Monday, August 3, 2009

Tukar enjin ikut peraturan...



Kenal Pasti Identity Kenderaan
(Nombor enjin & Nombor Casis)
Identiti sesebuah kenderaan boleh dikenalpasti melalui nombor casis ( nombor badan kenderaan) dan nombor enjin yang telah diperuntukkan pada setiap kenderaan yang dikeluarkan oleh pengilang kenderaan.
Kedua-dua nombor ini adalah penting kerana hanya kenderaan yang mempunyai nombor casis dan nombor enjin yang terang, boleh dibaca dan tidak terusik sahaja boleh didaftarkan pihak Jabataan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Manakala untuk kenderaan yang telah berdaftar pula, sekiranya didapati kedua-dua nombor ini telah diganggu atau diusik, pihak JPJ mempunyai kuasa yang sah disisi undang-undang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Nombor casis dan nombor enjin terdiri dari angka, huruf atau kombinasi kedua-duanya yang dicop mengikut ukuran dan bentuk yang ditentukan di lokasi tertentu pada kenderaan. Kebiasaannya untuk kenderaan seperti kereta, lokasi untuk nombor casis dicop pada bahagian atas panel yang terletak di bawah bonet.Manakala lokasi untuk nombor enjin pula dicop pada blok silinder enjin
Nombor enjin dan nombor casis sesebuah kenderaan dianggap telah diganggu atau terusik apabila ianya

-Diguris
-Dikikis
-Diketuk semula
-Diketuk bertindih
-Diperbaiki akibat karat/ reput tanpa kebenaran
-Diperbaiki akibat kerosakan atau kemalangan tanpa kebenaran.
-Dikimpal / disambung
-Pudar tidak jelas

Bagaimana boleh mengelak kenderaan kita daripada dibatalkan pendaftarannya oleh JPJ?

Apabila anda membeli kenderaan terpakai, pastikan nombor casis dan nombor enjin yang terdapat pada kenderaan adalah serupa atau sama seperti yang tercatat pada kad pendaftaran dan kedua-dua nombor tersebut tidak terusik

Jika anda tidak pasti mengenai nombortersebut, sila rujuk kenderaan tersebut kepada pihak berkuasa.Pastikan nombor casis dan nombor enjin tidak diusik apabila anda membaikpulih kenderaan

Pastikan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa sebelum mumbuat sebarang pindaan / pembaikan keatas nombor casis dan nombor enjin tersebut ibarat kad pengenalan yang mengesahkan identity seseorang

Sekiranya anda merancang untuk membeli kenderaan terpakai, gunalah hak anda sebagai pembeli dengan memeriksa kedua-dua nombor casis dan enjin bagi memastikan ia tidak diganggu dan diusik atau tidak mempunyai sebarang kesan keraguan

Jika anda masih ragu-ragu, bawa kenderaan tersebut ke mana-mana cawangan PUSPAKOM bagi memastikan identity kenderaan tersebut adalah sama seperti terteraa didalam kad pendaftaran kenderaan. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM adalah diiktiraf oleh pihak berkuasa dan dijalankan mengikut undang-undang dan Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.
1-Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
2-Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan. Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan.
3-Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.

1 comment:

si tenggiling yang gatal said...

hehehe.. tq for ur commen..
salam perkenalan.. nice la moto2 tu semua..