Monday, December 27, 2010

Proton saga iswara tukar enjin

Soalan dari....
khairi sy nk tukar enjin saga lame agak2 brape ribu....

andychan : Saya berminat ngn enjin mitsu 4g91...skang ni sy pkai proton saga thn 1990, dh dkt 2 tahun pkai 1.3 cadang mula-mula nak tukar enjin 4G15 12 VALVE 1500cc SOHC ..tp rasanya sy berhajat nk convert ke enjin mitsu 4g91..tp setahu sy kebykkan kete wira jer yg convert 4g91. Saga boleh ker?? still kena endorse ke?? mau tahu beza antara 4g61 dgn 4g92 segi performance..kalau 4G93 pun best.. hehehe tapi sebelum aku memasangnya.. dalam pasaran brpa harga enjin shalf cut 4G93???kalau masuk VR4 tak lulus JPJ tak..
Bro, bleh x utk old saga tunjukkan part acsesory utk kereta saga/iswara

Kami cuba jawab....
Salam dan terima kasih kerana bertanya pada khairi dan andychan. foooyoohhh payah nak jawab ni....Maaf kerana kami tak mahir berkenaan enjin kerana bukanlah kepakaran kami ... walau bagaimana pun kami cuba bantu apa yang kami tahu sahaja... yang lebih-lebih memang kami kurang arif lah ye....

Engine:4G15 12 VALVE 1500cc SOHC
4G15 standard yang asal enjin magma 12valve ni...macam kat kereta wira...
4G61t 1.6 liter Turbo Engine Proton saga 1.3 boleh upgrade hingga enjin 1.6 (1.7 pun boleh kalau ada). saga 1.5 boleh upgrade ke enjin 1.8 max.kalau pakai saga lama boleh.masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.

4G61t 1.6 liter Turbo Engine
Cuma saya cadangkan kamu masuk 4G61,4G91,4G92,4G93@4G61.kalau kapasiti enjin anda 1300.. Kalau kamu nak masuk enjin 4G61 sudah cukup memadai..endorse pun senang x perlu kautim.halfcut 4G61 dalam RM5500 lebih kurang agak-agak aje harganyer

4G92 Mivec 1.6 liter Engine
kalau mau tahu beza Beza antara 4g61 dgn 4g92 lebih kurang sama je 1600cc. 4G92 engine berteknologi lebey baru berbanding 4G61 yg agak lama dan rare. 4G61 senang sikit nak endos klau tak silap la sebab tak banyak nak modified pada tapak mounting. Dlm segi performance tak pasti la yg mana lg terer...manakala 4g92 mivec nie enjin 1.6 twincam ada sistem vvt. maknenye pada satu rpm akan ada satu sentapan kuasa dr rpm 5.5krpm ke redline. 4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC....dimana engine ini terkenal dengan system nya yang mabeles dalam era engine-engine mitsubishi ini....ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo)..... Sekarang ni aku dengar halfcut mivec mahal woo...kalau tak silap kawan aku cakap dekat Rm8k..entahlah tak pastilahhh.

4G93 GSR 1.8 liter Turbo Engine
4G93 DOHC 16 Valve Turbocharged.

Sebenarnya 4G93 ngan 4G93T sama ajer. beza T for turbo! Ramai gak orang terus kacuk ajer.kena buat modifikasi simple.. just tambah piping intercooler, intercooler ngan siput turbo, gasket keluli yang tebal sket untuk menurunkan compression, ECU, BLOW OFF ..4g93 lak enjin 1.8, ada sohc ngan dohc. kalu saga nak masuk 4G93 ,tak jadi masalah sangat..maybe kat kawasan radiator tu kene ketuk sikit kot..kalu nak masuk 4G93T a.k.a GSR dalam saga,yang ni ada problem sikit..ada kene ketuk, ada kene potong sikit.. Tentang half cut 4G93..kalu engine kosong: dalam RM2500 ke RM3000 kot..kalu half-cut: dalam RM5500 ke RM6500 kot..tapi depends pada part2 yang dapat gak..ni semua harga kot2 aje aar..aku pon tak sure sangat..ko kene survey aar..

4G63 VR4 2.0 literTurbo Engine
4G63t Evo 2.0 liter Turbo Engine Enjin 4g63 DOHC 16v inline 4 cylinder ade macam-macam jenis....contoh paling senang vr4,4g63t..

4g63 VR4 tu dari mitsubishi galant. 4g67, org selalu panggil vr4n/a...yang ni c.c dia hanya1.8 pastu ada 3 jenis dari model galant vr4 ni, yang 200bhp,220 bhp n 240bhp...yang best dari 240 bhp sebab dari model vr4rs..... kalo iswara/saga slalunye amek dari mirage 4g61 dan galant vr4....Seingat-ingatnya dulu member aku ada buat..upah pasang dalam RM2000, upah pasang depend pada bengkel gak..kurang-kurang mau siap RM dlm 10-15k jugalah utk converting enjin. sbb byk benda2 lain lg nk kena install bila dah masuk ejin tebo ni.. skang ni agak susah nk lepas ke 2.0cc.. jpj skang hanya lepas 25% peningkatan kuasa dari enjin asal.. nak pakai haram atau untuk litar boleh, tapi bila dah kena sita on the road with abang jpj jangan merungut pula.. ehehe

Enjin apa yang sesuai bleh convert kat kereta proton dan lulus JPJ?
Iswara atau Saga hanya boleh taruk 4G91,4G92/MIVEC.. 4G61,4G62

As long as is kereta saga iswara can join ...enjin GSR, VR4, b16b, v6 apa pun boleh masuk la.... but jpj another problem only.... Senang cakap selain dari model Proton perdana dan seangkatan dengannya,model proton yg lain haram masuk 2.0..

Enjin VR4 masuk Saga Iswara already lulus by JPJ?
Janganlah masuk VR4 tak lulus JPJ, tapi kalau gamble koboi boleh juga.
kat sini panduan enjin yang lulus JPJ dan tidak lulus masuk:
4G91 ( DOHC ) - 1.5 lulus
4G92 ( DOHC ) - 1.6 ( mivec or non mivec ) lulus
4G92 9 SOHC ) - 1,6 lulus
4G93 ( DOHC ) - 1.8 ( GSR tobo or teda tobo - tidak lulus mlebii 25% )
4G63 ( DOHC ) - 2.0 VR4, EVO 1,2,3 n RVR - tidak lulus
4G61 ( DOHC ) - 1.6 ( Mirage tobo )4G67 ( DOHC ) - 1.8 - tidak lulus
Meh kita tengok part yang boleh masuk kat Saga ni...
Saga lama camni kalau modifide nampak cun bila masuk bodypart MMC, Side Skirt VR4, Spoiler BMW E30,Side Skirt VR4 Turbo 2.0 . Cuma dulu benda ni jadi alas pijak-pijak je kat kedai potong skarang ni banyak barang -barang tu bagaikan dah pupus susah nak cari...








Ape pun setiap pengubahsuaian yang di lakukan di harapkan tidak menyalahi undang-undang yang termaktub.... Modifikasi hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988...

jika terdapat sebrg maklumat yg disampaikan salah, sila betulkan ya... Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

60 comments:

MR.Z said...

kompleks juga ye nak memahami perkara2 berkaitan enjin ni.. :D

Admin P@P said...

Salam.
Wah, berkaitan enjin pun hebat juga.
TQ atas maklumat yang lengkap sempurna...

TQ

::FAIZ:: said...

Iswara cun kalau make up.... cuma kwn kata slalu karat... body dia tak tahan karat.

Nerzhul said...

cun la..tapi part c12 ni dah susah nak carik skarang

IMANSHAH said...

Kau memang hebat..terpana aku

Alan said...

boleh masuk mivec ke? tapi rasanya comfom padat. nak seluk tanganpun x lepas...enjin mivec sekarang dah cecah 10k keatas.

IMANSHAH said...

Salam

Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.

ikhlas :

Sahabat mayamu,
Imanshah

comel said...

kalu dari perundangan x pe ke tukau2 engin ni ek???
sory da lama x update blog
singah2 ah
insyaallah banyak cerita akan dikongsi
:)=

ijatnuar87 said...

heheheh...syok baca entri nih...walaupom xbraper phm pasal enjin2 nih,hehehe...

Unknown said...

bro..nak tanya kalo wira asal 2.0d boleh sumbat enjin rvr masuk tak?jpj pass tak?kena modi kaki enjin?harap bro dpy jawab.thx.

idzwan said...

salam nak tnye kalo dashboard evo4 leh msk kat iswara x???

sharizham said...

berapa harga engin2 ni...

sharil said...

bro kalau nk convert enjin saga flx apa yg seswai ya???

Hagemarucweet said...

fuhhh....terbaikk r bro....

Unknown said...

Terima kasih atas info ni bro...

CANDEKURA said...

Tuan, boleh terangkan kepada saya spark plug orientation dari distributor cap ke engine blok untuk engine 4G15 EFI 12 valve. Saya terlupa catit semasa tukar cable plug baru. Tolong lah. TQ

HELMI RRM TV said...

boleh endos la bang saga masuk 67 turbo dari 1.3 saga.. tapi kena lalu lagi satu proses iaitu PG10.. ambik borang ni kat JPJ dan pihak JPJ akan lenjan kete kite sepuas puasnya OTR sehingga dia puas hati.. apabila lulus PG10 ni.. baru lah pergi ke puspakom utk endorse injin nih... untuk enjin asal 1.3 nak lompat ke 1.8 nih, mesti melalui PG10 nih.. kalau direct pergi puspakom mmg dia tak lajan kecuali ade surat bercop PG10 nih dari JPJ..
Mcm mane saya boleh tahu?
kereta saya asal 1.3 saga dan tuka enjin 67t endos dengan jayanya tanpa suap2.. mounting jgn ubah..
cuma berkongsi...

HELMI RRM TV said...

nak tahu saya tipu ke tak?
datang rumah tengok sendiri..
masih pakai lagi saga lejen nih.. hehehehe...
ataupun email kat saya
helmikamarudin83@gmail.com
utk mintak gamba roadtax saya... tq..

Unknown said...

Bro helmi bile konvert ni? kalo saga lmst 1.3 nk masuk 4g61t boleh ke? kne amk pg10 jugak ke?

Unknown said...

Klau saga lmst masuk enjin wira 1.6 injection single cam agak berapa harge dia

HELMI RRM TV said...

baru 2 tahun ni konvert injin nih...
61 tak payah pg10 direct g puspakom aje....
tapi kena pergi bengkel yg betol2 pandai pasang injin nih..
takmau welding2...
ada welding saja kantoi.. buang lombong lah kete... huhuhuhuhu....
hati2 kawan2...

Unknown said...

Salam otai2 tmpang tnye...piston 4g91 leh msuk x kt enjin 4g15

Jeff1989 said...

Kemas info boh ..tapok enjin saga lama ngam ke ngan enjin 4g91 .x ubah tapok ke ?

HELMI RRM TV said...

Tak payah ubah tapak.... carik pomen yang Biase buat.... sonang je tu....

Red Saga said...

tumpang promote sket....

enjin 4g61 n/a

ada yang minat call sy 0145056782

TQ admin.

ika fiqa said...

bro area mna .

Unknown said...

SALAM KING, TUMPANG TANYA SIAPA PERNAH KENA TAPAK MOUNTING BELAH TIMING BELT SENGET KE BELAKANG? SAYA GUNA 4G92 NA JE. MOHON SIAPA YANG ADA PENGALAMAN TOLONG TUNJUKKAN CARA UNTUK NAK KUATKAN LAGI TAPAK MOUNTING TU. TERIMA KASIH. ~ AZ SKODA

Unknown said...

SALAM KING, TUMPANG TANYA SIAPA PERNAH KENA TAPAK MOUNTING BELAH TIMING BELT SENGET KE BELAKANG? SAYA GUNA 4G92 NA JE. MOHON SIAPA YANG ADA PENGALAMAN TOLONG TUNJUKKAN CARA UNTUK NAK KUATKAN LAGI TAPAK MOUNTING TU. TERIMA KASIH. ~ AZ SKODA

HELMI RRM TV said...

saya pakai perdana punya (terbalikkan)
enjin evo... tak tau lah kalau 92..
pomen saudara pasang senget k?

pomen saya area nilai, mmg pakar konbet2 ni...
dan boleh endos dengan hensemnya...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Apa beza 4g 92 1.6 mitsubishi sohc dengan 4g 93 1.8 mitsubishi sohc

syafiq95 said...

tuan ckp (4G91 ( DOHC ) - 1.5 lulus)...jdi kalau saya tukar enjin iswara saya
ke 4G91 xperlu la nk lulus puspakom jpj bagai...gitu ye?

Unknown said...

Teebaik... Kalau wira 2.0 ,??'

Unknown said...

01129390051

Unknown said...

Sya ada sebiji mitsubishi tredia...klu nak masuk 4g63 bnyak nak ubah suai ka..lulus tak?

HELMI RRM TV said...

ok, kalau nak tengok kereta saya,
saya dah masukkan dalam you tube...

Proton Saga Evo 3

https://www.youtube.com/watch?v=9LG6k8xcUGc

Unknown said...

Cun. Sampai sekarang pun masih panas topik ni.
Saya punya saga iswara LMSS.
Baru survey enjin apa yang ngam, tanpa perlu ubah apa2 tapak.
61 PNP saja la kan?

Unknown said...

👍👍👍info terbaik

Unknown said...

Saya ade masalh drive shaft...saya dh tkr enjin saga megavalve ke 4g93 doch...tp drive shaft seblh kiri mcm x ngam....mcm terkeluar dr lock dlm gearbox...enjin jd bergegar kuat

Unknown said...

mana boleh dapat engine ini

Unknown said...

Bukan nk cakap ape..Tpi kalau pakai 4g61t mirage mmg bruntung😊😊..Bole rojak ngn vr4..enjin pn tahan lasak..cengginiii👍👍

Unknown said...

Terbaik bro roadtax remainder malaysia. Idola bro

Unknown said...

Nak tanya boss ku. . Klau pakai engin 4g67turbo sama kah barang nya dgn 4g63turbo contoh top gaskat

pali said...

Blh,masuk dashbord iswara kat evo4.. hahahahahahaha

ronel_p said...

Boleh sbb badan wira diesel tu model c99 (Body keras mcm lancerla)4g63T pun boleh..tapi jgn terlalu ikut minat....nanti keta tak pasal² dh 500hp .

Unknown said...

Assalamualaikum.....saya nak bertanya,kalo enjin saya 1.5cc proton,saya sarungkan cranshaft waja 1.8 skali ngan piston saiz 76mm,kuasa enjin bertambah jd 1.6cc tp saya remain pakai head 12 valve.....ada masalah x...??

Unknown said...

Satu lg kalo block 1.5cc proton blh pkai head 1.6cc 16 valve ker...??? Tapak sama ker...??

Unknown said...

Boleh bg sya alamat pomen kat nilai tu ya sya nak buat survey convert engin saga
0122808454 wan

Unknown said...

Ni barang kalau order ada kasi mur2 ke..saya area sarawak..kalau ada cita pasal spepat saga lmst bleh contact saya..01114091989

Jeritanbatinku said...

Kalau masuk 4G61t dekat iswara tapi bodykit interior dan exterior nak convert jadi LMST boleh x?? Ada kacau apa2 tak?? Sebab bodypart LMST nmpk moden dan lebih cun..

Jeritanbatinku said...

Puspakom kenalah pergi jugak sbb nk endorse enjin baru tu.. kena endorse gak sbb nak kena tukar no enjin dlm geran nnt..

Unknown said...

Tq boss for sharing info.. nice

Unknown said...

salam bos..nak tanye sikit la enjin iswara 4g13 boleh masuk crankshaf waja 1.6 tak nak cuba masuk one set crangchaf,rod,gan piston skali....

Unknown said...

nak tanya kalau wira 1.5 nqk masuk 4G93 blh ke jpj lulus x

Unknown said...

Assalammualaikum, saya nak bertanya. Boleh tak kalau enjin saga lama masuk kat iswara. Kira enjin seketul dari saga ke iswara yg body saje, sbb nye, saga tu ade geran tpi x boleh nak hidupkan roadtax. Owner dia dah meninggal x sempat tukar nama. Iswara ni ade geran dan boleh hiduo roadtax. Kena proses endorse ke mcm mana

Unknown said...

salam boss nak tanya
saya baru nak berjinak dalam modi ii kete
kalau nak modified iswara, selain enjin ii yang tuan nyatakan,apa lagi yang perlu ditukar

Alfatih said...

Assalamualaikum Sy Fatih dr kulai nk tnye kalau engine 4g91 nk msuk lmst mounting nk Kene tkar ke dan gear box lmst boleh ke kacuk ke 4g91

koroii said...

4G15 nk upgrade ke 4G91..boleh pki enjin kosong ka?..wiring gearbox semua pki balik..atau kena cari enjin halfcut

Unknown said...

Terbaik semua, mohon tunjuk ajar drpd senior2. Sy wan drpd pontian johor. Salam kenal..

Sound Deadening Store said...

This is one-of-a-kind content, so I hope you enjoyed my comment. I truly appreciated and enjoyed this content. Gratitude for sharing this data. sound deadening roll