Tuesday, March 27, 2012

Masalah Alternator Kereta


 
Pertanyaan yang diajukan
encik Cool said...nk tanya!kereta saya kalau tak start 2-3 hari mulalah susah nak start..apa sbbnya ek..hari tu baru cas batery..pun sama juga 2-3 tak start mulalah kena jumper!!
Jawapan kami
Thanks pada encik Cool bertanya.. Sebenarnya rasanya saya bukan orangnya yang sesuai untuk jawab pertanyaan ni… Cuma saya dapat berikan sedikit pandangan berkaitan masalah tersebut..
Kat sini saya rasa ada kemungkinan
1) Masalah Bateri tidak mampu menyimpan voltan lagi
2) Masalah alternator tidak boleh mengecas semula bateri 
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Masalah Alternator Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun still sama. mesti altenator rosak tak boleh cas bateri..
Bateri
Tugas Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak
Alternator
Tugas alternator adalah sebagai electrical energy storage untuk mengecas semula bateri untuk enjin terus bergerak.. Selagi enjin hidup, selagi tu bateri akan di cas.
Alternator ini berfungsi bersama sama dengan bateri untuk menghasilkan eleterik ketika enjin dihidupkan.
-Hasil yang dihasilkan oleh alternator adalah tegangan AC
-Yang kemudian ditukar/diubah menjadi tegangan DC.
OK... Selalunya alternator kita kurang mengambil perhatian terhadap komponen ini selain periksa tension belt sahaja. Kita tidak pasti sama ada alternator kita memberi charge yang mencukupi atau tidak. 
Tanda-tanda awal alternator problem
1) Enjin kereta anda sukar dihidupkan
2) Lampu hadapan kereta kelihatan malap
3) Bateri kereta selalu kong
4) Radio akan ter'off' dengan sendirinya
5) Tanda lampu Electrical Fault Light dekat dashboard kereta akan menyala.
6) Kereta macam tak cukup power letrik tersengguk-sengguk (sedikit sentap bila pertukaran gear rendah ke tinggi)
Cara nak periksa alternator tu kong atau masih Ok.
-Hidupkan enjin ..
-Biarkan running dalam 1-2 minit.
-Off kan kesemua radio, aircond, lampu
-Buka hood depan, Cabut kepala bateri
-Kalau enjin masih hidup, alternator ok lagi..
-Kalau dalam beberapa minit selepas cabut enjin kereta tu mati, alternator dah nak rosak lah tu 

Multimeter
-Boleh guna multimeter checking pada bateri ..
-Hidupkan enjin kereta
-Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC)
-Sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri).
-Alternator yang baik mesti menunjukkan sekurang-kurangnya Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V. 
-Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah.  

Volt Meter
-Volt meter ni sesetengah kenderaan ( kereta-kereta lama) memang dah ada pasang meter nih sesetengah kenderaan tak ada...
-Kalau boleh.. Seelok-eloknya pasangkanlah Volt meter
-Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar sebabnya kita boleh pantau selalu volt meter ni.. So dapatlah kita tahu lebih awal sama ada alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi.
-Charge yang normal kalau tak di on switch lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt. 
-Kalau jarum voltage meter yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki 
-Kalau jarum Voltage meter terlebih Contohnya kalau overcharge selalunya indicator light bateri takkan menyala.. Kalau sesiapa guna bateri jenis basah, bateri akan terlebih cas dan boleh meletup..
 Indicator Light
Kena sentiasa peka tanda lampu penunjuk dekat dashboard kereta... 
-Kalau lampu charge warning lamp indicator (gambar bateri) merah menyala tu memang ada problem lah tu...Jika lampu indicator menyala  kita masih ada beberapa kilometer sebelum bateri kehabisan charge.
-Ni yang susah adakalanya charge warning lamp tidak menyala bagi menunjukkan alternator tidak berfungsi. Tau-tau jer kereta mati tengah jalan..

Sila bawa kereta anda ke electrikal woksyop kenderaan yang berhampiran untuk diperiksa.... mungkin  dah tiba masanya untuk servis alternator
Biasanya cuma tukarkan karbon brush ajer ataupun adjust bersihkan sikit karbon brush sikit... alternator anda akan bertugas seperti sediakala ... Alternator yang diselenggara dengan baik boleh mencecah bertahun-tahun malah puluhan tahun tanpa ada masalah...Tapi kalau korang nak tukar baru atau recond. ade mahal sikit harganya...Kalau ambil alternator kedai potong pulak ikut nasib.
 ***Ada beberapa jenis kategori alternator kalau nak tukar seketul..
1. Alternator Recon Malaysia
2. Alternator Recon Japan
3. Alternator Original
Seharusnya kalau beli alternator ni kita kena tanya warranty berapa lama.. Jangan ambil kalau tak ada jaminan warranty..

Komponen Alternator yang biasanya rosak..
Buka alternator dan hantar pegi kedai yang boleh buat repair service alternator dan stater motor.. nanti dia buka dan cerai-cerai kan alternator tu.. pastu dia cuci  alternator pastu mana-mana part rosak akan digantikan misalnya carbon brush, rectifier diodes atau ic ragulator..
1. Carbon Brush dah haus.... 
Kalau carbon brush starter tu dah haus...enjin masih boleh hidup, tapi susah sikit... sampai masa...dia takmau hidup terus... Kena jugak tukar carbon brush....Benda ni ada sesetengah kedai je yang sanggup tukar carbon brush kebanyakkannya akan suruh tukar seketul.... kalau kita nak suruh tukar carbon brush pun dia akan cakap harga mahal..sama macam beli recon punya..... 
Sebenarnya kalau kita buat sendiri tukar carbon brush je sepasang.murah je....
Kos carbon brush dalam lingkungan RM15 sahaja...kan jimat duit.. Cari kat kedai alatganti kereta atau hardware yang jual mesin.
2. Rectifier Diod dah kaput
Rectifier Diode= Tugasnya untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC. Gabungan diode lebih dari satu diode yang disambungkan disebut sebagai rectifier.. Diode tu yang convert jadi arus DC.Kadang kala satu diode ni dah kaput dan perlu di tukar ..
 
Nak tau macamner diode tu kaput boleh periksa mengunakan ohmmeter .. hubungankan pada terminal Positif(+) dengan terminal Positif(+) lain kemudian terminal negatif (-) dengan terminal negatif (-) lain...kena buat satu persatu.. jika tidak terdapat hubungan rectifier maka diode harus di ganti....Diode ni nak kena solder kalau nak tukar...
 

Selain itu Check ohmmeter pada stator coil dan juga grounding dan juga Check ohmmeter pada rotor coil dan juga grounding sama ada  terdapat hubungan rectifier
3. IC ragulator (Cut-off) sudah rosak. 
IC ragulator (intergrated Circuit) = Tugas IC nih tak nak 
1- Undercharge - dimana alternator tak mampu nak cas bateri
2- Overcharge - bateri akan di cas berlebihan
dan mengontrol nilai output voltage iaitu 13-14V dia akan maintain voltage yang bersesuaian dengan spesifikasi kereta . 

contohnya
"Jika regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, serta menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow atau terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan"
kalau IC nih rosak. terus tukar baru.....
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

46 comments:

Alan said...

dulu kereta lama renault bapak aku ada volt meter..canggih kereta tahun 60an..kereta sekarang semua hampeh..sampai meter rpm pun kedekut nak pasang.

ayunda maajis said...

citer psl jumper..incik nizam ni penah tlg sy bg lokasi nk beli jumper..hahahah tengkiu incik nizam.

Papa Mifz said...

thx for the info bro...

tehr said...

kereta lama aku pernah alami hal macam ni
Lepas tukar altenator tu, ok semuanya

dhiera said...

good info~ baru tahu!

ayie said...

takut plak klu tetiba tak leh start kete..huhu

encik Cool said...

tq encik beri info yg detail!!

Edy Fee said...

aku mmg tak reti la bab susah2 ni...anta kedai je.huuhuu bengong kan aku

Yas y said...

Alternator ni jrg rosak...tp kalau keta tu dh berusia 10 tahun keatas, kena jugak ambik tau laa...aku pernah kena ngan mende alah nih...ingatkan bateri keta rupa2nya alternator daa....

khairul said...

TQ bos

Zack Hazze said...

thanks bro bg info...byk belajar pasal kereta n motor kt blog ni...teruskan lg berblogging bro...

Woofer Storm said...

kereta sy ari tu masalah dari bteri..bila dah tukar bateri alhamdllah dah okey dah..cuma skg ni dah bnyak tnda2 kereta sy nak semput dah..adehhh

Mohamadazhan.com said...

salam bro, kembali berkunjung ke sini...kalau sudi boleh ceritakan perbandingan kereta Proton Preve, City dan Vios...perbandingan yang terbaik =)

Edy Fee said...

mlawat lg.ehehhe detail betul menjawab soklan..terbaiikkk

logorithm said...

Uiks? Ini serupa macam simptom-simptom yang kereta I tunjukkan sekarang nih. Adoi... jangan lah rosak alternator tuh... :~(


Terbaru dari Logokoko:

[U] My Backyard Extension Phase 1

[U] Malang menanti si buta di hadapan!

[18SX] Tak dapat merompak, rogol pon jadilah...

YaZid PakAndak said...

Bro, tq. aku sdg hadapinya, sbb tu aku jumpa page ko nih. Apapun, tqvm, mmg byk membantu.

Ahn said...

salam.bro, mase aku on kete, aircond automatically on jugak.pdhl sblm tu mmg aku off siap siap.tu pn mslh alternator jgk ke ek?

mr.kylephytrie said...

kalau enijn kereta hidup pastu aircond on...tetibe enjin camm nak mati dan current seolah2 drop(lampu jam jadi sangat malap)

MOHAMAD ZAILANI JAYA said...

Tk alternator. Ilmu tu utk semua. Jangan kita kena tiau kedai sje. Tk

miey said...
This comment has been removed by the author.
miey said...

kreta saya mengalami masalah kurang caj bateri. masa on kunci hanya 10v, masa enjin hidup hanyan sekitar 11v. sy dah tukar Alternator, tp sama jgk cajnya. apa punca kalau masalah mcm ni?

azrikoee said...

Tuan. Kete kenari saya baru tukarkan carbon brush..akan tetapi kadangkala ia mengecas..kadangkala tidak..apakah berkaitan dgn masalah lain?.tk

sofia said...

Tq for the info..tersangat detail n mudah difahami...tq!!!!

shahrilHazrie hazrie said...

Like...ni Antara blog terbaik yg boleh dijadikan panduan para pemilik kereta utk lebih mengenali kereta mereka..ilmu yg sgt berguna.. Good job tuan tanah..

Mohd Yusuf said...

Kalau pandu kereta melebihi 130km/j and then jd semput, adakah ianya juga berpunca dari masalah alternator?

Mohd Yusuf said...

Kalau pandu kereta melebihi 130km/j and then jd semput, adakah ianya juga berpunca dari masalah alternator?

Mohd said...

Boleh share bengkel kereta yg boleh servis altenator tak area KL. X sanggup la nk tkar alternator lagi..tq

MELLY SYAFINAS said...

kereta saya selalu rosak alternator. setahun sampai lima kali rosak. kalu mcm ni apa puncanya?

MELLY SYAFINAS said...

kereta saya selalu rosak alternator. setahun sampai lima kali rosak. kalu mcm ni apa puncanya?

jamal firdaus said...

Kalau selalu rosak alternator tu,try tukar fius alternator tu. Pernah jugak setahun 3-4 kali tukar alternator,smpai pomen tu pun pelik. Dia tukar fius,alhamdulillah,dh masuk 6 bln dah pakai alternator ni.

facebookdummy said...

Kereta saya sekarang ni dah mati balek. Mula- mula mati tengah jalan kat Bidor, tukar alternator baru rm700. Jalan 30 min kat highway, mati tengah jalan, tukar battery baru pulak rm400 campur service. Jalan 20 min mati pulak kat Ipoh. Sbb dah malam, cari hotel dan tow sampai hotel. Sekarang ni tengah pening kepala nak buat camne. Ingat nak bawak famili cuti, belum apa apa dah beribu habis, jauh dari rumah 2 jam lebih kat hiway kalau nak balik. Dan kereta masih rosak!!! Tolong bagi idea, plis!

facebookdummy said...

Kereta saya sekarang ni dah mati balek. Mula- mula mati tengah jalan kat Bidor, tukar alternator baru rm700. Jalan 30 min kat highway, mati tengah jalan, tukar battery baru pulak rm400 campur service. Jalan 20 min mati pulak kat Ipoh. Sbb dah malam, cari hotel dan tow sampai hotel. Sekarang ni tengah pening kepala nak buat camne. Ingat nak bawak famili cuti, belum apa apa dah beribu habis, jauh dari rumah 2 jam lebih kat hiway kalau nak balik. Dan kereta masih rosak!!! Tolong bagi idea, plis!

mr brohan said...

facebookdummy said...

Kereta saya sekarang ni dah mati balek. Mula- mula mati tengah jalan kat Bidor, tukar alternator baru rm700. Jalan 30 min kat highway, mati tengah jalan, tukar battery baru pulak rm400 campur service. Jalan 20 min mati pulak kat Ipoh. Sbb dah malam, cari hotel dan tow sampai hotel. Sekarang ni tengah pening kepala nak buat camne. Ingat nak bawak famili cuti, belum apa apa dah beribu habis, jauh dari rumah 2 jam lebih kat hiway kalau nak balik. Dan kereta masih rosak!!! Tolong bagi idea, plis!

Salam..try tukar kepala bateri pula..sebabnya tuan dah pun tukar alternator n bateri baru..harganya kepala bateri x mahal..RM5 je..bukan apa..kot2 la kan..x masuk cas disebabkan kepala bateri dah x elok..x salah mencuba..kalau berjaya.alhamdulillah

muhd nazirruddin said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

muhd nazirruddin said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

muhd nazirruddin said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

muhd nazirruddin said...

Nak tanya kat mana boleh servis alternetor nie... Kereta saya smlm mati sbb alternetor tak fungsi.. Mohon bantuan... Saya tnggal kat kawasan batu caves...

jiwa kacau said...

As'salam,spe yg brminat nak servis alternator blh whatsapp 0178838802
area sungai buloh n rawang

Afez Irna said...

sy dah cek mmg alternator problem..bila tukar je alternator tu charging kembali normal.macammana nak padam warning light tu klu alternator dah tukar

Yusriputra Yunan said...

Thanks for info bro...

Yusriputra Yunan said...

Thanks for info bro...

Lia Azlia said...

T.q bro..good info..saya pengguna serena c23..tahun 98.. Bateri mmg cepat kong..lepas tu lampu handbreak sentiasa menyala walaupun dah turunkan handbreak..tak pandai bab enjin serena nie..maklumlah..kete lama..

fadila hanum said...

keta sy bru nk masuk 4tahun da rosak alternator.nak tau kt mna dptkn alternator original yg murah utk vios.tq

fadila hanum said...

bengkel tepi jln di antara jln kolam air panas n perumahan rejang

Emmjay said...

Saya tgh menghadapi masalah ni skrg. Huhu. Punyala gabra kete tiba2 mati kat tgh jln dpn trafic light.sblm tu radio tiba2 off & enjin tersengguk2. Dlm panik cari akal tinggalkn keta cari workshop. Nasib baik jumpa & mekanik ckp alternator rosak. Waduh 350 katanya cost bikin. Penin2 walhal keta saya wira 1.5 auto jek

Tisha Vetha said...

Agaknya berapa harga nak repair alternator utk myvi 1.3ezi....