Thursday, February 11, 2010

Honda cub c50, c65, c90, c100 Retro 1970s

The home of Vintage and Classic Motorcycles.....
Jangan pandang rendah pada motor Honda Cub ini dan disebabkan dari motor inilah industri automotif dijepun mula berkembang pesat. Jadi, dengan kata lain, jikalau tiada motor Honda Cub ini, maka tiadalah kita dapat merasa hasil buatan buah tangan orang jepun terhadap motor-motor yang paling best sekarang iaitu hasil buatan Jepun. Termasuk lah motor-motor kapcai lain sebab Honda Cub ni boleh digolong sebagai otai kepada semua motor kapcai sekarang ni…
Honda Cub mula dilancarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Nama 'Cub' dikatakan kependekan daripada Cheap Urban Bike memandangkan model ini dibangunkan untuk menyediakan pengangkutan yang murah di bandar yang sibuk. Nama tersebut juga mungkin dirujuk daripada model kapal terbang ringan ringan 1930-an yang murah dan popular,Piper cub Honda Cub mula dikuarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas Honda Motor Co. Ltd. ditubuhkan oleh Soichiro Honda. Nama Cub nie dikatakan kependekan daripada Cheap Urban Bike, so matlamat utama asal pembinaan Honda Cub nie ialah untuk menyediakan kenderaan asas yang murah untuk kegunaan kat tengah2 bandar yang sibuk. Sebelum Honda membina model Cub nie, Honda telah membina basikal berenjin dengan enjin kecik 2-stroke. Selepas Honda berjaya menemui cara untuk meningkakatkan kuasa untuk enjin 4 lejang, ianya sekali lagi optimis untuk menggunakan enjin 4 lejang sebagai enjin untuk motor Cub. Sementara itu pengeluar lain yang turun bersaing hanya menumpukan pembinaan jentera motor dengan penggunaan enjin 2 lejang sahaja bagi motosikal yang berkuasa kecil. Pada masa itu ramai jugak yang mempertikaikan kemampuan projek Honda Cub ini. Bagaikan tidak diduga, dan tidak percaya terutama kepada pesaing terdekat Honda, model Honda Cub yang hanya menggunakan enjin berkapasiti 49.0 cc 4 lejang pushrod menjadikan ia model yang paling berjaya dalam sejarah motor dunia. Boleh dikatakan semenjak model Honda Cub diperkenalkan, model ini yang telah menjadi penyumbang terbesar kepada jualan dan perolehan keuntungan Honda ketika itu. Sewaktu model ini dibawa masuk ke negara Amerika Syarikat dengan slogan ‘You meet the nicest people on a Honda’ banyak membantu jualan di negara maju itu. Beberpa tahun kemudian, enjin Honda Cub ini dinaik taraf daripada enjin jenis pushrod kepada enjin jenis SOHC yang mempunyai kecekapan volumetric yang baik. Bukan itu sahaja, model Honda Cub C70 ( 70 cc) dan model C90 (90 cc) turut dikeluarkan juga. Sewaktu tahun 1970-an , kerajaan Amerika Syarikat mewajibkan penggunaan electronic inigtion system bagi menggantikan system jenis contact point dan Jepun pula tidak ketinggalan dengan memperkenalkan system CDI ( capacitor discharge inigtion) pada modelnya Honda Cub nya. Pada sekitar tahun 1980-an, model C100 dengan enjin kapasiti 100 cc telah dikeluarkan, dan model ini sebenarnya telah melalui proses naik taraf secara besaran yang telah dilakuakn oleh Honda. Jikalau sebelum ini Honda hanya menggunakan 3 gear kelajuan dengan penenyerap hentak hadapan jenis leading bottom link dan boleh dianggap teknologi kuno sekarang. Berbanding dengan model C100 pula yang menggunakan enjin tranmisi 4 gear kelajuan dan telah beralih penggunaan penyerap hentak hadapan kepada jenis teleskopik. Untuk pengetahuan, Model C100 ni di Malaysia lebih dikenali sebagai Honda EX5 dan di Thailand pula sebagai Honda Dream.

Faktor utama yang menjadikan siri Honda Cub nie sangat berjaya adalah sebab:-
1.Murah giler berbanding motor lain
2.Senang ditunggang sebab pakai automatic centrifugal clutch, so takder laa terkial2 nak balance minyak dgn klac
3.Fuel consumption yang sangat rendah
4.Berupaya bawak banyak muatan. Kat negara-negara membangun, banyak orang yang guna Honda Cub bawak hasil pertanian.
5.Senang nak cilok time jem giler
6.Maintenance dan spare part murah
7.Penggunaan enjin 4-stroke yang membolehkan Honda Cub boleh lepas piawaian emisi yang ketat
Mari Terjah Pelbagai Gaya Motor Honda Cub tersebut...
Mari terjah plak Honda Cub yang telah dimodifide

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

14 comments:

Alan said...

honda cub bulat..dah rare sekarang ni..

zain_azuan said...

nostagia tol semua moto2 nie... heheheh

Nine said...

mantap bro..gamabar2 yang menarik...Honda dari moto hingga kereta memang best siri2 nyer dari dulu lagi hingga sekarang :=)

irwanmiswan said...

bro...entry dr ko lg gempak...menyingkap kenangan silam la katekn...huhu...hysh ko ni x elok taw memuji sgt...ak tgk byk lg org wat gempak2...ak ni ibarat semut merah je...diorang tu dh gajah....anyway CNY....moge bisnes ko bertambah maju taun ni ye :-)

mazru said...

honda cub mmg hebat..teringat aku zaman aku baru nak main motor..

faz_e said...

waaahhhh...motorrr~

Unknown said...

kat rumah aku ada honda cub bulat...sayang oo..

faizalfretless said...

salam, cayalah bro...mantap punya post...nnt senang2 dtg ar blog aku, cari post bdk rockoil airbrush kg aku...k

Naz said...

memang retro sungguh... ayah aku ada moto yamaha c70 dulu. smpai kat tangan aku... hancus.. hehehehe
vid tu x bleh blahlah... hehehehe

PANTERA Kluang said...

Salam kembali daripada kami warga http://panteramotorclubkluang.blogspot.com

Terima kasih atas kunjungan kembali ke blog kami disamping memberikan lagu Tahun Baru Cina kepada kami. Pastinya masih belum terlewat untuk kami mengucapkan selamat bercuti juga kepada warga Fire Starting sempena perayaan yang sedang disambut ini.

Terima kasih juga atas komen yang telah diberikan dan kami juga mengikuti perkembangan Fire Starting kerana sentiasa mengeluarkan entry2 yang banyak info dan pastinya kita dapat bertukar2 maklumat dan pandangan.

Akhir sekali daripada kami..moga Fire Starting terus berkembang dan maju serta berterusan memberikan khidmat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan.

Salam dari kami..warga Pantera Motor Club Kluang.

mr.kordes said...

hahaa...rare!aku ade satu honda cub bulat ni...dh nk hncur dh....tp msh ok!!!hehehe...

itu cerita ha...byk sedih...kah kah kah!!!

imHepPie said...

dlu2 penah ar nek moto nih besh rigan je skang da xda wuuuuu

Unknown said...

manarik blog nie. boleh tak, citerkan pasal motor yamaha (^_^)

Sound Deadening Store said...

This is very informative content. Nice and unique content. Thanks for sharing this information. I appreciate to this content. I hope you liked this my compliment. sound deadening van