

ayie said...

banyak plak wayar..huhu

Abu Bagi said...

style gak ni.. semat la.. tapi nak pasang mmg aku tak reti haha..

Fakhruddin said...

fulamak..yang tukar2 kaler tu memang cantik la...

Unknown said...

Lampu 3rd brake led tu aku penah cuba pasang sendiri...tang "blinking" tu ilang plak...last2 anto kedai jerrr...hahaha

vendoline said...

kawan aku pon sibuk pasang kat basikal dia..padahal aku tengok malam2 tak kemana pon dia.hahaha

Woofer Storm said...

teringin nak pasang bro.tapi tak tahu nak beli kat mana benda tu..ehheheee

NaFwa said...

salam bro..dah try pasang tapi problemnye apabila on lampu besar(bila malam) tekan brek x nyala.. tapi bila off kan lampu besar ok la bila tekan brek..

Khalifah Osman said...

aku mmg da lama nak pasang lampu F1 ni ...tapi dengar cerita x lepas kalau ada block ehhehe...so buat masa skrg aku x nak buat dulu ;) ..

FairusSalleh said...

tringin lak nak wat sendiri...tp confuse board LED apa nak guna ye?

Hui said...

hi, bagaimana hendak buka lampu Brake perodua viva ... saya ingin tahu...

shizuka9892 said...

Thanks bro,diy sgt bergune tok org2 yg amature mcm aku ni bab2 kete..
So aq telh berjaya dgn mmasangnyer di kete aku,
So beware lh dgn +ve dgn -ve wiring nie...
Sblum aku berjya.. aku nyer fius terbakar dh sebb slh link wayar nyer...
At the end! Aku berjaya juga..pasni semua kte family aku,aku bleh pasangkn..hahaaaaa

Anonymous User said...

http://www.jpj.gov.my/pengubahsuaian-kenderaan-persendirian

Status: tidak dibenarkan

5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
hadapan atau belakang kereta.

Unknown said...

Ada Kedai accessories jual RM5 je bnda ni..tp upah pasang RM20.. Mahal tali dr lembu..kikiki aku beli pasang sndiri je.. Save budjet..

Mh Hanafi SirMhD said...

PERMOHONAN PEMASANGAN LAMPU MATA ARAH (BEACON/STROBE LIGHT)

PENGENALAN

Lampu mata arah (beacon light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan



TUJUAN PENGGUNAAN ALAT

Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut

Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah yang sedia ada. Kenderaan kegunaan persendirian tidak akan dibenarkan memasang alat tersebut


SEBARANG PERTANYAAN 

BAHAGIAN TEKNIK
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62620 PUTRAJAYA 

TEL : 03 88866400
FAX : 03 88889645

Mh Hanafi SirMhD said...

PERMOHONAN PEMASANGAN LAMPU MATA ARAH (BEACON/STROBE LIGHT)

PENGENALAN

Lampu mata arah (beacon light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan



TUJUAN PENGGUNAAN ALAT

Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut

Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah yang sedia ada. Kenderaan kegunaan persendirian tidak akan dibenarkan memasang alat tersebut


SEBARANG PERTANYAAN 

BAHAGIAN TEKNIK
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
ARAS 2, BLOK D4, PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62620 PUTRAJAYA 

TEL : 03 88866400
FAX : 03 88889645

Testpen said...

Salam bro...sy nk pasang kat brek motor..jumpa dh wayar lampu brek tu, tp bila buat direct pasang dia tak nyala..pastu sy try masuk relay 12v..menyala bila motor x dihidupkan tp bila enjin dh hidup..x menyala plak..dimana silapnye yer?

Ies Shinoda's said...

Kulai kat mana bos??

Botok77 said...

Lau letak kat kete bukan setakat lampu brek je jadi bling kete pon tukar jadi F1 beb..������

Unknown said...

Bertanya -ve utk wayer warna and +ve wayer warna

Sound Deadening Store said...

This article is excellent...
thermal insulation for van and car