Thursday, December 22, 2011

Tip Alignment dan balancing tayar kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Zack bro hari tu aku nk buat algment kat
kereta aku, pormen tu kata skru camber kena tukar . apa beza alignment..balancing dgn adjust chamber?
Jawapan kami..
Thanks pada zack bertanya.. maaf agak lambat balas.. Sebenarnya saya bukan pomen kedai tayar... jadi sebenarnya saya tak berapa tau pun pasal alignment tayar ni pun.. tapi saya bagi sikit info untuk pengetahuan bersama...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Aligment & Balancing Tayar Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Buat alignment Tayar
Alignment ni istilah teknikalnya...car/handling/suspension geometry setting.
dimana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Kalau allignment lari,buat lah balik allignment . Cuma allignment ni bergantung pada steering rack. Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________
TOE-in TOE- out
Alignment juga kita sebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang.. tapi axle belakang tu tidak lah semua model boleh adjust bergantung kepada sistem suspensinya
TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ni ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang kedalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar) ini kalau kita tengok dari hadapan kereta lah...Biasanya adjust TOE harganya lingkungan RM15 ke RM25 saja

_______________________________
Caster Dan Camber

1)CASTER= yang pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepas tu dia adjust nut untuk bagi selaras balik.Tapi bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah


_______________________________
2) CAMBER= pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dipandang dari depan samaada dengan menambah screw camber yang boleh adjust.. kalau tengok tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. Biasanya adjust CAMBER ni lebih kurang dalam RM15 ke RM20 pertayar

_______________________________
Tanda-tanda CAMBER ada kemungkinan lari
1) mungkin camber lari semasa langgar lubang yang kuat
2) Kalau nampak tepi tayar tu dah berbulu je. ( tayar dah makan sebelah )
3) Cuba try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering dah senget sebelah ajerr
Pergi hantar check kat kedai tayar la jawabnya.



Selalunya kereta standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam tu. manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber
_______________________________
Perbezaan antara camber screw biasa dengan adjustable camber

A) kalau kereta kita dah buat lowered kasi rendah, ada pakai spring sport, absorber sport yang tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar ... kedai tayar selalunya akan advice menukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.. Hah adjustable camber -1.5 degree ni mahal sikit harganya sebatang RM 15-25... kadang kala kedai tayar ni sembelih harga mahal.. Itu baru harga bolt, belum masuk upah tau ..
Selalunya pekerja kedai tayar akan cakap kat kita “ Hallo bos. camber sudah lari, mau setting kasi betol balik. satu tayar RM 25 linggit ooo...”


B) Kalau Kereta Standart tak ada lowered-lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring pun standart kilang punya pakai camber screw biasa-biasa ajer (-0.05 degree ) tak perlulah pakai yang jenis adjustable chamber (-1.5 degree punya ) suruh ajer kedai tayar tengok keadaan senget tu macam mana.. negative or positive kemudian buat correction screw camber asal, kasi straight balik.. bleh la pakai...

Cuba minta orang kedai tayar yang sedang buat alignment jelaskan (explain) apa maksud gambarajah dan angka-angka di skrin komputer wheel alignment tersebut. Tanya mekanik tu dulu maybe ada sebab lain kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-Tayar botak tak sekata ke ? atau
-Jalan kena selalu pegang steering ke? atau
-Memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
Hah ... Selalu kita serah bulat-bulat kat kedai tayar... mana lah kita tak kena sembelih harga... tak tau pun apa sebab yang dibuat alignment tu...



_______________________________
Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment tersebut

A) unit ukuran TOE biasanya dalam mm.
ada juga yang guna degree.
TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.
TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dari hub.
TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dari hub.

B) unit ukuran CAMBER adalah degree.
CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.
CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dalam sebanyak 1 degree.
CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.

Ini cuma agak-agak ajer (kalau salah tolong bagi tau yerr) Tengok computer screen tu contohnya.. kiraan nya tayar kiri atau kanan kalau boleh mesti sama condong.. Tapi payah nak dapat.. sebabnya tayar kita tu memang dah makan sebelah... tu yang payah nak dapat perfect

A) kalau duduk dalam petak hijau contohnya .. selalu nya antara tolerence +0.1 hingga ke -1.5 degree masih kira ok lagi lah...tapi kalau kanan condong sangat(-ne) dan terkankang dari kiri.. steering akan berat sebelah.. kalau lepas stering kereta akan kekiri.. dan sebaliknya..

B) kalau duduk dalam petak merah contohnya.. camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dalam ruangan "merah" di luar toleransi camber yang dibenarkan. tentukan perbezaan antara kiri kanan tak lebih dari 0.5 kira masih ok lah tuu..
Kadang kala walau pun merah pun tayar kiri lebih sikit tak apa tak menjejaskan dan memberi effect sangat pada tayar, tapi tentukan every 10,000km rotate tayar..
_______________________________
Buat balancing tayar
Balancing pula imbangan tayar beserta rim. ini nak make sure putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar).Kalau rim keluar kilang memang ok...cuma tayar ada tolerance pembuatan. so, kena buat balancing. Over the time pun kena buat juga sebab tayar dah lusuh...luar dan dalam tak sama kadar hausnya. Balancing tayar ni disarankan setiap enam bulan.

Kalau masa bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing mungkin sebab tayar kita berpusing tak seragam atau tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
Ok pasal steering gegar ada satu masalah lagi yang mungkin berkaitan iaitu ada kemungkinan sport rim dah bengkok..

Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je dan lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel.
_______________________________
PESANAN KAMI..

Cuba bayangkan kereta, apabila tak pernah nak buat alignment, camber lari habis, Mungkin risikonya lebih besar lagi nanti… So janganlah kita suka ambil ringan ...kalau tayar dah terkelepet atau terkepak terkeluar macam kat gambar atas tu... pulak tu masa drive kereta laju... Boleh accident tau..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

34 comments:

khairul said...

esok baru nk p servis taya

Alan said...

selalu suh kedai buat je semua..aku pakai absorber dengan spring sport..tapi tak pernahpun tukar adjustable camber...kena tukar ke?

logorithm said...

Dah lama tak buat alignment + balancing. Dah masanya nak buat nih sebab kalau jalan tak pegang stereng kereta akan membelok. Thanx for reminding bro! :-)


Terbaru dari Logokoko:

[U] Makan taik

[U] Deretan rumah kedai yang paling hodoh di Malaysia!

[U] Video khas ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers

KizZ said...

Huu hari tu lepas kereta aku excident alignment lari giler b***...seb baik member yang pinjam kete tu dah g wat alignment balik..bagus r blog ni..

Woofer Storm said...

bnyak benda lagi sy tak tau pasal keta ni bro..

#malu bertanya sesat jalan..

Yastro said...

aku baru je ejas sumer ni minggu lepas...rabak gak la dlm 2 rats kesemuanya...sebijik nut kene tuka...ok la tue...hehehe

irwan miswan said...

huhu aku akan aligment n balancing tayar kereta family aku sekali mase tukar minyak hitam. takot pape jadi kan. hehe, tapi sayang. gua belom ade kereta.

dhiera said...

awal bulan ari tu, beli tayar baru untuk ganti tayar kereta depan yg dah botak. tukar sekali dengan chamber screw rm300 jugak la kena~ sobsob

Nuraizat said...

terbaikk bro! keep on writing :)

Unknown said...

salam.

Kalau kereta dalam kelajuan 80km bergegar kemudian dalam kelajuan 100km kembali normal.masalah balancing juga ke.

telunjuk lurus said...

dah buat alignment dan balancing,tapi kereta tetap tak jln lurus,still membelok ke kiri...kenapa haa????

Mohd Faizal Mohd Zahil said...

Kalo nak tau rim yg bengkok tu kedai rim akan cek mcmana ek..sebb sy xpasti rim yg mana yg bengkok..dpn atau blakang...kete gegar kalo bawa lebih 110..bhg depan rim ke bro

TulipKu said...

kalau masa brek rasa bergegar..apa yang tak kena?

megat alang said...

brake tapi rasa gegar tu bermakna brake dics anda bengkok tu..

megat alang said...

kalau perdana v6 pakai adjustable,tayar belakang tak dpt tegak.perlu press ke? Penat kocek nk tukar tayar..

megat alang said...

perdana kalau pakai adjustable mmg tayar blkg xdpt tegak ke? Perlu ke press? Dan selepas alignment pun tayar ttp mkn sblh..koyak kocek kawan..

megat alang said...

kalau perdana v6 pakai adjustable,tayar belakang tak dpt tegak.perlu press ke? Penat kocek nk tukar tayar..

fadhil said...

Sy bru tkar adjustable hi/lo absorber brand wings (bagus ke?). Baru 2 ari pakai. Adjust paling tgi yg boleh sebab dh rndah skit dr standart spring dia. Absrber keras skit la. Just nk tnya utk rendah depan & blakang kena same ke atau blakang kasi lowered skit utk sedap lg? Pakai myvi 1.3 , 2006 edition. TQ

Ikhmal Hisyam Abd Aziz said...

Nak tanye bro, klo kereta jalan ditempat xrata dia bunyi kasar di bhgn tgh. Ape puncenye eh? bile belok kiri/kanan atau jalan rata ok je..

Miera said...

Hai..saya nk tanya..saya baru beli kereta honda civic tp aritu saya ade pegi buat alignmet then org kedai 2 ckp x ada chamber..jd sya nk tau ada effect ke kalau x pakai chamber??

yuna zarai said...

Hahahaha
Die xjawab... tuan tanah! Mane tuan tanah!
Bgos blog hg nih!
Mgkin anda da xtgk da blg nih, tp jasa anda akan dihargai wahai tuan tanah!

yuna zarai said...

Hahahaha
Die xjawab... tuan tanah! Mane tuan tanah!
Bgos blog hg nih!
Mgkin anda da xtgk da blg nih, tp jasa anda akan dihargai wahai tuan tanah!

hafizh acong said...

salam bos...pa mslh klu keta jln lurus tp body kereta nmpak senget...ibarat mcm ketam la...adkh chamber?toe?or perlu alligment...axle dh -ve 5....tlg mnta pnjlsn...

hafizh acong said...

salam bos...pa mslh klu keta jln lurus tp body kereta nmpak senget...ibarat mcm ketam la...adkh chamber?toe?or perlu alligment...axle dh -ve 5....tlg mnta pnjlsn...

Arif Hisham said...

Salam, saya mggunakan kereta Unser tayar belakang kiri makan luar & tayar belakang kanan makan dalam so akibat kerosakan teruk saya terpaksa tukar 2 tayar baru. Foreman cakap sbab tayar kiri angin kurang dan tayar belakang fix tak boleh adjust chamber kecuali tukar bush pada rod spring belakang. Sebelum ini saya rasa ada foremen pernah adjust chamber belakang. Boleh tolong explain. T.Kasih

pisyo said...

klu tayar depan lebih lebar dari tayar belakang ada effect tak? tayar lebar tu plak lebih besar dari rim.. kenapa?

muhammad Redha bin asdad said...

assalam..nak tanyer..saya ade masalah steering..bile belok kekiri steering rase ringan dr ke kanan..dan steering balas x cantik bile sy belok kekiri..dan steering perlu dipegang setiap mase nak pastikan kenderaan bergerak lurus..agk susah bile bawa di lebuh raya..lenguh tangan..dah tiga kali buat aligntment..masalah masih x selesai..mohon feedback

jet terbang said...

pg td bru tukar chamber+aligment drive shaft boot+gear oil gn skali upah pomen .hbs la dlm rm200

yazir said...

Hi semua aku yazir dr johor and nak tanya pendapat korang....
Aku pakai kereta honda accord SDA 2.0 tahun 2004. Aku gi buat alignment mcm biasa, tauke kedai bgtau chamber angle tayar depan sebelah kanan reading nye +0.8. Normal reading tok kereta honda -0.8. Dia kata upper arm depan kena tukar. So was2x ngan dia, aku terus gi honda SC and suruh dia org buat inspection. Ape yg aku dpt tahu.....absorber dpn dah start leaking, upper arm rosak ngan lower arm bush depan ' kiri kanan ' kena tukar.. so aku pun gi spare part beli semua barang nie and da tukar skali. Lps tu aku gi buat alignment balik.....chamber angle tayar dpn masih x ok!!!!
Ape masalah kereta aku ek???

yazir said...

Hi semua aku yazir dr johor and nak tanya pendapat korang....
Aku pakai kereta honda accord SDA 2.0 tahun 2004. Aku gi buat alignment mcm biasa, tauke kedai bgtau chamber angle tayar depan sebelah kanan reading nye +0.8. Normal reading tok kereta honda -0.8. Dia kata upper arm depan kena tukar. So was2x ngan dia, aku terus gi honda SC and suruh dia org buat inspection. Ape yg aku dpt tahu.....absorber dpn dah start leaking, upper arm rosak ngan lower arm bush depan ' kiri kanan ' kena tukar.. so aku pun gi spare part beli semua barang nie and da tukar skali. Lps tu aku gi buat alignment balik.....chamber angle tayar dpn masih x ok!!!!
Ape masalah kereta aku ek???

eirsuy said...

salam,mcmana nak setlekan tayar viva belakang makang sebelah?

Izwan Ros Zainan said...

Salam...klu myvi tukar sport rim 15 8jj...yg lain semua standart...perlu ke tukar skru chambers...???

Fara Hanim said...

Salam.smlm sy tkar tyr 2 biji.then pomen tu ckp kne tkar chamber nut.actually perlu ke x ea

Tan Sri said...

Terima kasih admin semoga usaha anda diberkati allah....amin.