Pertanyaan yang diajukan..
Dino said bawa kete myvi aku on aircond full pun masih tak sejuk angin slow pd hal baru jer tambah gas kedai kate gas byk lg, paip x bocor pn. aircond kdang2 ade bau busok tak tau mn dtg
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada dino... Sebenarnya saya kurang arif dalam hal ini ... tak dapat nak agak apa kerosakkannya... kalau dah tambah gas aircond angin keluar slow dan dah di pastikan tak ada kebocoran pipe... Rasanya ada kemungkinan masalah blower agaknyer... sedikit secara ringkas mungkin berguna untuk kamu...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Service Blower Aircond Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kadang-kadang kalau angin aircond slow berkemungkinan blower aircond dah kotor atau terdapat banyak debu-debu habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas blower berkenaan... Jika angin aircond berbau busuk, Ada kemungkinan aircond anda telah terlalu lama tidak di service (dah bertahun-tahun) hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk...
Jadi apa salahnya sekali sekala buka blower aircond untuk dicuci, di tukar filter dan dibersihkan fan (kipas) blower.... mudah-mudahan bila on switch angin blower yang keluar pun jadi kuat sikit.. Sebabnye kita boleh buat sendiri.. senang ajerr kalau nak buat lahhh...
Cara Tukar Filter Blower Aircond
1).Tanggalkan skrew pengikat dan cabut keluar laci simpanan barang pada dashboard kereta.. Setelah dikeluarkan laci .. cuba lihat kat bahagian dalam (bawah dasboard belakang laci simpanan barang) cari kat mana kedudukan blower aircond kereta tersebut..
2)Kemudian cari kat mana kedudukan filter blower aircornd… Pastu buka klip pada cover filter … tarik keluar filter blower aircornd…
3)Kalau filter blower aircornd tu dah berhabuk teruk sangat… kena tukar dengan yang baru…. Kemudian pasang balik di tempat asal…
4)Ada sesetengah filter blower aircornd kena keluarkan dari celah tepi blower ajer..Macam kereta Hyundai Getz ni agak senang sikit nak buat..
5)Ada sesetengah kereta yang mempunyai filter simple ajer bentuk dia… Contohnya macam kereta Myvi sekeping kertas ajerr bentuk dia …
6)Senang ajer filter blower aircornd tu kalau kotor sangat kena lah tukar baru… Just hanya letak ajer kat dalam blower aircond tersebut…
7)Sesetengah kereta tak nampak kat mana kedudukan blower aircond disebabkan terlindung dibelakang frame console.. Maka kena jugak tanggalkan skrew pengikat pada frame console.. Baru dapat cari kedudukan blower aircond kereta tersebut…
8)Bila dah jumpa blower aircond kereta tersebut cabut keluar… ganti baru.. Cuba tengok kat dalam kotak filter tersebut kadang kala ada sampah berupa daun-daun kering yang masuk kedalam.. Itu yang membuatkan aircond tersumbat dan menyimpan bau busuk dan hapak ( dalam keadaan lembab)… Bersihkan dan buang daun-daun tersebut...
Macam mana boleh ada daun dalam blower aircond???
Bila parking bawah pokok daun-daun landing jatuh dan terselit celah- celah lubang blower … bila aircond dihidupkan maka daun daun kering tersebut akan disedut masuk kedalam kotak blower…
****Di nasihatkan nampak daun atas bonet kereta....Rajinkan tangan buang daun yang jatuh dan terselit kat celah bonet..
****Di nasihatkan nampak daun atas bonet kereta....Rajinkan tangan buang daun yang jatuh dan terselit kat celah bonet..
9)Dalam atau bersebelahan dengan blower aircond kereta ada kotak fan blower aircond ( kipas blower).. Cuba buka cover fan blower.. Dan cabut keluar fan blower aircond tersebut..
10)Kalau fan blower aircond ( kipas blower) tu penuh habuk.. Cuba bersihkan kerana kalau habuk tebal sangat pon angin kipas tak boleh keluar kuat nanti.. Dah siap bersihkan pasang balik di tempat asalnya…
Cara bersihkan fan blower aircond
11)Cara nak bersihkan fan blower aircond ni sama ada guna cotton buds untuk bersihkan habuh pada celah-celah kipas.. Atau kalau dah teruk sangat habuk berselaput kena gak cuci dengan berus lukisan yang di basahkan dengan air sabun..
Cara bersihkan saluran hose dan lubang aircond
12)Cara nak bersihkan saluran hose dan lubang aircond … dapatkan Car Air Conditioner Cleaner siap dengan hose panjang masuk kan hose ke dalam lubang keluar aircond… Pastu spraykan… yang ni contoh gunakan Toyota punya Air Conditioner Cleaner boleh cari ada jual.. Bagus spray ni….
13)Sekarang ni ada macam-macam jenama Car Air Conditioner Cleaner...Bukan takat membersihkan ajer malah menyah bau busuk dan hapak, mewangikan dan menyegarkan bila aircond kereta terpasang..
Aircond sistem ni semua kena servis..
Aircond sistem ni semua kena servis..
14)Lagi bagus kalau keseluruhan sistem termasuk piping, condensor dan cooling di servis semula supaya ianya dapat berfungsi dalam keadaan baik… Benda ni semua kena servis kat bengkel yang boleh buat servis aircond
_______________________________
Aneh Tapi Benar ?
Pernah terjadi jugak entah macam mana tikus dan anak burung boleh termasuk dalam blower.. Itu yang hairan sangat....akibatnya haiwan tersebut mati kat dalam blower aircond.. heran-heran...
Pernah terjadi jugak entah macam mana tikus dan anak burung boleh termasuk dalam blower.. Itu yang hairan sangat....akibatnya haiwan tersebut mati kat dalam blower aircond.. heran-heran...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment