Monday, February 1, 2010

Nombor Pendaftaran Kenderaan Mengikut Standard JPJ


Nombor Ohhh Nombor...
Ramai orang tak mementingkan nombor pendaftaran kenderaan mereka, tapi ada orang plak sanggup berabis duit demi mendapatkan nombor yang baik. Menurut feng sui cina nombor boleh mempengaruhi kehidupan orang tu. Angka 8 paling dikehendaki bermaksud "bawa tuah". Manakala angka 4 paling dibenci bermaksud " nasib malang" atau paling ditakuti bermaksud " mati".

Apa yang pasti ada yang sanggup membida dengan menempah nombor pendaftaran sehingga harga ribu-ribu Kat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pemilik boleh mendapatkan nombor yang dihajati melalui proses tender, belian terus, melalui skrin atau melalui nombor-nombor yang tidak dituntut.
Nombor Mengikut Kepercayaan Fungsui Cina...

Ramai golongan berada daripada masyarakat Cina tidak teragak-agak untuk membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan nombor plat kereta,nombor telefon atau apa sahaja yang menampilkan 888. Angka lapan dalam dunia feng shui di sebut sebagai bintang kekayaan .Ada juga yang menggelarnya sebagai bintang putih yang sentiasa bertuah dan penuh keajaiban.Menggunakan angka lapan dalam kehidupan seharian dilihat sebagai kelebihan dan seseorang itu mampu mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka. Nombor lapan ini kalau digandingkan bersama angka satu atau enam,juga dianggap sebagai bagus.nombor lapan sentiasa menjadi rebutan masyarakat Cina kerana ia ditafsirkan sebagai lambang infiniti iaitu sesuatu yang tiada penghujung.

Mengapa angka 8 dikatakan angka yang istimewa? Mengikut Feng Shui cina angka 8 merupakan angka bertuah. Sebutan angka 8 dalam bahasa cina seakan-akan bermaksud ‘peningkatan’ serta ‘kemakmuran’ angka 8 diwakili dengan simbol ‘Yin’ dan ‘Yang’. ‘Yin’ dan ‘Yang’ merupakan dua perkara aktif di alam semesta. ‘Yin’ bermaksud pasif dan kegelapan manakala ‘Yang’ bermaksud kebijaksanaan, aktif dan positif. Angka-angka ganjil seperti 1, 3, 5, 7 dan 9 adalah melambangkan tenaga ‘Yang’. Sementara angka-angka genap seperti 2, 4, 6 dan 8 melambangkan tenaga ‘Yin’. Dalam bahasa kantoins, angka 8 disebut ‘fa’ yang bermaksud kemakmuran. Mengikut Numerologi Cina lagi, setiap nombor mempunyai elemennya tersendiri.
Angka 1 mempunyai elemen Air.
Angka 2, 5 dan 8 – Bumi.
Angka 3 & 4 – Kayu.
Angka 6 & 7 – Besi
Angka 9 - Api.

Oleh itu angka 8 yang mempunyai elemen bumi bermaksud memberikan kestabilan serta meningkatkan keazaman untuk mencapai kejayaan

Kepercayaan Nombor Mistik Mitos Angka 666 nombor syaitan pembawa malang
Angka 666 mencetuskan misteri kepada ilmuwan barat sejak beberapa abad lalu kerana ia dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya. Menurut kepercayaan kuno barat, angka itu tidak boleh diniagakan kerana ia dipercayai sebagai nombor syaitan. Sebelum ini, nama seorang Maharaja Rom, Nero, dikatakan menyamai angka 666 apabila ejaannya dinilai menggunakan sistem abjad Ibrani. Nero terkenal dalam sejarah sebagai seorang maharaja yang amat kejam kerana membunuh puaknya dengan sewenang-wenangnya.

EEEEMMMMM Karut...... yang pastinya dalam islam tidak sesekali mempercayai sesuatu bentuk kurafat... Kepercayaan pada fungsui dan nombor syaitan boleh memesongkan akidah...

Mari Lihat Nombor Pendaftaran Kenderaan Ikut JPJ
Dari nombor satu hingga 9999 itu plak terbahagi 4 kategori
- Angka 1 hingga angka 10 bernilai utama
(harga tempahan nak dapat nombor ni bermula pada harga tawaran minimum RM2,000.00)
- Angka 11 hingga 19, 22,55, 777,2222,1111, 9999,333 dan sebagainya nombor menarik
( Bermula dengan harga tawaran minimum RM800.00)
- Angka 20,32,57,100,1000,1155,1991,3003 dan sebagainya nombor popular
( Bermula dengan harga tawaran minimum RM200.00)
- Angka selain dari diatas nombor semasa
( Terima ajelah ape-ape je angka tak payah bayar lebih)

Plat kereta nombor 1 harga RM45.8 juta!!
Abdel Ghaffar 'Jutawan Abu Dhabi 25tahun melakukan bidaan setinggi 52.2 juta dirham (RM45.8juta) dalam satu lelongan bagi memperoleh platpendaftaran '1' . "Saya tidak mahu menjual plat tersebut buat masa ini. "Tetapi, saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan kerana yakin nilainya akan meningkat selepas setahun atau dua tahun, "Penganjur lelongan, Emirates Auction memberitahu di dalam laman webnya bahawa pihaknya sudah menjangkakan satu rekod dunia baru untuk plat kereta termahal itu akan dicipta ketika lelongan tersebut.

Setiap tempahan nombor akan dibuka bagi tempoh tidak kurang dari tiga minggu bagi satu siri. sebagai contoh nombor kat KL berubah dua siri setiap minggu.
Camner Proses tempahan nombor dilakukan.
-Isi borang tempahan nombor pendaftaran kat JPJ
-Caj bayaran perkhidmatan RM10.00
-Bayaran harga tempahan sekurang-kurang RM200.00 atau 10% dari harga nombor mana yang lebih tinggi
-Perlu disertakan dengan sampul surat bersetem beralamat sendiri bagi tujuan maklumat keputusan tempahan.
-Kalau tak berjaya duit JPJ bagi balik
-Kalau berjaya sila lihat senarai pemohon berjaya dipamer di JPJ negeri atau cawangan berkenaan.
-bagi yang berjaya nombor tersebut mesti didaftarkan dalam tempoh satu bulan dari tempoh ia dikeluarkan.

Cara Nak Menender Nombor Daftar Kenderaan:

1. Keluar iklan/notis di pejabat JPJ setiap negeri apabila sesuatu nombor plate semasa hampir habis.Cth: Notis buka tender untuk JB akan keluar apabila plate nombor JC dah dekat nak habis
2. Ambil borang tender di pejabat JPJ negeri yg berkenaan Cth: kalau nak nombor Johor perlu ambil dan urus di JPJ Negeri Johor.
3. Bayar harga tender di Pejabat Pos (dgn buat kiriman wang/wang pos kpd Ketua Pengarah JPJ).Cth: Jumlah minima 10% daripada harga tender.
4. Hantar borang tender beserta wang minima pendahuluan harga tender (yg buat kat Pej. Pos tadi) ke Pej. JPJ sebelum tarikh tutup.
5. Harga yg sesuai untuk nak menang tender- perkara ini yg susah sikit.-ianya berbeza ikut negeri yg kita nak nombor pendaftarannya.

Negeri Kedah agak mudah kerana tak ramai org luar nak nombor K nya. Maka letak harga yg agak rendah pun Insya-Allah boleh dapat. Negeri Perlis perlu letak lebih tinggi agak susah walaupun rakyatnya tak ramai tapi ramai orang luar yg suka nombornya kerana ianya masih 2 huruf maka nampak unik. . Negeri-negeri lain yg kena letak harga yg lebih tinggi ialah WP KL, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan sebabnya ramai orang yg nak nombor negeri tersebut.

Standard Plat Nombor Pendaftaran Yang Dibenarkan Di Malaysia Ikut JPJ

Setiap nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia hendaklah mengikut standard dan saiz yang ditetapkan oleh pihak JPJ seperti termaktub dalam akta perlembagaan.. Notis Arah Periksa (PG 1) akan dikeluarkan pada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut dan akan diberi tempoh 14 hari untuk menukar semula kepada nombor plat standard. Tetapi jika pemilik kenderaan tersebut gagal berbuat demikian , saman akan dikeluarkan.
Tiga Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan

1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Kebanyakkan pengguna kenderaan menggunakan plat nombor pendaftaran dengan warna hitam dan putih. Terdapat juga yang menggunakan nombor pendaftaran dengan pelbagai reka bentuk tulisan dan saiz.
adalah menjadi kesalahan nombor plat tersebut yang terlalu rapat, terlalu renggang dan ade pula yang membiarkan plat nombornya patah tanpa berbuat apa-apa seolah-olah mempersendakan undang-undang.Ade nombor yang terlalu kecil, tebal, senget malah ada juga yang memantulkan sinar dan berkelip.

Senget... nombor pendaftaran yang susah dilihat dan dikenal pasti terutama pada waktu malam...Nombor pendaftaran yang terlalu jauh jarak atau nombornya hilang tidak dibenarkan penggunaannya.


Mari lihat bentuk nombor Plat kenderaan Malaysia...

Nombor Plat kenderaan Rasmi Sultan dan VVIP
Kalau Kenderaan Rasmi Sultan-Sultan memang tak ade nombor.... begitu juga kenderaan Rasmi Perdana Menteri... V.V.I.P terkecuali lah.... Sapa berani tegur
Nombor Pendaftaran berpindah milik..
Nombor plat kenderaan yang telah bertukar tuan dan kereta... Sama ada dijual atau dibeli.... Nombor pendaftaran tersebut boleh buat duitlah... ade permintaan harganya boleh up lah... 2 Kereta berkongsi Nombor Pendaftaran...
2 Kereta kantol ... Sebuah kereta yang dicuri yang menggunakan nombor pendaftaran yang sama ... yang herannya secara kebetulan atau tidak warna dan jenis kereta pun sama .... Pelikkan... Nombor Pendaftaran yang kami anggap istimewa
Nombor pendaftaran yang bagi kami sangat unik sekali ... nombor yang cantik tersusun sebaris
Nombor Perdaftaran yang menarik
Ni pun sempoi aje bila nak sebutNombor Pendaftaran Singkatan Nama
Wah nombor ni kalau nak sebut memang senang.... Polis, Mafia, Casio & MarioNombor bermula dengan Huruf K
Macam macam boleh kita lihat dari nombor pendaftaran Negeri Kedah.. Pangkal huruf K Nombor Pendaftaran Kontraversi
Ada gak yang ambik nombor Pendaftaran yang Sensore, bikin gempak, penuh tanda tanya... eeeemmmm Not bad.... kalau Korang ade berani ????? Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

30 comments:

Fazleyatul Aini said...

wah nak pakai no plat tempah pon mahal ek
sy nak no plat kete saya bernombor 510
ngehngeh tapi xdo duit la nak bid2 ni

Naz said...

n3 kali ni sungguh menarik... aku suka tengok no2 yg cantik. tp glers lah harga no plate '1' tu. kasi kat aku duit tu pun x per. taulah aku nak rolling... hehehehehe....

artikle ni complete lah. aku suka baca dari mula smpai habis. bnyk buat kajian bro? thumbs up!!!

ihsan incalescence said...

naek je tren lya oi.. sng... xpyh piker psl nambe plat... =PPP

Alan said...

keta "sukan" aku pakai plat import. plat seberang laut..x special lah pakai plat semenanjung ni kekekeke...

Jawa a.k.a USERMODE said...

waaah.... en3 yang bagus dan sangat bernas dan berinformasi.

bile la aku nak dapat guna no indah2 camtuh... dalam bab2 camnih, ko memang byk input lah bro. bagus banget~!!!

p/s: bro... PM kat YM aku a.s.a.p dari aku nyer blog secepat mungkin bila ko available bole bro? ader cerita skit mau cakap. :)

::FAIZ:: said...

No kete aku ngan no hp aku sama.. yg pntg ada no 25 kat blakang.... Bday aku... hehehehe. Aku tak tempah pun, alih2 dapat no tu yg ada tarikh lahir aku... Hp gila dapat... Rasa bertuah... Tu yg sayang kete tu..

jejaka anggun said...

suke no 7. nak!!!

Azam Shah said...

aku suka no plat kiss tuh
wahaha..
:)

Faarihin said...

huissh.. dasyat betul dia orang ni.. sanggup habiskan duit sebabkan no aje.. saya pun beura-ura nak uat cam tu gak.. tapi tak kaya lagi lah.. hahaha..

Pojiepooh Abdullah said...

Apa pun no plat di atas jalan raya, Pojie tetap bangga sama no plat kete Pojie, JKK..
Johor tuh beb walaupun selalu duk merantau ke negeri org sampai la nih ke KL, Johor tetap pilihanku..
So klo sesat kat area KL, org xmarah, tp klo sesat kat JB matilerrr kne hon xsudah..
Hahahah!!
Dan yg penting JKK bermaksud Jawatankuasa Kampung!
Hebat kann!!
Hahha!

mr.kordes said...

hahaha...mujur tk blh nama kordi..klu tk oden sambar dl...hahahaa...

best la entry ni!keep it up!

ayisy said...

salam. peh! nombor plat kenderaan mmg aku minat usha. Huhu. Pantang nampak nombor plat kereta pelik sikit mesti nak usha. sekarang Johor dah melangkah ke JMA. Aiseymen, aku kurang minat dgn JMA. Aku lebih suka JLV dan sbginya. Huhu...

anummss said...

best la n3 psal no pndaftaran neh..
pe2 pn, thanks sbb dpt bg info..

contilover said...

Sesape nak jual no plate JXX406 bagitau eh..

contilover said...

Plate MATI tue menarik jew.. Ekekeke..

Mr Phil Dean said...

JMF je xde jual..

Unknown said...

NOMBOR2 BWH JXX BELUM SAMPAI PENDAFTARAN NYA.SKRG BARU JPD 7XXX.
Untuk makluman...

Unknown said...

NOMBOR2 BWH JXX BELUM SAMPAI PENDAFTARAN NYA.SKRG BARU JPD 7XXX.
Untuk makluman...

Unknown said...

Bro nombor JEB47 cantik gak kan..sempoi nama panggilan aku..

Norazian Abdullah said...

aritu ingat nak beli plat QSY 7891.tp tak jadi..kalau diterbalikkan, jadi tahun kelahiran aku....hehehe...1987...pepun,ttp syg number plat kete skrg..kete akan datang, opkos kenelah pilih number kesukaan..(rasa rugi lak aritu tak beli nombor 7891 tu..huhuhu..)

Norazian Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

berminat untuk no plat layari https://tempahannomborplat.blogspot.com atau hubungi saya 0102175083

Unknown said...

Hahaaa,,. Terbaekkk,,,

Unknown said...

saya ad plate KP 41.. 01115150071

Unknown said...

Blh tak sesapa bgtau,no plat AFF keluar tahun bila...

Unknown said...

Blh tak sesapa bgtau,no plat AFF keluar tahun bila...

Unknown said...

Blh tak sesapa bgtau,no plat AFF keluar tahun bila...

Unknown said...

kalu ada siapa nak jual no.83........tlg call 0105250083

Unknown said...

Saye nk jual no DCT25 harge rm8000 sahaja...minat blh col 0169392420

Sound Deadening Store said...

Very unique content. I appreciate to this content. Hope you liked my this comment. keep it up this work. noise absorbing foam