Friday, February 17, 2012

Masalah Kereta lembab tak ada pickup


Pertanyaan yang diajukan..
Woofer Storm said...
#bro nak tanya,kalau kereta dah kurang mantap..macam mana nak bagi pretasi dia mantap balik?ada cara ke?ke nak tukar enjin gak..
#bagaimana cara nak lajukan kereta yang dah lama guna apabila pick up dah tiada..

Jawapan kami...
Thanks pada Woofer Storm bertanya.. Maaf lerr agak lambat balas jawapan tersebut... Sebenar saya bukan pomen kereta pon… Tapi saya cuba berikan sedikit pandangan secara ringkasnya… 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Kereta lembab tak ada pickup
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok Masalah Kereta kurang pick up ni agak general dan banyak punca bagi kereta dah lama pakai dan  telah berusia .. Perkara ni kena rujuk pada makenik apa masalah yang dihidapi pada kereta tersebut..

-Kalau kereta Standart korang kurang pick up atau lembab atau terasa berat... berkemungkinan ini antara puncanya...  
1.Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin, Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai.. Cuba try RON95 dan RON97 mana yang sesuai dengan kereta korang..
2.Mungkin semasa kita membuat penukaran minyak hitam enjin kereta terlalu banyak ( bubuh banyak sampai lepas tahap maxsima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai ( terlampau pekat).. 
3.Pernah tak korang buat masa tukar minyak hitam enjin bubuh Engine Oil Treatment.. Sekira boleh, masukkan sedikit  Engine Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak hitam.. jangan ler letak banyak tau..1/2 botol cukup ler. tujuannya memberikan lebih perlindungan pada bahagian dalaman enjin dan selain itu meringankan dan melancarkan lagi pergerakkan piston turun naik..
4.Cuba periksa spark plug  jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien power enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang..
5.Cuba periksa air filter kereta korang.. Kalau air filter dah kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin masuk tidak banyak.
6.Bagi kereta yang guna carburetor. Rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor... maybe
sudah  tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon... Kaburetor yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah yang bermasalah.
7.Kalau kereta mengunakan fuel injection .. mungkin juga injektor tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin..  Jadi kenalah buat servis bersihkan injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner bagi  memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.
8.Sensor EFI kotor - selalunya boleh diservis saja. sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.so kena bersihkan ajerr..

9.Fuel filter kereta tersumbat . Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol ( dah tersumbat).. kalau dah lama tak ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen..Mungkin korang tak pernah tukar baru fuel filter korang tu yang dah bertahun tahun.. kat mana kedudukan fuel filter ni?Sesetengah kereta korang kena cari bawah kereta yang antara tangki minyak yang bersambung dengan pipe petrol..
10. Pernah tak korang  buat 6 bulan sekali mesti bubuh Fuel sytem cleaner  atau injektor cleaner dalam tangki minyak petrol kereta korang... Isi minyak petrol penuh satu tangki kemudian bubuh pula Fuel sytem cleaner ..  Ini bertujuan mencuci dan membersihkan kotoran dan keladak-keladak yang terkandung dalam  fuel sistem kereta korang dari tangki minyak, piping, hose, masuk ke injector atau carburator hingga ke ruang pembakaran..  Kalau kita ada buat kesemua fuel sistem akan bersih dan memberikan kesan pickup kereta yang lebih baik
11. Tuning kereta dah lari..Mungkin RPM rendah atau tidak stabil.. mungkin enjin kene tuning sikit supaya performance ada balik macam sediakala.Buat ignition timing menggunakan lampu strobe light
12.Clutch plate dah haus, habis dan nipis.. Clutch Plate kalau dah haus, kereta memang lembap sikit. Kalau naik bukit ajer tekan minyak mengaum jer enjin tapi keretanya lembap. atau menghadapi kesukaran masa memotong kereta di hadapan ( kereta tak pergi)
13.Minyak gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin.. setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment... Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan ..
14.Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' walaupun sudah servis aircond  kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.
15.Ada sesetengah orang memasang voltage stabilizer sebagai Penstabil Voltan untuk support eletrik pada alat eletronik kereta ini termasuklah kawalan minyak ialah injection dan computer box , dapat bekerja dengan baik tanpa beban eletrik yang berat supaya suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Sekali gus menstabilkan pick-up kereta
16.Ekzos kereta tersumbat atau bocor.. Seharusnya  seluruh sistem perlu diperiksa. Mungkin dah  banyak karbon.. Sesetengah orang tukar dari extractor dan pasang tabung  bullet tengah kemudian tukar muffler straight flow.. biasa kedai ekzos kereta cakap performance lebih responsif dan lebih pick-up
17.Saiz roda atau sportrim terlalu besar. jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up .. Sebabnya tayar dah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan pecutan kereta  kurang pick up..
18.Kuasa enjin kereta tak cukup kuat dan pick up untuk menggerakkan bodynya yang agak besar
19.Tekanan udara tayar yang rendah - juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pejajaran kereta tidak betul.. Walaupun benda ni nampak remeh ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memandu
20.Untuk kereta lembab pick up (underpower) apabila usia dah masuk  7 tahun  elok ler buat top overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket 
_______________________________
Pertanyaan lain..
Woofer Storm said...

#nak tanya,kalau nak tukar enjin viva dari 660 ke cc lebih tinggi bagaimankah caranya?proses apa patut dilakukan..paling tinggi cc berapa mampu viva ni boleh guna?
#kalau nak tukar enjin dari 660 ke 1.3..apa prosedur nak kena buat??bajet dalam berapa bro??
Jawapan Kami
Tukar enjin adalah tidak melebihi 25% dari enjin asal ..
Bagi enjin asal 660 (0.660 + 25% =0.91)

Penukaran enjin tak akan diluluskan oleh JPJ jika kenaikkan cc yang mendadak dari 660cc kepada 1000cc tapi untuk 850cc nak ke 1000cc di bolehkan naik step by step..
( lari banyak wooo...memang tak lepas) 

Ape yang penting masa pasang enjin tu mounting enjin tak kacau.. kereta Produa Viva sebenarnya sekarang tengah popular, ramai yang modifide masuk enjin k3vet YRV .. Tetapi kalau enjin asal kereta kita 660 atau 850 naik terus ker 1300 memang confirm tak lepas.. hanya yang 1.0 jer lepas masuk enjin k3vet.. rasanya budget dalam lingkungan RM5500- 6500.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

40 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

terima kasih banyak2

wanbu said...

perghhh... banyak menda gupernya yg aq tertinggal nak wat... patutlah kete aq lembab jerk huhu..

thanks bro!!

Alan said...

cara terbaik overhaul je terus..lagi senang

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

aku x brapa pandai sgt bab kereta ni, so beberapa term yang digunakan tak paham.. mayb sbb blum punya kereta, so tak faham nadi sebuah kereta :)

Papa Mifz said...

alhamdulillah setakat nih kete den masih pickup lagi...:)

KizZ said...

Hihi...pickup itu seubjektif sebenarnya..huu aku pun banyak lagi benda tak buat ni..

dmx said...

waaa...kena tambah turbo baru hangit kot he3

winna shinta said...

sye guna kancil 660. mmg lembap giler la kan. urmm. nak try anta service laa. thnx 4 da infoo :)

Yas y said...

Just nak tanya bro...betul ke engine oil treatment tu mmg betul2 baik tuk enjin....satu lagi, betoi ke guna fuel system cleaner dpt membersihkan/mencuci enjin keta dgn baik? Kalau betul tlg bg samplenya ehhhh....

Woofer Storm said...

mekasih atas perkongsian..sy hargai bro...insyallah sy nak buat apa yang perlu sy nak buat..

~thank again,slmt mlm..

asrul rae said...

tuai rumah kena buat entri baru cover topik:-

a)oil fuel system cleaner
b)engine oil treatment ni.

orang bukan teknikal confirm tak jelas dua benda ni. hehe.

dhiera said...

oil treatment tu dicampur kan sekali dengan minyak hitam ye?

logorithm said...

Pernah dulu kereta I dah hilang pickupnya. Dah servis kat Pusat Servis Proton pun cam tuh jugak.

Tapi ada sekali tuh budak Cina yang servis kereta I. I tengok dia amat professional. Selepas siap, pickupnya dah kembali, sampai lah sekarang! I rasa sebelum tuh diorang servis sambil lewa jer kot?

Setelah pelbagai jenis minyak pelincir, I dapati jenama Total amat sesuai untuk kereta I, iaitu Proton Wira Aeroback. Memang power, dan tiada masalah menghidupkan enjin pada pagi-pagi yang sejuk ataupun setelah seminggu kereta terbiar tak digunakan.

pusat hiburan said...

salam bos,

nak tanya pasal tukau plag tu. brp ribu kilometer sekali elok tukau plag tu?

terima kasih.

Edy Fee said...

mcm2 punca yer..huhuhu byk la duit klau nak servis semua

ku-cit said...

info yg sgt berguna ni...tq2

bro...kalo kat jb, tempat halfcut kat mana yg ok ehh???

Azram Razali said...

Blog nih mmg banyak info. mmg berbaloi. time kaseh.

Satu soalan : Sy ade sebuah saga blm tahun 2010 manual, dulu time beli tak tepikir nak pakai auto sebab leceh dengan minyak gear auto proton yang agak mahal tu, so beli manual tahan lasak. skrg dah malas nak bawak manual sebab kadang2 kaki dan cramp time jalan jauh.so terpikir nak tuka gearbox tapi kos gearbox proton agak mahal dan lebih berbaloi beli enjin halfcut jepun betol ke? so pe pendapat kalo tuka enjin dengan gearbox auto jepun terus dr mitsubishi. model ape yang sesuai dengan mountingnya dan kosnya adakah lebih besar dr tukar gearbox auto asl proton nih?mohon pendapat tq

farouq said...
This comment has been removed by the author.
farouq said...

salam bro tq sentiasa singgah blog..moga dimurahkan rezeki.:)

tak sempat nak update blog kerja bertimbun

Nuraizat said...

makin mantop dgn info psl penjagaan kereta.. good bro.. hehe byk jgk aku x check kt kete ropenyer terutamanya bahagian dalam enjin.. thx for the info :)

arissabutik said...

salam ramadhan.. bro nak tanya sbb tak sempat bwk kete g bengkel. kalau kete honda civic ek tahun 97 poblem pickup kekadang slow (power takde ke) n ape tah lagi bile baru nak gerak serta nak naik jalan berbukit.. main pedal minyak lame bru nak gerak.. kete ni baru wat skim head overhoul le kot tu skali.. satu lg sy perasan rpm berbeza meter kete ngan meter gps hp saya.. meter kete mcm dah terlebih 20 kiraannyer.. itu saje dulu sekian trima kasihhh ;)

joe said...

salam.

Apa yg TT bagi tau memang betul. Satu lagi penggunaan jenama minyak tertentu boleh mempengaruhi prestasi kereta . Satu cth seperti sy sendiri. Citra. Menggunakan BHP yang baru sebagai gantian minyak sebelum ini iaitu Shell dan Petronas. Nampak penjimatan ketara utk perjalanan dari Kerteh ke KL.. KL ke Ipoh.. mungkin jarak jauh sebagai faktor tp saya sudah mengandaikan benda yg sama sebleum ini dgn menggunakan minyak jenama lain.

Merc W124.. penjimatan ketara bagi laluan sama..

Sy cuma cuci injector dan kaburator emnggunakan Threebond Cleaner. Prestasi kedua kenderaan amat bagus dan mengejutkan.

Cuba lah sekali.

Mohd Fadzil said...

Kalau lampu injuction mnyala kenapa erk...model honda idsi 2003

Mohd Fadzil said...

Kalau lampu injuction mnyala kenapa erk...model honda idsi 2003

Mohd Fadzil said...

Kalau lampu injuction mnyala kenapa erk...model honda idsi 2003

Mohd Fadzil said...

Kalau lampu injuction mnyala kenapa erk...model honda idsi 2003

eqal said...

bro nk tny,sy memiliki satria neo 1.6 manual,tp ada masaalah pd gear,gear x boleh msuk bila enjin dihidupkan,apkh pncanya?

rosnita zulkifli said...

info yg berguna utk saya yg tak tahu sgt pasal isiperut kereta ni..terima kasih byak ye

Wee Teck Poh said...

Bos, nk tanya skit... Kreta i setiap kali nk start kena crank 2 kali baru boleh hidup. Kenapa ya? I tgk kreta org lain crank sekali dah hidup enjin....ada pe2 petua x?

Sham Rahman said...

3 kali servis..:-)

Sham Rahman said...

buat satu2 yg utama..:-)

Sham Rahman said...

engine oil treatment utk dicampur dlm minyak enjin..
fuel treatment utk dicampur dlm tangki petrol..

jgn amalkan selalu.. 3-5 kali servis utk sekali campuran.. :-)

Sham Rahman said...

kemungkinan sistem clutch ada masalah..

Sham Rahman said...

cuba amalkan petua ini.. buka suis tanpa perlu hidupkan enjin dahulu selama 2-3 saat kemudian baru dihidupkan enjin kereta.. amalkan setiap kali mahu memulakan perjalanan.. :-)

koko said...

petua di atas ada juga yg baiknya, tapi banyak juga ajaran salah,..contoh treatment oil- tak perlu,sebenarnya boleh mudaratkan untuk jangka sasa panjang,voltage stabilizer- boleh mudaratkan(setting jadi kacau), penambahan apa2 alat yg kononnya jimat minyak, tambah power dan lain2 lebih kepada mudarat untuk kereta untuk jangka masa panjang..aku dah banyak cuba benda2 cam tu, akhir nya pandapat aku, kena kembali ke basic.

za said...

hari tu kereta saya lembab sgt nak bergerak. bawak kat proton..dia service throttle body..lepas tu sekarang baru dalam 2 minggu pakai kereta jadi macam tu lagi. Rasanya sebab ape ye? (Sy baru beli kereta ni bulan 8 yg lepas)

Nik Fiza said...

Salam saya nk tnye..saya pakai kete wira..ape masalah bile saya free gear atau bile time start enjin..ia mengerang & tiba2 tempreture naik atas ckit drpd garisan tengah..

jija sue said...

As-salam, sy nak tanya skit, kalau keta 2 kuat mkn minyak kenapa erk? 1 liter minyak boleh g 8.5km jer...kereta protn wira tahun 1993 manual 1.5

Md Azri Mislan said...

Salam bro..tumpang tanya sy pakai wira 1.5 injection..sy berhasrat nk upgrade enjin kereta sy masuk piston set waja 1.6 mmc utk pickup ckt dr skrg ni..ada effect x jangka masa panjang atau lebih baik tkr enjin yg bsr je..tq

Matahari said...

Salam.. sy nk tnya lah..sy pkai kia spectra.. dh msuk 8 thn.. lately lpas sy drive n stop, bunyi bhgian enjin kuat sgt(mcm panas sgt)..klau mcm tu kenapa yer?