Tuesday, September 21, 2010

Kumpulan Marhaban Taman Melati...Terima kasih

Marhaban Ya Marhaban kali ini....
Masyarakat di Johor secara tradisinya kebanyakkannya akan membuat rombongan marhaban dari rumah kerumah jiran tetangga atau penduduk setempat... klu orang Jawa Sebut sebagai " Bara'an"
Sebenarnya aku pulang ke Kulai ni kerana nak buat persediaan untuk malam ni .. taman perumahan tempat aku ade buat marhaban dari rumah kerumah antara tetangga kejiranan sempena sambutan hari raya.. aku turut serta menyertai Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki tersebut..

Lepas Isyak dari Surau Tempat aku konvoi beramai- ramai berjalan kaki... Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki memulakan ekspedisi terjah dari rumah ke rumah jiran yang beragama islam.. ziarah hari raya antara sesama kita...
Dah banyak rumah kami ziarah ... dan kini rombongan marhaban tersebut sampai kat depan umah aku... Sekarang Rumah aku kena terjah lah plak... tiba giliran aku jadi tuan rumah menjemput rombongan marhaban...

Bila pintu umah aku terbuka.... Jemput masuk semuanya ye.... selamat datang ke teratak kami ... Rumah aku kena serbu beramai-ramai... meriah sungguh malam ni...
Oleh kerana terlampau ramai sangat jadi sebahagian ahli rombongan marhaban Kumpulan lelaki terpaksa berada di luar rumah... Rumah aku tak termampu menampung kapasiti rombongan yang hadir... Rumah aku pun bukannya besar mana pun..Aku anggarkan seramai 1o0 lebih lah orang ahli rombongan marhaban yang hadir.. Sebagai tuan rumah aku mohon maaf atas kesulitan tersebut.. harap maaf ye.. Bacaan Marhaban di mulakan... Selawat dan salam keatas junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Doa kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan murah rezeki di pohon keatas tuan rumah.. dan ucapan maaf dilafaskan pada wakil rombongan Marhaban mewakili penduduk taman perumahan..
Eeemm rasanya penduduk taman perumahan aku tak ade salah pun kat aku... tak ade masalah lah antara aku dan mereka semua... Mungkin aku yang bersalah terhadap mereka...
Diakhirnya bacaan doa'an memohon kesejahteraan, keberkatandan kemurahan rezeki keatas isi rumah.. Alhamdulillah ada yang mendoakan kami sekeluarga nampaknya... Amin moga makbul doa tersebut

Mendengar ucapan tuan rumah (aku lah) untuk memperkatakan sesuatu sebagai tanda terima kasih atas kesudian hadir kerumah kami... Dengan kesempatan ini ucapan Salam Hari Raya Aidilfitri.. Kami menyusun jari memohon ampun Maaf Zahir & Batin jikalau ade salah silap selama ini tanpa kami sadari....kepada semua Kejiranan Rukun Tetangga Penduduk Taman Melati, Bandar Indahpura... Terima kasih sekali lagi.. Kalau ade umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi tahun hadapan....
Sedikit buah tangan (ole-oleh) aku untuk dibahagi-bahagikan pada ahli kumpulan rombongan Marhaban kumpulan lelaki .. Klu orang Jawa panggil " Bontrot" Sebagai tanda penghargaan atas kesudian hadir beramai-ramai meraikan Hari Raya bersama-sama ziarah menziarahi dan membacakan marhaban di rumah kami... Sebagai Tuan Rumah kami amat terharu atas kesudian dan muafakat kejiranan datang berkunjung.. Ribuan Terima Kasih kami ucapkan...
Alhamdulillah sesudah selesai ... Ada sedikit jamuan ringan untuk para rombongan marhaban... Dijemput untuk menjamu selera apa yang ada.... rezeki raya lahhh...
Kenangan masa lalu....Oh ye aku... Masa kecik-kecik aku dulu-dulu kalau balik kampung datuk aku...Orang tua-tua baca marhaban ...Lepas je selesai marhaban kat rumah... Kita orang budak- budak kecik masa tu... main Meriam Buluh... BooooM...BoooooM.... Berlawan lawan... sebagai menyambut rombongan marhaban tu konon nya... best-best... marhaban-marhaban gak... pastu gi belakang umah cari port sesuai main perang-perang ... siap ada buat kubu.. renjemen askar batelion ke 11 lah kononnya...
hah geng lain umah marhaban lain pun mana tahan serang lah weeehhhh... lawan siapa paling kuat... kubu diaorang pun boleh tahan gak... renjemen askar ke berapa tahhh...Pastu tunggu aje lahhhh... nanti korang kena kejar plak ngan orang-orang tua yang terganggu masa baca marhaban tu... kena kejar lahhh kita orang lari lah lintang pukang ...
tapi sekarang dah berubah... Orang semua dudok bandar dan taman perumahan.. jangan buat kerja giler main meriam buluh... sekarang line tak clear... Polis datang tangkap korang... Awas....Amaran bermain Meriam Buluh Merbahayakan Kesihatan.. Jangan bermain meriam buluh ye...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment..

22 comments:

Nas said...

wahhh..marhaban..
aku pernah rumah aku dulu ader orang ramai2 datang buat marhaban..tp sekali jewp..
hu3..
tapi aku xpernah pon join mereka..
ahaks...
len kali nak join lah...

mazru said...

salam..

lama da koi x dengor org bermarhaban...

maaf lama tak menjenguk blog..

comel said...

waaaaaa!ada kumpulan marhaban
alhamdulillah
sory ah da lama x aktiv bloging
bz siket daaaaa

eish orang marhaban yang meraban main meriam buluh tu apasal!?

hehehehhe

Fazleyatul Aini said...

kat kampung kita ni marhaban org pempuan yg buat
selalu makcik2 yg dah agak berumur la
org muda jarang nampak
hihi

BadekGonzalez said...

haha..baru join marhaban aritu..

pas setel marhaban, aku bule sambung meraban.

bab men meriam yang tambah meriam tu

hahaha

slmt hari raya

Alan said...

tempat aku takderpun...kalau adapun cuma time time tertentu cam majlis cukur jambul..

pawaka19 said...

wah da marhaban main meriam pulak..mmg meriah tol raya ko yea afzainizam..

New Entry "Video-Video Kelakar"

irwanmiswan said...

aku arek bontrot jugak huhuhuhuhu

DrSam said...

aktiviti sebegini memang patut di galakkan dan bravo kepada sdr kerana menghidupkan.

Faisal Admar said...

suka sgt aktiviti marhaban ni. dah lama tak tgk :)

ayisy said...

Bila sebut baraan, teringat suasana Hari Raya di Johor. Memang seronok dan syahdu. Bila aku belajar di negeri orang, semua tu takder. Membuatkan aku asyik teringat kampung halaman. Huhuhu...

AngahSayang2314 said...

kat sana memang terkenal la pasal marhaban raya 1,2,3 memang terkenal angah tahu sebab pak cik angah duk muar

Unknown said...

hahaha lps marhaban main meriam plak! hehe ape2pun rindu plak masa marhaban dulu.. masa kcik2 aku join la bila besar aku malas plak?

LiFe KaMi said...

Bagus la kawasan perumahan ko.. macam ni baru jiran saling kenal mengenali..
Tang Meriam ni yg jd lg riuh..hehe
Kat bandar takde tempat nk main, dulu kecil2 pun tk pernah merasa.huhu

Unknown said...

dah lama xjoin baraan kat kampung...syok tau

Mermaid Ungu said...

wah bagusnya marhaban..pastu leh pulak ko sambung meraban main mercun..adoi la..tp aku nk tau aper ole2 yg ko bg tu? plastik kaler pinkkkkkk...

Faarihin said...

meriahnya marhaban..

pergh.. yg pic last tu main meriam... dasat tu..

Unknown said...

salam,meriah sungguh raya di tempat saudara..

sudah berhari-hari raya berlalu,
maaflah kerana tidak sempat mengucapkan Selamat Hari Raya,
he,he raya kan sebulan,
Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

yang ikhlas..anordinarymanz

Tunjuk Bintang said...

marhaban ya marhaban...

en_me said...

meriahnyerr uoolsss..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

meriah...rindu aku kat kampung tengok n3 ko ni

Nerzhul said...

haha meriam buluh syok!!!