Hari ni nak jawab tiga orang yang bertanya soalan..Sebenarnya kami tak arif tentang enjin kereta ni,. Adelah lebih elok ditanyakan oleh pakar modifikasi yang lebih profesional... ape pun kami cuba jawab... Tapi ini cuma pandangan kami.. tak semestinya betul..A) Pertanyaan yang diajukan..
unnamed: aku nak tukar enjin wira aku..ape prosedur yang aku kena buat untuk jpj d. puspakom?
Jawapan kami..
Nak terang dengan detail pun aku tak tau nak terang camne..secara ringkas macam kat bawah..
_______________________________
Prosedur menukar enjin
1) sebelum Convert, kene hantar surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal (kawal selia), memohon utk tukar engine..contohnya 1.3 sohc ke pada engine yg diingini lah...mohon kat JPJ Putrajaya nak tuka enjin... kire '0' lagi takde apo-apo... just kita bagitau "saya memiliki wira 1.3 dengan no engine bla bla bla, dan ingin memohon untuk menukarkan enjin nya kepada 4g91 dohc atas sebab enjin lama dah kong contohnya la" 
( cuba klik untuk besarkan)
isi borang apa tah pastu pastikan segala dokumen lengkap:bagi skali ngan fotostat
-resit jual beli..
-no enjin dalam surat kastam mesti sama ngan no yang di cop pada enjin
-geran fotokopi(pastikan kt geran tu nama pemilik kenderaan la)....
-dapatkan surat dari pomen ttg aper yang dibuat/ditukar pada suspension, brek,mounting dll
-kalau lebih sikit sikit dari 25% tadi kene dapatkan PG10..... kene hantor jpj negeri untuk dia tengok then dia bagi surat PG10
-salinan ic empunyer keter
-kalo masih loan kene dapatkan surat pelepasan dari bank


2) JPJ putrajaya bahagian. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...tunggu seminggu atau dua minggu... kalau lulus, ko bleh teruskan buat convert...JPJ akan luluskan kalo permohonan kita masih dalam had yang dibenarkan, cth yg tak dibenarkan ialah 1.3 ---> 1.8, atau cc yg melampau-lampau, atau jenis enjin yang tak sama langsung... kalo putrajaya cakap boleh, baru pi hafkat, wokshop, dan buat convert kereta tu...
3) bila dah siap kete convert, kene bawak kete ke mana2 jpj (negeri) terdekat untuk dipandu uji.( test drive )..kalo lulus, jpj akan keluarkan surat lulus..... bawak surat kelulusan/kebenaran dari jpj putrajaya tuh sekali...ok, kat jpj nih, diorang test drive kete kita, make sure suspension n braking mantap..alignment tayar pi wat dulu..jgn lupa minta resit result dari kedai tayar tuh.. kalo kedua-dua nih ok, memang takde masalah utk lulus..JPJ kuarkan surat "kereta ini selamat" dan lulus.....
4) bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke puspakon utk pemeriksaan"...Kalau nak senang kerja cari runner untuk urus semua hal ni..atau tak mahu pakai runner, kalo convert yang kita buat masih dalam had yg dibenarkan.. save duit, cuma masa la akan rugi sket.. sebab banyak prosedur... 
kat puspakom nih, dia chek kita punye brek, suspension, lampu tinggi, chaisis, side slip tapi semua pakai mesin, diorang test drive je...
kalau tak lulus kat sini, kita kene la repair ape yg tak lulus tuh, maybe brake ke, henbrek ke,pastikan brek blakang anda mencengkam .kebanyakkan gagal sebab brek blakang je tapi kalo chasis kantoi ade potong bodi ke, kene sita la hehehhe...
resit sejumlah RM 30 setiap kali pemeriksaan dilakukan. tidak akan dipulangkan walaupun gagal. bayangkan kalau 10 kali gagal.anda akan melayang RM300 ...Kalau dah banyak kali gagal bagi runner jer buat. settle masalah semua.
klu lulus puspakom...Pergi tukar no enjin kat insuran ko dulu...
klu kete tu masih ada hutang ngan bank...Pergi bank tersebut dan mintak surat ape tah...klu takde hutang...pergi JPJ terus ajer...
dah settle kalo lulus, pegi jpj negeri bawak result, surat beli enjin apo semua untuk potong no. engine... utk menukar no enjin pada geran... surat kastam, resit, laporan puspakom sume diorang akan ambil yang ori punya so sesiapa yang nak wat rekod tu fotostat la bebanyak ye... make sure buat copy utk setiap result, sebab jpj akan simpan yang original....
B) Pertanyaan yang diajukanGuest
klu tkr enjin kancil 660 p kelisa pass ke??
Jawapan kami
Kalau ikut prosedure sekarang convert enjin cuma dibenarkan 25% saja
_______________________________
1) Bagi enjin asal 660 (0.660 + 25% =0.91)
So saya nasihatkan..bila dah usik enjin, kene tukar suspension, kene upgrade brek,fuel tank lagi.kalau swap enjin kelisa GUNA gearbox 1.0 balik byk ubah gearbox mounting enjin mounting kena pakai 850 punya .. pendek kata, usik satu semua kene usik. kena ingat kancil punya body tu tak kuat mana.pastu space dalam tu mmg cukup-cukup makan je.cukup keluar cukup masuk.accident lain cerita.jarang aku tengok yang 100% selamat bila naik kereta tu.
Baik kompom bebetul ngan JPJ n Puspakom..baru tak nyesal di kemudian hari..
kira sekarang nih sebelum mula buat apa-apa tindakan, harap tanya dulu JPJ ..
C) Pertanyaan yang diajukan
Yastro said...
satu soalan lak bro,gua guna wira A/b U.K spec 1.3....system gua rasa sama tarap ngan 1.5 yg domestic, yg beza cuma engine jerr..gua rasa lerr...
So kalau gua nak tuka engine camne lak tu? masih mengikut spec tidak melebihi 25% power, atau camne?
Pada saudara Yastro Kalau ikut prosedure sekarang convert enjin cuma dibenarkan 25% saja jadi kena ikut spec dalam geran asal kereta tu... kalau dia tulis 1.3 maka ianya bukan 1.5..
perkiraan 25% kereta proton 1.3, 1.5, 1.6, 1.8 & 2.0
1) Bagi enjin asal 1.3 (1.3 + 25% =1.55)
dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin 4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.
Engine:4G15 12 VALVE 1500cc SOHC
4G15 standard yang asal enjin magma 12valve cc dalam 1468cc sohc
Ko nak pakai enjin pe? NA ker TURBO?

4G91t 1.5 liter Turbo Engine
masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.
4G91t 1.5 liter Turbo Engine
Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..
_______________________________
2) Bagi enjin asal 1.5 (1.5 + 25% =1.75)
4g92 - 1.6 sohc (wira)@1.6 dohc@1.6 dohc mivec. 
_______________________________
3) Bagi enjin asal 1.6 (1.6 + 25% =1.85)
4g93 - 1.8 sohc@dohc (best woo)NA @ turbo kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..
4) Bagi enjin asal 1.8 (1.8 + 25% =2.05)
4g94 - 2.0 Mulai 2006 Senang cakap selain dari model Proton perdana dan seangkatan dengannya,model proton yg lain haram convert masuk enjin 2.0.. antara reason die-chasis proton tak mampu tampung kedesupan enjin2 2.0. enjin overpower than chasis. not balance. (aspek security la) untungla sape yg sempat endos sebelum 2006 ni.nasib diorang lah lepas endosement tp klu enjin ni kong, tetap x bleh nak pakai engine 2.0 sbb syarat baru telah diguna pakai lagi satu mesti ada masalah karenah birokrasi,jpj ckp skang nye law keta convert 2.0 dah takeh ditukar hak milik..klu nk jual kira takleh tukar nama.
Cuba korang tengok Surat pekeliling yang dikeluarkan
( cuba klik untuk besarkan)Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

















Pada tahun 1977. Kali ini sedia sebagai 3 pintu atau 5 pintu hatchback, hanya disokong oleh 993 cc 3-silinder dengan 50 hp JIS (37 kW). Awal G10 (Seri 1) lampu bulat dan G10 (Siri 2) mempunyai lampu persegi. Enjin berkuasa 843 cc 3-silinder merupakan 3-pintu hatchback dengan dua tetingkap bundar kecil di belakang.
Pada tahun 1983, sekali lagi sebagai 3 atau 5 pintu hatchback. Ini memaparkan beberapa variasi daripada 3-silinder 1.0 L enjin, termasuk versi turbocharged dengan 68 hp JIS dan diesel dan diesel turbo versi. 5-speed transmisi manual yang sedia. Yang G11 ini dihasilkan dengan 2 variasi "persegi-mata" (Siri 1) dan "mata kucing" (Siri 2).






kasi masuk bodykit G11 Detomaso atau G200 Detomaso.....canteek, dashboard kasi itu G200 Deto, enjin kasi letak G100 GTti.....interior main G11 Deto, merah hitam....rim masuk 17"... tapi tak ade gambar lah...

















