Tuesday, June 30, 2009

Projek senyap-senyap Motor Yamaha Ego Biru Diamond...

Selamat Hari Bapa...
Ni lah satu-satunya motor kesayangan ayah kami. Nak pergi ke mana-mana motor ni lah yang dia bawak.. Nak ke kedai sehingga jemputan kahwin pun pergi dengan motor ni, walaupun destinasinya jauh... Warna merah standart... Kata ayah motor ni senang je nak drive. Clush automatik gear tukar sendiri. Pulas hendal minyak ke depanlah dia. Tekan brek berhentilah dia...kan senang tu. Cuma jangan brek mengejut.. boleh tersungkur motor tu...
Tapi apa yang terjadi.. Bila dah dua tiga hari ni ayah asyik muram je... Rupanya motor kesayangannya calar teruk pada cover set depan dan tepi.. Ayah punya angin tak berapa baik lah lepas tu, mood tak ade... sakit mata nak tengok calar tu agaknya...

Calar kat kepala motor tu... calar dalam...
Hah yang bahagian ni lagi teruk... habis bergarit dan pecah...

Kesan calar dari atas hingga ke bawah cover set tu... Pecah yang kat atas tu

Apa pun kami tak mau lah ayah asyik muram je... sampai bila pun tak habis... Mari pakat adik beradik repair motor tu cepat.. tapi kami semua nak buat satu kejutan padanya.. Secara senyap-senyap make overlah... Time paling sesuai ialah waktu malam sebab tak ada sesape yang perasan... orang dah tidor... Mula-mula buka part tu... cabut habis cover set...

Dah barai habis tak de kulit...

Tayar Sport rem kami buka...Langkah seterusnya matikan colour dan simen kat mana yang pecah... Pastu bancuh cat, onkan mesin angin... dah bleh cat smua cover set tu.. Dengan sport rem tu colour sekali...

Hah dah siap cat cover set tu..pergi jemur bawah spot light... biar kering cepat...



Tapi ada sesuatu yang kami nak buat spacial lah... Colour kami pilih warna kegemaran ayah.. kami tahu tu lah colour yang dia minat sangat... cuma Yamaha Ego keluaran dia standart colour cuma ada warna merah dan hitam je.. Clear dia kami bilas dengan Diamond 7 colour... Ni pun satu eksperiment kami... Cuba belajar-belajar je... harap-harap jadi... Sebabnya bila kita letak diamond ni lebih sangat boleh menyebabkan warna biru tu tenggelam..Tak mahu keseluruhan akan nampak warna silver menenggelamkan latar biru.. tulah kena ada cara dia... First time try..
Hah dah siap pun. kami letak depan umah. Sebabnya nak buat gempak kat ayah.. Mesti dia terkejut... Kee.. Kee... kee

Hah.. Yang Spacial Khas untuk ayah sport rem nya tu

ZoooM... Sport rem tu pun colour coklat bersalut diamond effect

Nanti kami cadang nak gantikan papan nombor plat baru

Ni yang kami maksudkan warna silver diamond boleh menenggelamkan warna latar biru itu

Ayah tak bangun dari tidur.. Last-last nak buat lagi gempak kami simpan dalam umah pulak.. Tukar rancangan biar lagi nampak gempak dan kecoh esok pagi..

Ape riaksi ayah esok pagi tengok motor dia dalam umah.. Terkejut dan terharu kut..

Ini je yang kami dapat berikan pada ayah kami... Anggaplah sebuah hadiah istimewa dari kami anak-anak punya kerja.. Warne merah tu kami tukar warne biru... Ayah mungkin tak kenal motor diaa.. Mungkin tak perasan tu motor yang dia selalu naik... itulah kerja kami dalam satu malam ... Esok pagi ayah mesti cari motor dia pasal nak cari Surat khabar...

2 comments:

Ahmad Firdaus K. said...

Salam bro, ayah saya pun pakai motor ego jugak.. Tp dh lama dekat 6 tahun jgk la..tu aku ingat nk tukar body kit dia bg cantik skit.. Nk belikan motor baru xmampu lg tu ingat nk bg cantik..dok2 search kt internet tjumpa la blog ni.. Tu nk tanya berapa kos kalu nk bt mcm ni..tp ak xpandai buat sendirinkalau upah org blh la.

Sound Deadening Store said...

Very nice and unique content. I appreciate this content. I hope you like this my compliment. I you want to buy automobile parts please visit my website. van conversion range