Saturday, June 13, 2009

Projek Wira Spacial Effect merah pink

Projek Wira Merah Juki..

Kali ini make over ke atas sebuah wira... Tuan punya mahukan pemasangan side skerting disekelilingnya tapi nak yang simple je.. Warna khusus yang dipilih ialah merah lembut kerana drivernya pompuan lah..

Kenal pasti masalah kenderaan terlebih dahulu. Bagi kerosakan kenderaan yang perlu alat gantian atau perlu mendapatkan segera alat gantian atau diperbaiki seboleh-bolehnya.Kerja-kerja mengetuk dilakukan pada bahagian body yang kemek seperti sediakala. Kerja-kerja yang lebih rumit memerlukan sambungan welding dilakukan. Bahagian body yang bocor atau berlubang juga perlu di tag welding atau ditampal.

Beberapa bahagian bodynya berlubang kerana masalah reput.. terpaksalah kami tutup dengan kepingan fiber glass.. dan di sealkan dengan anti rush...


Bornet belakang kami terpaksa ganti dengan yang baru sebab dah teruk. kalau hujan air sampai masuk dalam ruang spay tayar. Air yang bertakung disitu menyebabkan karat.. ruang dalamnya kami seal semula dengan underseal jenis tar...


Kerja ini memerlukan kemahiran dan ketelitian sepenuhnya. Kerja-kerja menyimen dilakukan seterusnya kerja-kerja finisher dengan mengosok rata dengan sand paper bahagian tersebut untuk matikan colour. Setelah itu kerja-kerja mengecat dilakukan. Perancangan masa perlu dilakukan supaya kenderaan diatur dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan ( Sekali masuk terus keluar) supaya kenderaan lain dapat masuk terus untuk disiapkan.


Akhirnya siap juga.. Pada asalnya warna kereta ini putih. Setelah difikirkan owner nak ubah seleralah... cari lah warna yang ceria sikit.. colour merah special effect ..


Tengok tu side skerting ... yang telah dipasang simple tapi menarik..
Terima kasih sekalung budi terhadap owner yang merupakan sepasang suami isteri En Marzuki & Pn. Idah kerana memberi kepercayaan terhadap kami.. kami cuba memberikan yang terbaik untuk anda dan diharap berpuas hati ye..

mengikut perancangannya selepas ini pasangan itu akan membuat make over ruang dalam keretanya plak .Nak sesuaikan dengan cat luar mereka menukarkan sarung seat depan belakang dengan warna merah hitam gak... baru nampak baru luar dan dalam...

3 comments:

Marzukie said...

memang ketara bezanya

Sound Deadening Store said...

This is very unique content. I really appreciate to this content. Thank you so much for this information. I hope you like this my compliment. sound deadening van

Jacob Conner said...

Impressive breakdown of the economic impact of quieter cars. Your article made me reflect on the value of a peaceful ride. Well done. thermal sheet