Friday, February 17, 2012

Masalah Kereta lembab tak ada pickup


Pertanyaan yang diajukan..
Woofer Storm said...
#bro nak tanya,kalau kereta dah kurang mantap..macam mana nak bagi pretasi dia mantap balik?ada cara ke?ke nak tukar enjin gak..
#bagaimana cara nak lajukan kereta yang dah lama guna apabila pick up dah tiada..

Jawapan kami...
Thanks pada Woofer Storm bertanya.. Maaf lerr agak lambat balas jawapan tersebut... Sebenar saya bukan pomen kereta pon… Tapi saya cuba berikan sedikit pandangan secara ringkasnya… 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Kereta lembab tak ada pickup
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok Masalah Kereta kurang pick up ni agak general dan banyak punca bagi kereta dah lama pakai dan  telah berusia .. Perkara ni kena rujuk pada makenik apa masalah yang dihidapi pada kereta tersebut..

-Kalau kereta Standart korang kurang pick up atau lembab atau terasa berat... berkemungkinan ini antara puncanya...  
1.Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin, Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai.. Cuba try RON95 dan RON97 mana yang sesuai dengan kereta korang..
2.Mungkin semasa kita membuat penukaran minyak hitam enjin kereta terlalu banyak ( bubuh banyak sampai lepas tahap maxsima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai ( terlampau pekat).. 
3.Pernah tak korang buat masa tukar minyak hitam enjin bubuh Engine Oil Treatment.. Sekira boleh, masukkan sedikit  Engine Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak hitam.. jangan ler letak banyak tau..1/2 botol cukup ler. tujuannya memberikan lebih perlindungan pada bahagian dalaman enjin dan selain itu meringankan dan melancarkan lagi pergerakkan piston turun naik..
4.Cuba periksa spark plug  jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien power enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang..
5.Cuba periksa air filter kereta korang.. Kalau air filter dah kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin masuk tidak banyak.
6.Bagi kereta yang guna carburetor. Rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor... maybe
sudah  tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon... Kaburetor yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah yang bermasalah.
7.Kalau kereta mengunakan fuel injection .. mungkin juga injektor tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin..  Jadi kenalah buat servis bersihkan injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner bagi  memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.
8.Sensor EFI kotor - selalunya boleh diservis saja. sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.so kena bersihkan ajerr..

9.Fuel filter kereta tersumbat . Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol ( dah tersumbat).. kalau dah lama tak ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen..Mungkin korang tak pernah tukar baru fuel filter korang tu yang dah bertahun tahun.. kat mana kedudukan fuel filter ni?Sesetengah kereta korang kena cari bawah kereta yang antara tangki minyak yang bersambung dengan pipe petrol..
10. Pernah tak korang  buat 6 bulan sekali mesti bubuh Fuel sytem cleaner  atau injektor cleaner dalam tangki minyak petrol kereta korang... Isi minyak petrol penuh satu tangki kemudian bubuh pula Fuel sytem cleaner ..  Ini bertujuan mencuci dan membersihkan kotoran dan keladak-keladak yang terkandung dalam  fuel sistem kereta korang dari tangki minyak, piping, hose, masuk ke injector atau carburator hingga ke ruang pembakaran..  Kalau kita ada buat kesemua fuel sistem akan bersih dan memberikan kesan pickup kereta yang lebih baik
11. Tuning kereta dah lari..Mungkin RPM rendah atau tidak stabil.. mungkin enjin kene tuning sikit supaya performance ada balik macam sediakala.Buat ignition timing menggunakan lampu strobe light
12.Clutch plate dah haus, habis dan nipis.. Clutch Plate kalau dah haus, kereta memang lembap sikit. Kalau naik bukit ajer tekan minyak mengaum jer enjin tapi keretanya lembap. atau menghadapi kesukaran masa memotong kereta di hadapan ( kereta tak pergi)
13.Minyak gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin.. setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment... Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan ..
14.Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' walaupun sudah servis aircond  kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.
15.Ada sesetengah orang memasang voltage stabilizer sebagai Penstabil Voltan untuk support eletrik pada alat eletronik kereta ini termasuklah kawalan minyak ialah injection dan computer box , dapat bekerja dengan baik tanpa beban eletrik yang berat supaya suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Sekali gus menstabilkan pick-up kereta
16.Ekzos kereta tersumbat atau bocor.. Seharusnya  seluruh sistem perlu diperiksa. Mungkin dah  banyak karbon.. Sesetengah orang tukar dari extractor dan pasang tabung  bullet tengah kemudian tukar muffler straight flow.. biasa kedai ekzos kereta cakap performance lebih responsif dan lebih pick-up
17.Saiz roda atau sportrim terlalu besar. jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up .. Sebabnya tayar dah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan pecutan kereta  kurang pick up..
18.Kuasa enjin kereta tak cukup kuat dan pick up untuk menggerakkan bodynya yang agak besar
19.Tekanan udara tayar yang rendah - juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pejajaran kereta tidak betul.. Walaupun benda ni nampak remeh ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memandu
20.Untuk kereta lembab pick up (underpower) apabila usia dah masuk  7 tahun  elok ler buat top overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket 
_______________________________
Pertanyaan lain..
Woofer Storm said...

#nak tanya,kalau nak tukar enjin viva dari 660 ke cc lebih tinggi bagaimankah caranya?proses apa patut dilakukan..paling tinggi cc berapa mampu viva ni boleh guna?
#kalau nak tukar enjin dari 660 ke 1.3..apa prosedur nak kena buat??bajet dalam berapa bro??
Jawapan Kami
Tukar enjin adalah tidak melebihi 25% dari enjin asal ..
Bagi enjin asal 660 (0.660 + 25% =0.91)

Penukaran enjin tak akan diluluskan oleh JPJ jika kenaikkan cc yang mendadak dari 660cc kepada 1000cc tapi untuk 850cc nak ke 1000cc di bolehkan naik step by step..
( lari banyak wooo...memang tak lepas) 

Ape yang penting masa pasang enjin tu mounting enjin tak kacau.. kereta Produa Viva sebenarnya sekarang tengah popular, ramai yang modifide masuk enjin k3vet YRV .. Tetapi kalau enjin asal kereta kita 660 atau 850 naik terus ker 1300 memang confirm tak lepas.. hanya yang 1.0 jer lepas masuk enjin k3vet.. rasanya budget dalam lingkungan RM5500- 6500.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

Friday, February 10, 2012

Diy Pemasangan Carpet merah & Soundproof Kereta


 Pertanyaan diajukan..
Harizan Salam bro terima kasih pd tip yg dberikn.. Cuma tk berapa jelas skt install karpet nk buat belah pintu cmner? karpet tak ada warna lain ke slain hitam?
Harizan bro mntak tlg lg diy soundproof pl kt pintu, roof dgn bomet kete. Bole tk?selain insuflexni  ade material lain lg ke?
Logorithm kalau kereta baru dah siap dipasang lapisan insulflex tuh kan? Ker tak der
Jawapan kami..
Thanks pada harizan bertanya sekali lagi.. Tempoh hari saya dah terangkan sedikit sebanyak tentang pemasangan carpet kereta ni.. Tapi mungkin ada beberapa part bahagian Diy yang mungkin korang tak berapa jelas .. Ok saya cuba terangkan sekali lagi..

*** back to point soalan Logorithm, Kalau kita beli kereta baru memang sesetengah kereta-kereta import baru zaman macam BMW, Merc, Mazda dan lain-lain sekarang ni ada yang tersedia dengan sound proof
*** Back to point soalan harizan. Sekarang ni dalam pasaran pun dah ada macam-macam soundproof punya produk selain insulflex seperti : Automat, Vibra System, Checkmat, Dynamat dan banyak lagi.

Dynamat Dynaliner foam
Fungsinya lebih kurang sama ajer dengan insulflex foam sebagai soundproof  bagi  mengatasi masalah bunyi atau sebagai penyerap bunyi dari luar dan dalam  kenderaan termasuklah bunyi enjin, gear, ekzos, tayar, hujan, bunyi audio sistem  dan sebagainya

Alumunium Dynamat Extream
Fungsinya lapisan menghalang bunyi masuk dan keluar.. bagi yang main audiosistem kebanyakan akan tambah dan tampal satu  lapisan alumunium  Dynamat Extream ni, supaya bunyi audio lebih mantap didengari dari dalam kereta..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Diy Pemasangan Carpet Dan Soundproof Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok kali ni Diy pemasangan agak berlainan sikit dengan cara tempoh hari Klik Sini. Secara ringkasnya saya terangkan seperti dibawah..

Cara Pemasangan  Soundproof Kereta  

1. First.. Kena buka kesemua Screw pada tapak kaki seat kemudian keluarkan seat.. Cabut kesemua Clip-clip carpet yang ada.. 
2. Pastu Carpet lama tu dikeluarkan.. Kemudian bersihkan lantai kereta tersebut
3.Dapatkan Dynamat Extream  ni bentuk dia macam aluminium foil, potong ikut ukuran lantai kereta tersebut
4.Pastu Tampal Dynamat Extream meliputi keseluruhan lantai kereta korang
5. Ukur mana nak pasang Dynamat Dynaliner foam pastu potong ikut bentuk petak lantai 
6. Tampal Dynamat Dynaliner foam pada permukaan lantai kemas-kemas
_______________________________
Cara Pemasangan Carpet Kereta
Tentang warna carpet kereta tu tak semestinya warna hitam atau kelabu asap ajerr .. kalau korang kreatif korang boleh pakai apa-apa warna pun tak kesahlah warna merahker, biru ker, cream colour ke asalkan korang suka dan berkenan dengan warna tersebut .. tu jerr...

 
1.Mula-mula ukur karpet baru dan biarkan sikit lebih untuk ikut timbul2 bentuk lantai kereta..sebab dalaman kereta tu kan ade turun naik dia.....kalo tak nanti buruk plak kalau singkat carpet tu..

2. Kali ni agak berlainan sikit, mengunakan gun spray yang dimasukkan glue ( gam pelekat) ..pastu spraykan gam di atas permukaan Dynamat Foam tapi tak perlu lah spray gam tebal-tebal seluruh lantai tu..just untuk tak nak bagi carpet teralih je.
3. Tekan tekan bagi meratakan permukaan carpet pada bucu penjuru dan lekok-lekok lantai supaya carpet strainght.
4. Potong sikit carpet buat lubang pada tombol gear dan hand brake
5.Sebelum terlupa, Sambung balik wire clip hand brake dan power window semula
6.Cantum rapat balik sambungan  permukaan carpet tersebut

7. Potong bucu hujung lebihan carpet untuk memperkemaskan lagi .. Buat lubang carpet  untuk memasang  clip-clip frame pintu
8. Kalau boleh bubuh sikit gam kat belakang carpet supaya terkatup kemas


9.Kalau boleh bubuh sikit gam kat belakang carpet supaya terkatup kemas dan Last sekali Buat lubang carpet  untuk masukkan screw seat pula

10. Besarkan sikit lubang carpet  supaya senang sikit screw seat dipasang semula nanti…

11.Akhir sekali kerja-kerja pemasangan kesemua seat hingga selesai

*** Back to point soalan harizan. Soundproof juga boleh di pasang pada bahagian-bahagian tertentu, seperti lantai, bumbung, pintu, fender dan bonet kereta..  secara ringkas saya terangkan macam kat bawah.
_______________________________
Cara Pemasangan Soundproof pintu Kereta 
Pemasangan Soundproof pada pintu kereta ni ada 4 cara.. Tapi terpulang pada korang mana yang mudah korang nak pasang...
Cara Pertama

1.Aluminium Dynamat Extream dipasang pada permukaan luar panel pintu
2.Kemudian Dynamat Dynaliner soundproof dipasang pada door trim pula 
 Cara Kedua
1.Aluminium Dynamat Extream dipasang pada kat belah dalam panel pintu
2.Pelapik Cover Plastik dipasang diluar permukaan luar pintu kereta pula
3.Kemudian Dynamat Dynaliner soundproof dipasang pada door trim 
Cara ni ada baiknya sebabnya kita pasang pelapik Cover Plastik untuk menghalang air..
 Cara ketiga
1.Aluminium Dynamat Extream dipasang pada kat belah dalam panel pintu
2.Dynamat Dynaliner soundproof pula dipasang pada permukaan panel pintu 
Cara Keempat 
1.Pasang dulu Aluminium Dynamat Extream pada permukaan panel pintu, 
2.Pastu Dynamat soundproof dipasang bertindih atas Aluminium Dynamat  pula
Cara ni ada masalah sikit kemudian hari... pasalnya bila korang nak repair motor cermin ke, repair speaker, repair lock kereta ke jenuh lerrr nak bukak balik Aluminium Dynamat dan lapisan soundproof tu...
_______________________________
 Cara Pemasangan Soundproof bumbung (Roof) Kereta  
1.Pasang dulu Aluminium Dynamat Extream pada bumbung kereta
2.Dynamat Dynaliner soundproof dipasang bertindih Aluminium Dynamat  pula
_______________________________
 Cara Pemasangan Soundproof bonet belakang Kereta 

1.Tampal dulu Aluminium Dynamat Extream pada bonet kereta
2.Tampal pula dengan Dynamat Dynaliner soundproof berlapik diatasnya
_______________________________
 Cara Pemasangan Soundproof Hood Depan Kereta   
Pemasangan Soundproof pada hood depan kereta ni ada 2 cara..
Cara Pertama

1.Lapik belah dalam Aluminium Dynamat Extream kat hood kereta
2.Kemudian Dynamat Dynaliner soundproof berlapik diatasnya
Cara Kedua 
Kalau kita cari kat kedai acsesori kereta memang ada jual soundproof yang siap potong-potong.. Tinggal tampal ajerr kat petak-petak kerangka belah dalam hood kereta

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Wednesday, February 8, 2012

Diy Wheel Bearing Kereta


Pertanyaan yang diajukan..
KizZ said...SAlam,,,Bro ada problem nie..Kereta kancil aku macam ada masalah ngan tayar lah..dia ada bunyi macam "screeching" kat tayar depan belah kiri time lepas minyak pastu benda ni biasa berlaku time laju lebih kurang < 40Km ...apa probnye ek? wheel bearing eah? tayar tu baru je lagi..
Jawapan kami..
Thanks pada KizZ bertanya… Maaf lerr sebenar saya bukan pomen kereta pon… Tapi saya cuba berikan sedikit pandangan secara ringkasnya… 
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Wheel Bearing Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bunyi pada tayar jelas semasa kereta berjalan  nie agak general dan banyak punca ... Kalau ikut keterangan kamu tu saya juga suspek wheel bearing dah Kong rasanya.... Tapi itu adalah jangkaan awal belum tentu betul..

Masalah Tayar Berbunyi
1) Cuba cek tayar sama tekanan udara tayar terlalu rendah atau terlalu keras, . permukaan tayar tidak sekata tayar tidak seimbang (perlu balancing) atau ada masalah pada rim bengkok/gelong



2) Mungkin ada sesuatu yang menyangkut dekat disc break kot? cek ball joint takut ada apa-apa yang silap kat situ bukan rosak, jangan tukar dulu..
3) Mungkin wheel bearing bermasalah .. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan wheel bearing rosak
- wheel bearing mungkin juga dah rosak bila langgar lubang atau memang dah lama bertahun-tahun tak berganti yang baru..
- Atau kereta tukar sportrim saiz lebih besar dari saiz asal....tetapi  still pakai standart factory punya bearing.. mungkin jugak bering tu dah rosak... Sepatutnya  tukar sport rim besar  kena tukar juga bearing standart  kepada heavy duty set bearing..... Ok maksudnya Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama...
_______________________________
Camner nak tahu bearing tayar dah rosak 
dan patut kena tukar? 
_______________________________
1) Tayar Hadapan = Jack depan angkat kereta tu...  pastu 1 tangan pegang bahagian atas atas dan 1 tangan pegang bahahagian bawah tayar. Pegang Tayar pade Jam 3, 9 atau 6 ,12. Goyangkan Tayar ke kiri&kanan atau atas bawah. pastu goncang tayar atas bawah..klau rasa ada free play banyak bearing dah rosak..


2)Tayar Hadapan = Jack up depan bagi kedua-dua tayar tergantung pastu cuba pusing tayar guna sebelah tangan dan sebelah lagi tangan cuba pegang spring. Kalau bergegar spring tu maknanya dah masa utk ditukar la bearing tayar tu.
- Cuba dekatkan telinga dengan tayar pusing tayar laju-laju dengar ada  bunyi tak..
-Skali lagi pusing tayar laju-laju tengok pusingan tayar tu ada gelong ke tak..


3)Tayar Belakang = Selalunya, wheel bearing tayar belakang selalu sangat rosak. Pastikan bearing sebelah mana yang bermasalah? Kadang- kala, bearing belakang yang rosak, bunyinya seperti dari bearing depan. kadang kala bearing kiri rosak bunyi macam sebelah kanan.. Selalunya mekanik akan turunkan brek tangan, neutralkan gear, jack naik-up kereta dan pusing setiap tayar dengan tangan untuk memastikan bering mana yang berbunyi.
Kalau  wheel bearing belakang rosak atau dah longgar ia akan membuatkan tyre belakang "gelong" dan akan mengegarkan badan kereta. Selalunya mekanik akan jack up the rear wheel dan pegang bahagian atas dan bawah tayar dan cuba goyang perlahan-lahan dengan kuat. Kalau ia bergerak maka perlu tukar bearingnya.
_______________________________
Diy front Wheel Bearing Kereta
_______________________________
Ok kat sini saya cuba terangkan secara ringkas macam mana nak tukar Wheel Bearing hadapan kereta
1. Jack up kereta dan buka tayar keluar dulu.buka2 biji nut caliper di bahagian belakang caliper.
2. Tarik caliper disc keluar.. Pastu buka pula balljoint bolt  pada bahagian bawah knuckle di hujung lower arm

3. Cabut pin nut driveshaft pastu buka nut driveshaft.. Pastu buka pin & nut tie rod end
4. Buka 2 biji nat pada absorber.. Tarik knuckle supaya driveshaft terpisah dari lubang
5.  Cungkil bawah knuckle yang untuk menanggalkan ball joint dari knuckle.. Pastu kalau nak senang ketuk dengan tukul untuk pisahkan ball joint dari knuckle
6. Knuckle yang telah dicabut keluar.. Pastu gunakan needlenose  keluarkan  ring dari permukaan bearing.

7. Letakan knuckle pada press plates . Alas  socket yang agak-agak fit diatasnya untuk keluarkan bearing wheel didalamnya..
8. Pada bahagian part ni pun sama cabut dan  keluarkan bearing
9. Cleaned up the parts bersi-bersih.. Pastu spray of lube pada part tersebut..
10. Sapu greese pada bearing wheel yang baru tersebut dulu

11. Sekali lagi letakan knuckle pada press plates . Alas  socket yang agak-agak fit diatasnya untuk masukkan balik semula  bearing wheel yang di lumur greese didalamnya.. Press perlahan-lahan sampai masuk habis
12. Bila dah Pressing complete, pasang balik  ring groove yang baru pada bearing
13. Dah siap semua pasang knuckle pada driveshaft semula.. Kemudian pasang disc, caliper, ball joint, absorber dan tie rod end
14. Setelah siap kesemua part dipasang pastu pasang pin nut driveshaft dan akhir pasang sport rim kembali… Selesai…
 ______________________________
 Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Sunday, February 5, 2012

Diy Pemasangan Carpet Dan Insulflex Lantai Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Harizan Salam bro cmner nak d.i.y pasang karpet baru. Pasai nak tuka sbb dah kotor sgt dh koyak pon? almaklum la kerete lame. utk floor leh pka insulflex ke bro? pe funtion pasang insuflexni  ade material lain lg ke?
Jawapan kami..
Thanks pada harizan bertanya.. Maaf agak lama saya tak berblog ni sebenarnya... dan saya cuba balas jawapannya secara ringkas sahaja..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Diy Pemasangan Carpet Dan Insulflex Lantai Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Nak Buat Diy tukar carpet kereta ni sebenarnya senang tapi agak leceh la sikit, kena bukak banyak barang... nak bukak pasang seat ..  Kena ada tahap kesabaran sikit..kalau rasa sanggup nak buat sendiri kat bawah ni sedikit cara ringkas tukar carpet kereta baru dan pasang foam insulflex ni..


Ada sesetengah orang pasang insuflex kat kereta  ni untuk mengatasi masalah bunyi bising (soundproof) dan mengurangkan bunyi dari luar daripada masuk ke dalam ruang penumpang kereta korang.. So sebab tu ada orang yang tampal insulflex pada bahagian-bahagian tertentu, seperti lantai, bumbung, pintu, fender, bonet, firewall .. Kalau nak beli selalunya insulflex boleh didapati di kedai repair seat kereta..
::Mengurangkan bunyi bising dari luar kenderaan, enjin, gear, ekzos, tayar, hujan
::Mengurangkan haba panas masuk ke kenderaan
::Meningkatkan kualiti bunyi sistem audio/woofer anda
::Mengelakkan permukaan cat drpd rosak (hood/bonet)
::Menjadikan pintu/bonet anda lebih kedap. Tiada bunyi tin kosong.
::Ianya juga adalah jenis fire  resistance sesuai sebagai penebat cable wire
1. First.. Kena buka Screw pada tapak kaki seat kemudian keluarkan seat
2.Cabut kesemua Clip-clip carpet yang ada baru dapat selak carpet tu
3.Carpet lama tu dikeluarkan.. Kemudian bersihkan lantai kereta tersebut
4.Dah alang-alang buka carpet.. Cuba dapatkan “insulflex” ( sejenis foam untuk soundproof ) tujuannya kita letak benda ni pada permukaan dalam bumbung/pintu/lantai kereta utk mengurangkan panas/ haba/ bunyi masuk ke dalam kabin kereta 
5. Ukur petak dekat mana nak pasang. “insulflex” kemudian potong ikut bentuk petak lantai.. Kemudian sapukan gam insulflex atau klu tak ada guna gum Dunlop atas permukaan “insulflex”.. 
6.Ok ada sesetengahnya “insulflex” dah siap dengan gam double tape dibelakangnya.Jadi lagi senang dan mudah nak pasangnya nanti…
7. Kemudian sapukan gam pada atas lantai pulak.. Pastu ambik “insulflex”  tadi tampal atas permukaan lantai tersebut.. Buat sampai selesai..
C) Cara Pemasangan Carpet Lantai Kereta
8. Ambik Carpet baru tu ukur dulu berapa lebar dan berapa panjang..( ukur carpet baru berdasarkan karpet lama tu ).. Lebihkan sikit untuk ikut timbul2 bentuk lantai kereta.. Jangan tersalah ukur dan  tersalah potong nanti singkat la plak karpet kereta tu..
9. Gunakan 3M Trim Adhesive sebagai pelekat carpet dengan foam insulflex 
10.Cuba Tekan-tekan bagi  meratakan carpet pada bucu penjuru dan lekok-lekok lantai
11.Potong sikit carpet buat lubang pada tombol gear dan hand brake
12. Potong bucu hujung lebihan carpet untuk memperkemaskan lagi
13.Buat lubang carpet  untuk memasang  clip-clip frame pintu
14.Last sekali Buat lubang carpet  untuk masukkan screw seat pula.. Kemudian pasang balik seat... 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment