Monday, March 14, 2011

Tip-tip Pilih Tayar kereta..

Pertanyaan yang diajukan...
NICK IRFAN said... eh! buat la entry cara2 nak pililih tayar kereta yg baik plak? hehe

Jawapan kami:
Thahks bertanya.... kali ini agak mencabar nak jawab soalan ni... sebab aku tak berapa mahir bab-bab tayar ni...
Tip-tip pilih tayar kereta yang baik...

Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek...Tayar adalah komponen yang paling penting bagi sesebuah kenderaan. Jika ia rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan sekaligus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.. ikuti tip-tip yang diberikan kat bawah ni

1) Pastikan faham code sidewall tayar. Kenali kemampuan tayar kenderaan anda melalui maklumat dengan cara membaca yang tulisan pada tayar (sidewall)

Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

cetakan 205/65 R16 95 V membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 65 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. V bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. nombor 95 pula kapasiti tanggungan sebiji tayar.

2)Pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..

3)Tayar Brand (jenama) apa yang paling bagus?Tayar yang paling bagus boleh dinilai daripada harganya sebab tayar tu import made in Japan. Kata orang tayar mahal ni dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya)., jika untuk penggunaan biasa(bukan racing he..he.) tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit la.. Orang kata tayar cap briston bagos - smooth driving, tak bising sangat. Cap micelin pon ok, ringan, jimat minyak tapi cepat haus.Tapi faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan

4)Mari kita kenali jenis2 bunga tayar.

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R. Dan jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

Dan jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.

Harga tak dapat dipastikan, kerana saya sudah lama tidak terlibat dengan dunia tayar (jangan marah),kalau boleh cuba survey dulu 2,3 kedai, cuba tawar-tawar sikit harga, jika bernasib baik,tukar 4 tayar dia akan free alignment sekali..

5)Buat alignment dan Rotation Tayar

Selalu jaga aligmentnya setiap 3/6 bulan rotate tu tayar...nilah cara saya... Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. walaupun setiap 3bulan alignment dan balancing = memang mahal macam tak berbaloi,tapi fikirkan keselamatan anda. walaupun alignment lari sedikit saja, boleh jejaskan pengunaan petrol juga, kita membazir dan merosakkan alam sekitar kita dengan banyak tayar yang dibuang dan juga petrol. walaupun sebuah kereta jumlahnya sikit, tapi kalau 1juta kereta? sikit-sikit lama lama jadi bukit~ hehe

6)Tayar botak dan Tayar cepat hausTahap kehausan tayar boleh dilihat dengan mata kasar. Bunga tayar yang semakin licin menunjukkan penggunaan perjalanan yang tinggi. Begitupun, kehausan tayar boleh terjadi atas sebab-sebab lain seperti penyerap hentak yang rosak, penjajaran yang salah, permukaan jalan raya tidak elok dan corak pemanduan yang kasar.Kerap membrek secara kuat dan pemanduan yang agresif boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.

Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.
Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.


Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.

7)Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?

Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,

Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa

8)Tukar tayar yg sama brand, sama model sahaja.

Ramai org suka tukar tayar 2 bijik (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..

9) Fakta penting tayar yg digunakan
1Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
2Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
3Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
4Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
5Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
6Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
7Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.

Gelagat... Gelagat... Gelagat...Hamboiii.... Kenapalah anjing suka kencing kat tayar motor atau kereta..penat bai nak kena samak. Sedap jerrr ...Anjing kencing... pakai angkat sebelah kaki.Pastu pancut.....nak-nak kalau tayar baru beli dengki sangat anjing tu namnpak tayar tu....

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

42 comments:

LiFe KaMi said...

baru je beli bridgestone potenza bulan lepas..
nice tips bro..

Eel said...

tak sangka duit 20 sen pun boleh digunakan untuk cek tayar haus ke tak. :-O

btw, sy akan jarang berblog disebabkan kesibukan~~
selamat berblogging! =)

A'IM said...

good info bro.. banyak gak tak tau pasal tayar ni.. tension pun ada sebab allgmt cepat lari..

lalink7 said...

tips untuk tgk tayar haus tue sangat berguna..xtau pulak sebelum..lepas nie leh praktikkan

tq

IMANSHAH said...

tayar apa paling bagus bro??

shah-kayrul said...

tak sangka aku mcm2 kaedah boleh guna untuk check tayar nie...balik nie kena check nie

Alan said...

aku jenis pakai tayar sampai kuar dawai halus baru tukar baru..

DrSam said...

info yang sangat bagus Afzainizam. Saya selalu bermasalah membaut keputusan bila nak tukar tayar antara keselesaan (confort) dan prestasi (performance).

AngahSayang2314 said...

hehehe angah kalau bab tayar serah pada hubby jer hehehe

nabilah_2908 said...

oh...sngt la bermanfaat n3 ni..

tayar kereta sy..mmg dh botak...paling ketara bahagian belakng sebelah kanan...tgh kumpul2 duit nk tukar tayar..huhuh... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DARI KERANA MATA

Nana Eddy said...

good tips. tq v much

Firdaus Kasim said...

peh, terbaik la bro.. satu entri yang sangat lengkap dan perfect tapi malangnya saya takde kereta lagi.. huhuhu

Tips Menghilangkan Rasa Takut Tengok Cerita Hantu

mie said...

gambar last xleh tahan..
ehheheee

encikReza said...

thnax 4 d info!

NOOR FATIN said...

byk info pasal tayar kat sini!! thanx!

anjing tu nak kena la tu.. haha

♕ Mr.IX ♂ said...

kena bookmark la blog ni...nice tips.

ParkAir said...

Lepas swap tayar ngan member aku, lari dalam 140 dah wase gegar. Tayar lama dulu steady je, nyesal gak tukar.

mr.syazwan said...

good info

chuak n fobia kalau tayar pancit tgh2 jln

perh simpang 44 malaikat..

Yastro said...

thanks bro..info yg baik...biasanya org jarang tgk tarikh pengeluaran dr kilang...penjual lak seboleh2nya tak nak citer pun ttg nih...padahal ni antara perkara terpenting bila nk beli tayar!!




p/s: Biasanya gua naik kat jeti LKIM Dungun...tempat2 len tak pernah lagi...

NICK IRFAN said...

thnkz bro! aku mmg nak cari pasal tayar ni sbb ayah aku dia nak tukar tayar kesian tanya smua mekanik smua buat x thu? tetiba teringat blog ko cte pasal kereta sbb tu aku tanya.. thnkz!

eqbalzack said...

salam.abg eq singgah sini jalan2(sebab cuti 2 hari) hehe...nak puaskan diri blogwalking hari ni. hehe

Edy Zaidi said...

teringat cite kat hotfm pasal kucing nak kencing kat tayar seorg pemanggil ni...nak cite panjang pulak..huhu

Sham said...

dah lama nak tau pasal tarikh tayar dikilang tu...thanx bro...

farouq said...

tidak baru ja tukar tayar moto aku tak tgok pun jenama apa kena rm68..sok aku nak belek jenama apa..cuai tul aku nih..tips baju hujan gan tayar sesangat berfaedah pada penunggang motosikal..tahniah bro atas penulisan yang ada kat blog nih;)

iwan_dextrous said...

cakap pasal tayar...aku punya tayar kereta dah botak dh nie..nak ulang alik melaka pun dh x sedap..tapi harga pulak tengah naik.hahaha

s h e e said...

nice info...boleh jdkan panduan...baru2 ni baru je tampal tayar sbb bocor...

GuanYu said...

ni pendapat den jo...pado den, tayar silverstone lagi tak buleh pakai. ni pengalaman den guno silverstone, bunga banyak lagi sidewall kembong...better Simetyre lagi bagus tahan lasak walaupun ada org kata kurang grip!. pakai sampai botak puas hati!

fadhil said...

baru tukar tayar conti cc5 baru bagus,tp licin time hujan.juz like the tips "lagi rapat bunga tayar lg senyap,tp licin ketika huan".-mmg comfort aku pakai tp bhya owhh hujan licin.
lg satu tayar michelin energy the best grip,durable,senyap.kalau nak tukar guna la tayar energy.

Orang Lama said...

saya baru tampal tayar yg setahun lebih pakai, biasanya tayar tampal ni tahan berapa lama ye? thanks!

ashraf adrutdin said...

saya nak tanya, saya tayar pancit sebelah kanan depan, perlukah tukar kedua dua atau boleh sebelah sahaja? pancit ni tidak boleh tampal atau tembak, kena tukar.. boleh ke tukar sebelah je tapi jenis n jenama sama lah.. ke kena dua dua?

Santo said...

bro..harap2 bro still dpt jawab soalan ni sbb post ni dh lama. baru2 ni aku beli sime tyre..dia kate same spec dgn continental, dia siap tunjuk lagi chop approved by continental kt sticker harga tayar tu..tapi bro kate jgn beli sime...sbb ape yer?

jhia said...

Thanks atas info... Tips berguna utk saya yg baru nak belajar mengenai tayar... Hampir 10 tahun pakai keta asal oakai jer.... Tak pernah nak fikir pasal tu semua...

jhia said...

Thanks atas info... Tips berguna utk saya yg baru nak belajar mengenai tayar... Hampir 10 tahun pakai keta asal oakai jer.... Tak pernah nak fikir pasal tu semua...

Mimiswarsha said...

Tq bro,,nice tips..nak amik gmbr2 ye..tq..

zura said...

tq..boleh tanya c kit...kalau dah tukar sport rim cthnya rim 14 myvi ke rim 15.macam mana dengan tayar spare,adakah perlu ditukar juga ke or biarkan...harap dapat tolong.

TF said...

4.8.12 pi *Chisel Stone tuka tayar Continental MC5 saiz 215 45 17 berharga RM330 sejebik dan tuka 4 jebik sekali. Haus juga ribu riban. Ape yg penting...... KERJASAMA!!! Lepah tuka memang bezt cornering mantop, senyap, dll.

Kenapa pakai Conti.... Coz sesebelum ni pon pakai brand yg sama juge. Sekian.

*Batu Pahat

yus said...

Saya tga survey tayar turanza untuk honda city.. nak tnya tip yg cara sesuai utk tukar rim.. thank bro

chocscookies said...

saya baru tukar tayar dunlop EC201 pada 24.11.2012 dan tahun pengilangan ialah 2011.. apakah tayar masih selamat digunakan? Minta pandangan? t.kasih

Mohd Farhan said...

Potenza re01 mmg bagus...koner pun ngam.tp time hujan kene slow.hehe

Nor Azam Ali said...

Aritu pakai Bridgestone Turanza. Tak best. Bunga dia ok, sepatutnya senyap tapi disebabkan materialnya agak keras, jadi bisingla.

Yellow Kiwi said...

saya br lps xcident.n satu tyr depan sblh kanan pecah.lps htr workshop n claim insurance diorg just tukar yg pecah..so lg sblh tu sy perlu tukar ke?skrg bunga tyr tu dh beza la separuh..kalau x tukar bahay tak?

baliez arsenal said...

kalau hilux tayar apa bagus?..slalu msuk kebun n main higway jg