Wednesday, February 8, 2012

Diy Wheel Bearing Kereta


Pertanyaan yang diajukan..
KizZ said...SAlam,,,Bro ada problem nie..Kereta kancil aku macam ada masalah ngan tayar lah..dia ada bunyi macam "screeching" kat tayar depan belah kiri time lepas minyak pastu benda ni biasa berlaku time laju lebih kurang < 40Km ...apa probnye ek? wheel bearing eah? tayar tu baru je lagi..
Jawapan kami..
Thanks pada KizZ bertanya… Maaf lerr sebenar saya bukan pomen kereta pon… Tapi saya cuba berikan sedikit pandangan secara ringkasnya… 
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Wheel Bearing Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bunyi pada tayar jelas semasa kereta berjalan  nie agak general dan banyak punca ... Kalau ikut keterangan kamu tu saya juga suspek wheel bearing dah Kong rasanya.... Tapi itu adalah jangkaan awal belum tentu betul..

Masalah Tayar Berbunyi
1) Cuba cek tayar sama tekanan udara tayar terlalu rendah atau terlalu keras, . permukaan tayar tidak sekata tayar tidak seimbang (perlu balancing) atau ada masalah pada rim bengkok/gelong



2) Mungkin ada sesuatu yang menyangkut dekat disc break kot? cek ball joint takut ada apa-apa yang silap kat situ bukan rosak, jangan tukar dulu..
3) Mungkin wheel bearing bermasalah .. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan wheel bearing rosak
- wheel bearing mungkin juga dah rosak bila langgar lubang atau memang dah lama bertahun-tahun tak berganti yang baru..
- Atau kereta tukar sportrim saiz lebih besar dari saiz asal....tetapi  still pakai standart factory punya bearing.. mungkin jugak bering tu dah rosak... Sepatutnya  tukar sport rim besar  kena tukar juga bearing standart  kepada heavy duty set bearing..... Ok maksudnya Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama...
_______________________________
Camner nak tahu bearing tayar dah rosak 
dan patut kena tukar? 
_______________________________
1) Tayar Hadapan = Jack depan angkat kereta tu...  pastu 1 tangan pegang bahagian atas atas dan 1 tangan pegang bahahagian bawah tayar. Pegang Tayar pade Jam 3, 9 atau 6 ,12. Goyangkan Tayar ke kiri&kanan atau atas bawah. pastu goncang tayar atas bawah..klau rasa ada free play banyak bearing dah rosak..


2)Tayar Hadapan = Jack up depan bagi kedua-dua tayar tergantung pastu cuba pusing tayar guna sebelah tangan dan sebelah lagi tangan cuba pegang spring. Kalau bergegar spring tu maknanya dah masa utk ditukar la bearing tayar tu.
- Cuba dekatkan telinga dengan tayar pusing tayar laju-laju dengar ada  bunyi tak..
-Skali lagi pusing tayar laju-laju tengok pusingan tayar tu ada gelong ke tak..


3)Tayar Belakang = Selalunya, wheel bearing tayar belakang selalu sangat rosak. Pastikan bearing sebelah mana yang bermasalah? Kadang- kala, bearing belakang yang rosak, bunyinya seperti dari bearing depan. kadang kala bearing kiri rosak bunyi macam sebelah kanan.. Selalunya mekanik akan turunkan brek tangan, neutralkan gear, jack naik-up kereta dan pusing setiap tayar dengan tangan untuk memastikan bering mana yang berbunyi.
Kalau  wheel bearing belakang rosak atau dah longgar ia akan membuatkan tyre belakang "gelong" dan akan mengegarkan badan kereta. Selalunya mekanik akan jack up the rear wheel dan pegang bahagian atas dan bawah tayar dan cuba goyang perlahan-lahan dengan kuat. Kalau ia bergerak maka perlu tukar bearingnya.
_______________________________
Diy front Wheel Bearing Kereta
_______________________________
Ok kat sini saya cuba terangkan secara ringkas macam mana nak tukar Wheel Bearing hadapan kereta
1. Jack up kereta dan buka tayar keluar dulu.buka2 biji nut caliper di bahagian belakang caliper.
2. Tarik caliper disc keluar.. Pastu buka pula balljoint bolt  pada bahagian bawah knuckle di hujung lower arm

3. Cabut pin nut driveshaft pastu buka nut driveshaft.. Pastu buka pin & nut tie rod end
4. Buka 2 biji nat pada absorber.. Tarik knuckle supaya driveshaft terpisah dari lubang
5.  Cungkil bawah knuckle yang untuk menanggalkan ball joint dari knuckle.. Pastu kalau nak senang ketuk dengan tukul untuk pisahkan ball joint dari knuckle
6. Knuckle yang telah dicabut keluar.. Pastu gunakan needlenose  keluarkan  ring dari permukaan bearing.

7. Letakan knuckle pada press plates . Alas  socket yang agak-agak fit diatasnya untuk keluarkan bearing wheel didalamnya..
8. Pada bahagian part ni pun sama cabut dan  keluarkan bearing
9. Cleaned up the parts bersi-bersih.. Pastu spray of lube pada part tersebut..
10. Sapu greese pada bearing wheel yang baru tersebut dulu

11. Sekali lagi letakan knuckle pada press plates . Alas  socket yang agak-agak fit diatasnya untuk masukkan balik semula  bearing wheel yang di lumur greese didalamnya.. Press perlahan-lahan sampai masuk habis
12. Bila dah Pressing complete, pasang balik  ring groove yang baru pada bearing
13. Dah siap semua pasang knuckle pada driveshaft semula.. Kemudian pasang disc, caliper, ball joint, absorber dan tie rod end
14. Setelah siap kesemua part dipasang pastu pasang pin nut driveshaft dan akhir pasang sport rim kembali… Selesai…
 ______________________________
 Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

55 comments:

Nazz@Purple said...

Tq for the info..

admin said...

info bagus. cume nak cari press machine tu jer la. workshop ada la kot..

lawati blog saya,Free Myvi Wallpaper!!

Anonymous said...

nanti gua ada kereta, gua hantar servis dekat sini jela eh? hihi

Unknown said...

nampak senang.. another DIY :)

Unknown said...

lengkap la info nih...tq bro...

tehr said...

mas baca ni nampk senang je nak buat
tapi aku akan hantar kedai je
bnyak juga alat nak guna tu

Unknown said...

Aku pun sama ngan tehr...maleh nak buat....anta kedai dah settle. Btw aku pernah kene pasal bearing ni satu tika dulu...jenuh gak la nak pasang telinga masa keta jalan sbb nk kompomkan yang kiri atau kanan....depan atau belakang....hehehe

Alan said...

whoooaaaa lecehnya hehehe

dhiera zainudin said...

tapi...err... lagi suka anta kedai. he

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

salam ziarah hari Jumaat

dmx said...

salam,,,afzainizam
saya...dah menggalami benda yang sama..rait rupenyer diy wheel bearing ..huhuk lega

KizZ said...

WAh best-besst..siap DIY pun ada tuh...um pagi semalam aku ada g bengkel..dia kat wheel bearing ok. Tapi brake disc pulak dah botak/haus. so tukar brake disc. pastu tukar lagi ape kebende ntah..tapi still bunyi agi..so aku rasa ni problem tayar la yang bunyi2 tu..

Woofer Storm said...

terima kasih bro atas entry ini..baru tau pula pasal benda ni..

logorithm said...

Tak reti lah nak DIY benda nih. Speaking of which, it's time for me to do alignment & balancing. Thanx for the reminder! :-)

nabilah_2908 said...

oh....sy pun pernh kena gak macam ni..

tapi bila tekan brake..bunyi tu akan hilang....lepas dah pam tayar..baru la bunyi tu hilang...

ayie said...

yela rasanya kereta pinjam saya pon berbunyi

Abu Bagi said...

gila susah kerja dia ni.. tak larat den.. bagi bengkel je la kan..

vendoline said...

klau aku kompom tak reti..hantaq kdai ja

MAKIO said...

sape taw kos nk tukaq wheel bearing totyota vios 1st model???

ArchePelaGo Q said...

Berapa kos utk wheel bearing myvi 1.3?agak2 nk estimate harga takot kena kapak je kaw2. Huhu. Nk buat sendiri xreti n xda brg.

Jebat said...

Salam bang haritu sy mintak no contac nak hantar kereta kt bengkel abg,,,tapi takde respon r...huhu...sy nk repair kt bahagian tayar ni...

Jebat said...

rply kt no sy 017 7112005...urgent...huhuhu...

Matt Razin said...

baru balik daripada tukar bearing belakang belah pemandu tadi. model kereta iswara 1.3.
harga bearing RM50 + RM30 (upah).
saya rasa macam mahal, tapi nak buat macamana dah terpaksa tukar. memang tayar dah berdengung habis.
lepas tukar terus senyap keadaan dalam kabin kereta.

thanks kepada tuan blog atas tips memeriksa bearing yang diberikan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Izzue arfan said...

salam.tayar dpan blah kiri saya berbnyi kuat bla memandu,dlm kelajuan 40kmj,.lg laju lg kuat..bearing bru je gnti,agk2 ape mslh nye.

Unknown said...

saya nk tanya,haritu saya ada tukar bearing 4 tayar,,dah include dgn upah semua RM 630...saya rasa mahal sangat.kereta jenis hyundai 2004.mintak pendapat?

Unknown said...

salam bro...nk tye nie....kalau sy brek kete dalam keadaan slow akan ad bunyi mcm brek ad pasir....kalau laju tk de plak...check pad ok ag tebal ag....chek kt pomen dye kate bearing....betul ke?

zane ibrahimovic said...

Assalamualaikum bro nak tnya rm160 utuk siap pasang bearing jenis pump kt toyota corolla sblah blakang satu sahaja mahal ke? Brapa harga jika beli brg sndiri tnpa upah pasang lg?

Unknown said...

Berdengung telinaga dengar bunyi dia. Syak bearing belakang. Pomen kata kalau honda city ..rm220. OK tak ?

Unknown said...

salam.nak buka nut rim yg 4batang di knuckle tu macam mana ?

mrj_rizd said...

Diy terbaik

Mail said...

Ilmu yg brguna

Unknown said...

Ilmu yg berguna..tgh projek tukar bearing...tq

Unknown said...

Ilmu yg berguna..tgh projek tukar bearing...tq

Unknown said...

Ilmu yg berguna..tgh projek tukar bearing...tq

Unknown said...

Ramai jgak yang da masalah bunyi bising bearing kereta yer..
kereta saya saga flx baru pakai 2tahun 9 bulan dah start bunyi dah...
bawak laju lg bising bunyiye...
nak tanya admin berape kos repair tu?
bearing apa yang bagus blh tahan lama?

Unknown said...

Assalamualaikum..nice sharing bos..klo keta yg ada abs,ttap guna cara yg sama ke@perlu tkar skali dgn hub..

Unknown said...

Aku punya keta bearing asyik rosak je..belakang..last2 tkr seketul kiri dan kanan..maklumlah kereta tua...pergi cari dkt kedai potong rm 200...ok ke?

Unknown said...

Apahal xsrh pomen buat...tukar bearing yg mahal.skt...jgn yg cina...cepat pecah

Unknown said...

Apahal xsrh pomen buat...tukar bearing yg mahal.skt...jgn yg cina...cepat pecah

Unknown said...

Murah dah tu... Bearing x jem kot.. Klu bearing jem, ppaling murah, rm120 klu mahal pn sampai rm200 siap aligment

Unknown said...

Murah dah tu... Bearing x jem kot.. Klu bearing jem, ppaling murah, rm120 klu mahal pn sampai rm200 siap aligment

U2taz said...

AssalamuAlaikum ww,
Admin,

Kereta jenis perodua Viva,
Kenapa tiba2 tayar tercabut dpd rimnya? Ada sb bearing atau drive shaft yg rosak?
TQ.

jomosama said...

Sumbangan anda ini sangat mulia....walau sekadar penulisan tetapi membantu ramai orang. Tahniah

eizzo said...

tukar bearing depan satu... bengel cas RM155 saga blm 2010..

Unknown said...

Terbaik la Bro ni!!!

Unknown said...

Entri yg sgt membantu..terima kasih bro..

Unknown said...

kereta sy xda abs tp sy beli bearing yg ader abs...bole guna x

Unknown said...

Tayar blakang myvi sy bearing bunyi berdengung bila bawak 100 ke atas..sy g tanya bengkel dia kata kte tukar then harga dai 200 lebih berbaloi ke ...sbb takut kena tipu...200 tu sepasang ke atau sebelah je

Unknown said...

Area jaya garding kuantan

Unknown said...

[Komisyen 60%] Promote senarai 2000 Homestay di Malaysia
As salamu ‘alaikum dan Salam Sejahtera semua,
 


Inilah peluang terbaik untuk anda mendapatkan komisyen 
melalui promote senarai 2000 homestay di seluruh Malaysia.


1) Pendaftaran adalah percuma.. 
- Boleh daftar secara Percuma untuk menjadi ejen pemasaran
 kami menerusi link berikut:

https://myhomestay4u.onpay.my/affiliate/register

.
2) Peratus Komisyen yang Tinggi.. 
- Komisyen sebanyak 60% daripada harga jualan.


Selepas anda melengkapkan pendaftaran online sebagai 
ejen pemasaran kami, anda boleh dapatkan link affiliate 
yang terdapat dalam panel affiliate seperti berikut :

https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/ebshdm/{id_ejen}


Contoh:

https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/ebshdm/1

https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/ebshdm/clickhere


Link tersebut akan mengandungi id anda sebagai ejen 
pemasaran kami.. promote sahaja link seperti berikut 
untuk membolehkan anda mendapat komisyen per jualan..


Sekiranya anda perlukan bantuan?

Anda boleh baca di sini cara untuk mendaftar sebagai ejen pemasaran kami

http://www.myhomestay4u.net/p/daftar-affiliate.html 


Sekian sahaja perkongsian dari saya..

Ikhlas,


Mohd Jawaheer Abdullah

Unknown said...

Bila bawa kereta wira berbunyi bila brek bunyi akan berenti

shahidan said...

Mahal

Unknown said...

Bos kedai mana ye boss

Sound Deadening Store said...

Excellent work buddy...
soundproof mat