Salam... Sorry dah agak lama kami tak berblogging pada kalian... harap maaf... kerana ada sesuatu musibah yang tak dapat dielakkan telah berlaku pada kami... tapi tak mengapa... jangan risau ye... Sebenarnya telah berlaku xcident kecil pada salah sebuah kereta saya.... Ohhh my Toyota SEG telah remuk dibahagian hadapan di langgar oleh sebuah kereta iswara... namun bukan saya yang terlibat tapi kereta saya yang di pandu oleh ayah dan my mother telah di langgar oleh kereta lain dari arah bertentangan... mujur lah Ayah saya dan emak saya tak apa-apa...
Kisah sebenarnya apabila tempoh hari kami sekeluarga baru pulang dari kampung melawat salah seorang pakcik dikampung yang baru sahaja keluar wad hospital... Saya memandu kereta berasingan dari salah sebuah kereta saya bersama adik saya ( Produa Viva) ... dan salah sebuah kereta kami lagi ( Toyota SEG kesayangan kami ni) dipandu oleh ayah saya bersama emak saya... Namun tak disangka dalam perjalanan pulang kami kereta yang dipandu ayah pulak terac xcident secara arah bertentangan ngan sebuah kereta lain...
Apapun kami tak mahu memanjangkan cerita tersebut... Cukuplah sekadar cerita ni terhenti disini... kerana takut plak menganggu tuntutan insuran pembaikpulih terhadap kereta tersebut... dah nak kena... kangkadang dalam kita berhati-hati pun boleh berlaku perkara yang tak diingini.... Eeeeemmm nak buat camner dah ketentuan terjadi... tak mau salahkan sesapa... benda dah berlaku...
Yang penting keadaan Mak dan Ayah saya dalam keadaan selamat... tak ada kecederaan ... Alhamdulillah mujur tak ada apa-apa...Coz dia pakai tali pinggang keledar... Ayah tak ada apa-apa cuma, Emak mungkin agak trauma , takut, dan dalam keadaan terperanjat sedikit... Memang kami amat bimbang keadaan mereka berdua... ialah yang acsident emak ayah kitakan... coz kami sayang mereka...
Kami bergegas hantar dan dah check hospital , X-ray tak ada apa-apa... Kami memanjat kesyukuran sesangat pada Allah...
Itulah yang penting mereka berdua selamat....
Kereta yang melanggar
Kereta yang melanggar
Kami juga bimbang gak terhadap pemandu kereta melanggar... takut plak terjadi apa-apa kat dia gak... pun pemandu kereta tersebut tak ada apa-apa... kalau jadi apa-apa panjang lagi ceritanyakan...
Ini keadaan kereta melanggar teruk gak nampak.... Ialah Xcident langgar depan dengan depan.... Isssshhh silap-silap jiwa melayang lahhhh....
Buat Laporan Kemalangan kat Balai Polis Trafic..
Ni agak Leceh sikit...Beb..sebaiknya setiap kemalangan jalanraya mestilah dilaporkan di balai polis cawangan trafik yang berhampiran dalam tempoh 24 jam. kegagalan membuat laporan polis boleh menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. Kalau lebihdari 24 jam korang akan kena sama RM300. melainkan pemandu pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sebagainya. Beri maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya juga sertakan polisi insuran yang digunakan.Ok Senang korang bawak aje salinan Kad Pengenalan, Salinan Lesen Memandu,Geran kereta, Polisi Insuran. Jelaskan keadaan kemalangan berlaku, butir-butir keterangan kereta yang melanggar nombor plat kereta yang melanggar dan jenis kereta, warna,masa berlaku kemalangan juga butir-butir pemandu yang melanggar (kena dapatkan pada orang yang langgar tu) seperti kad pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan bangsanya.. Beri keterangan kejadian macam mana berlaku kemalangan tersebut dengan menulis laporan polis. Jelas terangkan apa kerosakkan pada kereta dan keadaan diri sama ada luka atau tercedera . Setelah selesai, akan diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan tersebut. Simpan satu salinan laporan polis yang telah disahkan benar.
Ialah perkara begini tak ada sesapa yang nak berlaku.... yang melanggar dan yang dilanggar .... bagi kami ianya sebagai satu ketentuan... bagi pelanggar juga berpendapat yang sama ... tak mau gak perkara tersebut berlaku... kami semua tak maulah kerana perkara tersebut diperbesarkan lagi... yang penting keselamatan dan nya selamat itu yang paling penting sekali....
Kami sebagai Anak Mendoakan agar cepat sembuh
Hantar Mak Ayah gi hospital Pontian dapatkan rawatan dan Xray takut kalau ada apa-apa yang patah ... Alhamdulillah mujur tak ada apa-apa kata Doktor... di benarkan pulang....Pada emak jangan fikir-fikir dan ingat kejadian tersebut.. Bersabar atas sesuatu dugaan.. Cuma ambik ubat sikit kat farmasi untuk ubat bisa-bisa badan...
Anggaplah segala yang berlaku itu dah ditentukan.. tanpa kita duga tanpa dipinta.. Yang Buruk dari kita dan hanya Allah sahaja yang maha Kuasa.. Kehendak sesuatu... kata ayah kita musabahah diri mungkin ada sesuatu yang perlu kita bersama fikir sejenak antara kami anak beranak satu family....
Anggaplah segala yang berlaku itu dah ditentukan.. tanpa kita duga tanpa dipinta.. Yang Buruk dari kita dan hanya Allah sahaja yang maha Kuasa.. Kehendak sesuatu... kata ayah kita musabahah diri mungkin ada sesuatu yang perlu kita bersama fikir sejenak antara kami anak beranak satu family....
Buat Laporan Kemalangan kat Balai Polis Trafic..
Ni agak Leceh sikit...Beb..sebaiknya setiap kemalangan jalanraya mestilah dilaporkan di balai polis cawangan trafik yang berhampiran dalam tempoh 24 jam. kegagalan membuat laporan polis boleh menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. Kalau lebihdari 24 jam korang akan kena sama RM300. melainkan pemandu pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sebagainya. Beri maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya juga sertakan polisi insuran yang digunakan.Ok Senang korang bawak aje salinan Kad Pengenalan, Salinan Lesen Memandu,Geran kereta, Polisi Insuran. Jelaskan keadaan kemalangan berlaku, butir-butir keterangan kereta yang melanggar nombor plat kereta yang melanggar dan jenis kereta, warna,masa berlaku kemalangan juga butir-butir pemandu yang melanggar (kena dapatkan pada orang yang langgar tu) seperti kad pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan bangsanya.. Beri keterangan kejadian macam mana berlaku kemalangan tersebut dengan menulis laporan polis. Jelas terangkan apa kerosakkan pada kereta dan keadaan diri sama ada luka atau tercedera . Setelah selesai, akan diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan tersebut. Simpan satu salinan laporan polis yang telah disahkan benar.
Bila mana Berurusan dengan Pihak Insurans
Kemudian mestilah memaklumkan kepada pihak insurans berkaitan. Pihak insurans akan keluarkan borang tuntutan dengan nombor bersiri. hari ini, kebanyakan borang tuntutan boleh di cetak secara online oleh pihak bengkel.Sebaik saja insurans dimaklumkan, mereka mesti menugaskan adjuster untuk menilai kerosakan kereta iaitu dalam tempoh 24 jam. Pihak adjuster pula perlu melakukan survey juga dalam tempoh 24 jam. laporan taksiran pula mestilah diserahkan pada pihak insurans tidak lebih 7 hari.so, lepas insurans dapat report adjuster, baru mereka boleh proses claim dan buat bayaran pada bengkel. bermakna, kalau ikut atas kertas, paling awal bengkel boleh repair keta ni ialah pada hari ke 8 atau 9.
Kalau korang tak berapa paham tentang bagaimana nak tuntut claim insurans (klik aje kat bawah ni)
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/07/camne-nak-claim-insurans-kemalangan.html
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/07/camne-nak-claim-insurans-kemalangan.html
Silalah Korang Pakai Tali pinggang keledar Ye....
Disini Kami last nasihatkan lah pada korang semua pentingnya pakai tali pinggang keledar baik pemandu dan penumpang sebelah atau kat belakang... ni bukanya apa untu keselamatan gak kan....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
20 comments:
Laaa..
Alhamdulillah kedua orang tua tidak mengalami sebarang kecederaan...
hati2 di jalanraye...
Salam..
Syukur semuanya selamat..
Matkriss dan warga krisauto turut bersimpati atas ujian yang melanda tokey azli sekeluarga..
betul kata tokey azli,duit boleh di cari ganti tapi nyawa yang Allah beri di dunia ni hanya sekali. Hargailah ia.
Tertarik bc post tokey azli setelah lama tidak berbloging.tertunggu perkhabaran baru dari FSA...
Salam dari kami http://krissauto.blogspot.com :)
ish mintak2 di jauhkan lah kejadian yg x di ingini ni
bahayanya tapi syukur selamat semua..ish ish teruknya kereta iswara tu..tapi biasalah kereta malaysia...adoi dah ler aku pakai iswara....
Alhamdullilah takde ape2 yg berlaku..
itu semua ade hikmahnya..
ada bengkel sng le nk repairkan..
insuran ni yg masalah skit, kami nk claim loss of used smpai skng tk dpt..:(
Syukur semuanya selamat..
Saya mendoakan kesejahteraan anda dan keluarga..
syukur mak n ayh bro selamat..kete tu dh jd nk wt cnw kan..
yang penting pemandudan penumpang ok...
wohoo..xcident..dasat...kim salam kt mak ek..
salam...
alhamdulilah semua dlm keadaan selamat...
malang x berbau...
alhamdulillah selamat..teruk gak kereta tu..papepon moga lepas ni berhati2
New Entry "Aplikasi Percuma Telepon Bimbit"
Salam..
masya-Allah..patut la lame xupdate..rupa2nyer ader kemalangan..isk3...
teruk tue xciden.....mahal kot kene baiki...harap2 mak n ayah awak cepat sembuh ek....
kereta yg xcident, blog pown berehat erk.. alhamdulillah sumernyer selamat..
alahaii,...abih kemekk....huhu...
xpe..yg penting xde apa2 kecederaan...nk claim tu no 2 punye cite
btul, dalam kite berhati hati, kdg2 malang tu dtg jugak.
Syukur kedua orang tua hang takde apa2....mak hang mesti trauma nak naik keta lepas nie..kalu dia brani naik pun mesti duk blakang punya...nahaiiiii
teruk jugak kereta tapi alhamdulillah pemandu ngan penumpangnye selamat. repair sendiri la cepat siap. hehe
harap semua nya dah ok bro....
sori lama tak melawat...
aku bz....heh!
salam...
alhamdulilah...moga sume selamat
Nice post. I liked this too much. thermal insulation for van and car
Post a Comment