Tuesday, April 10, 2012

Nissan AD Resort (Y10)

Pertanyaan yang diajukan
kadkahwinkosongartz said...assalamualakikum bro Mohd Afzainizam Ismail , nak tanya tentang NISSAN AD RESORT- -enjin yang sesuai untuk ditukar. -serta yang berkaitan tolong tanya kat member kesian pulak sebab asyik bertanya pada orang tak tau pasal keta ni he,he
Jawapan kami..
Terima kasih kadkahwinkosongartz kerana bertanya... Maaf agak lambat nak balas... Sejak dua menjak ni saya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja.. Tapi secara ringkasnya saya cuba berikan info macam kat bawah ni.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Nissan AD Resort (Y10)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
***Ok back to point, Seperti kita tahu model Wagon Nissan AD Resort boleh dikatakan kereta serba guna, boleh buat race,boleh angkut barang dan yang penting sesuai untuk membawa penumpang yang bekeluarga sederhana.. kereta nya luas, kalau kita tengok pon di bahagian belakang memang besar dan boleh membawa barang-barang banyak..
Sejarah Nissan AD Resort
Seperti biasa jika kita hendak mengetahui secara keseluruhan tentang Nissan AD Resort ni, seharusnya kita kenal dahulu susur galur sejarah keturunannya dahulu ( baru kita senang faham)..

Generasi Pertama Nissan AD van VB11 (1982)
Pada tahun 1982 Nissan mengeluarkan kereta berbentuk wagon dan ada yang panggil sebagai Nissan AD Van model VB11 kalau nak di ikutkan, asalnya kereta ni dua pintu depan dan hac liftback (3 dan 5 pintu wagon) ia mungkin kesinambungan dari Nissan Sunny B11.(bahagian depan banyak part-part sunny). berenjin carburetor 1.5 L (E15S) dan 1.3 L (E13S) dan 1.7 enjin diesel (LCD17).

Generasi kedua Y10 / N14 Wagon (1990)
Generasi kedua telah diperkenalkan dalam 1990-1995 melalui model Nissan AD Resort Y10 banyak perubahan-perubahan dilakukan lari dari bentuk yang hampir menyamai Nissan Sunny B11.. Enjin-enjin dari 1.3 L (GA13DS) 1.5 L (GA15DS) 1.6 (GA16DS ) dan DOHC dan 1.7 diesel (L CD17)


Pada tahun 1996 ianya telah di kenali sebagai Nissan Wingroad 5-door wagon dan 2-door pick-up dengan mengguna pakai model SR20DE (GA13DS), serta SR18DE (GA15DE).
Pada tahun 1992 keluar pula Nissan AD Max siap dengan satu ruang kargo mengangkat barang tak silap berbekal enjin 1.3 L (GA13DS) automatic transmission..

Pada tahun 1994 hingga 2001,Nissan AD van telah di keluarkan menggunakan platform Leone dimana ada banyak perubahan-perubahan dilakukan menggunakan enjin 1.3 L (GA13DE) dan 1.5 L (GA15DE) menggantikan GA13DS dan GA15DS untuk pengeluaran lebih baik prestasi. 2.0 enjin diesel L CD20 telah diperkenalkan dengan sistem ATTESA 4WD..

Generasi ketiga Y11/ N14 Wagon (1999)
Pada tahun 1999-2001, sekali lagi model Wingroad membuat satu penambah baikkan luar dalam... Yang ni dikatakan millenium edition menjadikan Nissan kacukan antara Nissan Bluebird dan Primera, berbekal enjin 1.5 L (QG15DE), 1.8 L (QG18DE) dan enjin 2.0 L (SR20VE), 2.0 L (QR20DE).1.8 L dengan versi 4WD.

Pada tahun 2002 hingga 2008 terdapat kerja sama dengan Mazda yang di ambil melalui model Mazda Familia.dan dinamakan Mazda Familia van Y11, berbekal enjin 2.2 L diesel (YD22), 1.3 L (QG13DE), 1.5 L (QG15DE) , dan 1.8 L (QG18DE dengan 4WD atau QG18DEN).. Kalau tak silap ni  full model bagi AD Resort California..


Generasi keempat Y12 Wagon (2006)
Pada tahun 2006 satu model baru telah dikeluarkan iaitu AD Wingroad (Y12) berkongsi platformnya dengan Nissan Sunny Nissan Tiida. berenjin 1.2 L (CR12DE) ,1.5 L (HR15DE), 1.6 L (HR16DE), 1.8 L (MR18DE )
_______________________________
Modifikasi Enjin Ad Resort
***Sebenarnya saya tak berapa tahu dengan penukaran enjin Nissan AD Resort ni Kalau salah sila perbetulkan fakta tersebut..
Kebanyakan penggemar-penggemar kereta Nissan AD Resort banyak menukarkan enjin kerana menurut beberapa sumber boleh pakai,Nissan AD Resort dibuat berdasarkan kepada platform B13 oleh itu, kebanyakan part enjin boleh muat dan senang nak pasang .. Cuma penukaran enjin asal AD Resort kepada enjin lain perlu mengikut peraturan supaya boleh di approved JPJ dan juga tak kantoi kat PUSPAKOM tu.. Kalau nak di ikutkan penukaran enjin dari cc asal (1.6) max cc hanya boleh pergi cuma 1.8 sahaja... Kalau di tahap legal 25% upgrade  inspaction JPJ mungkin boleh lepas lahh..
Upgrade GA 16 DS kepada GA 16 DE
Bagi kereta-kereta Nissan AD Resort tahun 1990-1995, kebanyakan Y10 punya enjin asalnya menggunakan GA 16 DS (enjin GA nih guna karburator) ... Ada sestengah orang yang Upgrade dari kaburator ke injection contoh tukar kepada enjin GA16DE, dah cukup memadai… Cuma kosnya lebih mahal jadinya.. kira belanja besor gak ler Kos head+injection set+MAF sensor , wiring, comp box, fuel pump dan tuning..
Menukar enjin kepada SR16
Ada jugak yang menukar enjin kepada SR16 dari model pulsar vzr-n1 dan lacino.. Menurut sesetengah makenik kereta kata boleh plug & play tanpa membuat sebarang pengubahsuaian terhadap 'mounting' dan kotak gear..


Enjin SR16 ni pula ada 2 jenis kalau tak silap SR16ve biasa head biru dan SR 16ve N1 head merah .. Kalau kita tengok kedua-dua enjin cc sama tapi kelebihan pada enjin SR 16ve N1 menghasilkan 200bhp lebih power berbeza dengan enjin SR16ve hanya 175bhp (atas kertas ajer)..yang bagusnya enjin jenis ni guna timing chain, jadi maintenace untuk enjin kurang lah...
Menukar enjin kepada enjin SR18
Ada jugak yang menukar enjin kepada enjin SR18... Pon dirasakan boleh terus plug & play tanpa kacau mounting sebab datang dari hafkat B13/N15/Y10 ..


Enjin SR18 nih kalau tak silap ada 2 jenis satu tak ada LSD dan satu jenis lagi siap ade LSD. Antara kedua jenis lebih kurang sama sama, cuma beza hanya pada final gear ratios je. Kalau tengok perbezaan power enjin SR18DE yang ada LSD menghasilkan 140bhp berbanding enjin SR18DE yang tak menggunakan LSD hanya sekitar 125bhp (atas kertas jer) Enjin ni pon pakai timing chain..
Menukar enjin kepada enjin CA18DE
Pilihan lain selain engine SR adalah enjin berkod CA. contohnya enjin CA18DE..

Tapi enjin CA18DE enjin klasik dah agak lama... Lagi satu benda yang tak best pasal pakai timing belt... kalau sistem guna timing belt mantenace nak kena jaga sikit...

Menukar enjin kepada enjin SR20DE
Nak pasang SR20DE memang power.. Kalau pasang pada Y10 boleh jugak, tapi kena edjust mounting dan juga masalah driveshaft. Sebabnya hafkat SR20DE banyak datang dari hafkat U12/PW10/P10, takleh terus plug & play..kena modifide sikit.... tapi enjin ni susah nak cari spare part..Ada beberapa jenis SR20 ni iaitu.. Enjin SR20DE (Bluebird, Silvia S14/S15) SR20Di, SR20DE, SR20De, SR20DET, SR20Ve... yang pastinya ramai pasang jenis enjin SR20DE tu jerrr...

Kalau nak masuk enjin dari cc asal terus ke 2.0 mungkin tak lepas approved JPJ.. tapi kalau kereta tu dah naik cc dari 1.8 ke 2.0 boleh lah.. banyak yang tukar enjin Y10 bernadikan 2.0 cc tapi mereka semua pasang SR20DE secara berperingkat...bukan naik mendadak yerr....baru tak ada problem ....
_______________________________
Modifikasi lain
Modifikasi pada kereta AD Resort agak unik sikit , oleh kerana bentuk kereta tersebut Wagon jadi segala modifikasi bumber, skirt,bonet, grill, lampu, part-part interior dan sebagainya kena ambil dari jenis wagon jugak supaya masih lagi menampakkan gaya originality…Ok korang tengoklah sendiri macam kat bawah...  tak boleh nak cerita panjang-panjang...





Compare dengan bonet California saiz lekuk dengan plate holder California, dengan stendet bonet Y10. Kalau sama, tebuk lubang jelah, pasang plate holder California kat bonet stendet Y10.

Kalau tak mau pasang Plate holder pada bonet boleh tutup dengan plate.. potong dan welding plate pastu tutup simen.



Side skirt B13 sekarang dah jadi terlalu limited ..side skirt ini dari halfcut model sentra B13.... side skirt ini perlu dipotong untuk dimasukkan ke AD Resort... Pastu pada pintu ramai yang tampal Lining California..

Spoiler shonan atau Spoiler WingRoad dari halfcut (sekali dengan tapak) diubahsuai dan dipasang...

Bonet pulsar direct swap tapi kena modifide tapak skru di panjangkan..Pastu kena masuk set bonet +fender +lampu+gril pulsar

Sekarang dah ada guna fibre .. Cuma nak tampal sama ada nak tebuk lubang atau terus tampal simen atas bonet lagi murah sikit

Kalau wingroad/millennium dan B13 mempunyai dashbord yang sama. dashbord b13 memang cun masuk AD Resort, tapi nak kena ada braket ler. Dashboard pulsar pula kalau dah tukar door trim california akan ada sikit masalah pasal panjang depan ke belakang dashbord pulsar panjang skit dari dashbord B13. Lurah dashbord kat door trim tak ngam. bila ko tutup pintu dashbord akan menekan door trim

sunroof nak pasang beli kat kedai potong... cari yg sama model... bumbung nih boleh bukak sebab ada revert cuma modify kat tempat rivet atau lain cara, kena potong bumbung lepas tuh sambung kat body... Ubah suai bumbung pasang sunroof kalau tak silap kena approved JPJ dulu kalau tak nak masalah kemudian hari..






Ok ni semua cuma sekadar nak bagi contoh jerr modifide yang boleh dilakukan..Nak cari part-part ni semua kena rajin cari kat halfcut.. dulu benda ni jadi alas pijak-pijak je kat kedai potong skarang ni banyak barang dah pupus agaknya... payah sangat nak cari...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

32 comments:

tehr said...

Dulu aku minat sangat dengan kereta ni
Tapi akhirnya beli van
hehe

Anonymous said...

memang berbaloi beli kalau nak muat banyak barang. zaman2 dia tak banyak kete macam ni kan. sekarang dah berlambak pulak.

Unknown said...

Kalau dapat buat make over mcm dlm gambar ni...pehhh...mmg ad resort antara yg terbaik dan duduk didlm kelas yg tersendiri

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

saya dulu minat dgn kereta ni
sebab anak ramai
las2 beli rusa ajer

ayie said...

legend kete ni..hehe

Mermaid Ungu said...

kete nissan ni rata2 design dia nmpak kotak kan kan..tp kuat kan kan

Alan said...

x penah nampak keta ni kat tempat aku

Mohamadazhan.com said...

salam

nissan ni memang ada juga peminat...saya tertarik juga dgn california...solid wagon..

Woofer Storm said...

tak mampu nak beli^^

Unknown said...

smart yer nissan nih after modified...

Unknown said...

assalamualaikum, bro. terima kasih sudi menjawab soalan yang diajukan. banyak membantu. terima kasih juga banyak berkongsi ilmu dengan yang lain.

semoga maju jaya.

Abu Bagi said...

smart plak... aku tak banyak tahu pasal history keta ni..huhuhu..

Unknown said...

terbaik bro:)

airilkhairi said...

Salam...minat sejak 10 thn yg lepas.
Cuma baru ja dapat thn ni.
Harap dpt info tentang brg2 hfcut, lokasi serta angaran harga.
Tks

Unknown said...

Post 2012...
2014 baru nak komen...
Actually, Tahun 2012, mahal lagi...
so tak pandang sangat...

Penerangan yang amat berkesan (dah jadi 'bookmark' dlm p.c)..

Saya lebih cenderung kepada Wagon sejak akhir-akhir ni..
hanya untuk pakai peribadi, bukan untuk meniaga..
sy tgk jenis n ketahanan kereta dahulu & sekarang, sy lagi suka kereta era 90'an... body lebih tahan n enjin mudah swap dengan model-model lain... oooo lagi 1, kereta yang ada 'bumper', skunk nie dah banyak bumper sama rata dengan body..

baik Nissan, Honda, Toyota & Proton...
Dan takde 'cut off', tak mcm enjin skunk...

Soalan saya, mane lagi elok AD Resort & wingroad (merangkumi semua: pick up, jimat minak, top speed & spare part mudah cari) antara SR20DET & dengan GA16DE?
saya ingin membeli, tapi tengah cari yang terbaik... untuk dijadikan kenangan..

Unknown said...

kenape ade california kan ke tu keta jepon

Unknown said...

mane nak dapat barang spre part kerete nie

Unknown said...

Bengkel yg dapat servis kereta jenis ni ada dimana yee

Unknown said...

Bengkel yg dapat servis kereta jenis ni ada dimana yee

Anoynimous said...

Salam
Nissan ad resort distributor gi 16 y10 mana nak cari ya
Saya sangkut kat sri damansara, benda ni dah tak fungsi, rosak kena tukar

Unknown said...

kat Kajang Utama ada.. 0176010651

abg long jerlun said...

Salam sapa2 ada tahu club nissan ad resort kawasan alor setar atau sekitar kedah tolong wssap sy 0125085021

abg long jerlun said...

Area utara ada tak bengkel pandai setting keta ni

Unknown said...

Sy mencari setiring ad resort

Unknown said...

Whatsap no ni 01123331724

Unknown said...

Drive shaft ad resort enjin sr20 neo vvl gearbox lsd ada jual baru x ... ke boleh mod cara lain.. drive shaft bengkok skrg ni...maaf bertanya... bru pkai nissan.. mohon respon..

Unknown said...

Salam otai2..nk tnya enjin sr18 bleh masuk tak gearbox sr16..harap otai2 sudi beri ilmu

Unknown said...

Salam dimana boleh saya dapatkan auto gear box nissan ad resort y10 t.k

Unknown said...

Salam dimana boleh dapatkan autogear box nissan ad resort y10

Unknown said...

Salam bang..nak tanya nissan ad resort enjin standart GA16.. dia punya ECU board ade ke?

vijaideb said...

Saya mempunyai Nissan AD resort 1995 manual dalam keadaan baik yang saya nak jual. sila hubong saya di 018 2498737 , Melaka

Sound Deadening Store said...

Excellent work sir...
thermal insulation roll