Friday, June 29, 2012

Diy Pemasangan Lampu LED DayLight Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Luqman ( SMS H/P) said Salam saya sering blog en tentg info2 kereta.. jd sy nk tanya bleh x en terangkang tentang jenis2 lampu daylight mcm lmpu kete audi tu ... LED yang warna putih tu... dan juga cara pemasangan di blog en... tq
Jawapan kami...
Thanks bertanya pada En. Luqman... siap sms kat phone saya.... Sorry agak lambat balas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak jawab soalan ni... apa pon saya cuba berikan sedikit info seperti dibawah ni
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Pemasangan Lampu LED DayLight  Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
LED Daylight  atau ada yang panggil LED Daytime Running Light  ini adalah acsesori replacement bagi lampu kecik ( lampu hujan/maghrib)..Sekarang semua pengeluar kereta berlumba-lumba nak pasang LED Daylight macam Audi, BMW, Merc. dan termasuklah Proton Preve memang siap terpasang LED Daylight supaya nampak lebih trendy, elegant dan bergaya mewah...  Lampu tu on bile start enjin walaupun siang hari pon menyala...

Pada pandangan saya pemasangan LED Daylight pada kereta ada bagusnya.. Daylight ni bila kita tengok cahayanya tak silau tapi terang..sebab orang atau pemandu lain akan lebih alert kehadiran kenderaan kita dari arah depan atau belakang atau semasa hendak memotong kenderaan..

Pelbagai Contoh / Jenis LED DayLight  kereta
Ok bagi kereta standart kita yang tak ada DayLaight ni .. Sebenarnya kita boleh menambah  secara custom LED Daylight ni... Ada macam-macam jenis LED Daylight di jual kat kedai aksesori kereta antaranya macam kat bawah ni..
Diagram Wiring pemasangan LED Day Light 
Sebenarnya saya ada pergi ke beberapa kedai aksesori kereta dan bertanya pandangan mekanik tersebut  mengatakan kalau nak senang pasang sama ada : 
1) buat suis berasingan atau
2) pasang relay...
Jadi secara teorinya pandangan yang diambil dari kedai aksesori tersebut  mengikut apa yang dikatakan saya dapat bayangkan cara pemasangannya macam kat bawah ni....

1) Diagram Pertama pemasangan LED Day Light dengan suis on/.off...
Ada orang bagi tau saya kalau nak senang buat wiring cara manual mengunakan suis On/ Off... ( Buat suis berasingan yang diletak kat dashbord kereta) Kalau nak nyalakan LED DayLight boleh tekan on... Kalau tak nak guna, boleh lah Off kan jer suis tu..
Ada pendapat lain pula kata dari Relay no 86 boleh disambung pada Oem Low Beam Switch kemudian terus ke Headlamp.. Jadi bila pasang lampu Malap secara automatik LED DayLight turut menyala..
2)Diagram Kedua Pemasangan LED Day Light sambungan pada headlamp ..
Sesetengah pendapat orang kena mengunakan 2 relay yang satu di sambungan pada LED Day Light dan satu relay lagi terus ke Headlamp  .. Jadi On je lampu kecik....  LED DayLight pon akan turut menyala... Satu relay digunakan  untuk mengaktif sambung/putuskan sambungkan bahagian lain litar  dan Satu relay lagi adalah untuk mengawal dan mengekalkan  laluan arus secukupnya.. kebiasaannya LED Day Light di pasang bersama dengan  Fog Light..
 LED Day Light wire
Masa kat kedai aksesori kereta sempat saya membelek-belek beberapa jenis LED DayLight ni...Sebenarnya LED Day Light ni ada beberapa jenis... Cuba pusing dan perhatikan wayar di bahagian belakang casing lampu tersebut... Ada yang kat belakang Lampu LED DayLight tu 2 wayer ajer, ada gak yang tiga wayer dan ada yang jenis 4 wayer .. Rupanya wayer-wayer tersebut perlu disambung pada bahagian tertentu sepertimana di bawah ni...
1) LED Day Light mempunyai 2 wayar Merah  / Hitam
2) LED Day Light mempunyai 3 wayar Merah, Hitam dan Kuning
3) LED Day Light mempunyai 4 wayar Merah, Hitam, kuning & Putih

DRL Controller
Ada juga beberapa jenis LED DayLight ni...Sesetengah nya  disertakan dengan DRL Controller... Yang ni kena ikut diagram wiring mengikut curcuit dalam kertas manual yang diberikan oleh brand pengeluar.. Sebabnya lain jenama lain pulak wiring pemasangannya... Contohnya macam gambar kat bawah ni ada 2 bentuk DRL Controller yang berbeza..Dari jenis Brand lain-lain (jenama pengeluar berbeza).....Jadi sambungan wiring curcuit pun ada  berbeza...
Contoh 1
Contoh 2
*** Jika ada penyambungan wiring diatas ada yang tidak betul ... Tolong lah bagi tau saya... sebabnya saya pon tak berapa mahir bab-bab wiring curcuit ni... Perlu di ingatkan pada korang semua… penyambungan yang salah sama ada pada relay atau peralatan yang hendak ditambah relay mestilah betul kerana silap wiring boleh menyebabkan relay yang rosak atau pun peralatan tambahan tidak berfungsi dengan betul. SEBARANG RISIKO MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI

Rasanya setakat ini yang dapat saya kongsi buat setakat ini nanti kalau ada maklumat lain saya akan cuba ceritakannya dalam bahagian lain berkenaan pemasangan Daylight nanti.. 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Tuesday, June 26, 2012

Diy Paintless Dent Removal (PDR)

Pertanyaan diajukan..
Dhe said kalo kete kemek kat pintu... ade diy ke, solution or suggestion nak wat tp tanpa perlu cat or simen semula. Sbb tk de bajet hantar wokshop?  
Jawapan Kami
Thanks pada Dhe bertanya... Maaf agak lambat membalas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak jawab ni..  Tapi saya cuba berikan beberapa pandangan.. Mudahan ianya berguna pada korang semua..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Paintless Dent Removal (PDR)
Repair Kemek Body kereta
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Terdapat beberapa produk di pasaran yang boleh digunakan untuk membaiki lekuk atau kemek (dent) pada kereta tanpa perlu cat semula tempat kemek tu .. boleh cuba cari kat kedai hardware atau pembekal peralatan kereta, ada jual kat situ... Cuma rasanya ianya hanya boleh digunakan pada kemek (dent ) yang kecil sahaja ( minor problem)... Kalau kemek akibat eksident yang melibatkan permukaan dent yang besar  atau melibatkan tulang chasis ( tu dah di kira major) mmg cara ni tak berkesan... apa pun boleh cuba try mana yang patut macam cara kat bawah ni..
1) “Dent Bridge Glue Puller kit”
Boleh cari “Dent Bridge Glue Puller” kalau tak silap jenama Ding king… Dalam satu set ada disertakan sekali hot glue gun, glue sticks, set perumah pulling bridge, Tap-down tool dan Scraper ..
First, bersihkan permukaan permukaan kemek (dent) dari kotoran seperti habuk, bekas wax  dan minyak…
Gunakan Hot Glue Gun ( letakkan glue di permukaan kemek) untuk melekatkan  pulling tabs..
Kemudian  pulling tabs dipasang pada set perumah pulling bridge.. Putar skrew nut untuk mengetatkan pulling tabs supaya melekat dengan kukuh pada permukaan body kereta kemek tersebut.. Biarkan seketika supaya glue kering.. Kemudian pisahkan kembali( tanggalkan keluar) pulling tabs pada set perumah pulling bridge…
Sekali lagi Gunakan Hot Glue Gun ( letakkan glue di sekeliling atas permukaan pulling tabs pula.. Untuk  memperkukuhkan lagi glue tersebut pada pulling tabs…
Kemudian  sekali lagi pulling tabs dipasang pada set perumah pulling bridge.. Putar skrew nut tengah ke kanan supaya pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar.. Sehinggalah glue pulling tabs tu tertanggal  dari body kemek itu…
Ini hasil selepas repair… Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu dah tak berapa nampak lagi kemek tu… 
2.“Dent Lifter Glue Puller kit”
Yang ni pulak kalau guna “Dent Lifter Glue Puller” Sama jugak dalam satu set ada disertakan sekali hot glue gun, glue sticks, set perumah Lifter Puller, Tap-down tool dan Scraper ..
Cara nak guna Dent Lifter Glue Puller sama juga macam cara kat atas tu.. Pulling tabs kena di lekatkan dengan hot glue gun pada tempat kemek.. Kemudian tekan grip Dent Lifter Glue Puller tu.. pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar.. Sehinggalah glue pulling tabs tu tertanggal  dari body kemek itu…
Selepas kita buat repair tu … Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu pada bentuk asal (tak berapa nampak lagi kemek tu ) 
3.“Dent Slide Hammer kit ”
Yang ni pulak cara gunakan Slide Hammer.. Sama jugak dalam satu set ada disertakan sekali hot glue gun, glue sticks, Slide Hammer,Tap-down tool dan Scraper ..
Bentuk Pulling tabs kali ni lain sikit dari macam kat atas tapi fungsinya tetap sama.. Pulling tabs kena di lekatkan dengan hot glue gun pada tempat kemek..
Lepas tu gunakan Slide Hammer lekatkan pada Pulling tabs.. Cara nak guna Slide Hammer ni kat bahagian tengah tu ada besi sentap keluar hingga penghujung slide..tarik besi slide tu jangan sentap kuat sangat... agak-agak slow sentap besi slide tu supaya pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar setelah di sentap  Slide Hammer beberapa kali ..
Dapat kita lihat perbezaan sebelum dan selepas… Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu pada bentuk asal

Dent nylon tap knock down
Selalunya ketiga-tiga peralatan / cara diatas tu akan disertakan sekali dengan Dent nylon tap knock down.. Ianya berbentuk seakan- akan pensil diperbuat dari plastik nylon...
Penggunaan Dent nylon tap knock down adalah bertujuan untuk kerja- kerja memperkemaskan dan meratakan permukaan kemek (dent) kembali setelah ditarik keluar..
Selalunya kesan kemek (dent) yang di tarik akan menyebabkan beberapa permukaan body  tidak rata ( ada kesan permukaan timbul atau berbonjol akibat terlebih tarik).. Hujung mata Dent nylon tap knock down pada permukaan body timbul kemudian diketuk dengan hammer getah dengan perlahan untuk meratakan kembali permukaan body tersebut
4.“Dent Cup Puller Tool kit ”

Yang ni pulak cara gunakan Dent Cup Puller Tool.. Kalau tak silap dari jenama Bondo.. Benda ni lagi senang dan simple nak guna untuk tarik kemek (dent) pada body.. 
Cara nak guna Cup Puller Tool ni Cuma lekap pada tempat kemek tu.. Kemudian tarik kedua-dua grip keatas..  Kemudian tarik Cup Puller Tool  keluar secara perlahan-lahan untuk menarik body kemek tersebut..
Ok ni contoh guna Cup Puller Tool dan hasilnya Kesan kemek (dent) pada body yang telah ditarik kembali tu pada bentuk asal
5.“Guna Plunger Toilet ”
Ini bukan nak buat lawak yerrr...... Kalau kereta kita Kemek / lekuk (dent) kecil.. Boleh cuba guna plunger toilet untuk tarik permukaan body kereta kemek.. tapi kena tengok jugak tahap mana dent tu... kalau dent tu baru ajer kena, tak berapa besar dan dent tak dalam sangat kemeknya atau body kereta tu lembut... mungkin boleh guna cara ni....
First, Basahkan permukaan tempat body kemek tersebut dengan air.. ( klu nak senang lapkan dengan kain basah, supaya plunger dapat melekap dengan sempurna)  ambil plunger tekap pada permukaan kemek.. Kemudian sentap plungger tersebut.. kadang-kala cara ni menjadi... tapi kadang kala tak berkesan... apa pun cuba lah mana tau menjadi....

***Perhatian: Cara diatas kesemuanya hanya dapat mengurangkan kesan kemek (dent) supaya tak lah nampak sangat kesan lekuk pada permukaan body kereta buat sementara... kalau nak perfect tu kena jugak hantar bengkel ketuk body dan hantar spray cat semula... tu yang lebih baik...
Sila tinggalkan pesanan..Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Friday, June 15, 2012

Diy Spray Cover plastic kereta

Pertanyaan yang diajukan
Amad said bro klu spray pakai cat tin kt part interior kereta yg dbuat dr plastk leh tk lekat cat tu aku nk cat laci consol dashbot le warne itam?mtk tolong ajar nkwat ?
Jawapan kami..
Thanks bertanya Amad ..pertanyaan tersebut agak terlewat nak jawab.. Sorry beb.. Ok kat bawah ni saya cuba terangkan cara-cara nak spray part-part dalaman kereta (Cover plastic) kereta secara ringkasnya.. harap dapat membantu..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Spray Cover plastic kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untuk Spray  balik part-part dalaman kereta (cover Plastik) kita boleh buat sendiri dengan menggunakan spray tin... cuma leceh sikit nak kerjakan...
1)Buka dan tanggalkan cover plastik dalam kereta yang mana korang nak cat tu
2)Dapatkan thinner satu botol dah cukup dah .. Paper tape .. kertas pasir 1000 (yang halus) , spray tin Plastik primer ( kasi lekat cat) , Spray tin clear code, dan spray tin warna yang dikehendaki...
Korang boleh beli barang-barang ni kat kedai hardware atau boleh terus pergi kedai bancuh cat kereta ... semuanya ada jual kat situ..
3)Basuh dengan sabun.. bersihkan kalau ada bekas wax atau getah sticker atau kekotoran degil boleh bersihkan dengan thinner.. pastu jemur hingga kering... kalau ada minyak greese atau wax masih melekat kat permukaan cover plastik tu , nanti bila proses spray cat mesti cat tu tak lekat ...tolong bersihkan sebersih-bersihnya yerr..
4)Pastu gosok kertas pasir halus kat sini aku pakai 1000 punya.. alahai gosok ala kadar ajer.. jangan tonyoh kuat-kuat sangat.
5)Pastu spray selapis nipis Plastik Primer.. tunggu kering..  Tujuannya nak bagi cat spray Colour seterusnya nanti lekat pada permukaan plastik
6)Bila dah kering spray pula warna yang di inginkan kalau kat sini saya bagi contoh warna hitam (senang sikit kalau hitam ni) spray dengan berhati-hati tak terlalu tebal agar tak meleleh..
7)Tunggu kering sebentar.. balas balik cat tu selapis lagi hingga rata.. pastu jemur balik sampai kering..
8)Biarkan kering sebentar kemudian barulah spray selapis clearcoat plak untuk kasi kilat sikit.
9)Jemur lagi sampai benar-benar kering barulah pasang part tersebut pada tempat asalnya..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment